Rajah 1 menunjukkan struktur-struktur yang terlibat dalam pergerakan lengan.
a
Label tendon di dalam Rajah 1. *(Huraikan label anda dalam perkataan: struktur yang anda labelkan dan di mana kedudukannya pada rajah.)*
1 marks
b
Nyatakan **dua** ciri tendon yang membolehkan tisu tersebut menjalankan fungsinya.
2 marks
c
Berdasarkan Rajah 1, terangkan pergerakan membengkokkan lengan.
2 marks
d
Sekiranya tendon terputus akibat kemalangan, apakah masalah yang akan dihadapi oleh mangsa?
1 marks
26 marks
Rajah 2 menunjukkan organisma unisel X yang hidup dalam habitat air tawar.
a
Namakan organisma X.
1 marks
b
Nyatakan struktur di mana zarah makanan masuk ke dalam organisma X.
1 marks
c
Terangkan fungsi struktur M.
1 marks
d
Tumpahan asid telah mengancam habitat organisma X.
Nyatakan bagaimana organisma X membiak dalam persekitaran tersebut.
1 marks
e
Organisma X dimasukkan ke dalam air laut.
Terangkan bagaimana struktur N berubah di dalam air laut.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan satu nukleotida daripada satu molekul RNA.
a
Namakan **dua** contoh bes bernitrogen dalam molekul RNA.
2 marks
b
Satu molekul RNA terdiri daripada satu rantai polinukleotida.
Lukiskan satu rantai polinukleotida yang terdiri daripada tiga nukleotida. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan nukleotida, komponen setiap nukleotida dan bagaimana nukleotida-nukleotida itu disambungkan antara satu sama lain)*
2 marks
c
Terangkan **dua** kepentingan asid nukleik di dalam sel.
2 marks
d
Pendedahan terhadap asap rokok yang berterusan telah menyebabkan berlakunya perubahan pada urutan nukleotida asal seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.
Ramalkan kesan perubahan urutan nukleotida ke atas protein yang disintesiskan.
1 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan sejenis organisma. Hierarki taksonomi bagi organisma tersebut ditunjukkan dalam Jadual 1.
| Peringkat | Takson |
|---|---|
| Alam | X |
| Filum | Firmicutes |
| Kelas | Bacilli |
| Order | Lactobacillales |
| Famili | Streptococcaceae |
| Genus | *Streptococcus* |
| Spesies | *pneumoniae* |
Jadual 1
a
Namakan alam dan nyatakan **satu** ciri bagi organisma dalam Rajah 4.1.
Alam: …
Ciri: …
2 marks
b
Nyatakan bentuk bagi organisma dalam Rajah 4.1.
1 marks
c
Nyatakan perbezaan antara organisma dalam Rajah 4.1 berbanding dengan organisma daripada alam Protista?
1 marks
Rajah 4.2 di bawah menunjukkan peranan mikroorganisma dalam kitar nitrogen.
d(i)
Berdasarkan Rajah 4.2, ramalkan apa yang akan berlaku kepada haiwan mati sekiranya bakteria X tiada.
1 marks
d(ii)
Bandingkan bakteria Y dan bakteria Z di dalam kitar nitrogen.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan proses gutasi yang berlaku pada bahagian tepi sehelai daun.
a
Apakah P?
1 marks
b
Nyatakan maksud gutasi.
1 marks
c
Jadual 2 menunjukkan perbezaan antara transpirasi dan gutasi. Lengkapkan jadual tersebut.
| Transpirasi | Aspek | Gutasi |
|---|---|---|
| … | Jenis tumbuhan | … |
| … | Kandungan air yang terbebas | … |
Jadual 2
2 marks
d
Pokok A tumbuh di tepi pantai manakala pokok B tumbuh di tepi sungai. Di dapati kadar transpirasi pokok A lebih tinggi berbanding pokok B. Terangkan faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut.
2 marks
e
Rajah 5.2 menunjukkan pokok yang layu dan keadaan stoma pada pokok tersebut.
