Rajah 1.1 menunjukkan struktur neuron M dalam sistem saraf.
a(i)
Nyatakan nama neuron M.
1 marks
a(ii)
Pada Rajah 1.1, lukiskan satu anak panah untuk menunjukkan arah pengaliran impuls di sepanjang akson dalam ruangan yang disediakan. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: arah anak panah yang anda lukis dalam kotak — dari bahagian mana ke bahagian mana.)*
1 marks
Rajah 1.2 menunjukkan struktur satu sinaps.
Berdasarkan Rajah 1.2,
b(i)
Nyatakan fungsi P.
1 marks
b(ii)
Nyatakan nama bahan kimia yang terkandung dalam vesikel sinaps.
1 marks
c
Seorang doktor menyuntik sejenis dadah kepada seorang pesakit untuk mengurangkan rasa sakit.
Terangkan apa yang berlaku kepada penghantaran impuls apabila pembebasan neurotransmiter dihalang oleh dadah tersebut.
2 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan K yang diperlukan untuk membantu tindakan enzim heksokinase. Heksokinase merupakan salah satu enzim yang diperlukan untuk menguraikan glukosa kepada piruvat dalam proses glikolisis.
a(i)
Nyatakan nama K.
1 marks
a(ii)
Nyatakan kepentingan bahan K.
1 marks
a(iii)
Namakan kompleks L.
1 marks
b(i)
Puan Y mempunyai sehelai baju yang terkena kotoran. Dia mencuci baju tersebut menggunakan detergen yang mengandungi enzim X dalam air yang sangat panas. Namun kotoran tersebut tetap tidak hilang.
Terangkan mengapa tindakan Puan Y tidak berkesan.
2 marks
b(ii)
Berdasarkan Rajah 2.2 apakah enzim X?
1 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan pergerakan air dari tanah ke xilem yang berlaku melalui dua laluan iaitu laluan simplas dan apoplas.
a(i)
Berdasarkan Rajah 3.1, terangkan bagaimana pergerakan air berlaku daripada tanah ke dalam sel rambut akar.
2 marks
a(ii)
Labelkan laluan simplas sebagai X pada Rajah 3.1. *(Huraikan label anda dalam perkataan: garis laluan yang mana yang anda labelkan X — laluan melalui sitoplasma sel atau laluan melalui dinding sel / ruang antara sel.)*
1 marks
a(iii)
Pergerakan air secara berterusan ke dalam xilem akan mewujudkan satu daya yang menolak air ke atas.
Nyatakan daya tersebut.
1 marks
b
Satu mutasi genetik telah berlaku pada sejenis tumbuhan yang menyebabkan sel endodermis di akarnya gagal membentuk jalur Casparian.
Terangkan bagaimana mutasi ini mempengaruhi proses pergerakan bahan masuk ke xilem pada bahagian akar.
3 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu *Amoeba* sp.
a(i)
Labelkan pseudopodium sebagai X pada Rajah 4.1. *(Huraikan label anda dalam perkataan: bahagian Amoeba yang anda labelkan X dan rupanya.)*
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu fungsi pseudopodium.
1 marks
a(iii)
Berdasarkan Rajah 4.1, nyatakan proses Y.
1 marks
Rajah 4.2 menunjukkan satu proses yang berlaku pada *Amoeba* sp.
b(i)
Berdasarkan Rajah 4.2, terangkan proses tersebut.
2 marks
Rajah 4.3 menunjukkan sistem enam alam dalam pengelasan organisma.
b(ii)
*Amoeba* sp. dikelaskan ke dalam alam Protista. Nyatakan dua persamaan antara alam Protista dan alam Fungi.
1: …
2: …
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan tindakan seekor cicak apabila dikejar oleh seekor burung.
a(i)
Nyatakan kepentingan tindakan ini.
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana cicak dapat membentuk semula ekor yang baharu.
