Label Jasad Golgi pada Rajah 1.1 *(Huraikan dalam perkataan: struktur yang anda labelkan — rupa dan kedudukannya dalam sel.)*
1 marks
a(ii)
Nyatakan nama komponen P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(iii)
P mempunyai pigmen yang terdapat pada membran tilakoid.
Nyatakan fungsi pigmen tersebut.
1 marks
Rajah 1.2 menunjukkan sejenis protozoa yang hidup dalam air tawar.
b(i)
Nyatakan peranan komponen sel S bagi memastikan kemandirian protozoa ini dalam habitatnya.
1 marks
b(ii)
Kolam di mana protozoa tersebut hidup mengalami perubahan nilai pH akibat tumpahan sejenis bahan kimia.
Huraikan **satu** peranan struktur R apabila menghadapi keadaan tersebut.
1 marks
26 marks
a
Hubungan yang sangat rapat antara satu organisma dengan organisma yang lain dikenali sebagai simbion.
Tuliskan nama jenis simbion ke dalam Jadual 1.
| Jenis Simbion | Penerangan |
|---|---|
| … | Organisma yang hidup di dalam perumah. |
| … | Organisma yang hidup di luar perumah. |
Jadual 1
2 marks
b
Rajah 2.1 menunjukkan dua haiwan rodensia yang mempunyai morfologi yang hampir sama.
Huraikan **satu** ciri yang diguna oleh saintis untuk menentukan kedua-dua haiwan adalah spesies yang berbeza.
1 marks
Rajah 2.2 menunjukkan interaksi antara kulat dan batang pokok yang mati.
c(i)
Berdasarkan Rajah 2.2, nyatakan peranan fungi dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar.
1 marks
c(ii)
Pentachlorophenol (PCP) adalah sejenis bahan kimia yang boleh membunuh fungi. Seorang petani telah menyembur bahan tersebut di kebun pertaniannya. Terangkan kesan tindakan beliau ke atas hasil pertaniannya.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan komponen yang terlibat dalam proses pencernaan.
a(i)
Nyatakan peranan organ X dalam pencernaan lipid di duodenum.
1 marks
a(ii)
Nyatakan pH di Y.
1 marks
a(iii)
Nyatakan kesan pengambilan jus lemon berlebihan ke atas pencernaan lipid di Y.
1 marks
b
Lemak tepu dianggap tidak sihat. Terangkan.
2 marks
c
Rajah 3.2 menunjukkan seorang individu yang sedang menjalani latihan angkat berat.
Pengambilan steroid sintetik secara jangka panjang menyebabkan isu kesihatan kepada individu tersebut. Terangkan.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan perubahan yang berlaku di bandar K.
a(i)
Berdasarkan Rajah 4.1, nyatakan perubahan yang berlaku di bandar K.
1 marks
a(ii)
Terangkan kesan negatif yang timbul dari segi sekuriti makanan apabila berlaku perubahan di kawasan K.
2 marks
a(iii)
Nyatakan **dua** komponen sekuriti makanan yang perlu diambil berat untuk mengatasi kesan negatif di a(i).
2 marks
b
Ledakan populasi menyebabkan permintaan terhadap makanan meningkat. Bagi mengatasi masalah ini, dua kaedah penanaman yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2 telah dijalankan.
Nyatakan dua perbezaan antara kedua-dua kaedah penanaman makanan dalam Rajah 4.2.
2 marks
58 marks
a(i)
Rajah 5.1 menunjukkan sebahagian rantai DNA.
Lengkapkan bes bernitrogen pada Rajah 5.1. *(Tulis bes bagi setiap kotak kosong, dari atas ke bawah.)*
1 marks
a(ii)
Nyatakan nama ikatan P.
1 marks
Rajah 5.2 menunjukkan langkah-langkah mensintesis polipeptida.
b(i)
Berdasarkan Rajah 5.2, nyatakan mengapa struktur RNA lebih pendek daripada struktur DNA.
1 marks
b(ii)
Mutasi gen boleh mempengaruhi struktur Z. Terangkan.
2 marks
c
Rajah 5.2(a) menunjukkan zaman kanak-kanak kembar seiras, M dan N. Rajah 5.2(b) menunjukkan pasangan kembar itu selepas 20 tahun.
Terangkan faktor yang menyebabkan perubahan warna kulit N.
3 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan zon-zon yang terdapat pada pucuk tumbuhan.
a(i)
Nyatakan nama zon A.
1 marks
a(ii)
Lukiskan sel pada peringkat akhir bagi proses X dalam ruangan yang disediakan dalam Rajah 6.1. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk dan saiz sel serta komponen sel yang anda lukis dan saiz relatifnya.)*
1 marks
a(iii)
Rajah 6.2 menunjukkan satu jenis pertumbuhan yang berlaku pada batang tumbuhan eudikot.
Bezakan kepentingan pertumbuhan dalam Rajah 6.1 dengan pertumbuhan dalam Rajah 6.2.
2 marks
b(i)
Encik M seorang petani. Dia menyembur racun rumpai di kebunnya bagi mengawal pertumbuhan rumpai. Namun begitu, racun tersebut telah merencatkan proses respirasi sel dalam tumbuhan tersebut.
Rajah 6.3 menunjukkan satu proses pengangkutan dalam tumbuhan.
Terangkan kesan penggunaan racun rumpai tersebut ke atas proses pengangkutan dalam Rajah 6.3.