Terangkan kesan kekurangan air kepada bukaan stoma tumbuhan itu.
2 marks
68 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan kitaran hidup bagi dua serangga yang berbeza.
a(i)
Namakan peringkat **X** dalam Rajah 6.1.
1 marks
a(ii)
Berikan **satu** contoh haiwan lain yang menjalani pertumbuhan seperti dalam 6(a)(i).
1 marks
b
Serangga dalam Rajah 6.2 mengalami ekdisis beberapa kali sehingga mencapai dewasa. Lukiskan lengkung pertumbuhan serangga bagi Rajah 6.2 (paksi-y: Panjang badan (cm); paksi-x: Masa (hari)). *(Huraikan graf anda dalam perkataan: bentuk lengkung pertumbuhan dan label-label yang anda tulis pada graf.)*
2 marks
c
Jadual 3 menunjukkan perbezaan kitaran hidup serangga dalam Rajah 6.1 dan Rajah 6.2. Lengkapkan Jadual 3.
| Rajah 6.1 | Rajah 6.2 |
|---|---|
| Metaformosis lengkap | … |
| … | Melibatkan ekdisis |
Jadual 3
2 marks
d
Rajah 6.3 menunjukkan sejenis racun serangga yang telah digunakan oleh Encik K untuk diletakkan dalam air bertakung di sekitar pasu bunga di rumahnya.
Berdasarkan Rajah 6.3, terangkan kesan racun kepada kitar hidup serangga tersebut.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan sebahagian sistem pencernaan manusia.
Berdasarkan Rajah 7.1,
a(i)
Namakan organ P.
1 marks
a(ii)
Labelkan struktur apendiks dengan menggunakan huruf "**R**". *(Huraikan label anda dalam perkataan: di bahagian mana pada rajah anda meletakkan label R.)*
1 marks
a(iii)
Nyatakan fungsi bagi struktur Q.
1 marks
b
> Doktor pakar mencadangkan prosedur pembedahan untuk membuang sebahagian organ P untuk mengurangkan berat badannya.
Bincangkan kesan buruk jangka masa panjang bagi prosedur tersebut.
3 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan tabiat pemakanan tidak baik seorang ibu mengandung.
Terangkan cara-cara untuk membantu wanita mengandung tersebut.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan rajah skema pewarisan faktor Rhesus (Rh) dalam satu keluarga. Ibu ialah Rh-negatif yang berkahwin dengan bapa Rh-positif dengan homozigot dominan.
a(i)
Lengkapkan rajah skema pewarisan dalam Rajah 8.1 di atas dengan menulis alel ibu, alel bapa dan fenotip anak.
Alel ibu (kotak kosong): …
Alel bapa (kotak kosong): …
Fenotip anak: …
2 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana anak tersebut menunjukkan fenotip di 8(a)(i).
2 marks
b(i)
Jadual 4 menunjukkan sejarah kehamilan ibu dalam Rajah 8.1.
**2. PERIHAL KANDUNGAN LALU**
| Bil | Tahun | Hasil Kandungan | Jenis Kelahiran | Tempat & Disambut Oleh | Jantina | Berat Lahir (kg) | Komplikasi Ibu | Komplikasi Anak | Penyusuan susu ibu tempoh | Keadaan anak sekarang |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 2020 | Cukup bulan | SVD | Hosp / Dr | P | 3.3 kg | | NNJ | 2 thn | Sihat |
| 2 | 2023 | Keguguran | | | | 12/52 | | D&C | dilakukan | |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4, ramalkan apakah yang akan terjadi kepada kandungan pada kehamilan ketiga sekiranya ibu tersebut tidak mengambil sebarang rawatan? Terangkan.
2 marks
b(ii)
Cadangkan langkah yang boleh diambil oleh pasangan tersebut untuk memastikan kandungan keempat mereka selamat. Terangkan jawapan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan struktur pembiakan bunga.
Berdasarkan Rajah 9.1,
a(i)
Apakah fungsi struktur P.
