Rajah 1 menunjukkan sistem respirasi bagi serangga.
a(i)
Nyatakan nama bagi sistem pernafasan serangga.
1 marks
a(ii)
Kenal pasti bahagian berlabel A dan B dalam Rajah 1.
A: …
B: …
2 marks
b
Nyatakan **dua** ciri penyesuaian bagi struktur respirasi serangga dalam Rajah 1.
2 marks
c
Sesetengah serangga mempunyai kantung udara dalam sistem trakeanya. Apakah fungsi kantung udara tersebut kepada serangga?
1 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan stoma tertutup dan Rajah 2.2 menunjukkan stoma terbuka bagi daun yang sama pada waktu yang berbeza dalam sehari.
a
Kenal pasti bahagian yang berlabel P pada Rajah 2.1
1 marks
b
Nyatakan apa yang berlaku apabila liang stoma terbuka pada siang hari.
1 marks
c
Pokok tualang yang sangat tinggi mampu mengangkut air dari akar ke pucuk yang melebihi 80 meter.
Jelaskan bagaimana air diangkut ke semua bahagian pokok tersebut melalui xilem.
2 marks
d
Larutan sianida merupakan racun respirasi. Pencemaran sianida di ladang kelapa sawit menyebabkan pertumbuhan pokok kelapa sawit terbantut.
Jelaskan kesan tersebut dan cadangkan satu cara untuk mengatasi masalah tersebut.
Kesan: …
Cara mengatasi: …
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan proses penguraian molekul bagi suatu sebatian organik.
Berdasarkan Rajah 3.1,
a(i)
Nyatakan molekul Q dan proses P.
Molekul Q: …
Proses P: …
2 marks
a(ii)
Rajah 3.2 menunjukkan ujian yang dijalankan ke atas molekul Q yang menghasilkan mendakan merah bata.
Terangkan pembentukan mendakan merah bata bagi ujian tersebut.
2 marks
b
Seorang suri rumah mendapati pakaian yang dicuci menggunakan biodetergen tidak bersih sepenuhnya apabila menggunakan air panas. Berdasarkan pengetahuan anda tentang fungsi enzim dalam biodetergen, terangkan situasi tersebut.
3 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan gerak balas tumbuhan terhadap satu rangsangan.
a(i)
Namakan jenis gerak balas yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu kepentingan gerak balas yang dinamakan di (a)(i) kepada pokok tersebut.
1 marks
Rajah 4.2 menunjukkan kaedah yang digunakan oleh seorang pekebun untuk merangsang pemasakan buah pisang.
b(i)
Namakan fitohormon yang terdapat dalam guni tersebut.
1 marks
b(ii)
Terangkan kaedah tersebut.
2 marks
c
Rajah 4.3 menunjukkan gerak balas sejenis tumbuhan karnivor.
Nyatakan **dua** perbezaan antara gerak balas dalam Rajah 4.1 dengan gerak balas dalam Rajah 4.3.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan sel J dan proses K yang terdapat dalam sistem pembiakan wanita.
Berdasarkan Rajah 5.1
a(i)
Kenal pasti sel J dan proses K.
Sel J: …
Proses K: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan apa yang berlaku semasa proses K.
1 marks
b
Seorang wanita berumur 52 tahun telah mengalami menopaus dan mendapat simptom seperti sering berpeluh, perubahan emosi dan penurunan ketumpatan tulang. Doktor mencadangkan Terapi Penggantian Hormon (HRT) untuk mengatasi masalah tersebut.
Terangkan bagaimana terapi hormon dapat membantu mengurangkan simptom menopaus tersebut.
3 marks
c
Rajah 5.2 menunjukkan kelenjar L yang terlibat dalam perembesan dua jenis hormon yang membantu proses pembiakan perempuan.
Bandingkan peranan kedua-dua hormon ini dalam mengawal perubahan dinding uterus sepanjang kitar haid seorang perempuan.
2 marks
68 marks
Rajah 6.1(a) dan Rajah 6.1(b) menunjukkan dua jenis variasi bagi tiga individu berbeza yang sebaya.
Berdasarkan Rajah 6.1(a),
a(i)
Nyatakan jenis variasi
1 marks
a(ii)
Berikan **satu** contoh lain bagi variasi yang dinyatakan dalam (a)(i).
1 marks
b
Nyatakan perbezaan antara variasi dalam Rajah 6.1(a) dan Rajah 6.1(b) berdasarkan kriteria berikut:
| Rajah 6.1 (a) | Kriteria | Rajah 6.1 (b) |
|---|---|---|
| … | Ciri perantara | … |
| … | Faktor yang mempengaruhi | … |
2 marks
c(i)
Rajah 6.2 menunjukkan rajah skema bagi kumpulan darah manusia.
Lengkapkan rajah skema di atas.
Nyatakan kebarangkalian mendapat anak kumpulan darah B.
*(Tulis isi bagi setiap kotak kosong: genotip induk dan gamet bagi kedua-dua induk.)*
Kebarangkalian: …
3 marks
c(ii)
Terangkan mengapa kumpulan darah AB ditunjukkan apabila genotip adalah I^A^I^B^.
