Rajah 1.1 menunjukkan proses penguraian trigliserida iaitu sejenis lipid.
Nyatakan nama P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
b
Nyatakan **satu** kepentingan lipid di dalam sel haiwan.
1 marks
c
Terdapat dua jenis lemak, iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu.
Terangkan kesan pengambilan lemak tepu berlebihan ke atas kesihatan seseorang individu.
2 marks
d
Kehadiran lemak boleh diuji dengan ujian emulsi etanol.
Apakah pemerhatian yang akan diperoleh sekiranya terdapat kehadiran lemak di dalam sampel yang diuji?
1 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan *Paramecium* sp. yang hidup di dalam air tawar.
a(i)
Nyatakan alam bagi *Paramecium* sp.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** contoh organisma lain yang berada dalam alam yang sama seperti *Paramecium* sp.
1 marks
a(iii)
Terangkan bagaimana J membantu pemakanan organisma tersebut.
2 marks
a(iv)
Kedua-dua struktur K telah rosak apabila terdedah pada sejenis bahan kimia.
Terangkan kesannya pada *Paramecium* sp.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan tumbuhan X yang hidup dalam ekosistem Y.
a(i)
Berdasarkan Rajah 3.1, nyatakan
habitat tumbuhan X: …
kelas tumbuhan X berdasarkan habitatnya: …
2 marks
a(ii)
Tumbuhan X hidup di kawasan tanah yang lembut, berselut dan berlumpur.
Terangkan **satu** adaptasi tumbuhan X untuk bermandiri di habitat tersebut.
2 marks
b
Habitat tersebut telah dibangunkan untuk membina taman tema.
Terangkan kesan pembangunan tersebut terhadap sektor perikanan.
3 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu komponen dalam sel tumbuhan.
a(i)
Nyatakan nama struktur P dan struktur Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan peranan komponen yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.
1 marks
Seorang murid menjalankan eksperimen untuk menyiasat kesan penukaran cahaya berwarna ke atas kadar fotosintesis tumbuhan akuatik.
Rajah 4.2 menunjukkan susunan bagi eksperimen tersebut.
Jadual 4.1 menunjukkan keputusan yang diperoleh daripada penyiasatannya.
| Warna cahaya | Bilangan gelembung udara yang dibebaskan dalam masa 1 minit |
|---|---|
| Hijau | 6 |
| Biru | 25 |
| Jingga | 20 |
Jadual 4.1
b(i)
Dalam Jadual 4.1, kira kadar fotosintesis apabila tumbuhan didedahkan kepada cahaya jingga.
Tunjukkan pengiraan anda.
2 marks
b(ii)
Berdasarkan Jadual 4.1, apakah warna cahaya yang terbaik untuk tumbuhan akuatik? Terangkan.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan tempe yang dihasilkan melalui proses fermentasi kacang soya menggunakan kulat *Rhizopus* sp.
a(i)
Tempe mempunyai karbohidrat.
Berdasarkan Rajah 5.1, nyatakan satu kelas makanan lain dalam tempe selain karbohidrat.
1 marks
a(ii)
Kulat *Rhizopus* sp. digunakan sebagai agen penapaian dalam pembuatan tempe.
Terangkan bagaimana kulat *Rhizopus* sp. boleh membantu dalam proses pembuatan tempe.
2 marks
a(iii)
Tempe dibalut padat dengan daun pisang.
Nyatakan bagaimana tindakan ini membantu kulat *Rhizopus* sp. menjalankan fungsinya dengan lebih cepat.
1 marks
Rajah 5.2(a) menunjukkan sejenis makanan yang diambil oleh individu A dan individu B sebelum melakukan aktiviti fizikal. Rajah 5.2(b) menunjukkan individu A dan individu B yang sedang menjalankan aktiviti fizikal.
b(i)
Bezakan proses respirasi sel yang berlaku pada individu A dan individu B. *(Lengkapkan jadual: tulis isi bagi petak yang kosong.)*
| Individu A | Individu B |
|---|---|
| … | Respirasi aerob |
| Tenaga yang dihasilkan ialah 2 ATP | … |
2 marks
b(ii)
Nyatakan **dua** fungsi makanan yang diambil oleh individu seperti dalam Rajah 5.2(a).
2 marks
68 marks
Jadual 6.1 menunjukkan variasi pada bunga *Hydrangea* sp. apabila ditanam pada pH tanah berbeza.
| pH tanah | Warna bunga |
|---|---|
| Bawah 6.0 | Biru |
| 6.0 – 7.0 | Ungu |
| Atas 7.0 | Merah jambu |
Jadual 6.1
Berdasarkan Jadual 6.1,
a(i)
nyatakan jenis variasi yang ditunjukkan
1 marks
a(ii)
nyatakan bentuk graf yang boleh mewakili jenis variasi yang dinyatakan pada (a)(i).
