Rajah 1 menunjukkan satu organisma unisel yang hidup di dalam kolam air tawar.
a
Namakan struktur P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
b
Terangkan bagaimana partikel makanan dapat memasuki struktur Q dan dicernakan.
2 marks
c
Ramalkan apa yang akan berlaku jika organisma itu diletakkan dalam air masin.
2 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan proses pembentukan molekul Y daripada dua struktur molekul glukosa.
a(i)
Namakan proses P.
Proses P: …
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 2.1, terangkan pembentukan molekul Y.
2 marks
b
Tuliskan persamaan perkataan bagi proses P.
1 marks
c
> **Filem boleh dimakan daripada rumpai laut**
>
> Kajian pembangunan filem boleh dimakan berasaskan rumpai laut tempatan sebagai bahan pembungkus produk makanan telah dilakukan. Rumpai laut ialah sumber asli yang mapan serta berpotensi, tetapi masih belum digunakan sepenuhnya. Penanaman rumpai laut telah berkembang pesat di Malaysia, terutama di Sabah yang merupakan salah satu pengeluar rumpai laut di dunia, dengan jumlah pengeluaran dalam tahun 2010 adalah sebanyak 150,000 tan metrik dan dijangka menghasilkan 1,500,000 tan metrik pada tahun 2020.
>
> (Sumber: Buletin Teknologi MARDI, Bil.8(2015): 25 – 35)
Bagaimanakah rumpai laut dalam filem dapat mengurangkan impak negatif kepada pengguna?
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan tisu otot dan yis. Kedua-duanya menjalankan respirasi sel secara fermentasi.
a(i)
Nyatakan jenis fermentasi yang berlaku dalam tisu otot dan yis.
Tisu otot: …
Yis: …
2 marks
a(ii)
Berikan dua contoh makanan yang dapat dihasilkan melalui proses fermentasi oleh yis.
2 marks
b
Rajah 3.2 menunjukkan pokok padi di dalam sawah padi yang berlumpur tebal dan kekurangan oksigen.
Terangkan respirasi yang berlaku di dalam sel-sel akar pokok padi.
3 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan sistem pencernaan manusia.
a
Namakan F dan G.
F: …
G: …
2 marks
b
Rajah 4.2 menunjukkan satu struktur yang terdapat di dalam G.
Terangkan **satu** ciri penyesuaian yang terdapat pada struktur dalam Rajah 4.2.
1 marks
c
Seorang lelaki telah didiagnosis menghidapi kanser di bahagian G. Sebahagian daripada struktur G telah dipotong secara pembedahan.
Terangkan kesan pembedahan tersebut terhadap pencernaan karbohidrat dalam badan beliau.
2 marks
d
Rajah 4.3 menunjukkan struktur yang terlibat dalam proses asimilasi makanan tercerna yang berlaku dalam hati dan sel.
Hasil pencernaan protein diserap oleh struktur G dalam bentuk molekul asid amino dan diangkut ke hati.
Huraikan proses asimilasi asid amino berlaku dalam hati dan sel.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan tiga jenis tumbuhan R, S dan T.
a
Namakan jenis penyesuaian nutrisi tumbuhan R dan T.
Tumbuhan R: …
Tumbuhan T: …
2 marks
b
Jelaskan bagaimana tumbuhan S memperoleh air dan garam mineral untuk hidup.
1 marks
c
Rajah 5.2 menunjukkan pokok T dan pokok U.
Terangkan perbezaan penyesuaian nutrisi kedua-dua pokok T dan pokok U.
2 marks
d
Rajah 5.3 menunjukkan tumbuhan N yang merupakan tumbuhan karnivor.
Terangkan kesan ketiadaan nektar ke atas tumbuhan karnivor itu.
3 marks
68 marks
Rajah 6.1(a) menunjukkan sebahagian neuron motor dan Rajah 6.1(b) menunjukkan keratan rentas bonggol sinaps.
a
Namakan bahagian berlabel T dan bahan kimia yang dibebaskan di T.
T: …
Bahan kimia: …
2 marks
b
Berdasarkan Rajah 6.1(a) dan Rajah 6.1(b), terangkan mengapa penghantaran impuls melalui neuron berlaku dalam satu arah sahaja.
2 marks
c
Terangkan mengapa penghantaran impuls perlu merentasi T.
2 marks
d
Terangkan kemungkinan yang berlaku kepada impuls jika tiada struktur V.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan tisu P dan tisu Q yang terlibat dalam proses pengangkutan dalam tumbuhan.
a
Berdasarkan Rajah 7.1(a) dan Rajah 7.1(b), nyatakan tisu P dan tisu Q.
Tisu P: …
Tisu Q: …
2 marks
b
Trakeid pada tisu Q tidak terbentuk dengan lengkap. Terangkan kesannya terhadap tisu Q.
2 marks
c
Rajah 7.2(a) dan Rajah 7.2(b) melibatkan proses kehilangan air dari tumbuhan.
Nyatakan **dua** perbezaan di antara kedua-dua proses tersebut.
| Rajah 7.2(a) | Rajah 7.2(b) |
|---|---|
| … | … |
| … | … |
2 marks
e
Rajah 7.3 menunjukkan sejenis tumbuhan yang boleh digunakan untuk merawat air sisa.
