Nyatakan **satu** penyesuaian struktur K untuk meningkatkan kadar fotosintesis.
1 marks
Rajah 1.2 menunjukkan keadaan sel M dalam tumbuhan yang layu.
b(i)
Berdasarkan Rajah 1.2, nyatakan keadaan sel M.
1 marks
b(ii)
Terangkan kepentingan stoma pada daun tertutup ketika cuaca panas melampau.
2 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan struktur membran plasma.
a(i)
Berdasarkan Rajah 2.1, namakan struktur P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Sesetengah protein mempunyai rantai karbohidrat yang melekat padanya. Nyatakan fungsi Q.
1 marks
a(iii)
Terangkan kesan terhadap struktur membran plasma jika struktur R tiada.
1 marks
b
Rajah 2.2 menunjukkan label **LIPOSOMAL VITAMIN C** bersama pernyataan berikut:
> Vitamin C adalah vitamin yang larut air. Vitamin ini digunakan untuk melindungi kita daripada penyakit skurvi. Rajah 2.2 menunjukkan vitamin C yang menggunakan liposom.
Berdasarkan Rajah 2.2 dan pernyataan di atas, terangkan bagaimana liposom dapat melindungi vitamin C tersebut hingga sampai ke organ sasaran.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan keratan rentas batang tumbuhan pada dua peringkat pertumbuhan yang berbeza.
a(i)
Namakan jenis pertumbuhan T dan pertumbuhan U.
T: …
U: …
2 marks
a(ii)
Apakah jenis tisu yang memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan tumbuhan?
1 marks
a(iii)
Berikan **DUA** perbezaan antara pertumbuhan T dengan pertumbuhan U.
| T | U |
|---|---|
| … | … |
| … | … |
2 marks
b
Rajah 3.2 menunjukkan keratan rentas batang pokok.
Berdasarkan Rajah 3.2, terangkan bagaimana umur pokok dapat ditentukan berdasarkan gelang tahunannya.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan jantung manusia yang terbina daripada tisu otot kardium.
a(i)
Nyatakan sifat tisu otot kardium.
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana sifat di a(i) ini membolehkan jantung sentiasa berfungsi dalam setiap keadaan.
2 marks
Rajah 4.2 menunjukkan keratan rentas jantung. P dan Q adalah dua injap yang menghubungkan atrium dan ventrikel.
b(i)
Namakan injap P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
b(ii)
Bezakan injap P dan Q dari segi struktur dan fungsi.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan sejenis tumbuhan yang hidup di kawasan air masin.
a(i)
Namakan pengelasan tumbuhan yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1 berdasarkan habitatnya.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** ciri habitat tumbuhan yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.
1 marks
a(iii)
Terangkan penyesuaian pada tumbuhan ini untuk mengatasi masalah keamatan cahaya yang tinggi.
2 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan anak pokok durian yang sedia untuk ditanam.
Untuk mengatasi masalah hakisan yang berlaku akibat penebangan pokok bakau, penduduk kampung bercadang untuk menanam pokok lain di tepi laut. Seorang penduduk mencadangkan agar ditanam durian supaya mereka boleh mendapat hasil buah durian. Kritik cadangan tersebut dengan fakta saintifik.
2 marks
c
Rajah 5.3 menunjukkan sejenis rumpai air.
Terangkan mengapa rumpai air boleh tegak di habitat asalnya tetapi terbaring apabila dikeluarkan dari habitat asalnya.
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan arka refleks dalam manusia.
a(i)
Namakan jenis gerak balas yang terhasil.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu perbezaan struktur antara neuron R dan S.
1 marks
b
Sentuhan dengan pin menyebabkan reseptor mencetuskan impuls. Terangkan bagaimana gerak balas terhasil.
3 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan seorang doktor sedang melakukan ujian sentakan lutut kepada seorang kanak-kanak yang terjatuh ketika menunggang basikal.
Wajarkan tindakan doktor untuk melakukan ujian ini.
3 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan penghasilan enzim ekstrasel.
a(i)
Namakan organ yang menghasilkan enzim ekstrasel yang terdapat dalam sistem pencernaan manusia.
1 marks
a(ii)
Namakan dua contoh enzim ekstrasel yang terdapat dalam sistem pencernaan manusia.
2 marks
b(i)
Apakah fungsi jasad golgi dan vesikel di dalam Rajah 7? Terangkan.
2 marks
b(ii)
Sel dalam Rajah 7 terdedah kepada sianida, sejenis racun yang menyebabkan mitokondria tidak berfungsi. Terangkan kesan racun ini ke atas sintesis enzim ekstrasel.
2 marks
c
Sel dalam Rajah 7 biasanya dijumpai pada permukaan perut manusia. Pengambilan makanan seperti jeruk dalam jangka masa yang panjang memberi kesan yang buruk kepada sel ini. Bincangkan kesan yang mungkin berlaku ke atas penghasilan enzim ekstrasel dengan memberi contoh yang sesuai.
