Rajah 1.2 menunjukkan komponen **K** yang terdapat dalam sel daun pokok tomato.
Terangkan fungsi komponen **K**.
2 marks
c(i)
Rajah 1.3 menunjukkan struktur floem.
Labelkan sel rakan pada Rajah 1.3 dengan menggunakan huruf **L**. *(Huraikan label anda dalam perkataan: sel yang mana (kedudukan dan rupanya dalam Rajah 1.3) anda labelkan dengan L.)*
1 marks
c(ii)
Nyatakan kepentingan kepadatan mitokondria yang tinggi di dalam sel rakan.
1 marks
26 marks
Jadual 1 di bawah menunjukkan persamaan perkataan bagi proses respirasi sel.
| Proses | Persamaan perkataan |
|---|---|
| M | Glukosa + Oksigen → Karbon dioksida + Air + Tenaga |
| N | Glukosa → Etanol + Karbon dioksida + Tenaga |
Jadual 1
a(i)
Namakan proses **M** dan **N**.
M: …
N: …
2 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana proses N terlibat dalam proses pembuatan roti.
2 marks
b
Seorang atlet dinasihatkan supaya menarik nafas dalam-dalam bagi mengelakkan kelesuan dan kekejangan otot setelah menamatkan larian.
Terangkan mengapa.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan keadaan satu sel tumbuhan selepas direndam di dalam larutan sukrosa 30%.
a(i)
Nyatakan keadaan sel itu.
1 marks
a(ii)
Lengkapkan Rajah 3.2 dengan melukis keadaan vakuol selepas sel direndam dalam air suling selama 30 minit. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: saiz vakuol berbanding Rajah 3.1 dan kedudukan nukleus berbanding vakuol.)*
1 marks
a(iii)
Berdasarkan jawapan di (a)(ii) terangkan bagaimana keadaan ini berlaku.
2 marks
b
Seorang pemain ragbi berada dalam keadaan sangat lemah selepas dua perlawanan berturut-turut. Dia telah dirawat menggunakan larutan *saline*.
Terangkan bagaimana larutan *saline* berfungsi dalam rawatan tersebut.
3 marks
47 marks
Jadual 2 menunjukkan contoh nutrien tak organik utama yang diperlukan oleh tumbuhan mengikut kuantiti.
| Nutrien Tak Organik Utama | Contoh |
|---|---|
| …………… (1) | Klorin, Besi, Mangan, Boron, Zink, Kuprum, Nikel dan Molibdenum. |
| …………… (2) | Karbon, Oksigen, Hidrogen, Nitrogen, Kalium, Kalsium, Magnesium dan Fosforus. |
Jadual 2
a
Lengkapkan Jadual 2.
(1): …
(2): …
2 marks
b
Rajah 4 menunjukkan sejenis tumbuhan.
Terangkan jenis penyesuaian nutrisi bagi tumbuhan tersebut.
2 marks
c
Pernyataan berikut menunjukkan kesan kekurangan nutrien yang berlaku pada pokok getah.
- Bahagian di antara urat daun matang menjadi kuning
- Bintik merah pada permukaan daun
- Daun bercuping dan terherot
- Pertumbuhan terbantut
Terangkan mengapa baja dolomit yang mengandungi unsur kalsium dan magnesium sering digunakan oleh pekebun getah bagi mengatasi masalah tersebut.
3 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan pedigri pewarisan bagi buta warna.
a
Nyatakan genotip.
Encik P: …
Puan Q: …
2 marks
b
Terangkan bagaimana **S** mewarisi buta warna.
2 marks
c(i)
Lengkapkan segi empat Punnett di bawah apabila **S** berkahwin dengan **R**.
| Gamet R \ Gamet S | X^b^ | …… |
|---|---|---|
| X^B^ | Genotip: …… | Genotip: …… |
| …… | Genotip: …… | Genotip: …… |
2 marks
c(ii)
Nyatakan kebarangkalian mendapat anak perempuan buta warna. Tunjukkan pengiraan anda.
Kebarangkalian: …
2 marks
68 marks
Rajah 6 menunjukkan sistem pencernaan manusia.
a(i)
Terangkan **satu** ciri penyesuaian organ **X** dalam penyerapan nutrien.
2 marks
a(ii)
Bandingkan proses pencernaan lipid dan protein yang berlaku di dalam organ **X**.
| Persamaan |
|---|
| |
| Pencernaan lipid | Aspek | Pencernaan protein |
|---|---|---|
| | Enzim terlibat | |
| | Hasil pencernaan | |
3 marks
b
Seorang individu mengalami obesiti dengan BMI 42. Selepas pembedahan pintasan gaster, berat badannya turun 30 kg dalam masa enam bulan.
Terangkan bagaimana pembedahan ini boleh mengurangkan berat badannya.
3 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan dua contoh variasi **T** dan **U** pada manusia.
a
Berdasarkan Rajah 7, nyatakan jenis variasi **T** dan **U**.
T: …
U: …
2 marks
b(i)
Seorang pelancong berkulit cerah telah pergi bercuti ke kawasan yang beriklim panas. Selepas dua minggu, warna kulitnya berubah.
Terangkan bagaimana faktor persekitaran mempengaruhi perubahan warna kulit pelancong tersebut.
3 marks
b(ii)
Cap jari dan pemprofilan DNA merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk mengenal pasti identiti individu. Di lapangan terbang, identiti pelancong tersebut disahkan menggunakan imbasan cap jari yang dipadankan dengan data dalam cip pasport.
