Rajah 1.1 menunjukkan satu sel tumbuhan dalam keadaan normal.
a(i)
Label kloroplas sebagai P pada Rajah 1.1. *(Huraikan dalam perkataan: struktur yang anda label sebagai P — bentuknya, apa yang kelihatan di dalamnya dan kedudukannya dalam sel.)*
1 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi Q.
1 marks
a(iii)
Nyatakan struktur membran Q.
1 marks
Rajah 1.2 menunjukkan keadaan sel tumbuhan apabila direndam dalam satu larutan R.
b(i)
Nyatakan jenis larutan R terhadap sel itu.
1 marks
b(ii)
Terangkan kaedah menjadikan sel itu kembali normal.
2 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan tisu J dan sel K yang menjalankan fermentasi.
a
Nyatakan jenis fermentasi yang dijalankan oleh tisu J dan sel K.
Tisu J: …
Sel K: …
2 marks
b
Rajah 2.2 menunjukkan pokok padi yang merupakan sejenis tumbuhan yang menjalankan jenis respirasi yang sama seperti sel K dalam Rajah 2.1.
Terangkan bagaimana pokok padi dapat hidup dalam kawasan berair dan berlumpur.
2 marks
c
Seorang suri rumah membuat roti dengan menggunakan yis kering, air suam dan tepung gandum. Beliau mendapati adunan rotinya tidak naik selepas satu jam.
Terangkan bagaimana beliau menyelesaikan masalah tersebut.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan tisu P dan tisu Q yang terlibat dalam proses pengangkutan dalam tumbuhan.
a
Berdasarkan Rajah 3.1, nyatakan tisu P dan tisu Q.
Tisu P: …
Tisu Q: …
2 marks
b
Trakeid pada tisu Q tidak terbentuk dengan lengkap. Terangkan kesannya terhadap tisu Q.
2 marks
c
Rajah 3.2 menunjukkan sejenis tumbuhan yang boleh digunakan untuk merawat air sisa.
Terangkan bagaimana tumbuhan dalam Rajah 3.2 boleh digunakan untuk menangani isu pencemaran sumber air.
3 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan zon-zon pertumbuhan sel pada bahagian hujung pucuk.
a(i)
Nyatakan zon A dan zon B.
Zon A: …
Zon B: …
2 marks
a(ii)
Namakan proses yang berlaku dengan aktif di zon A.
1 marks
Rajah 4.2 menunjukkan keratan rentas batang bagi tumbuhan X dan Y.
b(i)
Ramalkan kesan yang akan berlaku kepada tumbuhan tersebut jika tisu Z gagal terbentuk.
2 marks
b(ii)
Bezakan peringkat pertumbuhan tumbuhan X dan Y.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1(a) menunjukkan radas yang digunakan untuk mengkaji keperluan nutrien tumbuhan P.
a(i)
Namakan larutan kultur yang digunakan.
1 marks
a(iii)
Rajah 5.1(b) menunjukkan tumbuhan Q yang menggunakan larutan kultur tanpa ion nitrat.
Ramalkan keadaan tumbuhan Q selepas dua minggu.
2 marks
Rajah 5.2(a) dan Rajah 5.2(b) menunjukkan dua jenis tumbuhan yang memperoleh nutrien dengan cara berlainan.
b(i)
Nyatakan jenis nutrisi tumbuhan X dan tumbuhan Y.
Tumbuhan X: …
Tumbuhan Y: …
2 marks
b(ii)
Berdasarkan Rajah 5.2(a) dan Rajah 5.2(b), bezakan jenis penyesuaian nutrisi tumbuhan yang ditunjukkan oleh tumbuhan X dan tumbuhan Y.
3 marks
68 marks
Rajah 6.1 menunjukkan hierarki taksonomi bagi satu organisma dalam alam X.
| Peringkat | Taksonomi |
|---|---|
| Alam | X |
| Filum | Chordata |
| Kelas | Mamalia |
| Order | Primate |
| Famili | Cercopithecidae |
| Genus | *Macaca* |
| Spesies | *fascicularis* |
Rajah 6.1
Berdasarkan Rajah 6.1,
a(i)
Nyatakan nama saintifik bagi organisma tersebut.
1 marks
a(ii)
Namakan X.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 6.1, jelaskan dengan ringkas cara penulisan nama saintifik organisma tersebut.
1 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan pengelasan organisma kepada alam Y dan alam Z.
| Alam Y | Alam Z |
|---|---|
| *Lactobacillus acidophiles* | *Chlamydomonas sp.* |
| *Clostridium tetani* | *Spirogyra sp.* |
| *Vibrio cholerae* | *Euglena sp.* |
Rajah 6.2
Berdasarkan Rajah 6.2, bezakan ciri-ciri organisma antara alam Y dan alam Z.
3 marks
d
Kebanyakan organisma dalam alam Y memperoleh makanan daripada organisma mati.
