Rajah 1.1 menunjukkan sebahagian daripada sistem pencernaan manusia.
a(i)
Nyatakan nama aras organisasi bagi K.
1 marks
a(ii)
Terangkan **satu** penyesuaian struktur K untuk memudahkan penyerapan nutrien.
2 marks
b(i)
Berdasarkan Rajah 1.1, nyatakan cara penyerapan makanan tercerna tersebut.
1 marks
b(ii)
Seorang individu sering mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak baik seperti sering berbaring selepas mengambil makanan yang banyak dan cepat. Beliau mengalami loya, rasa hendak muntah dan pedih hulu hati.
Terangkan mengapa simptom itu berlaku?
2 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan proses pembentukan dan penguraian lipid.
a(i)
Nyatakan nama bagi struktur berlabel J dan proses K.
J: …
K: …
2 marks
a(ii)
Lengkapkan Rajah 2.1 dengan melukis molekul L dalam ruangan yang disediakan. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bahagian-bahagian molekul L dan bagaimana bahagian itu bercantum.)*
1 marks
b
Nyatakan **satu** kepentingan lipid dalam pengawalaturan suhu badan.
1 marks
c
Rajah 2.2 menunjukkan enzim X yang digunakan dalam suatu detergen.
Terangkan bagaimana tindakan enzim X dalam detergen itu membantu menghilangkan kotoran tersebut.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan pengelasan tumbuhan berdasarkan habitat.
a(i)
Lengkapkan Rajah 3.1. *(Tulis nama kumpulan tumbuhan bagi kotak (a)(i) di kanan atas dan kotak (a)(i) di kiri bawah.)*
2 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** ciri akar tumbuhan xerofit.
1 marks
Rajah 3.2 menunjukkan suatu tumbuhan hidrofit yang hidup di permukaan air yang terdedah kepada cahaya matahari.
b(i)
Terangkan **satu** ciri penyesuaian yang terdapat pada tumbuhan tersebut untuk meningkatkan proses fotosintesis.
Penyesuaian: …
Penerangan: …
2 marks
b(ii)
Rajah 3.3 menunjukkan kawasan kebun sayur Encik X yang terletak berdekatan dengan kilang bateri. Encik X menggunakan sumber air di kawasan tersebut untuk menyiram tanamannya.
Encik X membiakkan tumbuhan Rajah 3.3 di dalam sumber air tersebut bertujuan untuk merawat air.
Terangkan kekurangan penggunaan tumbuhan tersebut untuk merawat sumber air.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan keratan membujur sebahagian bunga.
a(i)
Kenalpasti struktur X.
1 marks
a(ii)
Nyatakan nama organ pembiakan bagi struktur X.
1 marks
b
Bunga dalam rajah di atas mempunyai banyak karpel.
Nyatakan jenis buah yang akan terbentuk sekiranya semua ovul dalam karpel tersebut disenyawakan.
1 marks
c
Rajah 4.2 menunjukkan keratan membujur sebahagian ovul selepas pendebungaan.
Bezakan proses yang akan berlaku apabila gamet jantan P dan gamet jantan Q memasuki pundi embrio berdasarkan aspek berikut:
| Gamet jantan P | Gamet jantan Q |
|---|---|
| Mempersenyawakan sel telur | … |
| … | Menghasilkan nukleus triploid |
*(Lengkapkan dua petak kosong dalam jadual.)*
2 marks
d
Rajah 4.3 menunjukkan keratan membujur sekuntum bunga semasa proses pendebungaan.
Persaingan antara debunga menyebabkan sebahagian debunga tidak dapat bercambah.
Terangkan kesannya kepada bilangan biji benih yang akan terbentuk.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan bahagian kulit seorang individu yang tercucuk jarum tercemar. Bahagian tersebut membengkak, menjadi merah dan sakit.
a(i)
Berdasarkan Rajah 5.1, nyatakan dua ciri barisan pertahanan tersebut.
1. …
2. …
2 marks
a(ii)
Bahan Y dibebaskan oleh tisu yang rosak akibat terkena jarum. Gerak balas keradangan dicetuskan dengan serta-merta.
Terangkan kepentingan gerak balas tersebut.
3 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan mekanisme pertahanan badan manusia.
Lengkapkan Rajah 5.2 dalam kotak yang disediakan. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: sel yang anda lukis dalam kotak itu, apa yang terdapat di dalamnya, dan label yang anda tulis.)*
1 marks
c
Rajah 5.3(a) dan Rajah 5.3(b) menunjukkan jenis mekanisme tindakan antibodi terhadap antigen dalam badan manusia.