2 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan perubahan aras hormon dalam satu kitar haid.
a(i)
Nyatakan maksud ovulasi.
1 marks
a(ii)
Namakan hormon P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
b(i)
Terangkan fungsi hormon P.
2 marks
b(ii)
Berdasarkan graf, terangkan hubungan di antara aras hormon Q dan ketebalan dinding endometrium selepas hari ke-26.
2 marks
c
Selepas bersalin, Puan Aina disarankan untuk menjarakkan kehamilannya. Cadangkan kaedah yang sesuai untuk Puan Aina merancang kehamilan seterusnya.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 dan Rajah 9.2 menunjukkan dua aktiviti berbeza yang dijalankan oleh dua individu, iaitu A dan B.
a(i)
Berdasarkan maklumat di atas, apakah proses respirasi sel yang berlaku pada individu A dan individu B?
2 marks
a(ii)
Selepas menamatkan aktiviti berlari, individu A terus bernafas dengan cepat dan dalam untuk beberapa minit. Terangkan mengapa keadaan itu berlaku.
8 marks
b
Individu B yang tidak biasa bersenam mengalami kekejangan otot apabila melakukan senaman cergas. Namun individu A yang merupakan atlet Olimpik tidak menghadapi masalah yang sama. Mengapa perkara ini berlaku?
10 marks
1020 marks
Rajah 10 menunjukkan kariotip seseorang individu.
a
Namakan penyakit genetik yang dihadapi oleh individu tersebut dan nyatakan satu ciri penyakit tersebut.
2 marks
b
Hemofilia adalah satu penyakit keturunan yang disebabkan oleh satu gen resesif pada kromosom X. Terangkan, dengan menggunakan rajah skema, bagaimana hemofilia diwarisi oleh anak-anak kepada seorang lelaki normal dan seorang perempuan pembawa penyakit ini. *(Huraikan rajah skema anda dalam perkataan: genotip induk, gamet, persenyawaan, serta genotip dan fenotip anak-anak.)*
8 marks
c
Rajah 10.1 menunjukkan empat jenis baka kelapa sawit di pusat pertanian. Encik Ahmad, seorang pengusaha ladang, ingin menanam kelapa sawit yang bersabut tebal dan berisi tebal. Beliau membuat keputusan untuk menggunakan kaedah kacukan silang.
| Kacukan | Genotip | Fenotip |
|---|---|---|
| Kacukan 1 | hhFF | Sabut nipis, isi tebal |
| Kacukan 2 | hhFf | Sabut nipis, isi tebal |
| Kacukan 3 | HHff | Sabut tebal, isi nipis |
| Kacukan 4 | HhFf | Sabut tebal, isi tebal |
Rajah 10.1 (setiap baris disertai lukisan keratan buah kelapa sawit)
Petunjuk:
- H: mewakili alel dominan bagi sabut tebal
- F: mewakili alel dominan bagi isi tebal
Terangkan dengan menggunakan segi empat Punnett, yang manakah dua jenis kelapa sawit yang harus dipilih oleh pengusaha ladang itu dari pusat pertanian untuk dikacukkan bagi memastikan semua anak pokok yang dihasilkan adalah bersabut tebal dan berisi tebal. *(Huraikan segi empat Punnett anda dalam perkataan: gamet setiap induk dan genotip anak dalam petak-petaknya.)*
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
> Dasar Agromakanan Negara, 2021-2030 (DAN 2.0) digubal dengan visi untuk membangunkan sektor agromakanan yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi dalam usaha bagi memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta mengutamakan sekuriti makanan dan nutrisi.
a
Berdasarkan pernyataan di atas, senaraikan **dua** komponen penting dalam sekuriti makanan.
2 marks
Rajah 11.1 menunjukkan keadaan kanak-kanak di suatu kawasan yang mengalami ancaman sekuriti makanan.
b(i)
Pada pendapat anda, terangkan penyebab kepada ancaman sekuriti makanan di kawasan tersebut.
4 marks
b(ii)
Melalui Dasar Agromakanan Negara (DAN), bincangkan tanggungjawab pihak kerajaan bagi mengatasi masalah yang dihadapi sekiranya bencana tersebut berlaku di negara kita.
4 marks
c
Ledakan pertumbuhan populasi manusia menyebabkan pengurangan sumber alam sekitar dan peningkatan pencemaran. Rajah 11.2 menunjukkan satu teknologi moden yang membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Bincangkan bagaimana teknologi moden dalam Rajah 11.2 berperanan dalam membantu mengekalkan kelestarian alam sekitar.
4 marks
d
Sebuah sekolah merancang untuk mengadakan Kempen Amalan Teknologi Hijau di sekolahnya. Untuk fasa pertama, mereka menjalankan Amalan Sekolah Hijau yang dilaksanakan di kantin sekolah. Cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di kantin sekolah untuk menjayakan kempen itu. Terangkan cadangan aktiviti tersebut.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open