Rajah 1 menunjukkan satu proses yang terlibat dalam pembentukan molekul **X** yang merupakan satu molekul lemak.
Berdasarkan Rajah 1,
a(i)
Lukiskan molekul **X** yang dihasilkan dalam ruang yang disediakan. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bahagian-bahagian molekul X dan bagaimana bahagian-bahagian itu bercantum.)*
1 marks
a(ii)
Terangkan proses **W**.
2 marks
a(iii)
Nyatakan **satu** fungsi molekul **X** dalam badan manusia.
1 marks
b
Steroid ialah sejenis lipid. Steroid sintetik merupakan ubat sintetik yang dibuat untuk berfungsi seperti testosteron. Steroid sintetik biasanya digunakan oleh atlet dan ahli bina badan untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian dalam bidang sukan. Namun demikian, steroid sintetik adalah diharamkan dalam sukan seperti SUKMA, sukan SEA dan sukan Olimpik.
Terangkan kesan pengambilan steroid sintetik kepada atlet dan ahli bina badan.
2 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan struktur tisu floem dan Rajah 2.2 menunjukkan organisma **P** yang menyerap nutrien melalui tisu tumbuhan.
a(i)
Namakan sel **Q** dalam Rajah 2.1.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu kepentingan sel **Q**.
1 marks
b
Dalam Rajah 2.2, terangkan mengapa organisma **P** menyerap nutrien dari sel **P**.
2 marks
c
Ramalkan kesan kepada pertumbuhan pokok jika sel **P** rosak disebabkan organisma **P**.
2 marks
37 marks
Rajah 3 menunjukkan proses penghasilan satu enzim ekstrasel.
a
Namakan **P** dan **Q** dalam Rajah 3.
P: …
Q: …
2 marks
Enzim ekstrasel ialah enzim yang disintesis di dalam sel tetapi dirembeskan ke luar sel.
b(i)
Namakan **satu** contoh enzim ekstrasel yang dihasilkan oleh pankreas.
1 marks
b(ii)
Terangkan apa yang akan berlaku terhadap penghasilan enzim ekstrasel tersebut jika **P** tidak berfungsi.
2 marks
c
Enzim lipase digunakan untuk menanggalkan kotoran minyak pada baju. Keberkesanan enzim tersebut dapat ditingkatkan. Berikan cadangan anda.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan seekor orang utan. Hierarki taksonomi bagi orang utan ditunjukkan dalam Jadual 4.
| Aras | Takson |
|---|---|
| Alam | Animalia |
| Filum | Chordata |
| Kelas | Mamalia |
| Order | Primates |
| Famili | Hominidae |
| Genus | Pongo |
| Spesies | Pygmaeus |
Jadual 4
a
Berdasarkan Jadual 4, tulis nama saintifik bagi orang utan.
1 marks
b
Dengan menggunakan jawapan anda pada soalan 4(a), terangkan cara untuk menulis nama saintifik mengikut sistem tatanama binomial yang diperkenalkan oleh Carolus Linnaeus.
2 marks
Orang utan merupakan beruk besar asli yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Mereka boleh dijumpai di hutan hujan Borneo dan Sumatera. Rajah 4.2 menunjukkan terdapat tiga spesies orang utan iaitu *Bornean*, *Sumatran* dan *Tapanuli*, yang berbeza sedikit dari segi penampilan dan tingkah laku.
c(i)
Namakan jenis biodiversiti yang ditunjukkan oleh Rajah 4.2.
1 marks
c(ii)
Rajah 4.3 menunjukkan populasi orang utan yang menurun dengan banyak sejak tahun 1930.
Cadangkan tiga langkah pemeliharaan dan pemuliharaan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kepupusan orang utan.
3 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan dua individu, P dan Q dalam dua situasi yang berbeza. P ialah seorang atlet lelaki yang sedang melakukan satu aktiviti cergas manakala Q ialah seorang perempuan biasa yang berada dalam keadaan rehat. Proses R dan S berlaku dalam satu sel otot manusia.
a
Lengkapkan jadual di bawah untuk menunjukkan perbezaan antara jenis respirasi sel.
| Aspek | Proses R | Proses S |
|---|---|---|
| Jenis respirasi sel | | |
| Jumlah tenaga yang dihasilkan | | |
2 marks
b
Cadangkan **satu** substrat lain selain daripada glukosa yang boleh digunakan oleh sel untuk respirasi sel.
1 marks
c
Otot perempuan biasa, Q itu telah mengalami kekejangan selepas 15 minit berlari. Huraikan proses yang menyebabkan kekejangan otot.
3 marks
d
Selepas 1 jam berlari, atlet lelaki, **P** juga mengalami kekejangan otot. Terangkan mengapa otot atlet lelaki lebih lambat kejang berbanding dengan perempuan biasa.
2 marks
68 marks
Jadual 6 menunjukkan kesesuaian kumpulan darah penderma dan penerima.
| Kumpulan darah | Boleh menderma darah kepada kumpulan darah | Boleh menerima kumpulan darah daripada |
|---|---|---|
| A | A dan AB sahaja | A dan O sahaja |
| B | B dan AB sahaja | B dan O sahaja |
| AB | AB sahaja | A, B, AB dan O |
| O | A, B, AB dan O | O sahaja |
Jadual 6
a
Kumpulan darah O boleh menderma kepada semua kumpulan darah. Terangkan mengapa.
