Namakan jenis metabolisme X dan metabolisme Y.
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Terangkan jenis metabolisme Y.
2 marks
Puan K sedang memasak daging sempena jamuan makan malam di rumah. Beliau telah memerap daging tersebut dengan kepingan betik muda. Terdapat sejenis enzim dalam betik muda tersebut yang menjadikan daging lebih lembut.
b(i)
Nyatakan nama enzim tersebut.
1 marks
b(ii)
Terangkan fungsi enzim di b(i).
1 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan tisu X dan tisu Y yang boleh dijumpai dalam tisu otot manusia.
Berdasarkan Rajah 2.1,
a(i)
Nyatakan nama bagi
Tisu X: …
Tisu Y: …
2 marks
a(ii)
Kenalpasti organ di mana tisu X boleh dijumpai.
1 marks
a(iii)
Sekiranya tisu X disimpan dalam larutan beroksigen yang suam dan mengandungi nutrien, tisu-tisu ini akan mengecut dan mengendur secara beritma dengan sendiri.
Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan sifat tisu X.
1 marks
b
Seorang pemain badminton menjalani latihan setiap hari bagi meningkatkan kepadatan mitokondria dalam sel ototnya.
Terangkan bagaimana peningkatan kepadatan mitokondria membantu pemain badminton tersebut semasa pertandingan.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan struktur sendi bebas bergerak.
a(i)
Labelkan X dan Y di dalam Rajah 3.1.
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi Z.
1 marks
b(i)
Rajah 3.2(a) dan 3.2(b) menunjukkan sendi bahu antara humerus dan lengkungan pektoral dalam keadaan yang berbeza.
Terangkan kesan perubahan yang berlaku pada sendi bahu di Rajah 3.2(b).
2 marks
b(ii)
Terangkan rawatan yang sesuai untuk individu dalam Rajah 3.2(b).
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan zon pertumbuhan dalam sel radikel anak benih.
a(i)
Kenalpasti Zon X dan Zon Y.
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan proses yang berlaku di Zon Z yang menghasilkan sel yang mempunyai bentuk yang spesifik.
1 marks
b
Rajah 4.2 menunjukkan keratan rentas batang tumbuhan yang hidup dalam iklim sederhana yang membentuk gelang tahunan. Gelang tahunan membentuk gabungan gelang pertumbuhan gelap dan terang.
Terangkan apa yang akan berlaku pada gelang tahunan sekiranya musim panas lebih lama pada tahun tersebut.
2 marks
c
Pernyataan berikut adalah tentang dua jenis pertumbuhan yang berlaku pada tumbuhan.
> Eudikot seperti pokok manggis mengalami pertumbuhan primer untuk meningkatkan ketinggiannya dan diikuti dengan pertumbuhan sekunder untuk meningkatkan diameter batang dan akarnya.
Bezakan antara pertumbuhan primer dan pertumbuhan sekunder dalam pokok manggis. Tulis jawapan anda dalam ruang yang disediakan.
| Pertumbuhan primer | Pertumbuhan sekunder |
|---|---|
| … | … |
| … | … |
2 marks
58 marks
Jadual 5.1 dan Jadual 5.2 menunjukkan data yang dikumpulkan bagi dua ciri yang berbeza daripada sekumpulan 20 orang murid dari kelas yang sama.
| Ketinggian (cm) | 160 - 164 | 165 - 169 | 170 - 174 | 175 - 179 | 180 - 185 |
|---|---|---|---|---|---|
| Bilangan murid | 2 | 5 | 8 | 4 | 1 |
Jadual 5.1
| Kebolehan menggulung lidah | Boleh menggulung lidah | Tidak boleh menggulung lidah |
|---|---|---|
| Bilangan murid | 14 | 6 |
Jadual 5.2
Berdasarkan Jadual 5.1 dan Jadual 5.2,
a(i)
nyatakan jenis variasi.
Jadual 5.1: …
Jadual 5.2: …
2 marks
a(ii)
nyatakan **dua** perbezaan antara variasi Jadual 5.1 dan Jadual 5.2.
2 marks
Rajah 5.1 menunjukkan *Biston betularia* semasa revolusi perindustrian di United Kingdom. Dua jenis fenotip wujud akibat persekitaran tercemar.
b(i)
Nyatakan faktor yang menyumbang kepada dua jenis fenotip *Biston betularia*?
