Rajah 1.1 menunjukkan dua contoh tumbuhan di habitat yang berlainan.
a(i)
Nyatakan kelas bagi tumbuhan P dan Q berdasarkan habitatnya.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Terangkan **satu** ciri penyesuaian yang dapat diperhatikan pada tumbuhan P yang membolehkan tumbuhan ini hidup subur di habitatnya.
2 marks
Rajah 1.2 menunjukkan sejenis tumbuhan di satu kawasan.
b(i)
Nyatakan habitat bagi tumbuhan tersebut.
1 marks
b(ii)
Tumpahan minyak berlaku di habitat dalam (b)(i).
Nyatakan **satu** kesan terhadap akar tumbuhan.
1 marks
26 marks
Rajah 2 menunjukkan struktur membran plasma.
a
Nyatakan nama molekul **T**.
1 marks
b
Lukis **satu** protein liang pada ruangan yang disediakan pada Rajah 2. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk protein yang anda lukis dan bagaimana ia terletak dalam dwilapisan fosfolipid)*
1 marks
c
Nyatakan **dua** ciri molekul **U**.
2 marks
d
Seorang pesakit mengalami dehidrasi selepas cirit-birit. Doktor menyarankan agar pesakit diberi minuman penghidratan semula.
Terangkan bagaimana minuman penghidratan semula membantu dalam merawat dehidrasi.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan proses J dan K.
a(i)
Nyatakan nama bagi proses:
J: …
K: …
2 marks
a(ii)
Tuliskan persamaan perkataan bagi proses J.
1 marks
b
Berikan **satu** contoh makanan yang mengandungi **L**.
1 marks
c
Rajah 3.2 menunjukkan benang yang diperbuat daripada sejenis polisakarida yang digunakan oleh doktor.
Nyatakan **satu** kelebihan benang tersebut.
1 marks
d
Selulosa ialah sejenis polisakarida dan dijumpai di dalam dinding sel tumbuhan.
Terangkan kesan kepada sel tumbuhan sekiranya selulosa pada dinding sel gagal terbentuk.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan dua jenis makanan yang dihasilkan melalui proses fermentasi.
a(i)
Nyatakan jenis fermentasi yang berlaku dalam makanan M dan N.
M: …
N: …
2 marks
a(ii)
Bandingkan jenis fermentasi dalam (a)(i) berdasarkan kriteria berikut.
| M | Kriteria | N |
|---|---|---|
| … | Hasil fermentasi | … |
| … | Mikroorganisma yang terlibat | … |
2 marks
b
Nyatakan mengapa makanan N rosak jika tidak disimpan di dalam peti sejuk.
1 marks
c
Rajah 4.2 menunjukkan sebatang pokok terendam di dalam air banjir selama dua minggu.
Terangkan kesan keadaan tersebut kepada tumbuhan.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan komponen sel yang terlibat dengan fotosintesis.
a(i)
Nyatakan nama bagi:
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** hasil tindak balas di **P** yang akan digunakan dalam tindak balas di **Q**.
1 marks
b
Terangkan kesan ketiadaan cahaya kepada tindak balas yang berlaku di **P**.
3 marks
c
Rajah 5.2 menunjukkan hubungan antara keamatan cahaya dan titik pampasan dalam tumbuhan.
Berdasarkan Rajah 5.2, terangkan perbezaan antara **R** dan **S**.
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan kesan hormon terhadap folikel dalam ovari.
a
Nyatakan nama bagi **L** dan **M**.
L: …
M: …
2 marks
b
Nyatakan fungsi bagi hormon **J**.
1 marks
c
Terangkan kesan kepada endometrium sekiranya hormon **K** gagal dirembeskan.
3 marks
d
Rajah 6.2 menunjukkan dua jenis kembar S dan T.
Bezakan kembar S dan T.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan teknik kejuruteraan genetik dalam penghasilan insulin.
Berdasarkan Rajah 7.1.
a(i)
Nyatakan nama **P**.
1 marks
a(ii)
Apakah ciri **P**?
1 marks
a(iii)
Nyatakan enzim yang digunakan untuk menghasilkan **P**.
1 marks
b
Rajah 7.2 menunjukkan dua individu, Individu Q dan Encik R.
Encik R mengaku bahawa beliau adalah ayah kandung kepada Individu Q.
Terangkan aplikasi bioteknologi yang dapat digunakan untuk memastikan kesahihan hubungan tersebut.
3 marks
c
Rajah 7.3 menunjukkan perbualan dua penyelidik berkenaan makanan terubah suai genetik (GMF).
> Penyelidik 1: "Teknologi DNA rekombinan telah berjaya menghasilkan banyak tanaman yang mempunyai ciri-ciri yang diingini."
>
> Penyelidik 2: "Hasil dari teknologi ini, lebih banyak makanan terubah suai genetik (GMF) yang dihasilkan memberi impak yang positif kepada sumber pertanian negara."
