Rajah 1.1 menunjukkan dua jenis asid nukleik P dan Q.
a(i)
Berdasarkan Rajah 1.1, namakan jenis asid nukleik P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Rajah 1.2 menunjukkan struktur nukleotida yang membentuk asid nukleik P.
Sitosina ialah satu contoh bes bernitrogen bagi asid nukleik P. Namakan **satu** contoh lain bes bernitrogen pada asid nukleik P itu.
1 marks
a(iii)
Terangkan kepentingan asid nukleik dalam sel.
2 marks
b
Rajah 1.3 menunjukkan saranan seorang doktor kepada seorang pesakit.
Berdasarkan Rajah 1.3, nyatakan kepentingan saranan di atas sebagai salah satu usaha untuk mengatasi masalah demam.
1 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan organisma P dan organisma Q dari alam yang berbeza.
a
Namakan alam bagi organisma P dan organisma Q.
Organisma P: …
Organisma Q: …
2 marks
b
Nyatakan **dua** ciri bagi organisma Q.
1. …
2. …
2 marks
c
Rajah 2.2 menunjukkan beberapa organisma. Lengkapkan kekunci dikotomi untuk mengelaskan organisma-organisma tersebut.
| Nombor | Ciri | Organisma / Rujuk |
|---|---|---|
| 1a | Tumbuhan | Rujuk 2 |
| 1b | Haiwan | Rujuk 3 |
| 2a | … | Pokok bunga raya |
| 2b | … | Pokok pinus |
| 3a | … | Semut |
| 3b | … | Cacing |
*(Tuliskan ciri bagi 2a, 2b, 3a dan 3b.)*
2 marks
37 marks
Rajah 3 menunjukkan sejenis sel darah putih yang penting dalam mekanisme pertahanan badan.
a
Namakan bahan X dan sel Y.
Bahan X: …
Sel Y: …
2 marks
b
Terangkan tindakan sel Y dalam Rajah 3.
2 marks
c
MRSA (*methicillin-resistant Staphylococcus aureus*) ialah sejenis strain bakteria yang lazimnya dijumpai di hospital. Strain bakteria ini imun terhadap banyak jenis antibiotik akibat penggunaan pelbagai jenis antibiotik untuk merawat pesakit di hospital.
Cadangkan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil daripada dijangkiti MRSA ketika berada di hospital.
3 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan tumbuhan P dan Q berdasarkan habitatnya.
Berdasarkan Rajah 4.1.
a(i)
Nyatakan habitat untuk tumbuhan Q.
1 marks
a(ii)
Nyatakan kelas bagi tumbuhan P berdasarkan habitatnya.
1 marks
a(iii)
Habitat bagi tumbuhan P mengandungi kepekatan garam yang tinggi. Nyatakan penyesuaian tumbuhan P bagi mengelakkan kehilangan air dari sap sel akar secara osmosis.
1 marks
b
Tumpahan minyak di perairan pantai memberi kesan terhadap tumbuhan di habitat bagi tumbuhan P. Ramalkan kesan yang akan berlaku kepada tumbuhan P.
2 marks
c
Rajah 4.2 menunjukkan dua jenis tumbuhan akuatik.
Nyatakan perbezaan struktur di antara tumbuhan R dan tumbuhan S berdasarkan penyesuaian habitatnya.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan arka refleks apabila tangan tersentuh nyalaan lilin.
a(i)
Namakan neuron P.
1 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi neuron geganti.
1 marks
b
Nyatakan mengapa struktur berlabel R membengkak.
1 marks
c
Rajah 5.2(a) dan Rajah 5.2(b) menunjukkan dua jenis sistem dalam manusia.
Bezakan antara kedua-dua sistem dalam rajah berdasarkan kriteria berikut:
- Bentuk maklumat
- Tempoh kesan
2 marks
d
> **DOPING JEJAS IMPIAN ANGKAT BERAT NEGARA KE SUKAN OLIMPIK PARIS.**
>
> Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat kecewa dengan isu doping melibatkan dua atlet angkat berat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 September lalu.