1 marks
b(ii)
Pada akhir tahun 1819, populasi *Biston betularia* berwarna gelap melebihi *Biston betularia* berwarna cerah.
Terangkan sebab peningkatan populasi *Biston betularia* berwarna gelap.
3 marks
68 marks
Oximeter ialah alat yang digunakan untuk mengukur ketepuan oksigen darah dan kadar denyutan nadi seseorang. Bacaan normal ketepuan oksigen darah ialah 98 – 100 % manakala bacaan normal kadar denyutan nadi ialah 60 – 100 bpm.
Jadual 6.2 menunjukkan bacaan yang diukur alat tersebut apabila Puan S melakukan dua aktiviti berbeza.
| Aktiviti | Ketepuan oksigen darah (%) | Kadar denyutan nadi (bpm) |
|---|---|---|
| X | 92 | 110 |
| Y | 98 | 82 |
Jadual 6.2
a(i)
Namakan jenis respirasi sel yang berlaku dalam sel otot Puan S apabila melakukan aktiviti Y.
1 marks
a(ii)
Tuliskan persamaan perkataan bagi jawapan yang anda nyatakan dalam 6(a)(i).
1 marks
Rajah 6.3 menunjukkan seekor belalang.
b(i)
Nyatakan sistem yang terlibat dalam pernafasan belalang.
1 marks
b(ii)
Struktur X ranap. Terangkan kesan kepada belalang.
2 marks
b(iii)
Lengkapkan jadual di bawah untuk membandingkan struktur respirasi antara manusia dengan serangga.
**Persamaan**
1. …
2. …
**Perbezaan**
| Manusia | Serangga |
|---|---|
| … | … |
3 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan komponen sel darah.
a(i)
Berdasarkan Rajah 7.1, nyatakan nama bagi sel darah X dan Y.
X: …
Y: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi sel darah X.
1 marks
a(iii)
En Q mempunyai masalah bilangan sel Z yang rendah. Cadangkan makanan yang perlu diambil untuk membantu beliau.
3 marks
b
Rajah 7.2(a) dan Rajah 7.2(b) menunjukkan keratan membujur jantung manusia.
Rajah 7.2(a) menunjukkan jantung normal dan Rajah 7.2(b) menunjukkan satu penyakit jantung kardiomiopati.
Kardiomiopati adalah penyakit yang melibatkan masalah pada otot jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan dengan efisien.
Huraikan kesan penyakit jantung kardiomiopati terhadap pesakit.
3 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan rajah skema perwarisan warna bulu kambing biri-biri daripada kacukan kambing R dan kambing S.
Fenotip induk: [biri-biri berbulu putih] × [biri-biri berbulu hitam]
Fenotip F~1~: Semua generasi F~1~ berbulu putih
Kacukan generasi F~1~
Genotip dan fenotip F~2~:
| Gamet | H | h |
|---|---|---|
| **H** | *(kosong)* | Hh — Berbulu putih |
| **h** | *(kosong)* | hh — Berbulu hitam |
Rajah 8
a(i)
Lengkapkan rajah skema perwarisan pada Rajah 8. *(Tulis genotip dan fenotip bagi setiap petak kosong.)*
2 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 8, nyatakan nisbah genotip dan nisbah fenotip bagi generasi F~2~.
nisbah genotip: …
nisbah fenotip: …
2 marks
b(i)
Pokok kacang pis berbaka tulen berbunga ungu (B) dan mempunyai kedudukan bunga aksial (A) telah dikacukkan dengan pokok kacang pis berbaka tulen berbunga putih (b) dan mempunyai kedudukan bunga terminal (a). Kesemua fenotip generasi F~1~ adalah pokok kacang pis berbunga ungu, dan mempunyai kedudukan bunga aksial.
Bina segi empat Punnet bagi kacukan sesama sendiri anak generasi F~1~ untuk menunjukkan **genotip** generasi F~2~. *(Huraikan segi empat Punnett anda dalam perkataan: gamet di sepanjang baris atas dan lajur kiri, dan genotip dalam setiap petak.)*
3 marks
b(ii)
Kacukan induk yang mempunyai dua gabungan ciri pada (b)(i) menghasilkan empat ciri fenotip berbeza dalam generasi F~2~.
Dengan menggunakan pengetahuan Hukum Mendel II, terangkan bagaimana gabungan ciri baharu ini muncul?
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan penghantaran impuls merentasi sinaps.
a(i)
Terangkan fungsi struktur K dalam penghantaran impuls merentasi sinaps.