3 marks
b(ii)
Rajah 6.4 menunjukkan graf kesan keamatan cahaya ke atas pengambilan karbon dioksida oleh suatu tumbuhan.
Nyatakan kesan ke atas pengangkutan dalam Rajah 6.3 ke bahagian buah sekiranya kadar fotosintesis kekal pada titik X.
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan organ respirasi pada manusia dan ikan.
a(i)
Nyatakan nama struktur respirasi yang berlabel X dan Y.
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Berikan **satu** penyesuaian sepunya pada X dan Y yang membenarkan pengangkutan gas respirasi berlaku dengan cekap.
1 marks
b
Rajah 7.2 menunjukkan satu contoh senaman aerobik. Senaman aerobik meningkatkan kadar denyutan nadi dan kadar pernafasan bagi membekalkan substrat untuk respirasi sel di dalam otot.
Terangkan mengapa senaman aerobik boleh diteruskan untuk satu jangka masa yang panjang.
3 marks
c
Encik P ialah seorang perokok tegar dan dia dinasihatkan oleh isterinya untuk berhenti merokok kerana sering mengalami batuk yang berpanjangan.
Terangkan kebaikan nasihat itu.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan urutan perubahan pada ekosistem paya bakau.
a(i)
Huraikan bagaimana peranan akar dalam Zon II membawa kepada pembentukan Zon III.
3 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** perbezaan antara tumbuhan di Zon I dengan Zon II.
1 marks
b
Seorang pekebun ladang Mangga Harumanis mendapati pertumbuhan anak-anak pokok Mangga Harumanis terbantut. Pihak Jabatan Pertanian menasihati beliau menanam pokok kacang poi (*Vigna subterranean*) di antara lorong-lorong pokok Harumanis seperti dalam Rajah 8.2.
Terangkan bagaimana pokok kacang poi (*Vigna subterranean*) membantu meningkatkan kadar pertumbuhan anak-anak pokok Mangga Harumanis itu.
3 marks
c
Jangkitan bakteria *Salmonella typhi* pada manusia boleh mengakibatkan penyakit demam kepialu. Berikut adalah simptom-simptom penyakit demam kepialu:
- Cirit-birit
- Muntah
- Demam
- Sakit kepala
Cadangkan **dua** amalan untuk mengelakkan penyakit tersebut berlaku.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sebahagian daripada sistem saraf manusia.
a(i)
Nyatakan fungsi sistem saraf pada manusia.
2 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 9.1, nyatakan perbezaan bagi neuron P dan neuron Q.
4 marks
b(i)
Rajah 9.2 menunjukkan bagaimana bisa bertindak ke atas penghantaran neurotransmiter merentasi sinaps seorang individu yang dipatuk ular tedung.
Berdasarkan Rajah 9.2, terangkan bagaimana bisa ular tedung menyebabkan kelumpuhan kepada individu tersebut.
6 marks
b(ii)
Individu tersebut telah diberikan rawatan di hospital bagi mengurangkan kesan bisa ular tedung.
Terangkan bagaimana rawatan yang diberikan dapat mengurangkan gejala kelumpuhan yang dialami oleh beliau.
2 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan dua keadaan arteri manusia, R dan S.
Keadaan R berlaku disebabkan oleh pendarahan yang serius semasa kemalangan manakala arteri dalam keadaan S berlaku pada individu yang melakukan larian 400 meter.
Banding bezakan mekanisme kawal atur tekanan darah semasa keadaan R dan S.
6 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu pedigri genetik hemofilia bagi tiga generasi dalam satu keluarga.
a(i)
Terangkan apakah pedigri keluarga.
2 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 10.1, terangkan mengapa lelaki mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mewarisi penyakit hemofilia berbanding perempuan.
6 marks
a(iii)
Terangkan bagaimana penyakit hemofilia dapat dielakkan daripada diwarisi dalam satu keluarga.
2 marks
Rajah 10.2 menunjukkan perwarisan penyakit talasemia dalam satu keluarga.
b(i)
Berdasarkan Rajah 10.2, bezakan antara keadaan talasemia pada anak 4 dan anak 2.
2 marks
b(ii)
Banding bezakan antara penyakit talasemia dan penyakit hemofilia.
5 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan kariotip bagi dua individu yang menghidap dua jenis sindrom yang berbeza.
Berdasarkan Rajah 10.3, bezakan sindrom pada individu R dan individu S.
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan fetus yang masih berada di dalam endometrium.
a(i)
Nyatakan fungsi hormon gonadotrofin korion manusia (HCG) yang dirembeskan oleh M.
2 marks
a(ii)
Nyatakan nama dan fungsi M sepanjang tempoh kehamilan.
4 marks
a(iii)
Terangkan kepentingan struktur M kepada pertahanan badan fetus.
4 marks
b(i)
Seorang wanita mengalami masalah tiub Falopio tersumbat. Wanita dan suaminya ingin mendapatkan anak kandung mereka sendiri. Mereka berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat dan doktor telah menyarankan teknik seperti yang ditunjukkan pada Rajah 11.2.
Cadangan doktor dapat menyelesaikan masalah ketidaksuburan pasangan tersebut. Wajarkan.
2 marks
b(ii)
Berdasarkan Rajah 11.2, huraikan teknik tersebut.
4 marks
b(iii)
Rajah 11.3 menunjukkan sebahagian daripada isu kemandulan pada lelaki.
Cadangkan bagaimana anda dapat membantu individu yang mengalami masalah dalam Rajah 11.3.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open