Rajah 1.1 menunjukkan tisu vaskular dalam batang tumbuhan.
a(i)
Namakan struktur M dan N.
M: …
N: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** penyesuaian struktur N dalam pengangkutan sukrosa dari daun.
1 marks
Rajah 1.2 menunjukkan bahagian batang pokok yang gelang kulitnya telah dibuang. Pokok tersebut disiram dengan air setiap hari.
b(i)
Namakan proses yang menyebabkan keadaan tersebut.
1 marks
b(ii)
Terangkan apa yang berlaku kepada pokok selepas satu bulan.
2 marks
26 marks
Rajah 2 menunjukkan organisma R yang hidup dalam habitat air tawar.
a
Nyatakan alam bagi organisma R.
1 marks
b(i)
Labelkan alur mulut dan silium pada Rajah 2. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bahagian organisma R yang ditunjuk oleh label alur mulut dan label silium.)*
2 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana struktur K membantu organisma R untuk hidup di dalam persekitaran air tawar.
2 marks
b(iii)
Fenomena El-Nino telah mengancam habitat organisma R.
Nyatakan bagaimana organisma R membiak dalam persekitaran tersebut.
1 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan dua peringkat tindak balas biokimia yang melibatkan proses X dan proses Y dalam respirasi aerob.
| Berlaku di P | | Berlaku di Q |
|---|---|---|
| Glukosa → Piruvat | → | Karbon dioksida + air + tenaga |
| Proses X | | Proses Y |
Rajah 3.1
a(i)
Namakan P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** perbezaan antara proses X dan Y.
1 marks
b
Komponen Q mempunyai ciri khusus yang membantu meningkatkan kecekapan proses Y.
Terangkan ciri tersebut.
2 marks
c
Rajah 3.2 menunjukkan satu produk makanan di pasaran.
Jelaskan peranan bakteria Z dalam penghasilan makanan tersebut.
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan sistem pencernaan manusia.
a(i)
Nyatakan kelenjar M dan N.
M: …
N: …
2 marks
a(ii)
Sel epitelium pada permukaan dinding perut mengalami penyesuaian untuk membentuk kelenjar N.
Nyatakan **satu** fungsi sel epitelium tersebut.
1 marks
a(iii)
> Xerostomia merupakan keadaan mulut kering yang disebabkan oleh dehidrasi, stress dan penggunaan ubat-ubatan seperti ubat diuretik.
Terangkan bagaimana situasi di atas dapat memberi kesan terhadap kelenjar M dan pencernaan kanji di L.
2 marks
b
Seorang wanita mengandung gemar memakan bahan-bahan seperti rambut, tanah liat dan kotoran.
Terangkan kesan tabiat ini kepada individu tersebut.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan gerak balas yang berlaku pada sebatang pokok.
a(i)
Namakan gerak balas yang ditunjukkan oleh hujung pucuk dan hujung akar terhadap cahaya.
| | |
|---|---|
| Hujung pucuk | … |
| Hujung akar | … |
2 marks
a(ii)
Nyatakan hormon yang terlibat dalam gerak balas yang dinyatakan di 5(a)(i).
1 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan amalan masyarakat Malaysia untuk mempercepatkan pemasakan buah ciku.
Terangkan mengapa tindakan tersebut dilakukan.
3 marks
c
Rajah 5.3 menunjukkan produk pertanian yang terhasil daripada satu teknik penghasilan buah.
Terangkan faedah teknik ini kepada pengguna.
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan arka refleks dalam badan manusia.
a(i)
Namakan P dan R.
P: …
R: …
2 marks
a(ii)
Bezakan antara P dan R.
2 marks
b
Sebelum satu pembedahan, doktor telah menyuntik ubat bius kepada pesakit tersebut.
Terangkan kesan ubat bius terhadap penghantaran impuls di S.
2 marks
c
Rajah menunjukkan dua jenis tindak balas.
Berdasarkan rajah, bandingkan jenis tindak balas dalam Rajah 6.2 dan Rajah 6.3.
| Rajah 6.2 | Rajah 6.3 |
|---|---|
| **Persamaan** | |
| … | |
| **Perbezaan** | |
| … | … |
2 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan keratan rentas sejenis daun.
a(i)
Namakan sel P.
1 marks
a(ii)
Terangkan penyesuaian sel P untuk proses fotosintesis.
2 marks
Rajah 7.1 menunjukkan titik pampasan bagi dua jenis tumbuhan yang tumbuh pada lokasi yang terdedah kepada keamatan cahaya yang berbeza dalam hutan hujan tropika.
Rajah 7.2 menunjukkan lapisan tumbuhan dalam hutan hujan tropika.
b(i)
Pada Rajah 7.2, labelkan kedudukan bagi tumbuhan P dan Q. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: pada lapisan / aras hutan yang mana anda meletakkan label P dan label Q.)*
2 marks
b(ii)
Dengan merujuk graf, terangkan jawapan anda pada b(i).
2 marks
c
Pada titik pampasan, kadar fotosintesis dan kadar respirasi sel adalah sama.
