Rajah 1.1 menunjukkan struktur vilus dalam organ pencernaan manusia.
a(i)
Namakan sel R.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **dua** ciri yang terdapat pada vilus untuk kecekapan penyerapan nutrien.
1. …
2. …
2 marks
b
Rajah 1.2 menunjukkan organ yang terlibat dalam asimilasi makanan tercerna.
Berdasarkan Rajah 1.2, terangkan proses asimilasi yang berlaku dalam organ tersebut.
3 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan persamaan bagi pembentukan Q dalam tebu.
> Glukosa + P $\xrightarrow{\text{Kondensasi}}$ Q + Air
Rajah 2.1
a
Namakan:
P: …
Q: …
2 marks
b
Seorang murid telah menjalankan ujian Benedict ke atas sampel Q. Terangkan pemerhatian eksperimen.
2 marks
Rajah 2.2 menunjukkan satu unit nukleotida.
c(i)
Dalam ruang yang disediakan, lengkapkan pasangan struktur nukleotida tersebut. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: komponen nukleotida yang anda lukis, susunannya, dan bagaimana ia bersambung dengan nukleotida dalam Rajah 2.2)*
1 marks
c(ii)
Nyatakan **satu** perbezaan bes bernitrogen yang terdapat pada DNA dan RNA.
1 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan kaedah penghasilan bahan M yang diekstrak daripada darah kuda.
a(i)
Namakan bahan M.
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis keimunan yang diperoleh oleh individu tersebut.
1 marks
b
Jadual 1 menunjukkan imunisasi bahan N kepada bayi mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
| Bahan N | Lahir | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 | 9 | 12 | 18 | 21 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| DTaP (Diphtheria, Tetanus, Pertussis) | | | Dos 1 | Dos 2 | Dos 3 | | | | Dos penggalak | |
(Umur dalam bulan)
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, terangkan fungsi bahan N dalam memberi perlindungan dan pencegahan terhadap jangkitan tetanus.
3 marks
c
Rajah 3.2 menunjukkan tindakan virus S yang menyerang sel darah T dan menyebabkan AIDS.
Berdasarkan Rajah 3.2, terangkan kesan jangkitan virus S terhadap kesihatan seseorang.
2 marks
47 marks
Jadual 2 menunjukkan hierarki taksonomi bagi Harimau Malaya.
| Hierarki | Takson |
|---|---|
| Alam | Y |
| Filum | *Chordata* |
| Kelas | *Mammalia* |
| Order | *Carnivora* |
| Famili | *Felidae* |
| X | *Panthera* |
| Spesies | *tigris* |
Jadual 2
a(i)
Berdasarkan Jadual 2, namakan:
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan nama saintifik bagi Harimau Malaya.
1 marks
a(iii)
Berdasarkan jawapan anda di 4(a)(ii), terangkan sistem tatanama binomial yang digunakan.
2 marks
Rajah 4 menunjukkan anggota hadapan bagi organisma yang berbeza.
b(i)
Berdasarkan Rajah 4, apakah struktur yang digunakan dalam pengelasan filogeni tersebut.
1 marks
b(ii)
Nyatakan tujuan pengelasan filogeni dalam mengelaskan organisma.
1 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan keratan membujur hujung akar tumbuhan eudikot.
a(i)
Namakan:
Zon P: …
Zon R: …
2 marks
Rajah 5.2 menunjukkan perkembangan sel dalam zon Q.
a(ii)
Lengkapkan Rajah 5.2 dengan melukis pembentukan vakuol akibat resapan air secara osmosis pada ruangan yang disediakan. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan dan saiz vakuol dalam sel yang anda lukis, serta saiz/bentuk sel itu berbanding sel-sel sebelumnya)*
1 marks
a(iii)
Namakan proses dalam Rajah 5.2.
1 marks
Rajah 5.3 menunjukkan keratan rentas batang tumbuhan yang menjalani pertumbuhan yang berbeza.
b(i)
Berdasarkan Rajah 5.3, bezakan jenis pertumbuhan berdasarkan kriteria dalam Jadual 3.
| Pokok A | Kriteria | Pokok B |
|---|---|---|
| … | Tisu meristem yang terlibat | … |
| … | Kesan pertumbuhan | … |
Jadual 3
2 marks
b(ii)
Pokok B dapat hidup lebih lama berbanding Pokok A.
Terangkan kelebihan jenis pertumbuhan yang dialami oleh Pokok B yang boleh meningkatkan jangka hayatnya.
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan sebahagian sistem peredaran darah dan sistem limfa pada manusia.
a(i)
Namakan:
Bendalir X: …
Bendalir Y: …
2 marks
a(ii)
Labelkan bendalir tisu pada Rajah 6.1. *(Huraikan label anda dalam perkataan: di bahagian mana pada rajah anda meletakkan label bendalir tisu.)*
1 marks
a(iii)
Banding bezakan bendalir X dan bendalir Y.
2 marks
b
Rajah 6.2 menunjukkan sejenis cacing yang dipindahkan oleh nyamuk kepada manusia. Nyamuk tersebut adalah vektor kepada penyakit M.
Cadangkan langkah-langkah untuk mengelakkan penyakit M.
3 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan proses respirasi aerob yang berlaku dalam sel haiwan.
a(i)
Namakan proses P.
1 marks
a(ii)
Namakan substrat utama dalam proses P.
1 marks
b
Tuliskan persamaan perkataan bagi respirasi aerob yang berlaku dalam sel tersebut.
1 marks
c
Seorang atlet pecut 100-meter bernafas dengan cepat dalam tempoh beberapa minit selepas menamatkan lariannya. Terangkan mengapa.
