Rajah 1.1 menunjukkan struktur satu organisma unisel yang hidup dalam kolam air tawar.
a
Namakan struktur X, Y dan Z.
X: …
Y: …
Z: …
3 marks
b
Rajah 1.2 menunjukkan fagositosis dalam *Amoeba* sp.
Lukis dan labelkan gambar dalam kotak P untuk melengkapkan proses fagositosis dalam Rajah 1.2. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rupa sel Amoeba dan kedudukan zarah makanan dalam kotak P, serta label yang anda tulis.)*
2 marks
c
Nyatakan bagaimana *Amoeba* sp. beradaptasi jika keadaan persekitaran tidak sesuai.
1 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan satu molekul gula pentosa.
a
Lukis dan label pada Rajah 2.1 untuk melengkapkan satu struktur nukleotida. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: komponen yang anda tambah, bentuknya, di mana ia bercantum pada gula pentosa, dan labelnya.)*
2 marks
b
Terangkan **satu** kepentingan asid nukleik dalam sel.
2 marks
c
Pendedahan terhadap sinar-X yang berterusan telah menyebabkan berlakunya perubahan pada urutan nukleotida asal seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.
Terangkan kesan perubahan urutan nukleotida ke atas sintesis protein.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan lengkung pertumbuhan bermula dari percambahan biji benih.
a(i)
Kenal pasti jenis tumbuhan yang menunjukkan lengkung pertumbuhan seperti dalam Rajah 3.1.
1 marks
a(ii)
Namakan **satu** contoh tumbuhan yang mempunyai lengkung pertumbuhan seperti dalam Rajah 3.1.
1 marks
a(iii)
Berdasarkan Rajah 3.1, terangkan kadar pertumbuhan tumbuhan pada peringkat A.
2 marks
Rajah 3.2 menunjukkan keratan rentas batang pokok yang diambil dari kawasan beriklim sederhana.
b(i)
Berdasarkan Rajah 3.2, apakah yang menyebabkan X terbentuk?
1 marks
b(ii)
Sekumpulan pembalak ingin menebang beberapa pokok cengal.
Nyatakan **dua** cara bagaimana pembalak boleh menentukan pokok yang telah matang dan sesuai untuk ditebang.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu sel yang mempunyai gen yang abnormal dirawat dengan memasukkan gen X dalam kaedah terapi gen.
a(i)
Namakan gen X.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** penyakit yang boleh dirawat menggunakan terapi gen.
1 marks
a(iii)
Penyelidikan sedang giat dijalankan mengenai teknologi *Clustered Regularly Interspaced Short Palindromic Repeats (CRISPR)*.
Berdasarkan Rajah 4.1, terangkan kegunaan teknologi CRISPR dalam gen terapi.
2 marks
Dalam satu kes rompakan, berlaku pergelutan antara seorang pengawal keselamatan dan perompak. Sampel rambut yang disyaki milik perompak tersebut telah dijumpai pada uniform pengawal keselamatan. Dengan menggunakan DNA yang diekstrak daripada sampel rambut dan DNA dari tiga orang suspek, profil DNA yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2 diperoleh.
c(i)
Berdasarkan Rajah 4.2, siapakah perompak tersebut?
1 marks
c(ii)
Terangkan jawapan anda di (c)(i).
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan faktor-faktor yang terlibat dalam homeostasis.
**Rajah 5.1**
- Homeostasis
- Faktor fizikal → K
- Faktor kimia → L
a
Berikan **satu** contoh K dan L.
K: …
L: …
2 marks
Rajah 5.2 menunjukkan struktur satu nefron dalam ginjal manusia.
b(i)
Nyatakan nama proses yang berlaku di P.
1 marks
b(ii)
Jadual 1 menunjukkan beberapa bahan yang hadir di kawasan Q, R dan S.
| Kawasan | Kandungan glukosa (g/100cm^3^) | Kandungan protein plasma (g/100cm^3^) |
|---|---|---|
| Q | 0.1 | 7.5 |
| R | … | … |
| S | 0.0 | 0.0 |
Lengkapkan Jadual 1 untuk menunjukkan kandungan glukosa dan protein plasma di kawasan R sekiranya individu ini adalah normal.
2 marks
Rajah 5.3 menunjukkan batu karang yang terbentuk dalam ginjal seorang individu.
c(i)
Namakan **satu** bahan yang terkandung dalam batu karang.
1 marks
c(ii)
Terangkan bagaimana individu tersebut dapat mengurangkan masalah batu karang tanpa menjalani pembedahan.
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan dua proses penting yang berlaku dalam tumbuhan.
a
Nyatakan nama proses Q dan titisan X.
Proses Q: …
X: …
2 marks
b
Nyatakan **satu** kepentingan transpirasi kepada tumbuhan.
1 marks
c
Banding bezakan transpirasi dengan proses Q dalam tumbuhan.
2 marks
d
Rajah 6.2 menunjukkan susunan radas dalam satu eksperimen untuk mengkaji bagaimana proses transpirasi mempengaruhi pengangkutan air dalam tumbuhan.
Didapati bahawa gelembung udara tersebut telah bergerak sejauh 4 cm dalam masa 5 minit.
Dengan menggunakan formula yang sesuai, kira kadar transpirasi bagi tumbuhan itu.
2 marks
e
Rajah 6.3 menunjukkan sejenis tumbuhan yang digunakan untuk merawat air sisa di loji kumbahan.
Nyatakan mengapa tumbuhan ini sesuai digunakan untuk merawat air sisa?
