Seorang murid menjalankan eksperimen bagi menentukan kesan nisbah makronutrien terhadap pertumbuhan anak benih jagung dengan menggunakan larutan Knop. Jadual 1 menunjukkan pemerhatian yang direkodkan oleh murid tersebut selepas empat minggu.
| Botol kultur | Kekurangan nutrien | Pemerhatian |
|---|---|---|
| A | Tiada | Anak benih tumbuh dengan sihat |
| B | Semua | Anak benih tidak tumbuh dan mati |
| C | X | Daun menjadi kuning; Pertumbuhan terbantut |
| D | Fosforus | ……… (untuk dilengkapkan) |
| E | Y | Sisi daun menjadi kuning; Pertumbuhan terbantut dan mati |
Jadual 1
a(i)
Kenal pasti nutrien **X** dan **Y**.
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Lengkapkan pemerhatian bagi pertumbuhan anak benih dalam botol kultur D dalam Jadual 1.
1 marks
Rajah 1 menunjukkan sejenis tumbuhan yang ditanam oleh seorang tukang kebun di taman mini sekolah.
b(i)
Nyatakan jenis tumbuhan tersebut berdasarkan penyesuaian nutrisinya. Terangkan.
2 marks
b(ii)
Sebuah ladang penternakan ayam baru dibina berdekatan dengan kawasan sekolah tersebut yang mengakibatkan populasi lalat bertambah. Nyatakan **satu** kesan kehadiran lalat terhadap pertumbuhan tumbuhan tersebut.
1 marks
26 marks
Rajah 2 menunjukkan kitar sel suatu organisma.
a(i)
Labelkan fasa sitokinesis pada Rajah 2. *(Huraikan label anda dalam perkataan: segmen mana dalam Rajah 2 yang anda labelkan dan kedudukannya berbanding fasa-fasa lain.)*
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 2, namakan Fasa **Q**.
1 marks
a(iii)
Huraikan apakah yang berlaku pada Fasa **Q**.
2 marks
b
Seorang peladang mahu menghasilkan pokok pisang yang banyak dalam masa singkat untuk tujuan komersial dengan menggunakan tisu akar sebagai eksplan. Nyatakan teknik dan terangkan mengapa tisu akar digunakan.
2 marks
37 marks
Rajah 3 menunjukkan satu sel haiwan.
Berdasarkan Rajah 3, nyatakan nama bagi:
a(i)
komponen sel **V**
1 marks
a(ii)
proses **X**
1 marks
b
Terangkan bagaimana proses **X** terlibat dalam pengangkutan asid amino di tubul renal.
2 marks
c
Nyatakan kesan ke atas membran plasma dari segi ketelapan ion sekiranya **W** tiada.
1 marks
d
Seorang kanak-kanak mengalami cirit-birit dan muntah-muntah akibat daripada keracunan makanan. Doktor menasihatkan ibu bapa kanak-kanak tersebut supaya memberikan larutan garam penghidratan oral (ORS) secara kerap dan bukannya air kosong sahaja.
Terangkan mengapa rawatan ORS tersebut penting untuk pemulihan kanak-kanak itu.
2 marks
47 marks
Jadual 2 menunjukkan fungsi-fungsi untuk dua jenis hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin yang sama.
| Hormon | Fungsi |
|---|---|
| G | Merangsang pengecutan otot uterus semasa kelahiran anak |
| H | Merangsang penyerapan air oleh ginjal |
Jadual 2
Nyatakan nama kelenjar endokrin yang merembeskan hormon-hormon tersebut.
1 marks
b
Rajah 4 menunjukkan dua jenis tindakan yang dilakukan oleh dua orang murid.
Bezakan tindakan yang dilakukan oleh murid **R** dan murid **S**.
