Rajah 1 menunjukkan mekanisma pernafasan dalam manusia.
a
Namakan bahagian berlabel P, Q dan R.
P: …
Q: …
R: …
3 marks
b(i)
Nyatakan mekanisme yang ditunjukkan pada Rajah 1(b) dan keadaan otot interkosta bagi mekanisme tersebut.
2 marks
b(ii)
Nyatakan kesan keadaan otot yang dinyatakan di 1(b)(i) kepada struktur sistem respirasi manusia.
1 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan struktur daun.
a
Namakan struktur bagi **S** dan **T**.
S: …
T: …
2 marks
b
Terangkan fungsi bagi tisu yang terlibat dalam sistem pengangkutan pada struktur daun.
2 marks
c
Rajah 2.2 menunjukkan struktur bagi sel pengawal **U** dan **V**, dalam keadaan yang berbeza.
Berdasarkan Rajah 2.2, keadaan liang stoma manakah menunjukkan keadaan pada pukul 7.00 petang. Terangkan?
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan dua jenis pembahagian sel, P dan Q.
a(i)
Nyatakan jenis pembahagian sel, P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Berikan satu contoh sel yang mengalami setiap pembahagian sel, P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
b(i)
Aplikasi pembahagian sel banyak digunakan dalam bidang pertanian untuk menghasilkan banyak anak pokok dalam masa singkat berbanding kaedah konvensional. Terangkan teknik yang digunakan untuk menghasilkan anak pokok ini.
2 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** kekurangan teknik yang digunakan seperti yang dinyatakan dalam 3(b)(i).
1 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan otot antagonis pada kaki belakang seekor serangga.
a(i)
Namakan otot P dan otot Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan sebab kaki belakang serangga itu panjang dan berotot.
1 marks
a(iii)
Terangkan bagaimana tindakan otot P dan otot Q membolehkan serangga tersebut melompat.
2 marks
b
Fenomena 'leher teks' semakin berleluasa dalam kalangan generasi muda akibat tabiat melenturkan leher mereka ke bawah dalam tempoh yang lama demi menghadap skrin peranti.
Terangkan amalan yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan otot rangka.
2 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan pokok kurma. Pokok kurma mempunyai daun sukulen panjang, berduri dan permukaan atas daunnya berkutikel tebal. Daun-daunnya mengelilingi batang sukulen yang tebal.
a
Berdasarkan ciri-cirinya, apakah jenis tumbuhan bagi pokok kurma?
1 marks
b
Terangkan adaptasi pokok kurma supaya dapat menjalankan proses fotosintesis dalam keadaan kekurangan bekalan air.
3 marks
c
Sekiranya anda ingin menanam pokok kurma di dalam negara ini yang mempunyai cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, wajarkan pemilihan lokasi untuk menempatkan pokok kurma anda.
2 marks
d
Rajah 5.1 menunjukkan ekosistem paya bakau yang mengalami kesan buruk akibat pencemaran air.
Tumpahan minyak memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan pokok bakau. Ramalkan kesan yang akan berlaku kepada pokok bakau. Terangkan jawapan anda.
2 marks
68 marks
Rajah 6 menunjukkan satu ekosistem sawah padi.
a
Nyatakan dua komponen abiosis dalam Rajah 6.
1. …
2. …
2 marks
b
Bina satu piramid bilangan yang melibatkan tiga organisma dalam ekosistem di Rajah 6. *(Huraikan piramid anda dalam perkataan: organisma pada setiap aras piramid, dari tapak hingga ke puncak.)*
1 marks
c
Terangkan perbezaan organisma X dengan organisma Y berdasarkan tabiat nutrisinya.
2 marks
d
Murid-murid tingkatan 5 Gemilang telah menjalankan kajian lapangan untuk menganggar saiz populasi organisma Z menggunakan teknik tangkap-tanda-lepas-tangkap semula. Jadual 6 menunjukkan keputusan kajian lapangan ke atas populasi organisma Z.
| Tangkapan | Bilangan organisma Z: Bertanda | Bilangan organisma Z: Tidak bertanda |
|---|---|---|
| Pertama | 25 | - |
| Kedua | 14 | 5 |
Jadual 6
Hitung saiz populasi organisma Z.
3 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan arka refleks dalam sentakan lutut.
a(i)
Berdasarkan Rajah 7, nyatakan bilangan neuron yang terlibat dalam arka refleks tersebut?
1 marks
a(ii)
Lukiskan arah laluan impuls saraf pada Rajah 7. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: arah anak panah pada setiap gentian saraf antara kaki dan saraf tunjang.)*
1 marks
b(i)
Apakah yang akan berlaku jika saraf M mengalami kecederaan?
1 marks
b(ii)
Terangkan jawapan di (b)(i).
3 marks
c
Sistem endokrin terdiri daripada kelenjar yang merembeskan hormon. Bandingkan sistem dalam Rajah 7 dengan sistem endokrin.
