Rajah 1 menunjukkan komponen dalam sel rambut akar.
a(i)
Namakan komponen sel X dan Y.
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** ciri X yang berfungsi untuk mengekalkan bentuk sel.
1 marks
b
Pada Rajah 1, labelkan komponen sel yang mensintesiskan protein dengan huruf Z. *(Huraikan label anda dalam perkataan: komponen sel yang anda labelkan Z dan kedudukannya dalam sel.)*
1 marks
Sel rambut akar tidak mempunyai komponen sel W jika dibandingkan dengan sel mesofil palisad.
c(i)
Namakan komponen sel W.
1 marks
c(ii)
Nyatakan mengapa komponen sel W tiada dalam sel rambut akar.
1 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan penguraian molekul glukosa di dalam sel badan manusia.
a(i)
Berdasarkan Rajah 2.1, namakan proses R dan proses S.
R: …
S: …
2 marks
a(ii)
Berikan **satu** sebab mengapa tenaga yang dihasilkan melalui proses R lebih tinggi berbanding proses S.
1 marks
b
Rajah 2.2 menunjukkan sejenis tumbuhan yang hidup di kawasan berair.
Terangkan bagaimana tumbuhan tersebut beradaptasi untuk hidup di kawasan itu.
3 marks
37 marks
Rajah 3 menunjukkan lengkung pertumbuhan bagi suatu tumbuhan.
a
Namakan jenis tumbuhan yang mempunyai lengkung pertumbuhan tersebut.
1 marks
b
Berikan **dua** contoh tumbuhan yang dinyatakan di 3(a).
1. …
2. …
2 marks
c
Nyatakan proses yang berlaku dalam tumbuhan itu semasa peringkat P.
1 marks
Tumbuhan boleh dikelaskan kepada tumbuhan semusim, tumbuhan dwimusim dan tumbuhan saka.
d(i)
Jenis tumbuhan yang manakah boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran yang melampau?
1 marks
d(ii)
Terangkan jawapan anda di 3(d)(i).
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan tindak balas penguraian protein di dalam sistem pencernaan manusia.
**Protein** —(Pepsin)→ **Polipeptida** —(L)→ **Peptida** —(M)→ **N**
Rajah 4
a
Berdasarkan Rajah 4, apakah yang diwakili oleh N?
1 marks
b
L dan M merupakan enzim yang dirembeskan oleh organ berbeza. Namakan organ yang merembeskan enzim L dan M.
| Enzim | Dirembeskan oleh organ |
|---|---|
| L | |
| M | |
2 marks
c
Terangkan kepentingan N kepada individu yang baru menjalani pembedahan disebabkan oleh kemalangan.
2 marks
d
Terangkan proses asimilasi yang berlaku sekiranya N adalah berlebihan di dalam darah.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan sejenis organisma yang banyak dijumpai tumbuh di atas kayu yang mereput.
a(i)
Namakan pengelasan alam bagi organisma dalam Rajah 5.1.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** ciri organisma dalam alam yang dinyatakan dalam 5(a)(i).
1 marks
b(i)
Jadual 1 menunjukkan hierarki taksonomi bagi kentang mengikut sistem hierarki Linnaeus.
| Peringkat Taksonomi | |
|---|---|
| Domain | Eukariot |
| Alam | Plantae |
| Filum | Magnoliophyta |
| Kelas | Magnoliopsida |
| Order | Solonales |
| Famili | Solanaceae |
| Genus | Solanum |
| Spesies | Tuberosum |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, apakah nama saintifik yang diberikan kepada kentang tersebut?
1 marks
b(ii)
Nyatakan **dua** ciri penulisan nama saintifik sesuatu organisma mengikut sistem binomial Linnaeus.
2 marks
c
Rajah 5.2 menunjukkan sebahagian daripada kitar nitrogen.
Ramalkan apa yang akan berlaku dalam persekitaran sekiranya organisma X tiada.
3 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan sistem limfa dalam manusia.
a
Berikan fungsi P.
1 marks
b
Seorang wanita mendapati terdapat benjolan pada payudara dan menjalani pemeriksaan kesihatan. Hasil keputusan biopsi tisu menunjukkan sel Q menjalani pembahagian sel secara tidak terkawal.
Rajah 6.2 menunjukkan keadaan sel Q dalam payudara wanita tersebut.
Terangkan kesan ke atas bahagian lain badan jika sel Q merebak melalui salur limfa.
2 marks
Rajah 6.3 menunjukkan hubungan antara sistem peredaran darah dan sistem limfa manusia.
c(i)
Berdasarkan Rajah 6.3, nyatakan **dua** perbezaan antara kapilari R dan kapilari S.
2 marks
c(ii)
Kapilari S di bahagian kaki seorang individu telah dijangkiti oleh cacing parasit *Brugia* sp.