3 marks
d
Rajah 7.2 menunjukkan sejenis bahan yang diambil oleh seorang atlet semasa latihan kecergasan yang melibatkan aktiviti lasak.
Berdasarkan Rajah 7.2, wajarkan pengambilan bahan tersebut semasa latihan kecergasan.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan tak disjungsi pada kromosom homolog dalam salah satu peringkat semasa Meiosis I.
a
Lengkapkan Rajah 8.1 untuk menunjukkan kesan tak disjungsi semasa anafasa II. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan kromosom/kromatid dalam setiap sel anafasa II yang anda lukis dan ke arah mana ia bergerak)*
2 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan sejenis tumor yang merebak kepada tisu dan organ lain dalam badan.
Cadangkan satu cara yang boleh digunakan untuk merawat tumor tersebut. Terangkan.
3 marks
c
Rajah 8.3 menunjukkan kariotip dua individu yang mempunyai penyakit genetik.
Lengkapkan Jadual 4 untuk menunjukkan perbezaan mutasi bagi kedua-dua individu tersebut.
| Aspek | Individu A | Individu B |
|---|---|---|
| Nama penyakit | … | … |
| Jenis sel terlibat | … | … |
Jadual 4
2 marks
d
Penyataan di bawah menunjukkan petikan keratan akhbar.
> **Nasib Mangsa Agen Oren**
>
> Agen Oren ialah campuran bahan kimia kuat yang digunakan oleh tentera AS semasa Perang Vietnam untuk menghapuskan tentera Vietnam Utara dan Viet Cong, serta tanaman yang mungkin digunakan untuk memberi makan kepada mereka. Ia kemudiannya didedahkan telah menyebabkan masalah kesihatan yang serius termasuk tumor, kecacatan kelahiran, ruam, gejala psikologi dan kanser dalam kalangan askar AS yang pulang dan keluarga mereka serta dalam kalangan penduduk Vietnam.
>
> (Sumber: Sinar Harian, 15 Mac 2014)
Wajarkan larangan ke atas penggunaan senjata kimia dalam peperangan.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan salmon terubah suai genetik dan salmon normal. Gen pertumbuhan ikan salmon Chinook dimasukkan ke dalam genom ikan salmon Atlantik bagi menghasilkan ikan salmon terubah suai genetik.
| | Usia | Panjang | Berat |
|---|---|---|---|
| Ikan salmon terubah suai genetik | 18 bulan | 61 cm | 3 kg |
| Ikan salmon normal | 18 bulan | 33 cm | 1.3 kg |
Rajah 9.1
a(i)
Definisikan organisma terubah suai genetik.
2 marks
a(ii)
Bincangkan kebaikan salmon terubah suai genetik dalam bidang penternakan ikan.
5 marks
Rajah 9.2 menunjukkan dua keadaan yang berbeza untuk terung yang diusahakan secara komersial oleh seorang petani.
b(i)
Petani tersebut telah mengaplikasikan teknik penghasilan biji benih terung Bt menggunakan sejenis bakteria tanah.
Huraikan teknik bagi menghasilkan biji benih terung Bt.
3 marks
b(ii)
Bincangkan kebaikan penggunaan biji benih terung Bt.
3 marks
c
Rajah 9.3(a) dan Rajah 9.3(b) menunjukkan graf bagi dua jenis variasi yang berbeza.
Banding bezakan jenis variasi pada Rajah 9.3(a) dan Rajah 9.3(b).
7 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan dua sel yang terlibat dalam proses pembiakan manusia.
a(i)
Terangkan struktur bagi kedua-dua sel tersebut.
3 marks
a(ii)
Banding dan bezakan proses penghasilan kedua-dua sel tersebut.
6 marks
b(i)
Rajah 10.2 menunjukkan perubahan kepekatan hormon dalam darah semasa satu kitar haid.
Terangkan bagaimana perubahan aras hormon yang dirembeskan semasa kitar haid mengawal perkembangan folikel dalam ovari dan perubahan ketebalan dinding endometrium.
7 marks
b(ii)
Rajah 10.3 menunjukkan sejenis hormon yang mempunyai peranan yang sama seperti hormon peluteinan.
> Seorang wanita tidak boleh hamil disebabkan kegagalan dalam pengovulan. Doktor telah memberikan suntikan hormon seperti Rajah 10.3 kepada wanita tersebut. Wanita itu telah hamil setelah rawatan hormon tersebut.
Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan bagaimana suntikan hormon tersebut membolehkan proses kehamilan.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan amalan berkonsep teknologi hijau yang dipraktikkan oleh seorang petani.
a(i)
Definisikan teknologi hijau.
2 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 11.1, bincangkan kebaikan amalan yang dipraktikkan oleh petani tersebut.
6 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan rekaan sebuah rumah moden yang menitikberatkan penggunaan sumber semula jadi seperti air, tenaga dan bahan dengan cekap.
Berdasarkan Rajah 11.2, wajarkan ciri-ciri yang terdapat pada rekaan rumah tersebut untuk memenuhi kehendak Indeks Bangunan Hijau.
8 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan empat komponen penting dalam sekuriti makanan.
- Sekuriti makanan → Ketersediaan makanan
- Sekuriti makanan → Akses makanan
- Sekuriti makanan → Penggunaan makanan
- Sekuriti makanan → Kestabilan makanan
Rajah 11.3
Berdasarkan komponen dalam Rajah 11.3, cadangkan peranan yang boleh dimainkan oleh pengusaha kantin di sekolah anda untuk memenuhi tanggungjawab dalam menjayakan sekuriti makanan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open