Rajah 1.1 menunjukkan satu komponen P dalam sel haiwan.
a(i)
Nyatakan nama komponen P dan struktur Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi komponen P.
1 marks
Rajah 1.2 menunjukkan komponen asid nukleik yang terdapat di dalam struktur Q.
b(i)
Nyatakan jenis asid nukleik yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.
1 marks
b(ii)
Bes bernitrogen pada struktur asid nukleik yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2 membentuk kod genetik yang penting sebagai pembawa maklumat pewarisan.
Terangkan kesan terhadap ciri organisma sekiranya berlaku perubahan pada susunan bes bernitrogen.
2 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan satu komponen dalam tumbuhan.
a(i)
Nyatakan nama struktur X dan Y.
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan kepentingan struktur X.
1 marks
b
Terangkan kesan suhu persekitaran yang optimum terhadap kadar fotosintesis tumbuhan.
2 marks
c
Rajah 2.2 menunjukkan perubahan pada warna daun pokok maple pada dua musim berbeza.
Nyatakan mengapa berlaku perubahan warna semasa musim luruh.
1 marks
37 marks
Rajah 3 menunjukkan dua jenis mikroorganisma X dan Y.
a(i)
Berdasarkan Rajah 3.1, nyatakan jenis mikroorganisma X dan Y.
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Mikroorganisma X adalah *Vibrio cholerae*.
Nyatakan penyakit dan simptom yang disebabkan oleh mikroorganisma ini.
Penyakit: …
Simptom: …
2 marks
a(iii)
Mikroorganisma Y terlibat dalam proses pembuatan roti.
Nyatakan peranan Y dalam proses tersebut.
1 marks
b
Rajah 3.2 menunjukkan sejenis larutan.
Mata seorang individu telah dijangkiti penyakit *Acanthamoeba keratitis* selepas memakai kanta lekap yang dibersihkan menggunakan air paip. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis protozoa. Ahli optometri mencadangkan individu tersebut menggunakan larutan yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.
Terangkan.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan proses respirasi yang berlaku di dalam satu sel.
a(i)
Kenal pasti proses K dan gas X.
Proses K: …
Gas X: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan kelebihan proses respirasi yang ditunjukkan pada Rajah 4.1 pada sel otot manusia.
1 marks
Satu eksperimen respirasi ringkas telah dilakukan dengan meletakkan buah pisang yang dikisar dengan yis di dalam sebuah bekas bertutup. Kandungan alkohol diukur setiap hari dan data diplotkan seperti graf di Rajah 4.2.
b(i)
Nyatakan perbezaan proses yang berlaku sebelum hari ke 4 berbanding selepas hari ke 4 eksperimen dilakukan.
1 marks
b(ii)
Eksperimen ini diulang menggunakan bekas terbuka.
Terangkan kesan terhadap isipadu alkohol dalam bekas tersebut.
3 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan peringkat-peringkat dalam tindak balas enzim sukrase.
a(i)
Nyatakan nama substrat P.
1 marks
a(ii)
Lukiskan kompleks Q dalam ruang yang disediakan pada Rajah 5.1. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagaimana enzim dan substrat P kelihatan dalam kompleks Q — saiz relatif dan cara kedua-duanya bercantum.)*
1 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan graf kadar tindak balas enzim melawan suhu.
Terangkan perbezaan di antara kadar tindak balas enzim pada titik M dengan titik N.
3 marks
c
Rajah 5.3 menunjukkan pengekstrakan agar-agar daripada rumpai laut.
Teknologi immobilasi enzim digunakan dalam pelbagai aplikasi industri seperti pengekstrakan agar-agar daripada rumpai laut.
Dengan menggunakan contoh enzim tersekat gerak yang sesuai, terangkan bagaimana agar-agar diekstrak.
3 marks
68 marks
Rajah 6 menunjukkan organ yang terlibat dalam sistem pencernaan manusia.
a(i)
Nyatakan enzim yang terdapat dalam R.
1 marks
a(ii)
Nyatakan kelas makanan yang dihidrolisiskan oleh enzim di (a)(i).
1 marks
b
Kenyataan di bawah menerangkan tentang keadaan kesihatan yang dialami oleh Encik M.
> Encik M telah mengalami sakit di bahagian bawah abdomen sebelah kanan. Doktor mendapati apendiksnya telah pecah dan menyebabkan jangkitan pada Q. Akibatnya, sebahagian daripada Q terpaksa di potong dan dibuang.
Terangkan kesan kepada penyerapan nutrien.
3 marks
c
Bezakan pencernaan yang berlaku di dalam P dan R.
3 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan proses spermatogenesis manusia.
a(i)
Nyatakan nama sel P.
1 marks
a(ii)
Nyatakan bilangan kromosom di dalam sel P.
1 marks
b
Terangkan kesan kepada kualiti sperma yang dihasilkan jika proses Q tidak berlaku.
3 marks
Rajah 7.2 menunjukkan perlakuan kromosom semasa meiosis.
c(i)
Nyatakan **dua** perbezaan di antara perlakuan kromosom dalam Rajah 7.2 dengan perlakuan kromosom dalam anafasa.
| Rajah 7.2 | Anafasa |
|---|---|
| … | … |
| … | … |
2 marks
c(ii)
Keadaan tak disjunksi yang berlaku semasa meiosis boleh mengakibatkan bilangan kromosom gamet tidak normal.
Terangkan bagaimana ia berlaku.
2 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan suatu organ daripada sistem peredaran darah manusia.
a(i)
Nyatakan fungsi arteri X.
1 marks
a(ii)
> Teknologi nano melibatkan penggunaan partikel nano yang menyerupai kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan bagaimana HDL yang direka dapat merawat masalah enapan kolesterol pada salur X.