Terangkan kesannya ke atas pengaliran bendalir dalam kapilari S.
3 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan struktur daun sejenis tumbuhan.
a(i)
Namakan susunan lamina daun dalam Rajah 7.1.
1 marks
a(ii)
Terangkan kelebihan susunan tersebut kepada tumbuhan.
2 marks
b
Rajah 7.2 menunjukkan keadaan stoma yang berbeza.
Terangkan mekanisme bagi keadaan stoma W.
3 marks
Rajah 7.3 menunjukkan graf kadar transpirasi yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
c(i)
Namakan faktor X.
1 marks
c(ii)
Terangkan hubungan di antara faktor X dengan kadar transpirasi.
2 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan rajah skema pewarisan faktor rhesus dalam satu keluarga. Ibu X ialah Rhesus negatif yang berkahwin dengan lelaki Rhesus positif.
a(i)
Nyatakan fenotip anak Y. Tulis jawapan anda dalam kotak pada Rajah 8.1.
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana anak tersebut menunjukkan fenotip di 8(a)(i).
2 marks
b(i)
Lukis rajah skema pewarisan bagi anak Y dan pasangannya yang membawa genotip Rh^-^Rh^-^. *(Huraikan rajah skema anda dalam perkataan: genotip induk, gamet, genotip anak dan fenotip anak.)*
3 marks
b(ii)
Nyatakan nisbah fenotip bagi anak pasangan tersebut.
1 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan kariotip satu penyakit genetik dalam manusia.
Terangkan jantina individu yang menghidap penyakit tersebut.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 9 menunjukkan hujung dua neuron.
Terangkan fungsi struktur K dan struktur L dalam pemindahan maklumat dari satu neuron ke neuron yang lain.
4 marks
b
Penyakit Parkinson adalah gangguan kemerosotan tisu saraf yang menyebabkan pergerakan menggeletar dan kelemahan tisu otot. Penyakit Alzheimer merupakan penyakit kehilangan ingatan yang mendalam dan perubahan otak mikroskopik.
Terangkan penyakit Parkinson dan penyakit Alzheimer.
6 marks
c
Banding dan bezakan antara neuron deria dan neuron motor.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan peringkat-peringkat yang berbeza dalam pembahagian sel.
a(i)
Namakan peringkat X dalam Rajah 10.1 dan terangkan perlakuan kromosom di peringkat tersebut.
3 marks
a(ii)
Seorang individu terdedah kepada sinaran radioaktif. Bincangkan kesannya terhadap bilangan kromosomnya.
4 marks
Rajah 10.2 menunjukkan hubung kait antara satu kelenjar endokrin dengan perubahan dalam ovari dan dinding uterus manusia.
b(i)
Namakan hormon R dan terangkan peranannya dalam satu kitar haid.
3 marks
b(ii)
Terangkan kesan kepada dinding uterus sekiranya struktur S gagal berfungsi.
3 marks
c
Sepasang suami isteri mengalami masalah untuk mendapatkan anak. Selepas menjalankan pemeriksaan kesihatan Puan Z telah dikenal pasti mempunyai masalah untuk hamil.
Rajah 10.3 menunjukkan satu kaedah makmal yang dapat membantu pasangan tersebut mendapatkan anak sendiri.
Terangkan masalah yang dihadapi oleh Puan Z dan bagaimana kaedah yang ditunjukkan pada Rajah 10.3 dapat membantu pasangan itu mendapatkan anak.
7 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan sejenis tumbuhan akuatik yang digunakan untuk merawat air tasik yang tercemar dengan kandungan ammonia yang tinggi.
a(i)
Terangkan bagaimana tumbuhan ini dapat merawat kandungan ammonia dalam tasik tersebut.
4 marks
a(ii)
Berdasarkan pengetahuan biologi anda, bincangkan kelebihan dan kekurangan menggunakan tumbuhan dalam Rajah 11.1 untuk merawat pencemaran tersebut.
6 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan populasi manusia di dunia dari tahun 1050 hingga tahun 2022.
Berdasarkan Rajah 11.2, bincangkan kesan perubahan populasi manusia ke atas alam sekitar.
4 marks
c
Maklumat berikut menunjukkan perkaitan antara populasi manusia dan pembangunan tanah di kawasan M. Kawasan M telah dibangunkan menjadi kawasan perumahan dan perindustrian yang moden.
> Pada tahun 2020, populasi manusia adalah 8 bilion dan sedang meningkat secara drastik. Lebih banyak hutan akan diteroka dan tanah akan dibangunkan untuk dijadikan sebagai kawasan perumahan, kilang dan membina jalan raya untuk memenuhi keperluan pertambahan populasi manusia.
Cadangkan amalan yang boleh dilakukan bagi memastikan kelestarian alam sekitar di kawasan M.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open