Rajah 1.1 menunjukkan batang sawi yang dipotong kepada dua jalur yang sama saiz dan masing-masing diletakkan ke dalam larutan X dan larutan Y.
Rajah 1.2 menunjukkan keputusan yang diperoleh daripada eksperimen tersebut selepas 15 minit.
a
Berdasarkan Rajah 1.2, nyatakan jenis larutan X dan larutan Y.
Larutan X: …
Larutan Y: …
2 marks
b
Terangkan keadaan jalur yang direndam dalam larutan X.
2 marks
c
Seorang pemain badminton dinasihatkan meminum minuman isotonik semasa pertandingan.
Berikan **dua** sebab.
1. …
2. …
2 marks
26 marks
Rajah 2 menunjukkan sejenis tumbuhan yang hidup di kawasan air tawar.
a(i)
Kenal pasti jenis tumbuhan ini berdasarkan habitatnya.
1 marks
a(ii)
Namakan tisu yang membantu tumbuhan tersebut terapung di permukaan air.
1 marks
a(iii)
Terangkan **satu** ciri penyesuaian yang terdapat pada akar tumbuhan tersebut untuk hidup di habitatnya.
Penyesuaian: …
Penerangan: …
2 marks
b
Sebuah syarikat kumbahan ingin menggunakan tumbuhan dalam Rajah 2 untuk merawat air yang tercemar.
Cadangkan satu kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Terangkan.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan tindakan molekul X ke atas enzim lipase dengan kehadiran bahan P.
a(i)
Berdasarkan Rajah 3.1, nyatakan nama bagi bahan P dan hasil Y.
Bahan P: …
Hasil Y: …
2 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana kehadiran bahan P mempengaruhi kadar tindak balas enzim lipase terhadap molekul X.
2 marks
b
Rajah 3.2 menunjukkan sejenis sabun pencuci pakaian.
Terangkan kelebihan penggunaan sabun pencuci pakaian tersebut.
3 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan aberasi kromosom yang berlaku pada manusia.
a(i)
Berdasarkan Rajah 4.1, namakan jenis mutasi.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 4.1, kenal pasti jenis perubahan struktur kromosom tersebut.
1 marks
a(iii)
Namakan **satu** contoh agen kimia yang menjadi punca kepada mutasi.
1 marks
b(i)
Rajah 4.2 (a) dan Rajah 4.2 (b) menunjukkan keabnormalan yang berlaku semasa proses meiosis.
Berdasarkan Rajah 4.2 (a), terangkan bagaimana keabnormalan tersebut boleh berlaku pada Anak W.
2 marks
b(ii)
Lengkapkan jadual untuk menunjukkan perbezaan bagi jenis penyakit yang dihidapi oleh Anak W dan Anak Z.
| | Anak W | Anak Z |
|---|---|---|
| Penyakit | | |
| Ciri fizikal yang ditunjukkan | | |
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan Sel M dan Sel N yang menjalani dua jenis pembahagian sel yang berbeza.
a(i)
Kenal pasti peringkat pembahagian sel bagi:
Sel M: …
Sel N: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan kepentingan pembahagian sel M kepada kemandirian spesies organisma.
1 marks
b
Lukiskan peringkat pembahagian sel selepas peringkat yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1 bagi sel M. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: nama peringkat, kedudukan dan pergerakan kromosom, serta bilangan kromatid pada setiap kromosom.)*
1 marks
c
Nyatakan perbezaan sel M dan Sel N mengikut aspek berikut:
| Aspek | Sel M | Sel N |
|---|---|---|
| Perlakuan kromosom | | |
| Bilangan kromosom sel anak yang terhasil | | |
2 marks
d
Rajah 5.2 menunjukkan kempen yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.
Sepasang suami isteri ingin menyimpan darah tali pusat anaknya. Wajarkan kepentingan tindakan tersebut.
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan faktor-faktor yang membantu pergerakan air dan garam mineral pada sebatang pokok Tualang.
a
Berdasarkan Rajah 6.1, nyatakan:
Faktor X: …
Faktor Y: …
2 marks
b
Faktor Y membantu pergerakan air ke bahagian daun bagi tumbuhan yang tinggi melalui daya tarikan yang berterusan di sepanjang salur M.
Namakan daya pada salur M yang membantu faktor Y untuk menjalankan fungsi tersebut.
1 marks
c
Salur M telah dijangkiti sejenis kulat yang menyebabkannya rosak.
Terangkan kesan kerosakan yang berlaku dalam salur M terhadap proses translokasi.
3 marks
d
Rajah 6.2 menunjukkan dua jenis tisu yang terlibat dalam sistem pengangkutan tumbuhan.
Bezakan struktur tisu R dan tisu S.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan struktur satu nefron dalam ginjal manusia yang terlibat dalam pembentukan air kencing.
a(i)
Berdasarkan Rajah 7.1, nyatakan **satu** komponen darah yang tidak dapat merentasi struktur X.
1 marks
a(ii)
Terangkan proses M yang berlaku di antara struktur X dan kapsul Bowman.