2 marks
a(iii)
Jika seorang individu mengalami 90% penyumbatan kolesterol pada arteri X, cadangkan **satu** cara bagaimana dia dapat mengatasi masalah tersebut selain daripada kaedah di (a)(ii). Terangkan.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan sebahagian daripada sistem Y pada manusia.
b(i)
Terangkan kesannya jika salur sistem Y pada tangan seseorang individu tersumbat.
2 marks
b(ii)
Bezakan antara sistem peredaran darah dengan sistem Y berdasarkan aspek-aspek berikut:
| Aspek | Sistem peredaran darah | Sistem Y |
|---|---|---|
| Komposisi | … | … |
| Kepentingan | … | … |
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Kelenjar S dalam Rajah 9.1 adalah antara kelenjar endokrin yang terlibat dalam proses pengawalaturan persekitaran dalaman pada manusia. Kelenjar S merembeskan hormon T yang terlibat dalam mengawalatur kandungan air dalam darah.
a(i)
Nyatakan hormon T dan tisu sasaran di mana hormon T bertindak.
Hormon T: …
Tisu sasaran: …
2 marks
a(ii)
Kafein adalah perangsang semula jadi yang terdapat dalam kopi. Ia diketahui mempunyai kesan diuretik, yang bermaksud ia boleh meningkatkan penghasilan air kencing. Satu eksperimen telah dijalankan bagi mengkaji hubungan antara jenis air yang diminum dengan isipadu urin yang dihasilkan. Rajah 9.2 menunjukkan keputusan bagi eksperimen yang dijalankan ke atas dua individu, X dan Y.
Banding bezakan peranan kelenjar S dalam mengawalatur kandungan air bagi individu X dan individu Y.
6 marks
b
Kelenjar P dan Q yang ditunjukkan dalam Rajah 9.3(a) dan Rajah 9.3(b) terlibat dalam pengawalaturan suhu dalam badan.
Suhu badan seorang budak lelaki telah meningkat melebihi 37 °C semasa beliau demam.
Terangkan bagaimana tindakan kelenjar P dan kelenjar Q bagi mengatasi situasi di atas untuk mengembalikan suhu badannya kepada 37 °C.
8 marks
c
Rajah 9.4 menunjukkan tindakan refleks yang melibatkan sentakan lutut.
Berdasarkan Rajah 9.4, terangkan perbezaan neuron M dan neuron N.
4 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan kacukan antara pokok kacang pea berbiji bulat dan kuning dengan pokok kacang pea berbiji kedut dan hijau. Semua anak generasi F1 yang terhasil adalah berbiji bulat dan kuning.
a(i)
Nyatakan **dua** trait dominan bagi pokok kacang pea tersebut.
2 marks
a(ii)
Nyatakan nisbah fenotip dengan menggunakan rajah skema pewarisan apabila kacukan sesama generasi F1 berlaku. *(Huraikan rajah skema anda dalam perkataan: fenotip dan genotip induk F1, proses pembentukan gamet, gamet, persenyawaan, semua genotip dan fenotip anak, serta nisbah fenotip.)*
8 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan satu contoh lain bagi kacukan pewarisan.
**Rajah 10.2**
| | |
|---|---|
| Induk: | Pokok tinggi × Pokok rendah |
| Anak: | Pokok tinggi |
Bandingkan dan bezakan antara kacukan pewarisan dalam Rajah 10.2 dengan kacukan yang ditunjukkan dalam Rajah 10.1.
5 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan kariotip dua individu berlainan.
Terangkan persamaan dan perbezaan antara penyakit yang dialami oleh individu M dan individu N.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Pernyataan yang berikut menggambarkan penggunaan sejenis pokok dalam menangani masalah pencemaran air.
> Pencemaran air meningkat disebabkan oleh urbanisasi dan sektor perindustrian. Pencemaran air sisa menimbulkan kebimbangan kerana pengaruhnya terhadap tumbuhan dan manusia. Pokok keladi bunting (*Eichhornia crassipes*) digunakan untuk penyingkiran bahan pencemar kerana kecekapan fitoremediasinya.
>
> (Diadaptasi dari: https://link.springer.com/article/10.1007/s13201-021-01472-8)
a(i)
Terangkan **satu** ciri fizikal pokok keladi bunting (*Eichhornia crassipes*) yang membolehkan pokok ini menjadi hiperakumulator yang efisien.
2 marks
a(ii)
Rajah 11.1 menunjukkan sungai Citarum di Jawa Barat, Indonesia.
Pokok keladi bunting pada awalnya digunakan untuk menangani pencemaran sungai. Selepas sebulan, populasi pokok keladi bunting bertambah dua kali ganda dan ini menyebabkan pokok keladi bunting menjadi spesies invasif, di mana pokok keladi bunting (*Eichhornia crassipes*) telah meliputi hampir keseluruhan sungai tersebut.
Berdasarkan situasi di atas, terangkan kesan pertambahan populasi pokok keladi bunting ke atas tahap BOD sungai Citarum.
7 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan keterjaminan sekuriti makanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.
Berdasarkan Rajah 11.2, wajarkan kepentingan usaha-usaha kerajaan Malaysia dalam menjayakan sekuriti makanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.
6 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan unjuran peningkatan populasi manusia yang meledak dan penurunan air bersih tersedia sehingga tahun 2050.
Permintaan air bersih meningkat dan menyebabkan pengurangan air bersih tersedia dalam sesebuah komuniti. Selain itu, kumbahan juga boleh mencemarkan lebih banyak kawasan tadahan air yang menyebabkan pencemaran air.
Cadangkan cara-cara untuk mengurangkan kesan pencemaran air.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open