Terangkan bagaimana tumbuhan dalam Rajah 7.3 boleh digunakan untuk menangani isu pencemaran sumber air.
3 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan dua jenis mikroorganisma, X dan Y.
a(i)
Bandingkan mikroorganisma X dan Y.
4 marks
a(ii)
> Kulat dan bakteria merupakan mikroorganisma yang penting kepada ekonomi negara khususnya dalam industri makanan dan sektor pertanian.
Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan kepentingan kulat dan bakteria.
3 marks
b
Mikroorganisma membawa banyak manfaat dan kemudaratan kepada manusia. Mikroorganisma boleh menyebabkan penyakit dan dapat disebarkan melalui pelbagai cara. Patogen merupakan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
Cadangkan dua cara untuk mengawal patogen.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan struktur nefron dan salur darah di dalam ginjal manusia.
a
Berdasarkan Rajah 9.1, terangkan proses X yang berlaku di antara glomerulus dan kapsul Bowman.
5 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan perbezaan kandungan air dalam badan bagi individu A dan individu B berdasarkan aktiviti yang dilakukan.
Terangkan mekanisme pengawalaturan air dalam individu A dan individu B masing-masing.
10 marks
c
Diagnosis untuk diabetes melitus boleh dilakukan melalui ujian air kencing untuk menguji kehadiran glukosa dalam air kencing. Terangkan mengapa air kencing pesakit diabetes mengandungi glukosa.
5 marks
1020 marks
a
Rajah 10.1 menunjukkan sepasang kromosom homolog yang membawa ciri ketinggian. Perwarisan monohibrid melibatkan satu ciri dengan trait berbeza yang dikawal oleh satu gen. Ciri ketinggian diwakili oleh sepasang alel.
Berdasarkan Rajah 10.1, terangkan bagaimana ciri ketinggian ditentukan.
2 marks
b
Seorang suami yang mempunyai kumpulan darah A dan isterinya yang mempunyai kumpulan darah B telah mendapat anak pertama selepas dua tahun perkahwinan mereka. Namun begitu, mereka mempunyai isu tentang bayi yang baru lahir yang didapati mempunyai kumpulan darah O.
Berdasarkan Hukum Mendel Pertama, terangkan bagaimana perwarisan kumpulan darah yang diperolehi oleh bayi mereka dengan menggunakan rajah skema. *(Huraikan rajah skema anda dalam perkataan: fenotip dan genotip induk, proses pembentukan gamet, gamet, persenyawaan, serta genotip dan fenotip anak.)*
8 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan kariotip bagi dua individu yang berbeza.
Kariotip kedua-dua individu tersebut adalah berbeza dan menyebabkan terjadinya penyakit genetik pada manusia.
Berdasarkan Rajah 10.2, bandingkan penyakit genetik yang dihidapi oleh Individu A dan Individu B.
3 marks
d
Rajah 10.3 menunjukkan pewarisan faktor Rhesus dalam darah manusia. Sel darah manusia mempunyai antigen A dan antigen B iaitu sejenis protein yang terdapat pada permukaan sel darah merah. Terdapat satu lagi antigen pada sel darah merah iaitu antigen D atau dikenali sebagai faktor Rhesus (Rh). Kebanyakan manusia mempunyai darah Rh positif dan segelintir daripadanya mempunyai darah Rh negatif. Seorang ibu yang membawa Rhesus negatif tidak mengalami masalah kesihatan, akan tetapi mempunyai risiko mengandungkan bayi Rhesus positif yang diwarisi oleh bapanya yang mempunyai darah Rhesus positif.
Jelaskan bagaimana perwarisan faktor Rhesus boleh menyebabkan masalah kepada ibu yang mengandung dan bayi.
7 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan profil DNA mangsa dan tiga orang suspek dalam kes jenayah. Dalam kes tersebut sebilah pisau berserta kesan darah dijumpai oleh polis di lokasi kejadian.
a(i)
Pada pandangan anda, tentukan tahap kebolehpercayaan teknik pemprofilan DNA untuk kes di atas dan nyatakan alasan.
2 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 11.1 kenal pasti suspek utama dalam kes itu. Terangkan jawapan anda.
3 marks
b
Dalam era berteknologi tinggi, terdapat pelbagai produk bahan makanan terubah suai genetik (GMF) di pasaran. Namun begitu, tidak semua produk tersebut dilabelkan sebagai produk GMF berserta isi kandungannya seperti Rajah 11.2.
Sebagai seorang pengguna, anda ingin mencadangkan agar produk GMF perlu dilabelkan. Berikan justifikasi cadangan anda.
7 marks
Rajah 11.3 menunjukkan hasil aktiviti pemburuan haram terhadap gajah dan badak sumbu untuk mendapatkan gading dan sumbu.
Untuk membanteras aktiviti penyeludupan produk pemburuan tersebut yang berlaku di kebanyakan kawasan Afrika, inisiatif pemprofilan DNA bagi gading dan sumbu sedang dijalankan oleh para saintis. Hal ini membantu mengenal pasti lokasi pemburuan untuk diselaraskan dengan langkah pencegahan.
c(i)
Pada pendapat anda, mengapakah gading dan sumbu digemari oleh masyarakat?
4 marks
c(ii)
Bagaimana teknik pemprofilan DNA ini dapat mencegah aktiviti penyeludupan gading dan sumbu tersebut?
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open