Rajah 1.1 menunjukkan dua larutan sukrosa dengan kepekatan yang berlainan yang dipisahkan oleh membran telap memilih.
a(i)
Kenal pasti:
Pelarut: …
Zat terlarut: …
2 marks
a(ii)
Dalam Rajah 1.1, lukis anak panah untuk menunjukkan arah pergerakan molekul air yang akan berlaku. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: dari larutan mana ke larutan mana anak panah anda dilukis.)*
1 marks
Rajah 1.2 menunjukkan keadaan satu sel tumbuhan yang telah direndam di dalam air suling selama satu jam.
b(i)
Sel tumbuhan itu dikeluarkan daripada air suling dan direndam di dalam larutan garam berkepekatan tinggi selama satu jam lagi.
Lukis keadaan sel tumbuhan tersebut selepas satu jam pada ruangan yang disediakan. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: kedudukan membran plasma berbanding dinding sel, dan saiz vakuol.)*
2 marks
b(ii)
Berdasarkan jawapan di (b)(i), nyatakan keadaan sel tersebut.
1 marks
26 marks
Persamaan berikut ialah proses metabolisme yang berlaku dalam mitokondrion.
> Glukosa + P $\rightarrow$ Q + air + tenaga
a(i)
P dan Q adalah gas yang terlibat dalam tindak balas tersebut. Kenal pasti P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Berdasarkan persamaan tersebut, nyatakan fungsi gas P.
1 marks
a(iii)
Sekiranya bekalan gas P ke sel otot tidak mencukupi, terangkan apa yang berlaku kepada sel otot.
3 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan keratan rentas batang satu tumbuhan.
a(i)
Namakan tisu K.
1 marks
a(ii)
Berikan **satu** fungsi tisu K.
1 marks
b
Terangkan peranan struktur L dalam pembentukan struktur M.
2 marks
c
Kulit pokok muda mempunyai berkas vaskular berbentuk cincin. Tukang kebun biasanya melindungi pokok muda dengan membalut tiub plastik di sekitar bahagian bawah batang.
Terangkan kepentingan langkah tersebut.
3 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu vektor yang boleh menyebarkan penyakit kepada manusia.
a(i)
Namakan satu contoh penyakit dan cara patogen disebarkan oleh vektor tersebut.
Contoh penyakit: …
Cara penyebaran: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** ciri haiwan tersebut yang boleh digunakan dalam kekunci dikotomi.
1 marks
b
Rajah 4.2 menunjukkan beberapa organisma yang terlibat dalam kitar nitrogen.
Terangkan kesan kepada kitar nitrogen jika tiada organisma X.
3 marks
c
Nyatakan **satu** perbezaan antara peranan bakteria pendenitritan dengan bakteria di dalam nodul tumbuhan legum.
1 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan organisma T yang dihasilkan melalui teknologi DNA rekombinan.
a(i)
Namakan penyakit yang boleh dirawat menggunakan susu yang dihasilkan oleh organisma T.
1 marks
a(ii)
Terangkan kesan susu tersebut ke atas darah pesakit di (a)(i).
2 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan satu aplikasi bioteknologi dalam bidang perubatan.
Terangkan bagaimana teknik tersebut dapat merawat penyakit sistik fibrosis.
3 marks
c
Rajah 5.3 menunjukkan dua jenis makanan yang terdapat di pasaran.
Terangkan **satu** kebaikan dan **satu** keburukan organisma terubahsuai genetik (GMO).
Kebaikan: …
Keburukan: …
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan suatu tumbuhan.
a(i)
Nyatakan **dua** ciri yang dapat anda perhatikan pada tumbuhan K.
1. …
2. …
2 marks
a(ii)
Daripada ciri yang anda nyatakan pada soalan a(i), kenal pasti jenis tumbuhan ini berdasarkan habitatnya.
1 marks
b
Anda tinggal di negara beriklim sejuk.
Terangkan **satu** tindakan yang dapat anda lakukan terhadap tumbuhan K bagi memastikannya terus hidup.
3 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan satu tumbuhan akuatik.
Bandingkan ciri penyesuaian yang membolehkan tumbuhan K dan tumbuhan L hidup subur di habitat masing-masing.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan sistem pencernaan manusia.
a(i)
Namakan organ di mana proses hidrolisis protein berlaku.
1 marks
a(ii)
Lengkapkan persamaan perkataan proses hidrolisis berikut.
