Rajah 1.1 menunjukkan sebahagian daripada tindak balas biokimia yang berlaku pada sebatian organik.
Asid amino + Asid amino —(Proses R)→ Molekul X + H~2~O
Rajah 1.1
Berdasarkan Rajah 1.1, nyatakan:
a(i)
nama bagi Proses R
1 marks
a(ii)
nama ikatan yang terbentuk dalam molekul X selepas berlakunya proses yang dinyatakan di a(i).
1 marks
b
Penambahan asid amino secara berterusan berlaku pada molekul X sehingga membentuk suatu rantai.
Tuliskan persamaan perkataan bagi tindak balas biokimia yang berlaku.
2 marks
c
Individu A menghidap penyakit Pankreatitis. Beliau telah menjalani rawatan Terapi Penggantian Enzim Pankreas (PERT) yang diambil dalam bentuk kapsul untuk membantu pencernaan protein.
Terangkan fungsi rawatan tersebut.
2 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan satu kitar sel.
a
Kenal pasti Fasa J.
1 marks
Rajah 2.2 menunjukkan suatu proses yang berlaku pada fasa S.
b(i)
Lengkapkan Rajah 2.2 untuk menunjukkan perlakuan kromosom dalam fasa tersebut. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rupa kromosom dalam kotak itu dan label yang anda letakkan.)*
2 marks
b(ii)
Nyatakan proses yang berlaku dalam fasa S.
1 marks
c
Rajah 2.3 menunjukkan sitokinesis yang berlaku pada sel tumbuhan.
Berdasarkan Rajah 2.3, terangkan peranan vesikel dalam sel tumbuhan sehingga terbentuknya dua sel anak yang baharu semasa pembahagian sel.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan suatu fitohormon terhadap pertumbuhan koleoptil A dan koleoptil B di hujung pucuk.
a(i)
Kenal pasti hormon yang terlibat dalam kedua-dua gerak balas tersebut.
1 marks
a(ii)
Lukis pemerhatian bagi gerak balas pertumbuhan koleoptil A selepas dua hari di ruangan yang disediakan pada Rajah 3.1. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: ketinggian koleoptil berbanding garis putus-putus dan arah pertumbuhannya.)*
1 marks
a(iii)
Terangkan pemerhatian bagi koleoptil B selepas dua hari rawatan dilakukan.
2 marks
b
Rajah 3.2 menunjukkan satu kaedah pembungkusan buah mangga yang akan dieksport ke luar negara.
Paket penyerap gas telah diletakkan ke dalam kotak tersebut sebelum ditutup rapat. Terangkan kesan kepada buah mangga sekiranya langkah tersebut tidak dilakukan.
3 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan sebahagian struktur dalam rangka apendaj pada seorang individu.
Berdasarkan Rajah 4.1,
a(i)
Labelkan tulang femur dengan huruf Y. *(Nyatakan dalam perkataan tulang mana dalam Rajah 4.1 yang anda labelkan Y dan kedudukannya.)*
1 marks
a(ii)
Berikan **dua** kepentingan tulang yang dilabelkan dalam a(i).
2 marks
b
Rajah 4.2 menunjukkan keadaan patela seorang pemain bola sepak yang telah mengalami kecederaan.
Terangkan bagaimana kecederaan itu menyukarkan pergerakan pemain tersebut.
2 marks
c
Rajah 4.3 menunjukkan dua individu yang mengalami penyakit berkaitan dengan sistem otot rangka. Kedua-duanya mengalami kekurangan kalsium dan vitamin D.
Bezakan penyakit yang dihidapi oleh individu 4.3 (a) dan 4.3 (b).
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan penghantaran impuls merentasi sinaps.
a(i)
Kenal pasti:
Bahan X: …
**Satu** contoh bahan X: …
2 marks
a(ii)
Pada Rajah 5.1, tandakan arah penghantaran impuls. *(Huraikan tanda anda dalam perkataan: arah anak panah yang anda lukis merentasi sinaps.)*
1 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan maklumat satu produk kesihatan yang digunakan untuk merawat masalah keresahan melampau.
Terangkan kesan pengambilan pil tersebut ke atas penghantaran impuls melalui sinaps seorang individu yang mengalami keresahan melampau.
