Rajah 1 menunjukkan pandangan sisi seekor ikan dengan sirip S yang tercedera.
a
Kenal pasti struktur
U: …
V: …
2 marks
b(i)
Namakan otot W.
1 marks
b(ii)
Terangkan fungsi otot W untuk melakukan pergerakan.
2 marks
c
Ikan itu dapat menyesuaikan diri dengan kecederaannya dan terus hidup.
Nyatakan bagaimana sirip S mengatasi masalah tersebut semasa berenang.
1 marks
26 marks
a
Rajah 2.1 menunjukkan aktiviti yang berkaitan dengan sistem respirasi.
Nyatakan jenis respirasi bagi Rajah 2.1(a) dan Rajah 2.1(b).
Rajah 2.1(a): …
Rajah 2.1(b): …
2 marks
b
Rajah 2.2 menunjukkan struktur respirasi bagi dua organisma yang berbeza.
Huraikan **satu** ciri penyesuaian yang sama bagi struktur respirasi dalam Rajah 2.2.
2 marks
c
Rajah 2.3 menunjukkan keadaan bronkiol normal dan bronkiol pesakit asma.
Terangkan kesan serangan asma kepada sistem respirasi.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan struktur luar organ tumbuhan yang menjalankan fotosintesis.
a(i)
Nyatakan nama bagi struktur C dan D.
C: …
D: …
2 marks
a(ii)
Terangkan ciri penyesuaian bagi struktur C untuk meningkatkan kadar fotosintesis.
2 marks
Encik Z telah menyiram tumbuhan dalam Rajah 3.2 dengan secukupnya setiap hari.
b(i)
Lukiskan keadaan liang stoma tumbuhan tersebut dalam ruangan yang disediakan. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk sel pengawal dan keadaan liang stoma.)*
1 marks
b(ii)
Terangkan keadaan liang stoma yang anda lukis di (b)(i) berdasarkan kepekatan sukrosa dalam sel pengawal.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan laluan pemindahan maklumat dari reseptor ke efektor.
Rangsangan $\rightarrow$ Reseptor $\rightarrow$ (Neuron P) $\rightarrow$ Otak dan saraf tunjang $\rightarrow$ (Neuron motor) $\rightarrow$ Q $\rightarrow$ Gerak balas
Rajah 4.1
a
Nyatakan nama neuron P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
b
Nyatakan apa yang akan berlaku jika neuron P tidak berfungsi.
1 marks
c
Rajah 4.2 menunjukkan struktur yang terlibat dalam tindakan refleks apabila jari tercucuk jarum.
Berdasarkan Rajah 4.2, terangkan pemindahan maklumat dari M ke L.
2 marks
d
Ramalkan apa akan berlaku kepada gerak balas dalam situasi dalam Rajah 4.2 jika L cedera. Terangkan.
2 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan sebahagian sistem pencernaan manusia.
a
Nyatakan kelenjar P dan organ Q.
Kelenjar P: …
Organ Q: …
2 marks
b
Sel epitelium pada permukaan dinding organ Q mengalami penyesuaian untuk membentuk kelenjar gastrik.
Nyatakan **satu** fungsi sel epitelium tersebut.
1 marks
c
Encik S yang mengalami obesiti telah menjalani prosedur pembedahan pintasan gaster. Pembedahan ini untuk mengurangkan berat badan.
Terangkan bagaimana pembedahan ini boleh mengurangkan berat badan beliau.
3 marks
d
Pencernaan terdiri daripada dua bahagian iaitu pencernaan fizikal dan pencernaan kimia.
Lengkapkan Jadual 1 untuk menunjukkan perbezaan antara pencernaan fizikal dan pencernaan kimia.
| Pencernaan fizikal | Pencernaan kimia |
|---|---|
| … | Proses penguraian molekul kompleks menjadi molekul ringkas |
| Melibatkan pengunyahan dan peristalsis | … |
Jadual 1
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan zon pertumbuhan pada akar tumbuhan.
Berdasarkan Rajah 6.1
a(i)
Nyatakan zon
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi struktur R.
1 marks
b
Rajah 6.2 menunjukkan keratan rentas batang tumbuhan yang menjalani pertumbuhan.
Struktur L terlibat semasa pertumbuhan berlaku pada batang tumbuhan tersebut. Bezakan pertumbuhan yang berlaku dalam Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 berdasarkan aspek berikut:
- Tisu meristem yang terlibat
- Kehadiran gelang tahunan
2 marks
c
Ciri batang pokok balak seperti *Shorea* sp mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Jelaskan.
3 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan penghasilan agen pencuci Y.
a(i)
Nyatakan nama agen pencuci Y.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **dua** kepentingan penghasilan agen pencuci Y.
2 marks
b
Rajah 7.2 menunjukkan satu keratan akhbar berkaitan aktiviti di Malaysia yang menyebabkan ekosistem terancam.
> **Malaysia kedua tertinggi buang sisa plastik di Asia** (Mingguan Malaysia, 23 Januari 2022)
>
> SHAH ALAM: Sebanyak 1.1 juta tan metrik sisa plastik dibuang di negara ini menjadikan Malaysia kedua tertinggi selepas Thailand dalam kalangan negara Asia yang membuang sebanyak 69.54 kilogram plastik per kapita. Jumlah tersebut dikhuatiri meningkat apabila negara ini dijangka mempunyai populasi melebihi 35 juta menjelang 2025 …
Berdasarkan Rajah 7.2, terangkan kesan aktiviti tersebut ke atas biodiversiti di Malaysia.