>
> Sukan angkat berat tempatan terus terpalit isu penyalahgunaan bahan terlarang dalam temasya Sukma selepas badan induk itu menerima surat daripada Agensi Anti Dadah Malaysia (Adamas) bertarikh 23 Disember yang mengesahkan dua pemenang pingat angkat berat Sukma positif bahan terlarang jenis 'anabolic androgenic steroid'.
>
> (Sumber: Astro Arena)
Berdasarkan petikan artikel di atas, terangkan bagaimana penggunaan dadah dapat membantu atlit mendapat pingat dalam pertandingan sukan.
3 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan kesan dua hormon terhadap kitar haid.
Berdasarkan Rajah 6.1,
a(i)
Namakan hormon K dan L.
K: …
L: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi hormon L.
1 marks
b
Rajah 6.2 menunjukkan hubung kait antara satu organ endokrin dengan peringkat kitar ovari manusia.
Terangkan kesan kekurangan aras hormon K ke atas perkembangan kitar ovari sebelum ovulasi berlaku.
3 marks
c
Rajah 6.3 menunjukkan dua jenis kembar A dan B.
Nyatakan **satu** perbezaan di antara kembar A dan kembar B.
1 marks
d
Rajah 6.4 menunjukkan sepasang kembar yang lain.
Nyatakan persamaan antara kembar A dengan kembar dalam Rajah 6.4.
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan tisu dan tulang pada siku manusia.
Berdasarkan Rajah 7.1;
a(i)
Namakan tulang X.
1 marks
a(ii)
Berikan **satu** ciri bagi tisu Y.
1 marks
a(iii)
Kenal pasti jenis sendi dalam Rajah 7.1.
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan perubahan postur pada rangka Puan Z yang berumur 60 tahun disebabkan kekurangan hormon dan mineral tertentu yang menyebabkan tulang rapuh dan mudah patah.
b(i)
Nyatakan faktor yang menyebabkan perubahan postur pada rangka Puan Z.
1 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana faktor pada 7(b)(i) menyebabkan keadaan tersebut.
2 marks
c
Rajah 7.3 menunjukkan amalan-amalan yang salah di kalangan murid ketika menggalas beg sekolah.
Murid ini dinasihatkan supaya:
- Menggalas beg menggunakan kedua-dua bahu
- Membawa beban tidak melebihi 10% berat badan
- Mengamalkan postur badan yang baik semasa berdiri dan berjalan
Terangkan kebaikan nasihat tersebut.
3 marks
89 marks
Buta warna merupakan keadaan seseorang itu tidak dapat membezakan warna yang tertentu, biasanya warna merah dan hijau. Buta warna berlaku disebabkan oleh alel resesif yang dibawa pada kromosom X. $X^B$ merupakan alel dominan dan $X^b$ merupakan alel resesif bagi buta warna. Encik S seorang yang buta warna ingin berkahwin dengan Cik T yang merupakan seorang pembawa.
a
Lengkapkan rajah skema dalam Rajah 8.1 untuk menentukan risiko anak yang bakal dilahirkan. *(Huraikan rajah anda dalam perkataan: genotip Cik T di (i), semua gamet di (ii) dan semua genotip anak di (iii).)*
3 marks
b
Cadangkan satu kaedah ujian saringan penglihatan warna yang boleh digunakan oleh Encik S dan Cik T untuk mengesan risiko buta warna kepada anak yang bakal dilahirkan nanti. Terangkan.
2 marks
c
Rajah 8.2(a) dan Rajah 8.2(b) menunjukkan graf bagi dua jenis variasi yang berbeza.
Nyatakan perbezaan di antara graf dalam Rajah 8.2(a) dan Rajah 8.2(b).
| Rajah 8.2(a) | Rajah 8.2(b) |
|---|---|
| … | … |
| … | … |
2 marks
d
Rajah 8.3(a) dan Rajah 8.3(b) menunjukkan poster tentang penyakit yang disebabkan oleh mutasi.
Bandingkan penyakit yang disebabkan oleh mutasi dalam Rajah 8.3(a) dan Rajah 8.3(b).
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Proses pembahagian sel terbahagi kepada dua peringkat. Jelaskan kedua-dua peringkat pembahagian sel tersebut.
