Rajah 1.1 menunjukkan zon pertumbuhan sel pada hujung akar.
a(i)
Nyatakan nama zon X dan zon Y.
Zon X: …
Zon Y: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan nama sel yang dijumpai di zon X.
1 marks
a(iii)
Nyatakan satu perbezaan struktur di antara sel yang dinamakan di 1(a)(ii) dengan sel yang dijumpai di zon Y.
1 marks
b
Rajah 1.2 menunjukkan komponen P.
Sel-sel di zon X mempunyai kepadatan komponen P yang tinggi. Terangkan mengapa.
2 marks
26 marks
Rajah 2 menunjukkan struktur respirasi bagi organisma P dan organisma Q.
a(i)
Nyatakan nama bagi struktur respirasi organisma P dan organisma Q.
Organisma P: …
Organisma Q: …
2 marks
a(ii)
Berikan dua persamaan bagi ciri penyesuaian struktur respirasi bagi organisma P dan organisma Q.
2 marks
b
Terangkan kesan kepada organisma P jika struktur respirasinya terkoyak akibat tersangkut pada jaring.
2 marks
37 marks
Rajah 3 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan fitohormon X dalam gerak balas tumbuhan terhadap cahaya.
a(i)
Nyatakan nama fitohormon X.
1 marks
a(ii)
Terangkan peranan fitohormon X dalam gerak balas tumbuhan yang ditunjukkan dalam Rajah 3.
3 marks
b
Seorang petani menyembur hormon auksin dan hormon giberelin pada tanaman anggur sebelum pendebungaan berlaku.
Terangkan bagaimana tindakan petani tersebut meningkatkan nilai komersial dalam penghasilan anggur.
3 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan salur darah manusia, S dan T.
a(i)
Nyatakan nama salur darah S dan T.
S: …
T: …
2 marks
a(ii)
Berikan dua perbezaan antara salur darah S dan T.
| S | T |
|---|---|
| … | … |
| … | … |
2 marks
b
Terangkan mengapa seseorang yang berdiri tegak terlalu lama mungkin akan pengsan.
3 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan sebahagian daripada struktur DNA.
a(i)
Nyatakan nama struktur berlabel X dan Y.
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Padankan Y dengan pasangannya yang betul.
| Y | | Pasangan Y |
|---|---|---|
| Adenina | | Sitosina |
| Sitosina | | Timina |
| | | Adenina |
| | | Guanina |
*(Tulis pasangan bagi setiap Y.)*
2 marks
b
Berikan satu perbezaan dari segi struktur di antara DNA dengan RNA.
1 marks
c
Rajah 5.2 menunjukkan proses pembentukan protein sebelum dan selepas mutasi berlaku.
Berdasarkan Rajah 5.2, terangkan kesan mutasi yang berlaku ke atas protein yang disintesiskan.
3 marks
68 marks
Rajah 6 menunjukkan pengkolonian dan sesaran paya bakau.
a(i)
Nyatakan nama zon P.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu spesies perintis yang tumbuh di zon P.
1 marks
b
Padankan zon P, Q dan R dengan jenis akar pokok bakau masing-masing.
| Zon | | Jenis akar |
|---|---|---|
| P | | Akar jangkang |
| Q | | Akar banir |
| R | | Akar pneumatofor |
*(Tulis jenis akar bagi setiap zon.)*
3 marks
c
Jika kawasan paya bakau tidak diganggu oleh aktiviti manusia dalam tempoh 100 tahun, terangkan apa yang akan berlaku di zon R.
3 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan struktur nefron.
a(i)
Nyatakan nama K dan L.
K: …
L: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan nama proses yang berlaku di antara K dan L.
1 marks
a(iii)
Nyatakan satu bahan yang tidak dijumpai di dalam L selepas proses yang dinamakan di 7(a)(ii) berlaku.
