Selangor Trial 2026 Biology Kertas 2 · PINTAS Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Biology
Selangor Trial 2026 Biology Kertas 2 · PINTAS Set 1
Selangor Trial PINTAS Set 1 · 2026
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
16 marks
Rajah 1.1 menunjukkan struktur akar satu tumbuhan.
a
Labelkan struktur X dan Y pada Rajah 1.1.
X: …
Y: …
2 marks
b
Nyatakan **dua** fungsi utama akar.
2 marks
Rajah 1.2 menunjukkan sejenis tumbuhan.
c(i)
Berdasarkan Rajah 1.2,
namakan jenis penyesuaian nutrisi bagi tumbuhan tersebut.
1 marks
c(ii)
nyatakan **satu** ciri penyesuaian bagi tumbuhan tersebut untuk mendapatkan sumber nitrogen.
1 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan struktur satu tumbuhan.
a
Nyatakan aras organisasi bagi J dan K.
J: …
K: …
2 marks
b
Nyatakan **satu** fungsi bagi struktur J.
1 marks
c
Rajah 2.2 menunjukkan keratan rentas daun.
Tisu L terdapat pada bahagian atas daun. Nyatakan **satu** fungsi tisu tersebut.
1 marks
d
Tisu epidermis di hujung akar telah menjalani penyesuaian bagi membolehkan pengambilan air dan garam mineral menjadi lebih cekap.
Terangkan **satu** ciri penyesuaian tisu epidermis pada akar.
2 marks
37 marks
Rajah 3 menunjukkan persenyawaan ganda dua yang berlaku di dalam pundi embrio bagi pokok tomato.
a(i)
Berdasarkan Rajah 3, berikan nama S dan T.
S: …
T: …
2 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana T terbentuk di dalam tiub debunga.
2 marks
b
Terangkan kesan ke atas pembentukan buah tomato sekiranya bunga bagi pokok tomato gugur sebelum disenyawakan.
3 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu aplikasi teknologi hijau yang dilakukan oleh seorang suri rumah.
a(i)
Namakan produk W.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 4.1, terangkan bagaimana produk W dihasilkan.
2 marks
a(iii)
Nyatakan **satu** kegunaan produk tersebut.
1 marks
Rajah 4.2 menunjukkan aktiviti penyahutanan.
b(i)
Cadangkan **dua** langkah untuk menyelamatkan haiwan yang terancam.
2 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** kesan negatif jika langkah dalam 4(b)(i) tidak dijalankan.
1 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan kitar hidup satu organisma.
a(i)
Berdasarkan Rajah 5.1, namakan jenis pertumbuhan organisma tersebut.
1 marks
a(ii)
Nyatakan nic bagi peringkat K.
1 marks
Rajah 5.2 menunjukkan satu proses yang berlaku pada satu spesies serangga.
b(i)
Namakan proses dalam Rajah 5.2.
1 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana proses tersebut menyebabkan pertumbuhan serangga.
3 marks
c
Rajah 5.3 menunjukkan dua isu kesihatan berkaitan kitar haid.
- Isu kesihatan: **Sindrom putus haid** dan **Sindrom prahaid**
Banding bezakan kedua-dua isu kesihatan tersebut.
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan kedudukan reseptor deria dalam mekanisme pengawalaturan tekanan separa karbon dioksida dalam darah.
a
Namakan jenis reseptor deria P.
1 marks
b
Nyatakan perubahan yang dikesan oleh P.
1 marks
Rajah 6.2 menunjukkan maklumat berkaitan satu homeostasis bagi dua individu berbeza.
| Aktiviti | Isi padu air yang diminum sebelum aktiviti (ml) | Isi padu air kencing yang terhasil selepas 1 jam (ml) |
|---|---|---|
| Individu Q (berlari) | 200 | 50 |
| Individu R (duduk mendengar muzik / bermain telefon) | 200 | 130 |
Rajah 6.2
c(i)
Berdasarkan Rajah 6.2, terangkan mengapa individu Q menghasilkan isipadu air kencing tersebut.
2 marks
c(ii)
Nyatakan aras rembesan hormon dalam individu R.
1 marks
d
Jadual 6 menunjukkan maklumat kehadiran glukosa di dalam nefron individu J dan individu K.
| Individu | Glomerulus | Kapsul Bowman | Tubul berlingkar proksimal | Liku Henle | Tubul berlingkar distal | Tubul pengumpul |
|---|---|---|---|---|---|---|
| J | ✓ | ✓ | ✗ | ✗ | ✗ | ✗ |
| K | ✓ | ✓ | ✓ | ✓ | ✓ | ✓ |
Petunjuk: ✓ = kehadiran glukosa; ✗ = tiada kehadiran glukosa
Jadual 6
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 6, kenal pasti individu manakah yang menghadapi masalah kesihatan. Terangkan jawapan anda.
3 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan penghasilan enzim tripsin dalam satu sel manusia.
a
Namakan organ yang menghasilkan enzim tersebut.
1 marks
b
Nyatakan fungsi enzim tersebut.
1 marks
c(i)
Terangkan peranan komponen sel R dan S dalam penghasilan enzim ekstrasel.