Huraikan bagaimana tindakan ini meningkatkan kesuburan tanah.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan dua gerak balas yang berbeza oleh individu P dan Q.
a(i)
Nyatakan jenis gerak balas tersebut.
Individu P: …
Individu Q: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan kepentingan gerak balas individu P.
1 marks
a(iii)
Dalam suatu perlawanan, individu Q memberi reaksi pantas membalas pukulan pihak lawan.
Terangkan proses penghantaran impuls saraf bagi gerak balas ini.
3 marks
b
Rajah 7.2 menunjukkan penghantaran impuls melalui satu sinaps apabila seseorang mengambil alkohol.
Berdasarkan pengetahuan biologi anda, terangkan bagaimana kandungan alkohol yang berlebihan mempengaruhi pemanduan.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sebahagian daripada sistem peredaran darah dan sistem limfa di dalam badan manusia.
a(i)
Berdasarkan rajah di atas, terangkan proses pembentukan bendalir R.
3 marks
a(ii)
Bandingkan komponen yang ada dalam bendalir S dan bendalir T.
3 marks
c
Seorang remaja mengalami kecederaan di jari ketika memotong buah.
Dengan menggunakan peti pertolongan cemas yang ada di rumahnya, cadangkan rawatan awal untuk mengawal pendarahan akibat kecederaan tersebut.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan satu keratan rentas bagi organ X dalam badan manusia.
Suhu badan manusia dikekalkan pada 37 °C.
Terangkan peranan otot regang dan bulu roma dalam mengekalkan suhu badan pada hari yang panas.
2 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan perbezaan kandungan air dalam badan bagi individu A dan individu B berdasarkan aktiviti yang dilakukan.
Berdasarkan Rajah 9.2, terangkan mekanisme pengawalaturan air dalam individu A dan individu B.
8 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan situasi bagi individu A yang mengalami demam panas selepas berada di bawah terik matahari ketika berjalan kaki pulang dari sekolah.
Berdasarkan Rajah 9.3, wajarkan penggunaan kepingan gel lembut pada dahi individu A bagi membantu menangani situasi tersebut.
5 marks
d
Jadual 9.4 menunjukkan julat aras glukosa darah seorang individu yang sihat dan individu X.
| Individu | Aras glukosa darah (mmol/L) |
|---|---|
| Individu sihat | < 75 mg – 110 mg |
| Individu X | > 75 mg – 110 mg |
Jadual 9.4
Berdasarkan jadual 9.4, individu X telah menjalani ujian air kencing untuk menguji kehadiran glukosa dalam urin.
Terangkan mengapa terdapat glukosa di dalam air kencing individu X tersebut.
5 marks
1020 marks
a
Rajah 10.1(a) menunjukkan variasi pola cap jari manusia dan Rajah 10.1(b) menunjukkan panjang tapak kaki.
Terangkan perbezaan antara jenis variasi dalam Rajah 10.1(a) dan Rajah 10.1(b).
4 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan kariotip individu yang mengalami keabnormalan dalam autosom.
Berdasarkan Rajah 10.2, terangkan bagaimana keabnormalan tersebut berlaku.
4 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan bunga kapas di sebuah ladang.
Tumbuhan kapas Bt adalah tumbuhan yang terhasil melalui kejuruteraan genetik membentuk organisma terubah suai genetik (GMO). Penggunaan baka kapas Bt di ladang kapas telah mengurangkan penggunaan racun perosak.
Terangkan bagaimana penanaman pokok kapas Bt dapat meningkatkan pengeluaran kapas.
2 marks
d
Rajah 10.4 menunjukkan jagung biasa dan jagung yang dihasilkan melalui teknologi DNA rekombinan menjadi makanan terubah suai genetik (GMF).
Anda sebagai Pengerusi Kelab STEM sekolah diminta untuk menyampaikan ucapan sempena Minggu Sains dan Matematik sekolah tentang makanan terubah suai genetik (GMF) terhadap kehidupan. Penerangan anda hendaklah menekankan tentang kebaikan dan keburukan GMF.
5 marks
e
Rajah 10.5 menunjukkan profil DNA bagi seorang remaja Y yang didapati terlibat dalam nahas kemalangan yang melibatkan 4 orang remaja dan kesemua mangsa rentung dalam nahas tersebut.
Berdasarkan Rajah 10.5, siapakah bapa kandung remaja Y dan terangkan bagaimana kaedah ini dipercayai tepat.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Rajah 11(a) menunjukkan kawasan perumahan di suatu bandar yang pesat membangun.
Wajarkan amalan yang dilakukan oleh penduduk untuk mengekalkan kelestarian alam di kawasan taman perumahan tersebut.
10 marks
Rajah 11(b) menunjukkan pembaziran sisa makanan yang menyumbang kepada masalah alam sekitar.
b(i)
Cadangkan kaedah menggunakan konsep teknologi hijau yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar pembaziran sisa makanan.
4 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana media memainkan peranan dalam menyelesaikan isu alam sekitar ini dari aspek komunikasi.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open