2 marks
Rajah 5.2(a) menunjukkan sel darah merah bagi individu A manakala Rajah 5.2(b) menunjukkan proses mutasi yang berlaku semasa pembentukan gamet yang menjadi punca kepada pembentukan sel darah merah bagi individu A.
b(i)
Berdasarkan Rajah 5.2 (a), nyatakan satu ciri abnormal sel darah merah bagi individu A.
1 marks
b(ii)
Berdasarkan Rajah 5.2 (b), nyatakan perubahan yang berlaku pada urutan bes nukleotida bagi gen tersebut.
1 marks
b(iii)
Nyatakan jenis mutasi yang terlibat.
1 marks
c
Individu B menghidap penyakit Sindrom Klinefelter. Penyakit ini juga disebabkan oleh mutasi di mana ini menyebabkan mandul dan gagal menghasilkan sperma.
Bandingkan mutasi yang berlaku pada individu A dan individu B.
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan dua persampelan kuadrat, P dan Q. Kajian dijalankan untuk menganggar taburan populasi *Pleurococcus* sp. pada batang pokok dan batu.
a(i)
Berdasarkan Rajah 6.1, nyatakan satu komponen abiosis yang dapat diperhatikan.
1 marks
a(ii)
Terangkan perbezaan taburan populasi *Pleurococcus* sp. dalam kuadrat P dengan kuadrat Q berdasarkan faktor yang dinyatakan dalam 6 (a)(i).
2 marks
a(iii)
Hitung peratus litupan *Pleurococcus* sp. pada kuadrat Q.
3 marks
Sekumpulan pelajar menjalankan kajian lapangan untuk menganggarkan saiz populasi belalang di padang sekolah.
b(i)
Berdasarkan Rajah 6.2, nyatakan nama kaedah yang digunakan untuk menganggarkan saiz populasi belalang.
1 marks
b(ii)
Terangkan mengapa teknik ini tidak sesuai digunakan untuk ulat beluncas.
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan pertukaran gas-gas yang berlaku antara struktur respirasi Q dengan kapilari darah.
a(i)
Nyatakan nama gas S.
1 marks
a(ii)
Terangkan **satu** penyesuaian struktur respirasi Q.
Penyesuaian: …
Penerangan: …
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan graf pengambilan oksigen melawan masa yang dialami oleh seorang individu yang mengambil bahagian dalam acara larian 100 meter.
Berdasarkan Rajah 7.2,
b(i)
Nyatakan keadaan otot ketika fasa J.
1 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana proses pemulihan berlaku semasa fasa K.
2 marks
b(iii)
Sebelum acara larian pecut 100 meter tersebut bermula, seorang guru menasihati muridnya supaya melakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan untuk mengelakkan kekejangan otot semasa berlari.
Wajarkan tindakan guru tersebut dalam membantu murid menamatkan lariannya.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 (a) menunjukkan keratan membujur satu bunga dan Rajah 8.1 (b) menunjukkan pembentukan pundi embrio dalam bunga tersebut.
a(i)
Berdasarkan Rajah 8.1 (a), bandingkan bahagian betina dan jantan bunga.
2 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 8.1 (b), nyatakan dua perbezaan antara proses X dan proses Y.
2 marks
b
Seorang pekebun bercadang untuk menyimpan debunga untuk digunakan pada tahun berikutnya.
Cadangkan dua cara yang boleh dilakukan oleh pekebun tersebut untuk mengelakkan debunga bercambah.
1. …
2. …
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan satu proses yang berlaku dalam ovul satu bunga.
Terangkan apa yang berlaku sekiranya P tiada.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan struktur komponen X.
a(i)
Banding bezakan tindak balas yang berlaku dalam R dan S.
5 marks
a(ii)
Rajah 9.2 menunjukkan keratan rentas sehelai daun.
Terangkan mengapa sel Q mempunyai kepadatan komponen X yang tinggi berbanding sel P.
2 marks
a(iii)
Pernyataan di bawah menunjukkan maklumat berkaitan warna daun bagi tumbuhan di negara beriklim sederhana.