3 marks
c
Rajah 7.3 menunjukkan satu poster untuk mewujudkan suasana berkualiti di sesebuah organisasi.
Pengetua sebuah sekolah telah menyarankan pelaksanaan amalan berdasarkan poster tersebut bagi mewujudkan ekosistem kelas yang lebih kondusif untuk aktiviti pembelajaran selaras dengan kelestarian alam sekitar. Wajarkan saranan tersebut.
3 marks
89 marks
a
Ujian toleransi glukosa (GTT) adalah ujian yang dijalankan ke atas wanita hamil pada peringkat awal kehamilan dan akan diulang pada minggu ke 24 hingga minggu ke 28 kehamilan. Aras **gula** darah **normal**: 3.9 – 5.5 mmol/L.
Selepas 2 jam, sampel darah diambil daripada wanita tersebut dan bacaan glukosanya adalah seperti Rajah 8.1.
Terangkan mengapa bacaan seperti Rajah 8.1 diperoleh.
3 marks
b(i)
Rajah 8.2 menunjukkan struktur nefron dalam ginjal manusia.
Bezakan kandungan bahan yang terdapat dalam struktur M dan air kencing. Terangkan.
3 marks
b(ii)
Rajah 8.3 menunjukkan keratan rentas ginjal seorang pesakit batu karang.
Batu karang ialah ketulan keras yang terdiri daripada asid urik, kalsium oksalat atau hablur kalsium fosfat.
Cadangkan bagaimana pesakit ini dapat mengurangkan masalah batu karang tanpa menjalani pembedahan.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan struktur tali pusat.
a
Terangkan peranan R dan S dalam perkembangan fetus.
2 marks
Rajah 9.2 menunjukkan hasil yang terbentuk semasa oogenesis pada manusia.
b(i)
Terangkan mengapa oosit sekunder P mempunyai bilangan kromosom yang berbeza daripada oosit sekunder yang normal.
5 marks
b(ii)
Oosit sekunder P telah disenyawakan oleh sperma yang normal. Terangkan kesannya.
3 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan urutan peristiwa di dalam ovari dan perubahan aras hormon dalam satu kitar haid.
Aras hormon P, Q, R dan S akan mempengaruhi urutan peristiwa yang berlaku dalam kitar ovari. Terangkan perkaitan antara aras hormon P, Q, R dan S dengan kitar ovari.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan tisu-tisu yang terlibat dalam pengangkutan tumbuhan.
a
Terangkan **satu** penyesuaian sel Y untuk menjalankan fungsinya dengan cekap.
2 marks
b
Tisu P telah dijangkiti sejenis kulat yang menyebabkannya rosak dan tidak berfungsi. Terangkan kesan kerosakan yang berlaku dalam tisu P ke atas proses pengangkutan yang dijalankan oleh tisu Q.
5 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan sebuah kolam yang terletak berhampiran dengan kawasan penempatan penduduk.
Penduduk dinasihatkan untuk tidak mengambil tumbuhan kangkung yang tumbuh di tebing kolam tersebut untuk dimakan. Terangkan mengapa kangkung yang tumbuh di tebing kolam dalam Rajah 10.2 tidak sesuai dimakan.
3 marks
d
Rajah 10.3 menunjukkan dua proses penyingkiran air yang berlaku dalam tumbuhan herba.
Nyatakan perbezaan antara proses P dan proses Q.
5 marks
e
Rajah 10.4 menunjukkan eksperimen yang dijalankan ke atas suatu pokok.
Terangkan bagaimana proses biokimia di daun dan pengangkutan di batang pokok menyebabkan keadaan batang pokok yang ditunjukkan oleh hasil eksperimen.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Rajah 11.1 menunjukkan pola cap jari dalam kalangan adik-beradik.
Terangkan jenis variasi berdasarkan ciri yang ditunjukkan dalam Rajah 11.1.
3 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan kumpulan darah bagi pasangan suami isteri Encik K dan Puan L.
- Encik K: Kumpulan darah O
- Puan L: Kumpulan darah AB
Bina rajah skema untuk menentukan kebarangkalian kumpulan darah anak lelaki mereka. *(Huraikan rajah skema anda dalam perkataan, baris demi baris: genotip induk, proses, gamet, persenyawaan, genotip anak, fenotip anak dan nisbah fenotip.)*
7 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan poster Kementerian Kesihatan Malaysia tentang penyakit genetik yang berpunca dari mutasi gen.
**Gejala albinisme:**
- Sensitif terhadap cahaya
- Kurang pigmen melanin pada rambut dan kulit
**Gejala talasemia:**
- Lesu
- Muka pucat
- Mudah penat
Berdasarkan Rajah 11.3 dan gejala-gejala yang dinyatakan, cadangkan cara-cara untuk mengurangkan gejala penyakit tersebut.
4 marks
d
Rajah 11.4 menunjukkan maklumat tentang ujian saringan talasemia.
> Jalani Ujian Talasemia, Bertindak Hari Ini Untuk Kesejahteraan Masa Hadapan.
>
> Bermula tahun 2018 hingga kini, ujian saringan talasemia dilakukan secara percuma bagi pelajar tingkatan empat di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Wajarkan kebaikan ujian saringan talasemia yang menyumbang kepada peningkatan kualiti kesihatan masyarakat.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open