2 marks
c
Seorang wanita sering berasa gementar, cepat berpeluh, tidak tahan panas, kerap buang air besar dan mengalami penurunan berat badan yang mendadak walaupun mempunyai selera makan yang tinggi. Selain itu kadar denyutan jantung juga cepat dan pernafasannya sering tercungap-cungap walaupun tidak melakukan aktiviti cergas. Doktor mengesahkan wanita tersebut mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon yang dirembeskan oleh salah satu kelenjar endokrinnya.
Terangkan bagaimana keadaan ini berlaku.
2 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan pelbagai aktiviti manusia di beberapa kawasan.
a
Berdasarkan Rajah 5, nyatakan jenis aktiviti manusia yang dijalankan di kawasan **B**.
1 marks
b
Terangkan kesan aktiviti yang dijalankan di kawasan **A** terhadap tahap keperluan oksigen biokimia (BOD) di sungai **C**.
2 marks
c
Nyatakan perbezaan antara aktiviti di kawasan **A** dan kawasan **D** berdasarkan kriteria berikut:
| Kawasan A | Kriteria | Kawasan D |
|---|---|---|
| … | Jenis pencemaran | … |
| … | Bahan pencemar | … |
2 marks
d
Huraikan bagaimana pembebasan asap dari kilang **D** boleh mengurangkan hasil tuaian di kawasan **A**.
3 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan struktur respirasi seekor belalang.
a(i)
Nyatakan nama bagi struktur **X** dan **Y**.
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan penyesuaian pada struktur respirasi belalang yang dapat meningkatkan jumlah luas permukaan untuk pertukaran gas.
1 marks
b
Rajah 6.2 menunjukkan keadaan bronkiol individu sihat dan pesakit asma.
Terangkan bagaimana penggunaan alat sedut membantu seseorang pesakit asma bernafas.
3 marks
c
Rajah 6.3 menunjukkan tisu **P** dan sel **Q**. Tisu **P** terdapat dalam organisma multisel manakala sel **Q** ialah organisma unisel.
Nyatakan dua perbezaan ke atas tindak balas biokimia yang berlaku antara tisu **P** dan sel **Q** tanpa kehadiran gas oksigen berdasarkan aspek berikut:
- Jenis tindak balas biokimia
- Jumlah tenaga yang dihasilkan
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan struktur bunga lili.
a(i)
Dalam Rajah 7.1, labelkan stamen dan karpel. *(Huraikan label anda dalam perkataan: struktur atau bahagian bunga yang ditunjuk oleh label 'stamen' dan label 'karpel'.)*
2 marks
a(ii)
Bunga lili adalah hermafrodit. Terangkan.
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan dua jenis bunga pada satu pokok labu. Pada tahun ini, seorang petani mendapati bilangan bunga jantan melebihi bunga betina di kebunnya berbanding tahun lalu.
b(i)
Ramalkan penghasilan buah labu di kebun petani tersebut pada tahun semasa. Terangkan.
3 marks
b(ii)
Selain daripada kaedah partenokarpi, cadangkan kaedah yang dapat dilakukan oleh petani tersebut untuk memaksimumkan penghasilan buah labu di kebunnya.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan satu ekosistem kolam.
a
Berdasarkan Rajah 8.1, bina satu piramid tenaga. *(Huraikan piramid anda dalam perkataan: bentuknya, organisma pada setiap aras trof dari tapak ke puncak, dan maklumat tenaga yang anda tunjukkan pada setiap aras.)*
3 marks
Rajah 8.2 (a) dan 8.2 (b) menunjukkan jenis interaksi yang berlaku antara organisma.
Nyatakan **satu** persamaan bagi interaksi dalam Rajah 8.2 (a) dan Rajah 8.2 (b).
1 marks
c
Rajah 8.3 (a) menunjukkan kebun tomato kepunyaan Encik X. Setelah menuai hasil tomato, pokok tomato akan mati dan Encik X akan membersihkan kebunnya sehingga bersih seperti Rajah 8.3 (b).