3 marks
c
Rajah 5.3 menunjukkan individu X dan individu Y yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem endokrin.
Bezakan Individu X dan Individu Y berdasarkan aspek berikut:
- Masalah kesihatan
- Rembesan hormon
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan sepasang kromosom homolog seorang individu yang mengandungi sepasang alel, iaitu H mewakili trait warna mata hitam dan h mewakili trait warna mata biru.
a
Berdasarkan Rajah 6.1, definisikan alel.
2 marks
Rajah 6.2 ialah sebahagian rajah skema kacukan pewarisan faktor Rhesus dalam satu keluarga.
| Induk | Bapa | × | Ibu |
|---|---|---|---|
| Genotip | [ kotak kosong ] | | Rh^-^Rh^-^ |
| Genotip anak | Rh^+^Rh^-^ | | Rh^-^Rh^-^ |
Rajah 6.2
b(i)
Lengkapkan Rajah 6.2. *(Tulis genotip bapa bagi kotak kosong.)*
1 marks
b(ii)
Pasangan ini mempunyai dua orang anak yang mewarisi faktor Rhesus bapanya. Anak pertama lahir dengan selamat tetapi anak kedua mengalami komplikasi kelahiran menyebabkan kematian.
Terangkan dari segi faktor Rhesus.
3 marks
b(iii)
Isterinya disarankan oleh doktor untuk menerima rawatan globulin anti-Rhesus bagi mengatasi komplikasi kelahiran mati untuk kelahiran seterusnya.
Wajarkan kepentingan saranan doktor tersebut.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan jenis biodiversiti.
a(i)
Lengkapkan Rajah 7.1. *(Tulis jenis diversiti bagi kotak kosong.)*
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** contoh diversiti ekosistem.
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan dua spesies ikan yang ditemui di kawasan sungai di Malaysia.
b(i)
Kedua-dua spesies ikan ini mempunyai morfologi yang hampir serupa. Terangkan kaedah yang dapat digunakan untuk menentukan kedua-dua spesies ikan ini adalah daripada spesies yang sama atau spesies yang berlainan.
3 marks
b(ii)
Program Pelan Pembangunan Baka dan Benih Akuakultur oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dapat membantu meningkatkan bilangan kedua-dua spesies ikan Patin yang semakin diancam kekurangan akibat kehadiran spesies ikan larangan.
Bincangkan kepentingan program tersebut dalam pengekalan spesies.
2 marks
c
Maklumat keratan di bawah adalah mengenai kejadian keracunan makanan.
> **Gulai ayam disyaki punca 343 individu di sebuah kolej keracunan makanan**
>
> KOTA BHARU: Gara-gara gulai ayam, seramai 343 individu dalam kalangan pelajar kemasukan baru, ahli jawatankuasa dan kakitangan orientasi sebuah kolej mengalami keracunan makanan pada Rabu.
>
> Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, mangsa menikmati hidangan tersebut semasa makan malam pada hari Selasa.
>
> Mereka mengalami gejala sakit perut (97.9 peratus), cirit-birit (82.2 peratus), pening (43.1 peratus), loya (35.8 peratus), muntah (9.6 peratus) dan demam (7.3 peratus)," katanya kepada pemberita pada Khamis.
>
> Menurut beliau, organisma yang disyaki adalah *Salmonella* sp.
>
> (Sumber: www.astroawani.com/berita, 10 Julai 2025)
Terangkan tindakan yang sepatutnya diambil oleh pengendali makanan semasa proses penyediaan gulai ayam tersebut bagi mengelakkan kejadian ini daripada berlaku.
2 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan pelepasan sisa kumbahan dari sebuah kilang makanan dan minuman. Sisa kumbahan tersebut dilepaskan tanpa rawatan yang sempurna.
a
Terangkan bagaimana sisa kumbahan itu boleh memusnahkan habitat akuatik tersebut.
2 marks
b
Terangkan **satu** kaedah semulajadi yang boleh meningkatkan kualiti air kolam tersebut.
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) menjelang 2030. Air bersih dan sanitasi adalah sebahagian daripada matlamat tersebut untuk memastikan kesejahteraan untuk semua.