1 marks
a(iii)
berikan **satu** sebab mengapa pokok *Hydrangea* sp. yang sama boleh menghasilkan warna bunga yang berbeza.
1 marks
a(iv)
Seorang petani ingin menanam pokok *Hydrangea* sp. yang menghasilkan bunga berwarna ungu di sebidang tanah yang berasid.
Terangkan tindakan yang boleh dilakukan oleh petani untuk menghasilkan bunga berwarna ungu.
3 marks
b
Jadual 6.2 menunjukkan dua contoh ciri yang terdapat pada manusia. Bezakan jenis variasi yang ditunjukkan oleh ciri-ciri tersebut.
| Kepintaran | Kehadiran lesung pipit |
|---|---|
| … | … |
| … | … |
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan beberapa peringkat dalam satu pembahagian sel.
a(i)
Nyatakan jenis pembahagian sel yang terlibat dalam Rajah 7.1.
1 marks
a(ii)
Terangkan jawapan anda di (a)(i).
1 marks
a(iii)
Nyatakan **satu** perlakuan kromosom pada profasa I.
1 marks
b
Sekumpulan penyelidik menjalankan kajian untuk mengaplikasikan terapi sel stem bagi rawatan tisu tendon yang rosak.
Terangkan bagaimana kaedah ini boleh membantu merawat tendon yang rosak.
3 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan poster larangan merokok dan penggunaan rokok elektronik di sebuah restoran.
Wajarkan tindakan tersebut bagi mencegah penyakit kanser.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1(a) menunjukkan kedudukan empat ladang. Rajah 8.1(b) menunjukkan graf kepekatan nitrat di setiap lokasi.
a(i)
Lengkapkan graf dalam Rajah 8.1(b) untuk mewakili kepekatan nitrat di lokasi Z. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: ketinggian palang yang anda lukis bagi lokasi Z berbanding palang W, X dan Y.)*
1 marks
a(ii)
Terangkan jawapan anda di a(i).
3 marks
a(iii)
Cadangkan bagaimana kepekatan nitrat dalam sungai dapat dikurangkan.
2 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan satu contoh kesan sisa plastik ke atas hidupan akuatik.
Terangkan kesan sisa plastik terhadap ekosistem akuatik.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan tisu vaskular dalam tumbuhan.
a(i)
Terangkan fungsi tisu X dan tisu Y.
2 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 9.1, nyatakan perbezaan ciri antara tisu X dengan tisu Y.
4 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan satu tumbuhan berkayu yang telah digelang dengan membuang kulit batangnya.
Terangkan kesan membuang kulit pokok di bahagian gelang selepas sebulan.
8 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan tumbuhan A dan tumbuhan B dalam situasi berbeza. Tanah kedua-dua tumbuhan telah disiram air yang banyak beberapa jam sebelumnya.
Bezakan proses kehilangan air yang berlaku pada daun Tumbuhan A dan daun Tumbuhan B.
6 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan mekanisme pengawal aturan aras gula darah dalam badan manusia.
Berdasarkan Rajah 10.1,
a(i)
terangkan peranan hormon Z dalam individu Q.
2 marks
a(ii)
terangkan bagaimana individu P mengekalkan aras gula dalam darahnya.
8 marks
b
Rajah 10.2(a) dan Rajah 10.2(b) menunjukkan dua jenis menu sarapan pagi yang diambil oleh individu R dan S.
Terangkan perbezaan mekanisme homeostasis pada individu R dan S yang melibatkan:
- Kawal atur oleh hormon aldosterone
- Kawal atur oleh hormon antidiuretik (ADH)
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Jagung Bt dan *Super Salmon* merupakan makanan yang dihasilkan daripada teknik kejuruteraan genetik.
Perihalkan maksud kejuruteraan genetik.
3 marks
b
Rajah 11.1 menunjukkan penghasilan hormon X secara kejuruteraan genetik. Hormon X digunakan secara meluas bagi mengatasi masalah berkaitan pertumbuhan.
Berdasarkan Rajah 11.1 huraikan bagaimana kejuruteraan genetik dapat menghasilkan hormon X secara komersial.
7 marks
c
Rajah 11.2 menunjukkan sebahagian daripada produk makanan terubah suai genetik (GMF) dalam pasaran.
Bincangkan kebaikan dan keburukan produk GMF.
6 marks
d
Pernyataan di bawah merujuk kepada sekuriti makanan.
> Sekuriti makanan menjamin setiap individu mendapat bekalan makanan yang mencukupi, bernutrisi, bersih dan mudah diperoleh untuk hidup sihat.
Jadual 11.3
Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan bagaimana pihak pengurus kantin dan pihak sekolah boleh menjamin sekuriti makanan untuk setiap murid di sekolah.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open