2 marks
c(ii)
Sel dalam Rajah 7.1 terdedah kepada sianida, sejenis racun yang menyebabkan mitokondria tidak berfungsi. Terangkan kesan racun ini ke atas sintesis enzim ekstrasel.
2 marks
d
Rajah 7.2 menunjukkan sebahagian daripada sistem pencernaan manusia.
Seorang remaja gemar makan jeruk dan mengambilnya dalam jangka masa yang panjang. Terangkan kesan tabiat tersebut ke atas mekanisme tindakan enzim lipase dalam T.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan struktur vilus yang terlibat dalam proses penyerapan makanan tercerna.
Seorang murid makan sekeping roti yang disapu mentega dan minum segelas susu sebagai sarapan pagi. Makanan tersebut mengalami proses pencernaan dan akhirnya diserap ke dalam vilus.
a(i)
Berdasarkan makanan yang dimakan oleh murid tersebut, bezakan penyerapan makanan tercerna yang diserap melalui X dan Y berdasarkan aspek yang diberi.
| Aspek | X | Y |
|---|---|---|
| Contoh makanan tercerna | | |
| Cara penyerapan | | |
2 marks
a(ii)
Hati merupakan organ yang menjalankan metabolisme makanan tercerna. Terangkan bagaimana asid amino mengalami proses asimilasi dalam hati.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan pembentukan sel-sel kanser dalam salur alimentari manusia.
b(i)
Nyatakan **satu** faktor yang menyebabkan pembentukan sel-sel kanser.
1 marks
b(ii)
Berdasarkan Rajah 8.2, terangkan bagaimana sel-sel kanser boleh menjejaskan fungsi organ tersebut.
2 marks
b(iii)
Pesakit kanser itu menjalani rawatan kemoterapi. Pakar pemakanan mencadangkan pesakit perlu mengubah suai diet bagi mengurangkan risiko jangkitan dan sembuh dengan lebih cepat.
Cadangkan **dua** langkah bagi mengubah suai diet yang boleh dilakukan oleh pesakit tersebut.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Kumpulan darah ABO dalam manusia ditentukan oleh tiga alel yang berbeza iaitu I^A^, I^B^ dan I^O^.
Alel A dan alel B adalah kodominan antara satu sama lain.
a(i)
Nyatakan maksud kodominan.
2 marks
a(ii)
Lengkapkan jadual di bawah dengan menulis genotip bagi kumpulan darah berikut.
| Fenotip | Genotip |
|---|---|
| A | I^A^I^A^ atau I^A^I^O^ |
| B | … |
| AB | … |
| O | I^O^I^O^ |
2 marks
b
Rajah 9.1 menunjukkan pewarisan faktor Rhesus dalam darah manusia. Terdapat satu jenis antigen iaitu antigen D atau dikenali sebagai faktor Rhesus (Rh). Seorang ibu yang membawa Rhesus negatif tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan, akan tetapi akan mempunyai risiko mengandungkan bayi Rhesus positif yang diwarisi oleh bapanya yang mempunyai darah Rhesus positif.
Terangkan bagaimana pewarisan faktor Rhesus diwarisi dan jelaskan bagaimana ia boleh menyebabkan masalah kepada ibu yang mengandung dan bayi.
6 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan maklumat berkaitan dua jenis penyakit akibat mutasi.
Banding dan bezakan antara penyakit X dan penyakit Y.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu aktiviti yang dijalankan oleh individu M.
a(i)
Nyatakan jenis respirasi sel bagi individu M. Namakan dua proses yang terlibat dalam respirasi sel tersebut.
3 marks
a(ii)
Rajah 10.2 menunjukkan produk yang dihasilkan dengan menggunakan bakteria N.
Tuliskan persamaan perkataan bagi jenis respirasi sel yang dijalankan oleh bakteria N.
1 marks
a(iii)
Banding bezakan respirasi sel dalam Rajah 10.1 dan dalam Rajah 10.2.
6 marks
Rajah 10.3 menunjukkan seorang individu yang menghisap rokok elektronik. Rajah 10.4 menunjukkan dua gejala *Chronic Obstructive Pulmonary Disease* (COPD) yang mungkin dialami oleh individu itu kesan dari aktiviti tersebut.
b(i)
Berdasarkan Rajah 10.4, namakan penyakit COPD P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana penyakit P dan Q mempengaruhi sistem pernafasan individu tersebut.
8 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan satu kitar nitrogen.
a(i)
Namakan **dua** proses yang mengikat nitrogen ke dalam tanah.
2 marks
a(ii)
Ramalkan apa yang berlaku kepada haiwan jika bakteria P tiada. Terangkan ramalan anda.
4 marks
a(iii)
Seorang petani mendapati hasil tanaman berkurang kerana kesuburan tanah merosot. Cadangkan cara untuk membantu petani meningkatkan kesuburan tanah.
4 marks
Rajah 11.2 menunjukkan adaptasi tumbuhan paya bakau untuk hidup di kawasan yang mengalami pasang surut.
b(i)
Berdasarkan Rajah 11.2, nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh tumbuhan paya bakau dan terangkan ciri penyesuaian untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
6 marks
b(ii)
Terangkan kepentingan ekosistem paya bakau.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open