Terangkan apakah yang akan berlaku kepada kadar penghasilan glukosa apabila keamatan cahaya terus meningkat melepasi titik pampasan.
2 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan dua jenis interaksi yang berbeza antara organisma.
a
Nyatakan **satu** perbezaan antara interaksi X dan interaksi Y.
1 marks
b
Sebuah rumah kayu telah diserang anai-anai.
Rajah 8.2 menunjukkan racun kimia yang digunakan oleh pemilik rumah untuk membunuh anai-anai.
Berdasarkan Rajah 8.2, terangkan bagaimana racun kimia mampu menyelesaikan masalah tersebut.
3 marks
c
Sekumpulan pelajar ingin menganggarkan saiz populasi tumbuhan rumput duri di padang sekolah. Rajah 8.3 (a) adalah tumbuhan rumput duri tersebut. Rajah 8.3 (b) menunjukkan kawasan padang sekolah dengan kedudukan tumbuhan rumput duri dalam 10 kuadrat bersaiz 1 m x 1 m.
Kira kepadatan tumbuhan rumput duri di padang sekolah.
2 marks
d
Sekumpulan pelajar lain diminta menganggarkan saiz populasi kumbang tanah di padang sekolah yang sama menggunakan kaedah tangkap-tanda-lepas-tangkap semula. Ketepatan kaedah ini bergantung kepada andaian.
Berikan **tiga** andaian tentang populasi kumbang tanah.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan dua jenis sendi yang dijumpai dalam sistem rangka manusia.
a
Banding dan bezakan antara sendi A dan sendi B.
4 marks
b
Terangkan mengenai pergerakan kaki semasa berjalan yang dihasilkan oleh tindakan otot berantagonis.
8 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan struktur X yang terdapat pada suatu organisma.
Jelaskan bagaimana struktur X membantu dalam mekanisme gerak alih seekor ikan.
8 marks
1020 marks
Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025 telah dibangunkan bagi memperkukuh sekuriti makanan negara dengan mengambil kira isu dan cabaran di sepanjang rantaian bekalan makanan bermula daripada input pertanian hingga ke sisa makanan.
a
Bincangkan **dua** komponen penting yang terdapat dalam sekuriti makanan di Malaysia.
4 marks
b
Rajah 10.1 menunjukkan satu amalan pertanian berasaskan teknologi hijau.
Wajarkan bagaimana amalan tersebut dapat menjamin sekuriti makanan negara.
6 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan dua jenis tomato berlabel yang dijual di sebuah pasar raya.
Seorang suri rumah ingin membeli salah satu daripada tomato tersebut. Pada pandangan anda, tomato manakah yang wajar dipilih oleh beliau?
Terangkan.
5 marks
d
Dalam satu bedah siasat, cebisan kulit telah ditemui pada kuku seorang mangsa bunuh oleh seorang pegawai forensik.
Rajah 10.3 menunjukkan kaedah bioteknologi yang boleh digunakan untuk mengenalpasti suspek pembunuhan tersebut.
Berdasarkan Rajah 10.3, terangkan kaedah tersebut.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Pokok kacang pea biji benih bulat baka tulen dikacukkan dengan pokok kacang pea biji benih berkedut baka tulen. Semua anak yang dihasilkan adalah biji benih bulat.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan baka tulen?
2 marks
a(ii)
Terangkan mengapa semua anak yang dihasilkan adalah berbiji bulat.
4 marks
Seorang murid telah menjalankan satu kajian untuk ciri buta warna yang diturunkan dalam sebuah keluarga.
b(i)
Murid tersebut telah menjalankan satu ujian untuk mengenal pasti pewarisan buta warna dalam keluarga itu.
Terangkan ujian tersebut.
2 marks
b(ii)
Berikut adalah maklumat yang diperoleh daripada kajian tersebut.
**Generasi 1.**
- Seorang lelaki normal berkahwin dengan seorang perempuan buta warna.
**Generasi 2.**
- Perkahwinan generasi pertama menghasilkan seorang perempuan pembawa dan dua orang lelaki buta warna.
**Generasi 3.**
- Perkahwinan anak perempuan pembawa dalam generasi kedua dengan seorang lelaki normal mendapat seorang anak perempuan normal dan dua orang anak lelaki masing-masing seorang normal dan seorang buta warna.
- Perkahwinan seorang anak lelaki buta warna dalam generasi kedua dengan seorang perempuan buta warna mendapat dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang kesemuanya buta warna.
| Simbol yang digunakan dalam pedigri: | |
|---|---|
| □ (segi empat) | Lelaki normal |
| ○ (bulatan) | Perempuan normal |
Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh murid tersebut, bina satu carta pedigri keluarga untuk tiga generasi bagi menunjukkan pewarisan ciri buta warna menggunakan simbol yang diberikan. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: simbol yang anda gunakan bagi setiap jenis individu, individu dan perkahwinan dalam setiap generasi beserta anak-anak mereka, dan cara anda melabel setiap generasi.)*
6 marks
c
Rajah 11 menunjukkan kariotip bagi dua individu.
Bandingkan kedua-dua penyakit genetik bagi kedua-dua individu tersebut.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open