Berdasarkan perbualan di Rajah 7.3, wajarkan penyataan ini.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan struktur yang terlibat dalam penyerapan makanan tercerna manusia.
a
Terangkan kesan terhadap penyerapan jika struktur mikrovilus dan sel goblet rosak.
3 marks
b
Lengkapkan Jadual 1 untuk menunjukkan perbezaan pencernaan fizikal dan kimia.
| Pencernaan fizikal | Pencernaan kimia |
|---|---|
| Pemecahan makanan secara mekanikal untuk membentuk butiran yang kecil. | … |
| … | Melibatkan tindakan enzim |
Jadual 1
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan dua jenis menu makan malam dan kandungan nutriennya.
| Kandungan nutrien | Menu Y | Menu Z |
|---|---|---|
| Protein | 14.25 g | 12.25 g |
| Karbohidrat | 25.02 g | 20.29 g |
| Lemak | 17.40 g | 5.40 g |
| Natrium | 436.01 mg | 386.01 mg |
| Serat | 0.93 g | 2.67 g |
Berdasarkan Rajah 8.2, bandingkan kandungan nutrien dalam Menu Y dan Menu Z.
2 marks
d
Rajah 8.3 menunjukkan keadaan struktur perut bagi seorang individu.
Cadangkan **dua** amalan gaya hidup sihat bagi mengelakkan keadaan dalam Rajah 8.3 menjadi semakin teruk.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan dua jenis mutasi.
- Mutasi → Mutasi gen
- Mutasi → Mutasi kromosom
a
Terangkan kedua-dua jenis mutasi tersebut.
2 marks
Rajah 9.2 menunjukkan dua siri urutan tiga bes pada rantai DNA untuk pembentukan sel darah merah.
b(i)
Berdasarkan Rajah 9.2, terangkan bagaimana mutasi boleh menyebabkan pembentukan sel darah merah tidak normal.
4 marks
b(ii)
Huraikan kesan perubahan pembentukan sel darah merah tersebut terhadap bekalan oksigen kepada sel-sel badan.
4 marks
Rajah 9.3 dan Rajah 9.4 menunjukkan dua jenis variasi bagi lima individu yang sebaya.
c(i)
Banding dan bezakan kedua-dua jenis variasi tersebut.
5 marks
c(ii)
Rajah 9.5(a) dan Rajah 9.5(b) menunjukkan kariotip bagi dua individu yang mempunyai penyakit genetik.
Banding dan bezakan penyakit-penyakit genetik dalam Rajah 9.5(a) dan Rajah 9.5(b).
5 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan laluan impuls ujian sentakan lutut seorang individu.
a(i)
Berdasarkan Rajah 10.1, terangkan **satu** ciri neuron **Y**.
2 marks
a(ii)
Encik R telah mengalami kemalangan. Doktor mendapati neuron **X** mengalami kecederaan.
Terangkan bagaimana kecederaan ini mempengaruhi tindakan refleks sentakan lutut Encik R.
4 marks
b(i)
Rajah 10.2 menunjukkan dua jenis tindakan, M dan N.
Banding bezakan antara tindakan M dengan tindakan N.
4 marks
b(ii)
Rajah 10.3 menunjukkan satu perlawanan badminton dan sekumpulan peminat di dalam sebuah stadium.
Semasa perlawanan sedang berlangsung, kadar denyutan jantung pemain dan peminat badminton meningkat.
Terangkan hubungan antara kadar denyutan jantung dengan aktiviti pemain dan peminat badminton tersebut.
6 marks
c
Puan Ammara mendapati dirinya mengalami simptom seperti berikut:
- Selalu dahaga
- Kerap kencing
- Berasa lesu
- Luka lambat sembuh
Hasil keputusan pemeriksaan kesihatan, didapati simptom yang dialami oleh Puan Ammara adalah berkaitan dengan penyakit yang disebabkan oleh **satu** organ yang gagal berfungsi.
Terangkan penyakit tersebut.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Sistem penamaan saintifik kepada organisma yang diamalkan kini ialah sistem binomial Linnaeus.
a
Terangkan bagaimana cara untuk menulis nama saintifik sesuatu organisma.
3 marks
b
Rajah 11.1 menunjukkan satu kaedah untuk membantu pertumbuhan anak pokok tanaman.
Sekiranya tumbuhan legum ini diserang penyakit dan mati, terangkan apa yang akan berlaku kepada pertumbuhan anak pokok tersebut.
7 marks
c
Rajah 11.2 menunjukkan poster kempen dalam program pemuliharaan Harimau Malaya.
Wajarkan pelaksanaan program tersebut.
6 marks
d
Sebuah MRSM telah mengadakan sambutan Hari Bumi dengan menggalakkan pelajar-pelajarnya mempraktikan Konsep 5R seperti Rajah 11.3.
| Fikir semula | Kurangkan | Baiki semula | Guna semula | Kitar semula |
|---|---|---|---|---|
Rajah 11.3
Berdasarkan konsep 5R, cadangkan amalan **Kurangkan** yang boleh dilaksanakan untuk menyumbang kelestarian alam di MRSM tersebut.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open