Berdasarkan situasi pada Rajah 8.3 (a) dan Rajah 8.3 (b), cadangkan tumbuhan selingan yang boleh ditanam oleh Encik X sebelum menanam semula pokok tomatonya. Terangkan kepentingannya.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9 menunjukkan sistem pencernaan manusia.
a(i)
Huraikan proses pencernaan dalam struktur **K**, **L** dan **M** berkaitan dengan
- organ
- rembesan jus
- aktiviti enzim
10 marks
a(ii)
Sel parietal di dalam organ **K** merembeskan bahan **P**. Terangkan kepentingan bahan **P** bagi proses pencernaan di dalam organ **K**.
2 marks
b
Encik Q makan ayam goreng ketika makan tengah hari. Terangkan proses asimilasi yang berlaku di dalam hati dan sel badan Encik Q apabila makanan tersebut dicernakan dengan lengkap.
8 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan fenotip warna bulu bagi arnab, **P** dan **Q**.
Seorang penternak mengacukkan dua ekor arnab yang mempunyai bulu hitam. Penternak tersebut menjangkakan semua anak arnab akan mempunyai bulu hitam seperti induknya. Selepas beberapa minggu, anak arnab yang dihasilkan menunjukkan bilangan seperti dalam Rajah 10.2.
a(i)
Nyatakan jenis alel bagi kedua-dua induk dan nisbah fenotip warna bulu anak arnab.
2 marks
a(ii)
Dengan menggunakan kata kunci H untuk alel dominan dan h untuk alel resesif, lukis rajah skema kacukan untuk menunjukkan bagaimana hasil kacukan tersebut diperoleh. *(Huraikan rajah skema anda dalam perkataan atau baris demi baris: fenotip dan genotip induk, meiosis, gamet, persenyawaan, genotip dan fenotip anak.)*
4 marks
b
Seorang penternak ingin menghasilkan arnab berbulu hitam dan pendek secara konsisten untuk pasaran. Beliau mengacukkan dua ekor arnab berbulu hitam dan panjang. Kedua-dua induk adalah heterozigot bagi kedua-dua ciri tersebut.
> Kekunci:
>
> H = alel dominan untuk bulu hitam
>
> h = alel resesif untuk bulu putih
>
> L = alel dominan untuk bulu panjang
>
> l = alel resesif untuk bulu pendek
Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan bagaimana arnab berbulu hitam dan pendek diperolehi tanpa menggunakan gambar rajah skema pewarisan.
4 marks
c
Banding bezakan pewarisan dalam soalan 10 (a)(ii) dengan pewarisan dalam soalan 10 (b).
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Pankreas ialah kelenjar yang bertanggungjawab untuk mengekalkan aras glukosa darah dalam julat normal 75 – 110 mg / 100 ml. Rajah 11 menunjukkan pengawalaturan aras glukosa darah dalam individu **P** dan individu **Q**.
a(i)
Berdasarkan Rajah 11, huraikan mekanisme kawal atur glukosa darah dalam individu **P** dan individu **Q**.
7 marks
a(ii)
Doktor mendapati individu **P** menghidap kanser pankreas yang menyebabkan pankreas terpaksa dibuang. Terangkan nasihat yang boleh diberikan kepada pesakit untuk membantunya menangani masalah kawal atur glukosa darah yang disebabkan oleh pembuangan pankreas.
3 marks
b
Seorang individu mengalami kerosakan pada kedua-dua ginjal. Bahan kumuh tidak dapat disingkirkan daripada badan menyebabkan tekanan osmosis darah tidak dapat dikawal atur.
Huraikan rawatan yang sesuai untuk individu tersebut agar dia dapat menjalani kehidupan harian tanpa masalah.
4 marks
c
Pernafasan ialah proses luar kawal yang dikawal oleh pusat kawalan respirasi di dalam medula oblongata. Wajarkan mengapa kadar pernafasan seorang pelajar meningkat semasa acara larian 400 meter.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open