1 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan perbezaan bacaan tekanan darah Encik P dalam dua situasi berbeza.
a(i)
Nyatakan nama reseptor yang terlibat dalam pengawal aturan tekanan darah.
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana proses kawal atur tekanan darah berlaku untuk mengembalikan nilai tekanan darah dalam situasi A kepada situasi B.
3 marks
b(i)
Dalam situasi A, Encik P turut mengalami perubahan tekanan osmosis darah. Terangkan mengapa berlaku perubahan dalam tekanan osmosis beliau dalam situasi tersebut.
2 marks
b(ii)
Setelah tamat larian, Encik P telah makan dua bungkus makanan ringan yang tinggi garam. Wajarkan tindakan Encik P tersebut.
3 marks
89 marks
a
Rajah 8.1 menunjukkan teknik K yang dijalankan oleh En. M bagi menghasilkan anak pokok dalam masa yang singkat.
Terangkan teknik bagi menghasilkan anak pokok ini.
3 marks
b(i)
Rajah 8.2(a) dan 8.2(b) menunjukkan dua susunan kromosom pada satah khatulistiwa semasa meiosis.
Nyatakan perbezaan bagi Rajah 8.2(a) dan Rajah 8.2(b) berdasarkan aspek yang diberikan
| Rajah 8.2(a) | Aspek | Rajah 8.2(b) |
|---|---|---|
| … | Perlakuan kromosom | … |
| … | Bilangan sel anak yang terbentuk | … |
2 marks
b(ii)
Rajah 8.3 menunjukkan proses sitokinesis yang berlaku sebaik sahaja selepas nukleus terbentuk. Proses ini berbeza antara sel X dan sel Y.
Bezakan proses tersebut dalam kedua-dua sel X dan sel Y.
2 marks
c
Rajah 8.4 menunjukkan satu poster sempena Hari Kanser Sedunia bagi tahun 2025 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cadangkan **dua** langkah pencegahan penyakit kanser yang boleh diamalkan oleh masyarakat.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan sejenis organisma yang banyak terdapat dalam persekitaran kita.
Berdasarkan pengetahuan Biologi anda, nyatakan **dua** ciri organisma dalam Rajah 9.1
2 marks
Rajah 9.2 menunjukkan beberapa organisma yang terlibat dalam kitar nitrogen.
b(i)
Bakteria dan kulat merupakan contoh mikroorganisma yang menjalankan proses X. Proses X akan terganggu pada musim sejuk dan akan mempengaruhi keperluan nitrogen dalam tumbuhan.
Terangkan.
8 marks
b(ii)
Terangkan perbezaan antara proses Y dan proses Z dalam Rajah 9.2.
4 marks
c
Fenomena eutrofikasi dan pencemaran terma merupakan satu ancaman kepada alam sekitar. Terangkan perkaitan antara fenomena eutrofikasi dan pencemaran terma menyumbang kepada peningkatan nilai keperluan oksigen biokimia (BOD).
6 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan laluan impuls saraf dalam suatu tindakan refleks.
a(i)
Terangkan kepentingan tindakan refleks.
2 marks
a(ii)
Terangkan perbezaan neuron R dan neuron S.
4 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan seorang remaja lelaki yang teruja menaiki permainan di sebuah taman tema.
Dia berasa risau dan takut. Huraikan bagaimana kelenjar adrenal bergerak balas dalam menghadapi situasi tersebut.
8 marks
c
Maklumat berikut merupakan dua sistem yang berbeza berkaitan koordinasi dan gerak balas manusia.
**Sistem P:** Jaringan komunikasi kompleks yang terdiri daripada sel neuron, otak dan saraf tunjang yang berfungsi menyelaras tindakan terkawal dan tindakan luar kawal, memproses maklumat dan menghantar impuls ke seluruh badan.
**Sistem Q:** Jaringan kelenjar endokrin tanpa duktus yang merembeskan hormon terus ke dalam aliran darah bagi mengawal atur fungsi badan seperti pertumbuhan, pembiakan, metabolism dan homeostasis.
Banding bezakan sistem P dan sistem Q.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan sistem pencernaan manusia.
a(i)
Nasi mengandungi kanji.
Terangkan peranan kelenjar Q dalam pencernaan nasi di P.
3 marks
a(ii)
Seorang individu mempunyai batu hempedu seperti dalam Rajah 11.1.
Terangkan kesan keadaan ini kepada
- Pencernaan lipid dalam R
- Proses penyahtinjaan individu tersebut
7 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan satu set nasi dagang.
Individu U yang mengidap penyakit kardiovaskular mengambil satu set nasi dagang sebagai sarapan setiap hari dalam jangka masa yang panjang.
Wajarkan diet itu terhadap kesihatannya.
6 marks
c
Encik Y mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) yang obes. Beliau telah mencuba pelbagai kaedah diet tetapi tidak berjaya. Doktor telah mencadangkan supaya Encik Y menjalani pembedahan bagi mengurangkan berat badannya. Sebahagian daripada organ pencernaannya yang tertentu perlu dibuang.
- Cadangkan organ pencernaan yang perlu dibuang
- Terangkan bagaimana pembedahan ini dapat mengurangkan berat badan Encik Y
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open