Negeri Sembilan Trial 2023 Biology Kertas 2 · MPSM
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Biology
Negeri Sembilan Trial 2023 Biology Kertas 2 · MPSM
Negeri Sembilan Trial MPSM · 2023
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
16 marks
Rajah 1.1 (a) dan Rajah 1.1 (b) menunjukkan dua jenis pengangkutan dalam organisma hidup.
a(i)
Namakan jenis pengangkutan dalam Rajah 1.1 (a) dan 1.1 (b).
Rajah 1.1 (a): …
Rajah 1.1 (b): …
2 marks
a(ii)
Berikan **dua** perbezaan antara dua jenis pengangkutan yang dinamakan di 1(a)(i).
| Rajah 1.1 (a) | Rajah 1.1 (b) |
|---|---|
| … | … |
| … | … |
2 marks
b
Rajah 1.2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kehadiran oksigen di dalam air tanah terhadap pengangkutan mineral oleh sel rambut akar.
Terangkan mengapa garam mineral dalam Rajah 1.2 (a) berkurang berbanding dengan Rajah 1.2 (b) selepas 7 hari eksperimen dijalankan.
2 marks
26 marks
Rajah 2 menunjukkan tumbuhan X.
a(i)
Namakan jenis penyesuaian nutrisi yang dijalankan oleh tumbuhan X.
1 marks
a(ii)
Terangkan **satu** kepentingan jenis penyesuaian nutrisi yang anda namakan di 2(a)(i).
2 marks
b
> Pokok orkid lebih sesuai ditanam menggunakan sabut kelapa.
Terangkan pernyataan di atas.
3 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan suatu polimer X di dalam dinding sel tumbuhan.
a(i)
Namakan polimer X.
1 marks
a(ii)
Jelaskan pembentukan polimer X.
2 marks
b
Rajah 3.2 menunjukkan suatu eksperimen untuk menentukan kehadiran gula penurun dan gula bukan penurun.
Terangkan keputusan eksperimen di atas.
2 marks
Rajah 3.3 menunjukkan benang pembedahan yang diperbuat daripada sejenis polisakarida.
c(i)
Namakan polisakarida yang digunakan dalam Rajah 3.3.
1 marks
c(ii)
Nyatakan **satu** kelebihan benang pembedahan dalam Rajah 3.3.
1 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan peringkat-peringkat pertumbuhan belalang.
a
Namakan jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh belalang.
1 marks
b(i)
Namakan proses X.
1 marks
b(ii)
Terangkan mengapa belalang perlu menjalani proses X.
2 marks
b(iii)
Proses X akan berlaku beberapa kali sehingga nimfa mencapai peringkat dewasa.
Terangkan apa yang akan berlaku kepada nimfa selepas setiap proses X?
2 marks
c
Nyatakan **satu** perbezaan pertumbuhan antara rama-rama dan belalang.
| Rama-rama | Belalang |
|---|---|
| … | … |
1 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan graf kekurangan oksigen di dalam otot yang dialami oleh seorang murid setelah dia berlari sejauh 100 meter.
a(i)
Nyatakan jenis respirasi yang berlaku dalam sel otot murid tersebut.
1 marks
a(ii)
Namakan bahan terkumpul di dalam sel otot murid tersebut.
1 marks
a(iii)
Terangkan bagaimana bahan yang dinamakan di dalam 5(a)(ii) terbentuk di dalam sel otot dan kesannya terhadap sel otot.
3 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan seorang atlet sedang membuat aktiviti memanaskan badan.
Terangkan mengapa seorang atlet perlu melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan sesuatu aktiviti cergas.
3 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan keratan rentas lamina daun.
a(i)
Namakan struktur yang berlabel P dan sel Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** fungsi P.
1 marks
a(iii)
Terangkan penyesuaian struktur P berdasarkan fungsi yang dinyatakan dalam 6(a)(ii).
2 marks
Rajah 6.2 menunjukkan keadaan sel Q dalam tumbuhan yang layu.
b(i)
Apakah yang berlaku kepada sel Q?
1 marks
b(ii)
Terangkan kepentingan stoma tertutup apabila tumbuhan kekurangan air semasa cuaca panas.
2 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan lengan dengan sendi Q dan sendi R.
a(i)
Berdasarkan Rajah 7, namakan sendi Q dan sendi R.
Q: …
R: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** perbezaan antara sendi Q dan sendi R.
1 marks
b(i)
Nyatakan **dua** ciri P yang membantu pergerakan lengan.
2 marks
b(ii)
Seorang pemandu lori mengalami kemalangan jalan raya dan menyebabkan P pada bahagian lengannya terkoyak. Apakah kesan terhadap pergerakan lengan pemandu tersebut? Terangkan jawapan anda.