2 marks
b
Rajah 9.1 menunjukkan kariotip seorang individu.
Kariotip individu dalam Rajah 9.1 adalah disebabkan ketidaknormalan yang berlaku ketika proses pembahagian sel. Terangkan.
4 marks
c
Encik P dan Encik Q merupakan adik-beradik kandung. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai ciri fizikal dan kandungan genetik yang berbeza. Situasi ini dikaitkan dengan satu proses ketika pembahagian sel dalam penghasilan gamet. Huraikan proses tersebut.
4 marks
d(i)
Rajah 9.2 menunjukkan urutan proses pembentukan gamet dalam tumbuhan.
Proses X dan Y merupakan proses pembahagian sel. Bezakan proses X dan proses Y yang ditunjukkan dalam Rajah 9.2.
4 marks
d(ii)
Rajah 9.3(a) menunjukkan papan tanda amaran yang terdapat di tempat kerja Encik P manakala Rajah 9.3(b) menunjukkan tabiat buruk yang dilakukan oleh Encik P setiap hari.
Persekitaran tempat kerja yang mempunyai papan tanda amaran dalam Rajah 9.3(a) dan tabiat buruk dalam Rajah 9.3(b) menyebabkan mutasi berlaku. Setelah 3 tahun bekerja di tempat tersebut, Encik P telah didiagnosis menghidap penyakit kanser.
Terangkan hubungan antara tempat kerja dan tabiat buruk Encik P dalam Rajah 9.3(a) dan Rajah 9.3(b) dengan penyakit kanser yang dialaminya.
6 marks
1020 marks
a
> Kepekatan gas karbon dioksida merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis. Peningkatan kepekatan gas karbon dioksida meningkatkan kadar fotosintesis selagi tiada faktor pengehad lain seperti suhu persekitaran dan keamatan cahaya.
Terangkan kefahaman anda tentang faktor pengehad.
2 marks
b
Rajah 10.1(a) menunjukkan satu teknologi dalam bidang pertanian. Rajah 10.1(b) menunjukkan sejenis tumbuhan yang tumbuh di negara empat musim.
Seorang petani telah berjaya menanam tumbuhan dalam Rajah 10.1(b) menggunakan teknologi pertanian seperti Rajah 10.1(a). Terangkan kelengkapan yang perlu disediakan bagi memastikan faktor persekitaran yang optimum untuk meningkatkan kadar pertumbuhan tumbuhan tersebut.
8 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan dua tindak balas metabolisme.
Tindak balas P:
Air + Karbon dioksida $\xrightarrow[\text{Klorofil}]{\text{Cahaya}}$ Glukosa + Oksigen + Air
Tindak balas Q:
Glukosa + Oksigen $\rightarrow$ Karbon dioksida + Air + ATP
Banding beza tindak balas P dan tindak balas Q.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
'Super Salmon' merupakan ikan yang terubah suai genetik yang boleh membesar dengan lebih cepat berbanding ikan salmon yang biasa. Ikan salmon ini dihasilkan melalui teknik kejuruteraan genetik.
Terangkan maksud kejuruteraan genetik.
3 marks
b
Dalam satu kes pembunuhan, sebilah pisau yang mempunyai kesan darah telah ditemukan oleh pihak polis di tempat kejadian. Dengan menggunakan DNA yang diekstrak daripada sampel pada bilah pisau, mangsa dan tiga orang suspek, profil DNA seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.1 diperoleh.
Rajah 11.2 menunjukkan langkah-langkah yang dijalankan dalam menentukan penjenayah.
Antara suspek 1, 2 dan 3, siapakah yang paling mungkin seorang pembunuh? Terangkan langkah-langkah tersebut.
7 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan makanan terubah suai genetik (GMF).
Sejak kebelakangan ini, banyak bahan makanan terubah suai genetik (GMF) dihasilkan dan dijual di pasaran. Sebagai seorang pengguna, terangkan kebaikan memilih makanan terubah suai genetik (GMF).
6 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan sejenis penyakit genetik terangkai seks akibat mutasi gen.
Berdasarkan Rajah 11.4, cadangkan kaedah untuk merawat penyakit tersebut.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open