1 marks
b
Jadual 1 menunjukkan kepekatan bahan-bahan di dalam air kencing bagi seorang individu yang normal.
| Bahan | Kepekatan bahan (%) |
|---|---|
| Glukosa | 0.00 |
| Asid amino | 0.00 |
| Air | 95.0 |
| Garam mineral | 3.00 |
| Urea | 2.00 |
Ramalkan perubahan kepekatan urea di dalam air kencing individu tersebut selepas memakan terlalu banyak daging dan telur. Terangkan jawapan anda.
3 marks
c
Seorang individu telah mengambil alkohol yang berlebihan. Alkohol boleh merencatkan perembesan hormon antidiuresis (ADH). Berdasarkan situasi tersebut, terangkan kesan pengambilan alkohol yang berlebihan terhadap penghasilan air kencing.
2 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan urutan peristiwa dan perubahan aras hormon dalam satu kitar haid.
a(i)
Nyatakan nama hormon P, hormon Q dan proses X.
P: …
Q: …
X: …
3 marks
a(ii)
Terangkan hubungan di antara hormon P, hormon Q serta proses X.
2 marks
b
Nyatakan apa yang akan berlaku kepada korpus luteum jika persenyawaan tidak berlaku.
1 marks
c
Seorang perempuan yang hamil tidak mengalami haid sepanjang tempoh kehamilannya. Terangkan mengapa.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan tindakan refleks seorang individu apabila tersentuh cerek panas.
a(i)
Nyatakan nama neuron P.
1 marks
a(ii)
Neuron P individu tersebut cedera akibat kemalangan.
Terangkan bagaimana kecederaan ini mempengaruhi tindakannya apabila tersentuh cerek panas.
3 marks
Rajah 9.2 menunjukkan satu situasi "lawan atau lari" yang melibatkan koordinasi dua sistem di dalam badan.
b(i)
Nyatakan nama kedua-dua sistem yang terlibat dalam Rajah 9.2.
2 marks
b(ii)
Banding dan bezakan kedua-dua sistem yang dinamakan dalam 9(b)(i).
5 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan tiga isu kesihatan X, Y dan Z yang berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
Berdasarkan Rajah 9.3 terangkan punca dan kesan ketidakseimbangan hormon yang berkaitan dengan keadaan isu kesihatan yang ditunjukkan.
9 marks
1020 marks
a
Rajah 10.1 menunjukkan sepasang kromosom homolog. B dan b merupakan alel bagi ciri warna bunga bagi suatu tumbuhan.
Jika warna biru adalah trait dominan terhadap warna putih bagi warna bunga, terangkan bagaimana warna bunga ditentukan.
5 marks
b
> Sebuah keluarga di Malaysia telah dilaporkan mempunyai tiga orang anak lelaki yang mempunyai penyakit sindrom Fragile X. Sindrom Fragile X merupakan satu penyakit pewarisan terangkai seks dan ia disebabkan oleh alel dominan yang terletak pada kromosom X.
**Petunjuk:**
- X^R^: Alel dominan
- X^r^: Alel resesif
Seorang lelaki yang normal dengan genotip X^r^Y berkahwin dengan perempuan penghidap dengan genotip X^R^X^r^.
Terangkan kebarangkalian anak-anak pasangan ini dalam perwarisan sindrom Fragile X.
10 marks
c
Rajah 10.2 dan Rajah 10.3 menunjukkan kariotip bagi dua individu yang mempunyai penyakit genetik.
Banding dan bezakan kedua-dua penyakit genetik tersebut.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a(i)
Seorang petani yang mengusahakan kebun sayur-sayuran mendapati sayur-sayurannya mengalami pertumbuhan yang terbantut dan daun menjadi kekuningan.
Berdasarkan pemerhatian yang diperoleh, nyatakan nutrien yang diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut.
2 marks
a(ii)
Bagi mengatasi masalah di 11(a)(i) petani tersebut mula menggunakan baja foliar cecair bagi menggantikan baja kimia.
Nyatakan maksud baja foliar dan terangkan kebaikan menggunakan baja foliar berbanding baja kimia.
6 marks
b
Rajah 11 menunjukkan poster kempen amalan 5R yang merupakan salah satu langkah pengurusan sisa pepejal dalam usaha mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.
Berdasarkan Rajah 11, cadangkan amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar.
12 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open