Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada sistem pencernaan manusia.
a(i)
Namakan aras organisasi sel bagi struktur X.
X: …
1 marks
a(ii)
Namakan tisu utama yang membentuk dinding struktur X.
1 marks
a(iii)
Terangkan **satu** ciri penyesuaian yang terdapat pada struktur X untuk menyerap nutrien dengan efisien.
2 marks
b
Kanser bermula apabila tisu pada struktur X membahagi secara tidak terkawal. Terangkan mengapa kanser mudah bermula pada tisu yang terdapat dalam struktur X.
2 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan pembentukan molekul Z dalam susu.
a(i)
Namakan molekul X dan molekul Y.
Molekul X: …
Molekul Y: …
2 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 2.1, terangkan proses P.
2 marks
b
Rajah 2.2 menunjukkan urutan penghasilan protein dalam sel.
Berdasarkan Rajah 2.2, terangkan bagaimana protein disintesis.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan satu aplikasi enzim dalam industri tenusu.
a(i)
Namakan enzim K.
1 marks
a(ii)
Nyatakan teknologi yang digunakan dalam industri tersebut.
1 marks
b
Manik alginat merupakan sejenis bahan lengai.
Jelaskan bagaimana manik alginat membantu aktiviti enzim K.
3 marks
c
Rajah 3.2 menunjukkan sejenis tumbuhan yang digunakan oleh seorang suri rumah untuk memasak daging.
> Bungkus hirisan daging dengan daun pucuk muda dan perap beberapa jam. Perapan dicuci sebelum dimasak.
Terangkan mengapa kaedah tersebut digunakan untuk memasak daging.
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan kitar nitrogen dalam suatu ekosistem.
a
Namakan proses P dan sebatian Q.
P: …
Q: …
2 marks
b(i)
Nyatakan satu contoh organisma yang terlibat dalam proses P.
1 marks
b(ii)
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada ekosistem sekiranya organisma yang dinyatakan dalam (b)(i) mati.
2 marks
c
Seorang petani menanam tumbuhan kekacang sebagai tanaman bergilir di ladangnya.
Terangkan kepentingan amalan ini.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan keratan rentas daun.
a
Lengkapkan Rajah 5.1 dengan melukis lapisan sel mesofil palisad. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk, susunan dan kedudukan sel-sel yang anda lukis, serta label bahagian sel.)*
2 marks
b
Terangkan penyesuaian pada sel mesofil palisad untuk menjalankan fotosintesis.
2 marks
c
Seorang petani mendapati tanaman tomatonya kurang menghasilkan buah apabila ditanam di kawasan yang terlindung daripada cahaya matahari.
Terangkan mengapa.
2 marks
d
Rajah 5.2 menunjukkan graf pengambilan karbon dioksida melawan keamatan cahaya bagi suatu tumbuhan.
Berdasarkan graf, terangkan apa akan berlaku kepada kadar penghasilan glukosa apabila keamatan cahaya terus meningkat melepasi titik pampasan.
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan struktur sejenis neuron dalam sistem saraf manusia.
a(i)
Namakan bahagian berlabel X.
X: …
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis neuron yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.
1 marks
a(iii)
Lukiskan anak panah (→) di dalam kotak pada Rajah 6.1 bagi menunjukkan arah aliran impuls. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: arah anak panah dalam kotak — dari bahagian mana ke bahagian mana neuron itu.)*
1 marks
b
Seorang pesakit mengalami ketidaknormalan sistem keimunan yang menyerang struktur Y dalam otak.
Terangkan kesan ketidaknormalan tersebut terhadap aktiviti penghantaran impuls.
3 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan ketinggian bagi dua individu berumur 30 tahun yang mengalami ketidakseimbangan hormon.
Bezakan dua individu dalam Rajah 6.2 berdasarkan kriteria berikut.
| Individu A | Kriteria | Individu B |
|---|---|---|
| … | Ketidakseimbangan hormon | … |
| … | Kesan terhadap pertumbuhan | … |
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan mekanisme yang berlaku dalam darah apabila seseorang terluka.
- Kotak: **Bahan pengaktif R, Ion kalsium, Vitamin K** — anak panah dari kotak ini menunjuk ke anak panah **Protrombin → Trombin**
- Anak panah dari **Trombin** menunjuk ke anak panah **Fibrinogen → Fibrin**
a(i)
Namakan bahan pengaktif R.
R: …
1 marks
a(ii)
Fibrin adalah sejenis gentian protein berupa benang yang membentuk jaringan pada permukaan luka untuk menjerat eritrosit.
Terangkan kepentingan fibrin dalam mekanisme pembekuan darah.
2 marks
b
Rajah 7.2 menunjukkan satu keadaan yang berlaku pada jantung manusia.
Berdasarkan Rajah 7.2, terangkan kesan pembentukan darah beku dan plak dalam arteri S.
3 marks
c
Rajah 7.3 menunjukkan sejenis alat T yang dipasang kepada seorang individu di mana jantungnya berdenyut terlalu perlahan.
Terangkan fungsi alat T dalam mengatasi masalah tersebut.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan bentuk pod dan bentuk biji benih yang terdapat pada dua pokok kacang pis yang berbeza.