[ … ] + [ … ] $\rightarrow$ Peptida
1 marks
b
Doktor telah mengesan tumor dan membuang sebahagian besar struktur T.
Terangkan kesan kepada fungsi struktur T jika sebahagian struktur T dibuang.
3 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan hati dalam dua individu berbeza.
Berdasarkan Rajah 7.2, terangkan **satu** perbezaan keadaan hati bagi individu yang normal dan individu yang mengalami penyakit U.
2 marks
d
Seorang pakar pemakanan memberi nasihat berikut kepada murid.
- Makan mengikut masa yang tetap
- Makan dalam kuantiti yang sesuai
Terangkan kebaikan nasihat tersebut.
2 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sistem saraf manusia.
a(i)
Nyatakan **satu** peranan saraf kranium dalam koordinasi dan gerak balas.
1 marks
a(ii)
Serebrum di P dan struktur Q mengawal dua jenis tindakan yang berbeza. Terangkan perbezaan **dua** jenis tindakan tersebut.
| P | Q |
|---|---|
| … | … |
| … | … |
2 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan En. K yang telah kehilangan sebelah kaki kerana kemalangan kereta.
Jelaskan sebab En. K masih boleh merasa sakit pada kawasan kaki yang telah dipotong.
2 marks
c
Rajah 8.3 menunjukkan neuron dalam dua individu yang berbeza.
Terangkan keadaan neuron yang berpenyakit dan kesannya terhadap koordinasi.
2 marks
d
Pernyataan berikut adalah tentang penyakit Parkinson yang sering berlaku dalam kalangan individu yang berusia.
> Penyusutan sistem saraf yang menyebabkan anggota badan, rahang, kaki dan muka seseorang terketar-ketar. Pesakit juga mempunyai kesukaran untuk mengekalkan postur dan keseimbangan badan.
Cadangkan **dua** langkah penjagaan yang boleh dilakukan terhadap pesakit Parkinson.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan struktur keratan membujur akar tumbuhan. Rajah 9.2 menunjukkan struktur keratan rentas akar tumbuhan.
a(i)
Namakan struktur P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Sekiranya R tiada, terangkan kesan terhadap pengambilan air dan garam mineral.
2 marks
b
Puan X ingin menanam pokok orkid di rumahnya. Rajah 9.3 menunjukkan tindakan Puan X ke atas tanaman orkidnya.
Berdasarkan Rajah 9.3, terangkan langkah yang seharusnya diambil oleh Puan X untuk memastikan tanaman orkidnya kekal sihat.
6 marks
c
Maklumat berikut adalah berkaitan dua proses yang berlaku dalam tumbuhan.
| Proses 1 | Proses 2 |
|---|---|
| Kehilangan air dalam bentuk titisan air | Kehilangan air dalam bentuk wap air |
Banding dan bezakan kedua-dua proses tersebut.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan proses persenyawaan dan pembentukan zigot bagi dua individu berbeza.
Kehamilan bagi kedua-dua individu ini membentuk kembar.
a(i)
Nyatakan jenis kembar yang terbentuk bagi kedua-dua individu tersebut.
2 marks
a(ii)
Banding dan bezakan kedua-dua jenis kembar tersebut.
10 marks
b
Tiub Falopio seorang perempuan yang telah berkahwin tersumbat dan ini menyebabkan kesukaran untuknya mengandung dengan cara semula jadi. Dia dan suaminya bercadang untuk melahirkan anak mereka sendiri.
Terangkan satu teknik yang boleh digunakan oleh pasangan tersebut untuk hamil.
8 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11 menunjukkan kilang yang didirikan di kawasan berdekatan sungai.
a(i)
Berdasarkan Rajah 11, terangkan kesan pembinaan kilang tersebut terhadap ekosistem.
6 marks
a(ii)
Huraikan bagaimana kualiti air sungai boleh ditingkatkan untuk memastikan habitat organisma akuatik tidak terjejas.
4 marks
b(i)
Nyatakan maksud teknologi hijau.
2 marks
b(ii)
Konsep bangunan hijau ialah idea yang dijana untuk mengatasi masalah alam sekitar akibat pembangunan yang pesat.
Huraikan pembangunan yang akan dibuat berdasarkan konsep bangunan hijau.
4 marks
b(iii)
Anda ialah seorang yang menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara.
Cadangkan amalan yang boleh dilakukan oleh suri rumah terhadap sisa dapur bagi menyahut dasar tersebut.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open