Cadangkan **dua** kaedah yang boleh dilakukan di peringkat domestik untuk menyokong matlamat tersebut untuk mendapatkan air bersih dan sanitasi yang baik.
3 marks
d
Rajah 8.3 menunjukkan satu ekosistem yang telah dijadikan kawasan ekopelancongan.
Cadangkan **dua** contoh kaedah yang boleh dilakukan untuk memulihara ekosistem tersebut dari aspek:
(i) in situ: …
(ii) ex situ: …
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan jenis sel yang terdapat dalam badan organisma hidup.
- Sel badan organisma → Sel soma; Sel gamet
Definisikan kedua-dua jenis sel tersebut.
3 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan kitar hidup manusia yang melibatkan dua proses pembahagian sel.
Berdasarkan Rajah 9.2, terangkan persamaan antara proses pembahagian sel L dan proses pembahagian sel M.
4 marks
c
Salah satu proses pembahagian sel L mengalami ketidaknormalan menyebabkan sperma yang terhasil mempunyai bilangan kromosom yang tidak normal.
Huraikan punca ketidaknormalan yang berlaku pada proses pembahagian sel L sehingga anak yang dilahirkan mempunyai penyakit genetik seperti mata sepet, lidah pendek dan kerencatan mental.
5 marks
d
Rajah 9.3 menunjukkan kembar seiras. Sewaktu kecil kedua-duanya mempunyai warna kulit yang sama. Selepas 25 tahun, warna kulit kembar P lebih gelap berbanding kembarnya.
Terangkan bagaimana perbezaan warna kulit pada kembar seiras tersebut boleh berlaku.
2 marks
e
Rajah 9.4 menunjukkan graf bagi dua jenis variasi pada manusia.
Berdasarkan Rajah 9.4, banding bezakan dua jenis variasi tersebut.
6 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan proses yang berlaku dalam tumbuhan berbunga.
a(i)
Berdasarkan Rajah 10.1, terangkan proses S.
2 marks
a(ii)
Banding bezakan struktur M dan struktur N.
5 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan struktur P dan Q.
Banding bezakan proses penghasilan P dan proses penghasilan Q.
5 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan keratan memanjang buah durian.
Terangkan kepentingan biji benih untuk kemandirian spesies pokok durian.
4 marks
d
Rajah 10.4(a) ialah buah yang dihasilkan melalui pendebungaan semulajadi manakala Rajah 10.4(b) ialah buah yang dihasilkan menggunakan teknik X.
Terangkan teknik X dan kesan negatif yang mungkin timbul hasil penggunaan teknik tersebut.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan beberapa organ yang terlibat dalam proses pencernaan kelas makanan X yang sering diambil oleh seorang individu.
a(i)
Berdasarkan Rajah 11.1, terangkan peranan hati dalam pencernaan kelas makanan X di duodenum.
3 marks
a(ii)
Individu tersebut telah disahkan oleh doktor mempunyai masalah hati berlemak, steatosis hepatic yang berpunca daripada tabiatnya yang gemar mengambil kelas makanan X dalam jangka masa panjang.
Bincangkan kesan masalah hati berlemak terhadap proses asimilasi makanan tercerna dalam hati.
7 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan perbualan di antara seorang pakar pemakanan dengan seorang pesakit yang mempunyai masalah berkaitan tabiat pemakanan.
> Awak perlu:
>
> - makan buah-buahan dan sayur-sayuran berdaun hijau yang segar
> - ambil makanan yang mempunyai kalori tinggi secara sihat
> - mendapatkan bantuan kaunseling dan pemeriksaan berkala
> - menyediakan makanan dalam bentuk dan warna yang menarik
Wajarkan bagaimana saranan kesihatan tersebut dapat menyumbang kepada pemulihan kesihatan pesakit tersebut.
4 marks
c
Pernyataan berikut adalah mengenai Puan S.
> - Ketinggian 145 cm
> - Jisim badan 95 kg
> - 45 tahun
> - Bekerja sebagai pereka grafik
> - Mempunyai masalah lutut
Cadang dan terangkan menu makan tengahari yang mengandungi karbohidrat, protein dan pelawas untuk diambil oleh Puan S bagi menjamin kesihatan beliau.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open