2 marks
a(ii)
Terangkan kesan kepada penghantaran impuls sekiranya vesikel sinaps berkurang.
2 marks
b
Maklumat berikut ialah berkaitan dua jenis dadah yang berbeza.
> **Jenis X**: Morfin dan Marijuana
>
> Dadah ini digunakan dalam kuantiti yang sedikit oleh doktor untuk tujuan perubatan bagi melegakan kesakitan.
> **Jenis Y**: Kokain dan Amfetamin
>
> Penggunaan jangka panjang dadah ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius dan besar kemungkinan membawa maut.
Huraikan perbezaan bagaimana jenis dadah tersebut mempengaruhi penghantaran impuls saraf merentasi sinaps.
6 marks
c
Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan dalam bentuk pertumbuhan. Gerak balas pertumbuhan dalam koleoptil dikawal oleh hormon auksin. Rajah 9.2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan auksin ke atas pertumbuhan koleoptil di hujung pucuk. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut.
- Koleoptil A: Hujung koleoptil dibiarkan terdedah kepada cahaya
- Koleoptil B: Hujung koleoptil dipotong pada bahagian atas
- Koleoptil C: Hujung koleoptil ditutup dengan objek legap
Terangkan kesan auksin terhadap pertumbuhan koleoptil A, B dan C selepas aktiviti yang dijalankan seperti dalam Rajah 9.2.
6 marks
d
Rajah 9.3 menunjukkan gerak balas hujung pucuk dan hujung akar berdasarkan gerak balas geotropisme.
Banding dan bezakan gerak balas geotropisme yang ditunjukkan oleh hujung pucuk dan hujung akar.
4 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan zon berbeza dalam ekosistem paya bakau.
a(i)
Berdasarkan Rajah 10.1, nyatakan satu komponen biosis dan satu komponen abiosis yang terdapat dalam ekosistem tersebut.
2 marks
a(ii)
Bandingkan spesies pokok bakau dalam Zon I dengan spesies pokok bakau dalam Zon II dalam Rajah 10.1.
6 marks
a(iii)
Ekosistem paya bakau terdedah kepada persekitaran yang ekstrem.
Terangkan persamaan ciri penyesuaian daun bagi pokok bakau dan pokok yang hidup di gurun.
4 marks
b(i)
Rajah 10.2 menunjukkan satu ekosistem paya bakau yang telah musnah akibat aktiviti pembalakan yang berleluasa di kawasan tersebut.
Terangkan kesan aktiviti tersebut terhadap ekosistem paya bakau.
4 marks
c
Pada masa kini, masih terdapat rumah-rumah nelayan dibina di atas laut. Rajah 10.3 menunjukkan isu-isu yang berlaku di penempatan ini.
**Isu-isu di penempatan nelayan** (Rajah 10.3):
- Isu keselamatan
- Mengancam habitat organisma akuatik
- Pencemaran
- Menjejaskan ekosistem marin
Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menyelesaikan isu tersebut.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Rajah 11.1 menunjukkan fasa-fasa dalam kitar haid.
Bincangkan faktor dan simptom yang berlaku semasa fasa M.
3 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan catatan kitar haid dan aktiviti seorang remaja perempuan pada kalender.
Remaja perempuan tersebut mengalami haid yang teratur. Beliau ingin menangguhkan haidnya untuk menyertai satu pertandingan renang. Beliau telah bertemu dengan pakar obstetrik dan ginekologi untuk mendapatkan suntikan hormon supaya haidnya dapat ditangguhkan.
Berdasarkan Rajah 11.1, cadangkan tarikh suntikan yang patut diambil. Terangkan kesan hormon tersebut dalam mengawal haid.
8 marks
c(i)
Encik P dan Puan Q telah berjumpa pakar obstetrik dan ginekologi untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Keputusannya adalah seperti berikut:
| Encik P | Puan Q |
|---|---|
| Vesikel semen tersumbat | Tiada masalah kesuburan |
Bincangkan kaedah yang boleh digunakan oleh Encik P dan Puan Q untuk mendapatkan anak kandung.
4 marks
c(ii)
Rajah 11.3(a) menunjukkan keputusan ujian kehamilan sebelum rawatan. Rajah 11.3(b) menunjukkan keputusan ujian kehamilan Puan Q selepas menjalani rawatan yang dicadangkan di (c)(i).
Wajarkan keputusan ujian kehamilan Puan Q tersebut. Terangkan.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open