> Musim luruh di negara beriklim sederhana menyebabkan daun bertukar warna daripada hijau kepada kuning, jingga, merah atau coklat sebelum gugur.
Apakah kesan fenomena ini ke atas:
- kadar fotosintesis
- kadar transpirasi
4 marks
b
Keladi gergaji merupakan sejenis tumbuhan yang memerlukan cahaya matahari dan air yang banyak untuk hidup. Rajah 9.3 (a) menunjukkan tumbuhan keladi gergasi yang ditanam di dua kawasan yang berbeza iaitu kawasan terbuka A dan kawasan teduh B. Rajah 9.3 (b) pula menunjukkan graf titik pampasan bagi tumbuhan tersebut.
Berdasarkan Rajah 9.3 (a) dan Rajah 9.3 (b),
- bezakan kadar fotosintesis bagi kedua-dua tumbuhan tersebut.
- analisis kesan terhadap kadar pertumbuhan sekiranya kedua-dua tumbuhan terus berada pada titik pampasan yang sama
5 marks
c
Rajah 9.4 menunjukkan pokok cili organik yang ditanam oleh Encik X di dalam sebuah bilik. Suhu di dalam bilik tersebut adalah 18°C dan lampu kalimantang digunakan sebagai sumber cahaya. Selepas sebulan, pokok cili Encik X tumbuh dengan sangat perlahan, daun pucat dan bunga kerap gugur sebelum berkembang menjadi buah.
Berdasarkan maklumat yang diberi, terangkan
- apakah punca kegagalan projek Encik X
- bagaimanakah beliau boleh mengatasi masalah tersebut
4 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sistem pencernaan dalam manusia.
a(i)
Terangkan **satu** fungsi organ P.
2 marks
a(ii)
Banding bezakan proses pencernaan yang berlaku di Q dan R.
10 marks
a(iii)
Seorang pesakit menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian besar organ S akibat komplikasi kanser.
Huraikan bagaimana pembuangan sebahagian organ S mempengaruhi proses penyerapan nutrient.
4 marks
b
Otak dan sistem saraf mengawal tindakan otot licin di dinding esofagus dalam proses peristalsis.
Rajah 11.2 menunjukkan proses peristalsis yang berlaku di sepanjang esofagus dua orang individu. Rajah 11.2(a) adalah individu normal dan 11.2(b) merupakan pesakit strok.
Berdasarkan Rajah 11.2 (b), terangkan bagaimana strok boleh mempengaruhi proses peristalsis di sepanjang esofagus yang mengakibatkan pesakit sukar menelan makanan.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Pernyataan di bawah menerangkan tentang langkah yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.
> Malaysia giat melaksanakan pelbagai inisiatif Teknologi Hijau merentasi pelbagai sektor untuk mencapai status negara rendah karbon.
Definisikan Teknologi Hijau.
3 marks
b
Satu kawasan tasik terbiar akan dimajukan sebagai taman rekreasi.
Sebagai pemaju yang bertanggungjawab, cadangkan langkah-langkah pemuliharaan dan pemulihan ekosistem di kawasan tersebut.
4 marks
c
Rajah 11.2 menunjukkan pembentukan X di satu kawasan.
Terangkan bagaimana kawasan perindustrian dan kenderaan menyumbang kepada:
- pembentukan X
- kesan X terhadap ekosistem
7 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan antara inisiatif yang diambil oleh pihak pengurusan di sebuah kompleks membeli belah.
**Kompleks membeli belah yang lestari**
| Medan selera | Tempat letak kereta | Tempat membeli belah |
|---|---|---|
| Tiada penyedut minuman plastik; Paip air tutup secara automatik; Sisa makanan dijadikan baja kompos | Lampu solar di kawasan parkir; Menggunakan sistem parkir pintar; Tempat pengecas kenderaan elektrik | Menggunakan beg guna semula; Menggunakan pintu automatik; Meletakkan banyak pokok |
Wajarkan langkah-langkah yang diambil oleh pihak pengurusan kompleks membeli belah tersebut sebagai menyokong kelestarian alam.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open