4 marks
89 marks
Jadual 1 menunjukkan hierarki taksonomi bagi nyamuk mengikut sistem hierarki Linnaeus.
| Peringkat taksonomi | |
|---|---|
| Domain | Eukarya |
| Alam | Animalia |
| Filum | Arthropoda |
| Kelas | Insecta |
| Order | Diptera |
| Famili | Culicidae |
| Genus | *Aedes* |
| Spesies | *aegypti* |
Jadual 1
a(i)
Berdasarkan Jadual 1, apakah nama saintifik yang diberikan kepada nyamuk tersebut?
1 marks
a(ii)
Dengan menggunakan jawapan anda pada soalan 8(a)(i), terangkan secara ringkas sistem penamaan binomial Linnaeus.
2 marks
a(iii)
Nyatakan **dua** ciri utama alam bagi nyamuk.
1. …
2. …
2 marks
b
Nyamuk yang dinamakan dalam 8(a)(i) boleh menyebarkan patogen yang menyebabkan demam denggi.
Namakan patogen yang disebarkan oleh nyamuk tersebut.
1 marks
Rajah 8 menunjukkan ikan Gambusia yang memakan larva nyamuk. Ikan Gambusia telah digunakan sebagai agen kawalan biologi untuk mengawal populasi nyamuk.
c(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan kawalan biologi?
1 marks
c(ii)
Berikan **dua** kebaikan menggunakan kawalan biologi kepada kelestarian alam sekitar.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan seorang kanak-kanak tercedera dan berdarah.
a(i)
Terangkan mekanisme badan yang dapat menghentikan pendarahan.
5 marks
a(ii)
Bahagian jari yang terluka menjadi bengkak, kemerahan dan sakit selepas dijahit. Terangkan mekanisma pertahanan badan terhadap bakteria yang telah masuk melalui luka tersebut.
5 marks
b
Rajah 9.2 dan Rajah 9.3 menunjukkan dua suntikan yang berbeza kepada dua organisma.
Berdasarkan pengetahuan biologi anda, nyatakan perbezaan antara keimunan yang diperoleh oleh dua organisma ini.
6 marks
c
Rajah 9.4 menunjukkan virus HIV yang menyebabkan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).
Terangkan langkah-langkah pencegahan penularan penyakit AIDS.
4 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan interaksi antara organisma X dan batang kayu mati.
a(i)
Terangkan jenis interaksi yang ditunjukkan oleh organisma X dan batang kayu mati.
2 marks
a(ii)
Terangkan kesan kepada ekosistem jika interaksi yang ditunjukkan dalam Rajah 10.1 tidak berlaku.
4 marks
Suatu kajian tentang persaingan antara pokok jagung dan pokok padi telah dijalankan oleh sekumpulan murid. Semua pokok diberi jumlah nutrien dan air yang sama banyak setiap hari.
Rajah 10.2 menunjukkan kadar pertumbuhan pokok jagung dan pokok padi yang ditanam di dalam dua kotak semaian berbeza.
Rajah 10.3 menunjukkan kadar pertumbuhan pokok jagung dan pokok padi yang ditanam di dalam satu kotak semaian yang sama.
b(i)
Namakan jenis interaksi yang ditunjukkan dalam Rajah 10.2 dan Rajah 10.3.
2 marks
b(ii)
Huraikan kedua-dua jenis interaksi yang dinamakan dalam 10(b)(i).
6 marks
c
Rajah 10.4 menunjukkan ekosistem paya bakau.
Terangkan penyesuaian pokok bakau untuk hidup di dalam air masin serta kemandirian yang rendah bagi biji benihnya.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
> Ribuan ikan tilapia ditemukan mati di Tasik Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) akibat cuaca panas. Menurut Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar, Dr. Fathurrahman Lananan keadaan bertambah buruk apabila air sisa domestik dari kawasan perumahan berdekatan universiti mengalir memasuki tasik tersebut.
>
> "Pertembungan nutrien daripada sisa buangan domestik yang pekat ditambah dengan cuaca panas dikenal pasti menjadi punca kematian ikan," katanya di sini semalam.
>
> (Sumber: Utusan.com.my. 14 Mei 2023.)
Berdasarkan pengetahuan Biologi anda, bincangkan punca kematian ikan.
8 marks
> Kebuluran sifar merupakan salah satu daripada 17 agenda yang digariskan menerusi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan amat berkait rapat dengan sekuriti makanan. Agenda sekuriti makanan semakin mendapat perhatian di seluruh dunia pada masa ini memandangkan krisis makanan dan kebuluran masih lagi berlaku di kebanyakan negara di dunia. Isu kebuluran ini merupakan suatu ancaman kepada sekuriti makanan.
b(i)
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan penyebab kepada ancaman sekuriti makanan di sesuatu kawasan.
8 marks
b(ii)
Cadangkan bagaimana pihak kerajaan boleh mengatasi masalah krisis makanan di kawasan tersebut.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open