**Petunjuk:**
- **F**: Alel dominan bagi pod licin
- **f**: Alel resesif bagi pod berkedut
- **R**: Alel dominan bagi bentuk biji benih bulat
- **r**: Alel resesif bagi bentuk biji benih berkedut
Rajah 8.2 menunjukkan rajah skema bagi kacukan antara dua induk baka tulen.
Pokok kacang pis pod licin dan biji benih bulat telah dikacukkan dengan pokok kacang pis pod berkedut dan biji benih berkedut.
| | | | |
|---|---|---|---|
| Fenotip induk | Pod licin, biji benih bulat | × | Pod berkedut, biji benih berkedut |
| Genotip induk | (a)(i) … | × | (a)(i) … |
| | ↓ Meiosis | | ↓ Meiosis |
| Gamet | (a)(ii) … | | (a)(ii) … |
| | ↘ Persenyawaan ↙ | | |
| Genotip F~1~ | FfRr | | |
a
Dengan menggunakan petunjuk yang diberikan, lengkapkan Rajah 8.2 dengan menulis:
(i) Genotip induk
(ii) Gamet
2 marks
b
Nyatakan fenotip generasi F~1~.
1 marks
c
Bina segi empat Punnett bagi kacukan sesama sendiri anak generasi F~1~ untuk menghasilkan generasi F~2~ dalam ruang yang disediakan. *(Huraikan segi empat Punnett anda dalam perkataan: gamet jantan dan gamet betina di tepi segi empat, dan genotip dalam setiap petak.)*
3 marks
d
Terangkan nisbah anak-anak generasi F~2~ yang terhasil berdasarkan Hukum Mendel.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan satu penyiasatan tentang pengangkutan dalam tumbuhan.
a
Berdasarkan Rajah 9.1, terangkan keputusan yang diperhatikan selepas tiga hari.
4 marks
b(i)
Banding dan bezakan proses P dan proses Q.
6 marks
b(ii)
Terangkan kesan terhadap tumbuhan yang tidak menjalankan proses Q.
4 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan masalah-masalah yang dihadapi oleh seorang petani di ladang tomato yang diusahakan secara komersial.
Masalah-masalah dalam Rajah 9.3:
- Daun cepat tua
- Tomato yang kecil
- Pertumbuhan rumpai
- Akar tidak berkembang
- Hasil yang sedikit dalam tempoh yang lama
- Tempoh pembungaan tidak sama
- Pemasakan tomato lambat dan tidak sekata
- Permintaan tomato tanpa biji
- Tomato muda dan daun muda gugur
Berdasarkan Rajah 9.3, cadangkan fitohormon yang sesuai untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
6 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan fetus manusia dalam uterus ibu.
a(i)
Terangkan kepentingan struktur X kepada pertahanan badan fetus.
4 marks
a(ii)
Struktur X diperlukan untuk mengekalkan ketebalan dinding uterus.
Terangkan pernyataan ini.
4 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan pembentukan dua pasang anak kembar.
Bandingkan pembentukan kembar Y dan kembar Z.
6 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan dua keadaan yang memberikan kesan kepada kehamilan.
| Keadaan 1 | Keadaan 2 |
|---|---|
| Perempuan hamil yang merokok | Perempuan yang mengambil pil perancang untuk mencegah kehamilan |
Terangkan kesan:
(i) Keadaan 1 terhadap perkembangan fetus.
(ii) Keadaan 2 terhadap kitar haid.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11 (a) menunjukkan ancaman ombak kuat di kawasan pesisir pantai.
Rajah 11 (b) menunjukkan penyelesaian yang dicadangkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk mengatasi masalah tersebut.
a
Berdasarkan Rajah 11 (a) dan Rajah 11 (b), bincangkan penyelesaian yang dicadangkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi mengatasi masalah tersebut.
4 marks
b(i)
Rajah 11 (c) menunjukkan kempen yang telah dilancarkan untuk sejenis haiwan yang banyak dijumpai di hutan paya bakau dan kawasan persisiran Kepulauan Borneo.
**KEMPEN LINDUNGI MONYET BELANDA**
> *Nasalis larvatus* atau lebih dikenali sebagai monyet Belanda telah menunjukkan penurunan populasi pada kadar anggaran 50 % sejak 40 tahun yang lalu, menurut Senarai Merah Spesies Terancam oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN). Ia dilindungi oleh beberapa undang-undang termasuk Akta Perlindungan Hidupan Liar, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 dan Enakmen Konservasi Hidupan Liar 1997.
Terangkan kaedah penamaan bagi Monyet Belanda mengikut Sistem Tatanama Binomial.
4 marks
b(ii)
Cadangkan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan yang boleh dilakukan bagi menyokong kempen ini.
6 marks
c
Rajah 11 (d) menunjukkan kepentingan ekosistem paya bakau.
- Kepentingan ekosistem paya bakau:
- Industri arang kayu
- Industri hasil laut
- Industri desa
Berdasarkan Rajah 11 (d), wajarkan kepentingan ekosistem paya bakau terhadap industri tersebut.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open