Wajarkan kebaikan penggunaan pola cap jari berbanding pemprofilan DNA dalam situasi tersebut.
2 marks
c
Penyataan berikut merujuk kepada satu penyakit genetik.
> **Apa itu albinisme?**
>
> Albinisme atau lebih dikenali sebagai albino, merujuk kepada individu yang dilahirkan dengan keadaan genetik kekurangan atau ketiadaan pigmen melanin dalam kulit, rambut dan mata.
>
> Keadaan ini berlaku apabila seseorang mewarisi gen albinisme daripada kedua-dua ibu bapa.
>
> (Sumber: Berita Harian, 3 Julai 2025)
Cadangkan **dua** langkah yang perlu diambil oleh penghidap albinisme sekiranya mereka ingin menjalankan aktiviti luar rumah pada waktu siang.
2 marks
89 marks
Jadual 3 menunjukkan keputusan ujian saringan air kencing Puan J dengan menggunakan kit ujian kehamilan. Ujian saringan ini dilakukan setelah beliau menyedari bahawa haidnya terlewat dari tarikh yang dijangkakan.
a
Berdasarkan Jadual 3, terangkan keputusan pada hari ke-14.
3 marks
b
Terangkan perbezaan kesan aras hormon progesteron terhadap keadaan uterus ketika kehamilan dan keguguran.
2 marks
c
Pasangan suami isteri yang baru berkahwin masih belum bersedia untuk mempunyai anak. Mereka bercadang supaya isteri mengambil pil pencegah hamil.
Bincangkan kebaikan kaedah tersebut.
2 marks
d
Rajah 8 menunjukkan imej sperma yang dilihat di bawah mikroskop.
> Azoospermia obstruktif ialah keadaan di mana sperma dihasilkan secara normal di dalam testis, tetapi tidak dapat keluar kerana terdapat sumbatan pada saluran duktus sperma (vas deferens).
Berdasarkan Rajah 8 dan pernyataan di atas, bincangkan **satu** kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan anak.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan gerak balas tangan seorang individu dalam satu situasi.
a
Berdasarkan Rajah 9.1, terangkan jenis gerak balas tersebut.
2 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan seorang pelajar dikejar oleh sekumpulan anjing liar.
Huraikan bagaimana sistem endokrin pelajar tersebut bergerak balas untuk menghadapi situasi ini.
8 marks
c(i)
Rajah 9.3 menunjukkan dua jenis neuron.
Bezakan neuron **X** dan neuron **Y**.
4 marks
c(ii)
Rajah 9.4 menunjukkan maklumat berkaitan penggunaan jenis dadah yang berbeza terhadap penghantaran impuls melalui sinaps.
Berdasarkan Rajah 9.4, terangkan hubungan antara proses penghantaran impuls merentasi sinaps dengan dadah Jenis A dan dadah Jenis B.
6 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan aktiviti organisma **P**.
a
Berdasarkan Rajah 10.1, terangkan peranan organisma **P**.
2 marks
Rajah 10.2 menunjukkan aktiviti seorang pekebun ladang buah.
b(i)
Terangkan kesan aktiviti tersebut kepada penghasilan buah.
5 marks
b(ii)
Pekebun tersebut menggunakan satu kaedah untuk menghasilkan buah tanpa biji. Berdasarkan pengetahuan biologi anda, huraikan kaedah tersebut.
3 marks
c(i)
Rajah 10.3 menunjukkan keratan rentas sekuntum bunga.
Bandingkan struktur **R** dan **S**.
5 marks
c(ii)
Rajah 10.4 menunjukkan pembentukan butir debunga. Proses **T** dan proses **U** ialah proses pembahagian sel.
Berdasarkan Rajah 10.4, bezakan proses **T** dan **U**.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan taburan populasi satu organisma.
a
Terangkan corak taburan populasi yang ditunjukkan.
2 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan sejenis alga hijau *Pleurococcus* sp. yang tumbuh di atas batang pokok.
Cadangkan satu kaedah untuk mengkaji taburan populasi *Pleurococcus* sp. Terangkan kaedah tersebut.
3 marks
c
Artikel di bawah menunjukkan kesan tumpahan minyak kepada pokok bakau di Hutan Simpan Kekal Tanjung Tuan, Port Dickson.
> Port Dickson: Pokok bakau yang dicemari tumpahan minyak lazimnya melalui tempoh kritikal antara 6 hingga 12 bulan sebelum mati secara semula jadi. Pokok berkenaan akan menunjukkan tanda kesukaran untuk hidup dalam tempoh itu, terutama daunnya bertukar menjadi kekuningan.
>
> Pengkaji pokok bakau dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Aldrie Amir berkata, lazimnya kesan tumpahan minyak menjadi dominan ketika air pasang menyebabkan keseluruhan akar pokok ditenggelami air laut yang dicemari minyak.
>
> (Sumber: Bernama, 17 Mac 2021)
Berdasarkan artikel di atas, terangkan kesan tumpahan minyak kepada kemandirian spesies pokok bakau.
6 marks
d
Sebuah syarikat telah memilih satu kawasan paya bakau untuk membuka sebuah kilang pembuatan arang kayu.
Bincang kebaikan pilihan tersebut.
4 marks
e
Rajah 11.3 menunjukkan organisma dalam satu kawasan.
Banding bezakan tabiat nutrisi organisma **S** dan organisma **T**.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open