2 marks
b
Rajah 6.1 menunjukkan sel-sel darah merah diperangkap oleh gentian fibrin apabila satu salur darah pecah.
Pada pendapat anda, adakah pembentukan gentian fibrin itu perlu? Berikan sebab anda.
3 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan jantung manusia yang mengalami masalah arteri tersumbat.
Terangkan mengapa sebahagian otot kardiak pesakit itu sudah rosak.
3 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan keratan membujur otak manusia.
a(i)
Nyatakan **satu** fungsi bahagian otak berlabel **P**.
1 marks
a(ii)
Bahagian luar struktur **P** adalah berlipat-lipat. Terangkan mengapa.
2 marks
a(iii)
Kepala seorang mangsa kemalangan jalan raya tercedera dan mengalami kesukaran bernafas. Bahagian otak yang manakah paling mungkin tercedera?
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan penghantaran impuls merentasi celah **T**.
Berdasarkan Rajah 7.2, jika bahan kimia yang dibebaskan oleh **S** merentasi celah **T** dalam otak berkurangan disebabkan oleh kemerosotan sistem saraf, terangkan kesannya kepada kesihatan seseorang.
2 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan pewarisan buta warna dalam satu keluarga.
a
Dengan menggunakan simbol **B** untuk mewakili gen bagi penglihatan normal dan simbol **b** untuk mewakili buta warna, nyatakan semua genotip anak yang mungkin dihasilkan oleh pasangan **J** dan **K**.
| | Genotip |
|---|---|
| Anak lelaki | |
| Anak perempuan | |
2 marks
b
Jelaskan mengapa lelaki lebih mudah menghidap buta warna berbanding dengan perempuan.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan satu contoh pewarisan penyakit genetik yang lain.
| | | | |
|---|---|---|---|
| Induk | Talasemia | × | Normal |
| Anak | | Talasemia | |
Rajah 8.2
Rajah 8.3 menunjukkan satu keratan akhbar.
> KUALA LUMPUR: Pasangan pengamal perubatan terpaksa memutuskan tali pertunangan selepas mengetahui kedua-dua mereka adalah pembawa penyakit Talasemia. Menurut portal *Myhealth*, Talasemia adalah penyakit genetik di mana pesakit tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti mencukupi.
>
> (Sumber: bharian.com.my, Jun 4, 2023)
Rajah 8.3
Wajarkan tindakan pasangan dalam keratan akhbar tersebut.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan proses pembentukan gamet betina di dalam ovari.
Berdasarkan Rajah 9.1,
a(i)
Apakah struktur **X** dan peranannya?
2 marks
a(ii)
Terangkan kesan kepada kehamilan jika struktur **X** tiba-tiba merosot pada trimester pertama kehamilan.
4 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan satu kaedah pencegahan kehamilan.
Pasangan suami isteri yang baru berkahwin masih belum bersedia untuk mempunyai anak. Mereka telah memilih pil pencegahan kehamilan sebagai salah satu kaedah pencegahan kehamilan seperti dalam Rajah 9.2. Bincangkan kebaikan dan keburukan penggunaan pil perancang kehamilan.
4 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan seorang wanita yang berumur 46 tahun dan masalah-masalah yang dihadapi olehnya.
Apakah yang berlaku kepada wanita ini? Bincangkan.
4 marks
d
Proses **X** dan proses **Y** merupakan dua proses gametogenesis yang berbeza dalam manusia seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.3.
Banding dan bezakan antara proses **X** dan proses **Y**.
6 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan struktur kloroplas.
a(i)
Kenal pasti jenis tindak balas yang berlaku di bahagian **X** dan **Y**.
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Terangkan proses yang berlaku dalam **X**.
6 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan daun tumbuhan dan strukturnya.
Terangkan penyesuaian fizikal dan struktur daun itu untuk menjalankan fotosintesis.
6 marks
c
Graf dalam Rajah 10.3 menunjukkan peningkatan keamatan cahaya dan kadar pengambilan karbon dioksida (CO~2~) bagi satu tumbuhan.
Ramalkan kesan kepada pertumbuhan tumbuhan tersebut jika keadaan kekal pada **X** untuk jangka masa yang lama.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Gambar foto 11 menunjukkan aktiviti pertanian yang dijalankan berhampiran sungai.
a(i)
Terangkan kesan aktiviti pertanian terhadap organisma akuatik di sungai tersebut.
6 marks
a(ii)
Penggunaan baja kimia secara berlebihan ke atas tumbuhan boleh memudaratkan hidupan lain di dalam ekosistem tersebut. Cadangkan satu jenis baja yang membolehkan tumbuhan menyerap nutrien melalui daun tanpa mencemarkan tanah. Huraikan cara menghasilkan dan menggunakan baja tersebut pada tumbuhan.
4 marks
b
Rajah 11 menunjukkan infografik berkenaan konsep 5R. Pembuangan bahan buangan dapat dikurangkan jika kita mengamalkan konsep 5R, iaitu fikir semula, baiki, guna semula, kurangkan dan kitar semula.
Berdasarkan Rajah 11, wajarkan bagaimana amalan berkaitan 5R dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open