2 marks
b
Seorang pesakit telah menjalani ujian air kencing. Keputusannya adalah seperti berikut:
| Bahan | Keputusan |
|---|---|
| Glukosa | Dikesan |
Berdasarkan keputusan di atas, terangkan keputusan ujian air kencing pesakit tersebut.
3 marks
c
Encik Y telah mengalami kemalangan yang menyebabkan kedua-dua ginjalnya tidak berfungsi. Doktor pakar menyarankan penggunaan ginjal biotiruan.
Wajarkan saranan doktor tersebut.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan organ pembiakan betina sejenis tumbuhan.
a
Nyatakan fungsi:
Nukleus X: …
Nukleus Y: …
2 marks
b
Lengkapkan Rajah 8.2 dengan melukis pembentukan tiub debunga yang menembusi ovul melalui mikropil dan pembentukan gamet jantan. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: laluan tiub debunga dari debunga hingga ke ovul, serta bilangan, kedudukan dan label gamet jantan dan nukleus tiub.)*
2 marks
c
Nyatakan **satu** perbezaan fungsi bagi dua gamet jantan dalam persenyawaan ganda dua.
1 marks
d
Rajah 8.3 menunjukkan satu teknik penghasilan buah anggur tanpa melibatkan proses persenyawaan.
Berikan **satu** kebaikan dan **satu** keburukan teknik ini kepada pengguna.
2 marks
e
Pisang dari Filipina akan dibungkus secara vakum sebelum dieksport ke Malaysia. Wajarkan.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan gerak balas yang berlaku apabila tangan tersentuh objek panas.
a(i)
Terangkan kepentingan gerak balas tersebut terhadap manusia.
3 marks
a(ii)
Huraikan lintasan impuls saraf yang menyebabkan gerak balas dalam Rajah 9.1.
5 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan seorang wanita sedang membaca buku.
Bandingkan gerak balas pada Rajah 9.1 dan Rajah 9.2.
5 marks
c
Seorang lelaki telah dipatuk oleh seekor ular berbisa.
Menggunakan maklumat dalam Rajah 9.3, terangkan bagaimana bisa ular itu boleh mengakibatkan kelumpuhan pada lelaki tersebut.
7 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan interaksi antara komponen biosis dalam suatu ekosistem.
a(i)
Terangkan jenis interaksi yang ditunjukkan dalam Rajah 10.1.
2 marks
a(ii)
Rajah 10.2 menunjukkan hubungan antara populasi singa dan populasi rusa yang terdapat di satu habitat yang sama.
Berdasarkan Rajah 10.2, huraikan hubungan antara singa dan rusa.
4 marks
b
Rajah 10.3 menunjukkan langkah-langkah dalam menguruskan pembangunan mampan untuk memelihara kelestarian alam sekitar.
Berdasarkan Rajah 10.3, wajarkan sumbangan langkah-langkah pemeliharaan, pemuliharaan dan pemulihan ekosistem dalam memelihara kelestarian alam sekitar.
6 marks
c(i)
Rajah 10.4 menunjukkan tumbuhan halofit di paya bakau.
Berdasarkan Rajah 10.4, terangkan penyesuaian struktur R.
3 marks
c(ii)
Rajah 10.5 menunjukkan zon dalam satu ekosistem paya bakau.
Berdasarkan Rajah 10.5, banding beza struktur akar yang terdapat pada zon I dan zon II.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan dua jenis sel darah merah.
a(i)
Seorang lelaki heterozigot Rh-positif berkahwin dengan seorang perempuan Rh-negatif dan dikurniakan anak.
Nyatakan genotip trait faktor Rhesus bagi lelaki dan perempuan tersebut.
2 marks
a(ii)
Dengan menggunakan rajah skema kacukan, apakah kebarangkalian anak mereka mempunyai darah Rh-positif? *(Huraikan rajah skema kacukan anda dalam perkataan, baris demi baris: induk, genotip induk, gamet, persenyawaan, genotip anak, fenotip anak, nisbah fenotip dan kebarangkalian.)*
4 marks
a(iii)
Terangkan bagaimana pewarisan faktor Rhesus boleh menyebabkan kematian anak kedua sekiranya anak pertama mempunyai faktor Rhesus yang berlainan dengan ibunya.
Cadangkan **satu** cara untuk menyelamatkan anak kedua.
4 marks
b
> Albino merujuk kepada individu yang dilahirkan dengan keadaan genetik kekurangan atau ketiadaan pigmen melanin dalam kulit, rambut, dan mata. Individu ini sering dikenali melalui warna kulit sangat cerah, rambut putih kekuningan, mata yang kelihatan kemerahan atau biru pucat dan sensitif terhadap cahaya.
Cadangkan cara-cara untuk mengurangkan gejala penyakit tersebut.
4 marks
c
Rajah 11.2 menunjukkan notis yang dikeluarkan oleh sebuah sekolah berkaitan sejenis penyakit pewarisan.
> **SARINGAN TALASEMIA**
> MURID TINGKATAN 4
> KHAMIS - 21/05/2026 - 8.30 PAGI - BILIK RAWATAN
Rajah 11.2
Wajarkan saringan talasemia yang bermula di tingkatan 4.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open