Struktur X terbentuk daripada rantaian polinukleotida DNA yang berpintal dengan protein yang disebut histon. Lengkapkan struktur nukleotida di dalam kotak di bawah. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: komponen yang anda lukis, di mana setiap komponen bersambung pada gula deoksiribosa, dan label setiap komponen.)*
2 marks
a(iii)
Terdapat dua jenis asid nukleik iaitu DNA dan RNA. Bandingkan kedua-dua struktur ini.
| DNA | RNA |
|---|---|
| … | … |
| … | … |
3 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan dua larutan yang dipisahkan oleh membran separa telap.
a(i)
Pada Rajah 2.1(b), lukiskan aras **kedua-dua** larutan tersebut selepas keseimbangan dinamik tercapai. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: aras larutan di sebelah kiri dan di sebelah kanan membran, berbanding satu sama lain.)*
1 marks
a(ii)
Rajah 2.2 menunjukkan keadaan suatu sel darah merah selepas direndam dalam suatu larutan.
Terangkan apa yang berlaku kepada sel darah merah tersebut.
2 marks
b
Puan B mengalami cirit-birit. Doktor yang merawatnya telah memberikan sejenis garam R.
Nyatakan nama garam R dan huraikan bagaimana garam R membantu mengurangkan kesan cirit-birit.
3 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan perlakuan kromosom dalam setiap fasa proses pembahagian sel haiwan.
a(i)
Susun turutan fasa yang betul bagi proses pembahagian sel di atas.
1 marks
a(ii)
Terangkan perlakuan kromosom di T.
2 marks
b(i)
Rajah 3.2 menunjukkan keadaan uterus Puan K yang telah dikenal pasti mempunyai tumor malignan.
Penyebab keadaan tersebut adalah berpunca daripada radiasi. Nyatakan **satu** contoh radiasi.
1 marks
b(ii)
Selepas 6 bulan, doktor mengesahkan Puan K mengalami metastasis tulang. Didapati sel-sel tumor malignan dari uterus telah merebak ke bahagian tulang Puan K.
Terangkan bagaimana keadaan ini berlaku.
2 marks
b(iii)
Sebagai seorang ahli onkologi, nyatakan kepada Puan K kaedah rawatan yang sesuai untuk merawat penyakitnya.
1 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan dua proses P dan Q yang berlaku di dalam sistem pembiakan manusia.
a(i)
Nyatakan nama proses P dan proses Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan organ di mana berlakunya proses tersebut.
P: …
Q: …
2 marks
a(iii)
Bandingkan kedua-dua proses tersebut.
3 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan pergerakan air dari akar ke hujung pucuk tumbuhan. Proses M dan N membantu dalam proses pengangkutan ini.
a
Namakan proses M dan proses N.
M: …
N: …
2 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan pergerakan air dari sel-sel akar ke xilem melalui laluan N.
Berdasarkan Rajah 5.2, terangkan laluan N.
2 marks
c(i)
Rajah 5.3 menunjukkan gutasi yang berlaku pada sehelai daun.
Nyatakan bilakah gutasi selalunya berlaku?
1 marks
c(ii)
Terangkan kesan sekiranya tumbuhan tidak menjalankan gutasi.
3 marks
68 marks
Kumpulan darah manusia ditentukan oleh kehadiran antigen yang terdapat pada permukaan sel darah merah.
a(i)
Lengkapkan Jadual 1 berikut bagi darah jenis AB dan O.
| Darah jenis AB | | Darah jenis O |
|---|---|---|
| … | **Antigen** | … |
| … | **Antibodi** | … |
Jadual 1
2 marks
a(ii)
Encik X mengalami kemalangan dan memerlukan pemindahan darah. Encik X mempunyai darah jenis A. Berdasarkan jadual di atas, individu manakah dari kumpulan darah di atas yang boleh mendermakan darahnya kepada Encik X? Wajarkan jawapan anda.
2 marks
b(i)
Seorang lelaki rhesus positif berkahwin dengan seorang wanita dengan rhesus negatif seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 6.1. Lengkapkan rajah skema tersebut dan nyatakan kebarangkalian pasangan tersebut mendapat anak dengan rhesus negatif. *(Huraikan rajah skema anda dalam perkataan: gamet yang bergabung semasa persenyawaan, genotip anak, fenotip anak dan kebarangkalian.)*
3 marks
b(ii)
Berdasarkan Rajah 6.1, nyatakan genotip pasangan yang mempunyai Rhesus negatif untuk memastikan anak-anak pasangan tersebut tidak menunjukkan fenotip Rhesus negatif.
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan sejenis gerak balas pertumbuhan akar terhadap bahan kimia di dalam tanah.
a
Nyatakan nama gerak balas pada Rajah 7.1.