2 marks
a(ii)
Bandingkan struktur pembiakan yang berlabel X dan Y.
4 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan keratan memanjang sekuntum bunga.
Terangkan persamaan dan perbezaan pembentukan gamet R dan S yang ditunjukkan dalam Rajah 9.2.
6 marks
> Hasil tuaian buah sebuah ladang mangga telah mengalami penurunan mendadak selama beberapa musim secara berturut-turut. Pemerhatian lanjut mendapati populasi lebah di kawasan ladang tersebut semakin berkurang akibat penggunaan racun serangga berlebihan dan kehilangan habitat semula jadi.
c(i)
Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan kesan penurunan populasi lebah ke atas proses persenyawaan bunga dalam Rajah 9.1.
4 marks
c(ii)
Cadangkan kaedah untuk meningkatkan hasil tuaian.
4 marks
1020 marks
Saraf tunjang memainkan peranan penting dalam proses gerak balas refleks manusia. Rajah 10.1 menunjukkan keratan rentas saraf tunjang manusia.
a(i)
Terangkan jenis gerak balas berdasarkan Rajah 10.1.
2 marks
a(ii)
Nyatakan kepentingan gerak balas yang dinyatakan dalam jawapan anda di Rajah 10(a)(i).
2 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan seorang tukang masak terpegang kuali yang panas tanpa sengaja.
Terangkan bagaimana tindak balas berlaku apabila beliau terpegang kuali panas itu.
2 marks
c
Petikan di bawah menunjukkan satu keratan akhbar.
> **JOHOR BAHRU:** Johor merupakan antara negeri terawal melaksanakan pendakwaan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi pindaan baharu Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan pindaan 2020 yang mula dikuat kuasa Jumaat lalu.
>
> (Sumber: Utusan Malaysia, 28 Oktober 2022)
Berdasarkan pengetahuan biologi anda, terangkan mengapa individu yang di bawah pengaruh alkohol tidak dibenarkan memandu.
4 marks
Rajah 10.3 menunjukkan seorang murid sedang membaca buku.
d(i)
Bandingkan tindak balas yang berlaku dalam Rajah 10.2 dan Rajah 10.3.
6 marks
d(ii)
> Risiko penyakit Alzheimer lebih tinggi dalam kalangan individu yang jarang mencabar minda mereka untuk belajar dan berfikir secara kritikal.
Wajarkan pernyataan ini.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan satu poster mengenai langkah-langkah yang boleh diambil untuk melestarikan alam sekitar.
a
Berdasarkan Rajah 11.1 tersebut, terangkan **tiga** amalan yang boleh menyumbang ke arah melestarikan alam sekitar.
3 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan satu amalan penanaman menegak menggunakan rak bertingkat.
Terangkan faedah amalan pertanian tersebut.
7 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan poster mengenai isu krisis makanan.
Pertumbuhan populasi manusia yang berterusan meningkatkan permintaan makanan dalam sesebuah negara. Oleh sebab itu, sekuriti makanan perlu diberikan penekanan yang serius supaya dapat memenuhi keperluan populasi manusia.
Huraikan **dua** komponen sekuriti makanan yang perlu dititik beratkan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi mengatasi masalah tersebut.
4 marks
d
> Peningkatan populasi manusia akan meningkatkan juga bilangan pembinaan perumahan bagi penduduk. Ini boleh menyebabkan kelestarian alam sekitar terjejas. Oleh itu, bangunan hijau merupakan salah satu inisiatif yang boleh diambil untuk meningkatkan kesan positif terhadap alam sekitar dan kualiti hidup penduduk. Pembinaan konsep bangunan hijau merupakan konsep pembinaan yang bercirikan teknologi mesra semula jadi.
Berdasarkan pernyataan tersebut, jika anda ingin membina sebuah rumah yang berkonsepkan bangunan hijau, cadangkan aspek-aspek yang perlu anda pertimbangkan untuk membina rumah tersebut.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open