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan perubahan struktur folikel di dalam ovari dan perubahan ketebalan dinding endometrium dalam uterus.
a(i)
Pada Rajah 7.1, lengkapkan perubahan ketebalan dinding endometrium semasa Fasa **T**. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagaimana ketebalan dinding endometrium berubah dari hari 26 hingga hari 2.)*
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 7.1, terangkan perubahan ketebalan dinding endometrium semasa Fasa **R**.
2 marks
b
Berdasarkan Rajah 7.1, terangkan hubungan antara proses N dengan ketebalan dinding endometrium semasa Fasa S.
3 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan graf ketinggian lelaki dan perempuan.
Berdasarkan Rajah 7.2, terangkan perbezaan ketinggian di antara lelaki dan perempuan ketika berusia 12 hingga 14 tahun.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan susunan daun dalam tumbuhan.
a(i)
Terangkan mengapa susunan daun adalah sedemikian.
3 marks
a(ii)
Tumbuhan dalam Rajah 8.1 diletakkan di dalam bilik yang sangat panas selama 12 jam. Terdapat cahaya terang di dalam bilik dan tumbuhan tersebut tidak diberi air dalam tempoh 12 jam.
Rajah 8.2 menunjukkan satu lakaran bukaan stoma yang dibuat oleh seorang murid semasa penyiasatan tersebut.
Berdasarkan Rajah 8.2, terangkan perubahan bukaan stoma.
2 marks
a(iii)
Encik X menanam tumbuhan dalam Rajah 8.1 secara komersial. Beliau mendapati semua tumbuhannya layu dan mati disebabkan peningkatan suhu akibat "*El Nino*".
Cadangkan **dua** cara untuk mengatasi masalah tersebut.
2 marks
b
Rajah 8.3 menunjukkan jisim glukosa yang dihasilkan dalam beberapa bahagian pada sehelai daun.
Terangkan perbezaan dalam jisim glukosa yang dihasilkan dalam mesofil palisad dengan jisim glukosa yang dihasilkan dalam mesofil span.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan struktur satu komponen sel.
Terangkan proses respirasi aerob yang berlaku dalam komponen sel ini.
2 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan bahan-bahan yang disediakan oleh murid A untuk membuat *yogurt* di rumah.
Terangkan bagaimana organisma X dalam minuman ini boleh membantu dalam penyediaan *yogurt* menggunakan bahan di atas.
4 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan pokok padi yang hidup di kawasan yang ditakungi air.
Terangkan bagaimana pokok padi boleh beradaptasi di kawasan tersebut.
4 marks
d
Rajah 9.4(a) menunjukkan seorang individu yang sedang berjalan di sebuah taman rekreasi.
Rajah 9.4(b) menunjukkan seorang individu dalam acara pecut 100 meter.
Bandingkan proses respirasi yang berlaku dalam Rajah 9.4(a) dan Rajah 9.4(b).
10 marks
1020 marks
a
Rajah 10.1 menunjukkan sepasang kromosom homolog. Suatu ciri ditentukan oleh sepasang alel. T dan t mewakili alel bagi ciri ketinggian.
Terangkan bagaimana ciri ketinggian ditentukan.
2 marks
Rajah 10.2 menunjukkan pewarisan faktor Rhesus dalam sebuah keluarga. Faktor Rhesus dikawal oleh sepasang alel. Alel Rh + adalah dominan manakala alel Rh - adalah resesif.
Berdasarkan Rajah 10.2,
b(i)
lukis rajah skema pewarisan faktor Rhesus dalam keluarga tersebut. *(Huraikan rajah skema anda dalam perkataan: genotip induk, proses pembentukan gamet, gamet, persenyawaan, genotip anak, fenotip anak dan nisbah fenotip.)*
5 marks
b(ii)
anak pertama dan anak kedua pasangan ini dilahirkan sihat, tetapi anak ketiga mereka meninggal sejurus selepas dilahirkan.
Berdasarkan pengetahuan biologi anda mengenai faktor Rhesus, terangkan mengapa anak ketiga mereka meninggal semasa dilahirkan.
3 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan satu kariotip bagi lelaki yang normal.
Terdapat dua jenis kromosom dalam manusia pada Rajah 10.3. Nyatakan perbezaan antara kedua-dua jenis kromosom tersebut.
2 marks
d
Rajah 10.4(a) dan Rajah 10.4(b) menunjukkan kariotip bagi dua individu yang mempunyai penyakit genetik.
Banding dan bezakan kedua-dua penyakit genetik tersebut.
8 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan aktiviti manusia yang mengancam ekosistem.
a(i)
Bincangkan kesan-kesan aktiviti dalam Rajah 11.1 terhadap ekosistem.
3 marks
a(ii)
Cadangkan bagaimana kesan aktiviti dalam Rajah 11.1 dapat dikurangkan.
7 marks
b
Harimau Malaya merupakan haiwan yang menjadi buruan pemburu haram untuk dijual di pasaran gelap.
Rajah 11.2 menunjukkan satu poster kempen yang dijalankan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Wajarkan tindakan pihak PERHILITAN dalam menyelamatkan populasi harimau malaya.
6 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan maklumat mengenai Dasar Agromakanan Negara 2.0.
> **DASAR AGROMAKANAN NEGARA 2.0**
>
> Telah dilancarkan pada tahun 2021
>
> **TUJUAN**
>
> - Untuk memastikan sekuriti makanan. Sekuriti makanan diterjemahkan sebagai jaminan makanan yang merujuk kepada ketersediaan makanan, jaminan capaian makanan dan jaminan penggunaan makanan.
> - Meningkatkan sumbangan golongan sasar dan ekonomi negara.
Terangkan peranan kerajaan dalam menjayakan sekuriti makanan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open