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan proses pertumbuhan pucuk dan juga akar di bawah pengaruh auksin.
b(i)
Terangkan gerak balas pertumbuhan yang ditunjukkan oleh pucuk seperti dalam Rajah 7.2.
3 marks
b(ii)
Lukiskan arah pertumbuhan akar tumbuhan selepas 5 hari pada Rajah 7.2. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: arah pertumbuhan hujung akar selepas 5 hari.)*
1 marks
b(iii)
Rajah 7.3 menunjukkan bahagian hujung akar biji benih dipotong.
Terangkan kesan tindakan tersebut terhadap pertumbuhan akar.
2 marks
c
Rajah 7.4 menunjukkan biji benih yang ditanam pada musim kemarau.
Berdasarkan Rajah 7.4, terangkan bagaimana asid absisik memainkan peranannya dalam memastikan kemandirian biji benih dikekalkan pada musim kemarau.
2 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan struktur kloroplas.
a(i)
Nyatakan nama bagi bahagian yang berlabel.
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Terdapat dua peringkat utama dalam proses fotosintesis. Namakan **dua** peringkat tersebut.
2 marks
a(iii)
Berdasarkan Rajah 8.1, tuliskan persamaan yang menerangkan proses fotosintesis yang berlaku di dalam komponen tersebut.
1 marks
b(i)
Rajah 8.2 menunjukkan satu eksperimen untuk menguji kadar fotosintesis apabila menggunakan dua jenis cahaya lampu yang berbeza bagi memastikan fotosintesis berlaku dengan kadar optimum.
Berdasarkan Rajah 8.2, terangkan perbezaan yang dapat diperhatikan pada kadar fotosintesis apabila menggunakan dua jenis cahaya yang berbeza.
Terangkan satu perbezaan yang dapat diperhatikan dengan menggunakan jenis warna cahaya lampu yang berbeza.
2 marks
c(ii)
Graf 1 menunjukkan satu titik B yang dipanggil titik pampasan.
Terangkan apakah yang berlaku apabila keamatan cahaya melepasi titik pampasan.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan struktur yang terlibat dalam proses penghasilan air kencing.
a
Nyatakan **tiga** proses utama yang terlibat dalam penghasilan air kencing.
3 marks
b
Terangkan bagaimana proses di T berlaku.
4 marks
c
Dalam sekatan jalan raya, sekumpulan remaja lelaki telah ditahan dan air kencing mereka diuji dengan Kit Ujian Dadah Air Kencing. Air kencing salah seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis ganja.
Berdasarkan pengetahuan biologi anda, terangkan bagaimana ganja boleh dikesan di dalam air kencingnya.
5 marks
d
Rajah 9.2 menunjukkan En. Z pada situasi A dan situasi B.
Berdasarkan pengetahuan biologi anda, huraikan perbezaan mekanisme pembetulan untuk mengembalikan tekanan osmosis darah En. Z kembali kepada julat normal.
8 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan keratan rentas sekuntum bunga biseks.
a(i)
Bandingkan bahagian jantan dan betina pada bunga tersebut.
4 marks
a(ii)
Rajah 10.2 menunjukkan struktur bunga yang sedang menjalani proses persenyawaan.
Berdasarkan Rajah 10.2, terangkan proses persenyawaan ganda dua bermula setelah pendebungaan berlaku.
10 marks
b
Biji benih mempunyai ciri khusus untuk meningkatkan peluang pembiakan. Huraikan ciri-ciri khusus tersebut.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Rajah 11.1 menunjukkan kawasan pertanian dan penternakan yang diusahakan berhampiran Sungai X. Sampel air Sungai X diambil dan diuji menunjukkan bacaan BOD yang tinggi.
Sebagai ahli Kelab Alam Sekitar, cadangkan **satu** tumbuhan yang boleh digunakan sebagai langkah mengatasi masalah di Sungai X. Ramalkan bacaan BOD Sungai X enam bulan akan datang. Terangkan bagaimana keadaan ini berlaku.
10 marks
b
Graf 1 menunjukkan pertumbuhan populasi penduduk dunia.
Berdasarkan Graf 1, terangkan kesan ledakan pertumbuhan populasi manusia terhadap alam sekitar.
6 marks
c
> KUALA LUMPUR – Jumlah penduduk Malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 2.1 peratus.
>
> Peningkatan kadar pertumbuhan penduduk ini disebabkan oleh pertambahan bilangan penduduk bukan warganegara yang lebih tinggi iaitu meningkat daripada 2.5 juta (2022) kepada 3.0 juta (2023).
>
> (Sumber: https://malaysiagazette.com/)
Berdasarkan pernyataan di atas, sejajar dengan pertambahan populasi rakyat Malaysia, kerajaan telah memperkukuhkan sekuriti makanan negara bagi memastikan kesinambungan bekalan makanan negara pada setiap masa.
Dengan menggunakan pengetahuan anda, terangkan komponen sekuriti makanan di Malaysia yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open