3 marks
89 marks
Jadual 8.1 menunjukkan taksonomi bagi tiga organisma berbeza.
| Peringkat | Manusia | Organisma X | Organisma Y |
|---|---|---|---|
| Alam | Animalia | Animalia | Eubacteria |
| Filum | Chordata | Chordata | Psedomonadota |
| Kelas | Mamalia | Mamalia | Betaproteobacteria |
| Order | Primate | Cetacea | Nitrosomonadales |
| Famili | Hominidae | Delphinidae | Nitrosomonadaceae |
| Genus | *Homo* | *Orcinus* | *Nitrosomonas* |
| Spesies | *sapiens* | *orca* | *europea* |
Jadual 8.1
a(i)
Antara organisma X dan organisma Y, yang manakah mempunyai hubungan genetik yang lebih rapat dengan manusia?
1 marks
a(ii)
Organisma Y adalah organisma yang terlibat dalam kitar nitrogen. Terangkan kesan kepada kandungan nitrogen di dalam atmosfera jika populasi organisma Y berkurang.
3 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan dua serangga berbeza jantina yang mempunyai morfologi hampir serupa.
Dua serangga dalam Rajah 8.2 adalah dari spesies yang sama. Terangkan mengapa?
2 marks
c
Rajah 8.3 menunjukkan tayar terpakai yang terdapat di satu kawasan perumahan.
Cadangkan satu kaedah untuk mengurangkan populasi nyamuk Aedes di kawasan tersebut. Huraikan bagaimana kaedah yang dicadangkan dapat menyumbang kepada kelestarian alam.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Jisim badan dan kumpulan darah adalah dua jenis variasi. Jadual 9.1 dan Jadual 9.2 menunjukkan taburan jisim badan dan kumpulan darah daripada sekumpulan murid Tingkatan 5A.
| Jisim badan (kg) | Bilangan murid |
|---|---|
| 31 – 35 | 2 |
| 36 – 40 | 4 |
| 41 – 45 | 6 |
| 46 – 50 | 10 |
| 51 – 55 | 8 |
| 56 – 60 | 5 |
| 61 – 65 | 3 |
| 66 – 70 | 2 |
| Jumlah | 40 |
Jadual 9.1
| Jenis kumpulan darah | Bilangan murid |
|---|---|
| A | 6 |
| B | 7 |
| AB | 2 |
| O | 25 |
| Jumlah | 40 |
Jadual 9.2
a(i)
Kenal pasti jenis variasi dalam Jadual 9.1 dan Jadual 9.2.
2 marks
a(ii)
Terangkan variasi dalam Jadual 9.1.
2 marks
a(iii)
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan jenis variasi dalam Jadual 9.1 dan Jadual 9.2.
10 marks
b
Rajah 9.3 menunjukkan pasangan gen (genotip) dalam kromosom homolog.
Berdasarkan Rajah 9.3, terangkan bagaimana ciri ketinggian ditentukan.
4 marks
c
Rajah 9.4 menunjukkan perwarisan hemofilia dalam sebuah keluarga. Hemofilia adalah penyakit terangkai seks. Bapanya seorang lelaki normal dengan genotip X^H^Y, manakala ibunya seorang wanita hemofilia dengan genotip X^h^X^h^.
Terangkan kebarangkalian anak-anak mewarisi hemofilia.
2 marks
1020 marks
Rajah 10 menerangkan pergerakan air dari sel-sel akar ke xilem.
a
Berdasarkan Rajah 10, terangkan mengapa pergerakan air di lapisan endodermis hanya boleh berlaku melalui laluan simplas dan bukan laluan apoplas.
4 marks
b
Salur xilem mempunyai penyesuaian struktur yang unik untuk mengangkut air secara berterusan dari akar ke daun terutamanya pada tumbuhan yang tinggi.
Terangkan bagaimana struktur salur xilem disesuaikan dengan fungsinya, dan huraikan mekanisme pergerakan molekul air di dalam salur xilem.
6 marks
c(i)
Transpirasi dan gutasi merupakan dua proses fisiologi yang melibatkan kehilangan air daripada tumbuhan. Bandingkan proses transpirasi dengan gutasi.
7 marks
c(ii)
ATP diperlukan untuk memastikan sukrosa dapat diangkut secara aktif di sepanjang floem. Terangkan bagaimana sukrosa dapat diangkut walaupun tiub tapis tidak mempunyai kepadatan mitokondria yang tinggi.
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11 menunjukkan struktur X yang terdapat dalam ginjal.
a
Terangkan proses yang berlaku di dalam struktur X semasa pembentukan air kencing.
5 marks
b
Maklumat berikut menunjukkan kandungan darah dua orang individu selepas menjalani ujian darah.
> Ali: Lebih air dan kurang garam dalam darah.
>
> Hafiz: Kurang air dan lebih garam dalam darah.
Kaji maklumat itu dan huraikan pengawalaturan air dan kandungan garam dalam Ali dan Hafiz. Huraian anda mestilah berdasarkan urutan berikut:
- Tekanan osmosis darah
- Kepekatan dan tindakan hormon antidiuresis (ADH)
- Kepekatan dan tindakan aldosteron
- Kesan kedua-dua hormon ke atas air kencing yang dihasilkan dan tekanan osmosis darah
10 marks
c
Pesakit yang menghidap kegagalan ginjal perlu menjalani rawatan dialisis. Nyatakan **punca** dan **kesan** yang menyebabkan keperluan rawatan tersebut.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open