Terangkan perbezaan tindakan antara antibodi X dan antibodi Y terhadap antigen.
2 marks
68 marks
Rajah 6.1(a) dan 6.1(b) menunjukkan dua jenis gerak balas yang berlaku pada dua tumbuhan yang berbeza.
a(i)
Nyatakan nama bagi gerak balas pada:
| Rajah | Gerak balas |
|---|---|
| Rajah 6.1(a) | … |
| Rajah 6.1(b) | … |
2 marks
a(ii)
Terangkan gerak balas yang berlaku pada tumbuhan dalam Rajah 6.1(a).
2 marks
b
Rajah 6.2 menunjukkan graf kesan kepekatan auksin terhadap pertumbuhan pucuk dan akar sejenis tumbuhan.
Berdasarkan Rajah 6.2, terangkan perbezaan gerak balas pertumbuhan pucuk dan akar pada Z.
2 marks
c
Seorang pengusaha nurseri bunga telah menggunakan sejenis fitohormon semasa proses pembiakan aseks yang menggunakan keratan batang pokok bunga ros.
Rajah 6.3 menunjukkan proses yang dijalankan oleh pengusaha nurseri bunga tersebut.
Berdasarkan Rajah 6.3, terangkan kesan hormon auksin terhadap perkembangan keratan batang pokok bunga ros tersebut.
2 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan profil hutan gunung dengan altitud yang berbeza.
a
Nyatakan **satu** kesan faktor abiosis apabila altitud hutan gunung semakin meningkat.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 7.1, nyatakan perbezaan tumbuhan S dan tumbuhan T yang hidup pada altitud yang berlainan.
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan empat lapisan dalam ekosistem hutan hujan tropika.
Satu jenis interaksi telah berlaku di zon lapisan tengah dan zon lantai hutan melibatkan tumbuhan yang berlainan spesies.
Bincangkan jenis interaksi tersebut.
3 marks
d
Rajah 7.3 menunjukkan satu keratan akhbar mengenai saranan bagi menghentikan pencerobohan hutan untuk tujuan pembangunan.
Wajarkan saranan ini terhadap pengekalan biodiversiti.
3 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan kariotip dua individu yang berlainan.
a
Bezakan Individu X dan Individu Y dari segi keabnormalan kromosom.
2 marks
Talasemia ialah penyakit genetik yang disebabkan oleh mutasi atau pelenyapan gen yang mengawal pembentukan hemoglobin.
Rajah 8.2 menunjukkan seorang lelaki pembawa talasemia berkahwin dengan perempuan pembawa talasemia.
b(i)
Nyatakan peratus fenotip anak yang mengidap talasemia.
1 marks
b(ii)
Pengidap talasemia mempunyai simptom mudah penat, muka pucat dan lesu.
Terangkan mengapa simptom itu berlaku.
2 marks
b(iii)
Cadangkan **satu** gaya hidup yang boleh diamalkan oleh pengidap talasemia dan berikan alasan.
2 marks
c
Rajah 8.3 menunjukkan mutasi gen yang berlaku pada sebahagian rantai DNA yang boleh menyebabkan penyakit anemia sel sabit.
Berdasarkan Rajah 8.3, terangkan bagaimana penyakit anemia sel sabit boleh berlaku.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan organ S seorang individu yang gagal berfungsi untuk merembeskan sejenis hormon. Ini menyebabkan beliau mengidap penyakit P dan menunjukkan simptom cepat letih, kerap haus dan mengalami penurunan berat badan.
Terangkan penyakit P.
4 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan graf aras glukosa dalam darah bagi individu M yang mengamalkan Puasa Berselang.
Berdasarkan Rajah 9.2, bandingkan proses kawal atur aras glukosa dalam darah yang berlaku di P dan Q.
5 marks
c(i)
Rajah 9.3 menunjukkan struktur nefron.
Jadual 1 menunjukkan kandungan hasil turasan dalam struktur X dan Y.
| Bahan | Struktur X | Struktur Y |
|---|---|---|
| Glukosa | 1.0 (g/dm^3^) | 0.0 (g/dm^3^) |
| Asid Amino | 1.5 (g/dm^3^) | 0.0 (g/dm^3^) |
| Urea | 0.3 (g/dm^3^) | 0.3 (g/dm^3^) |
Jadual 1
Terangkan bagaimana kandungan hasil turasan yang terdapat dalam struktur X dan struktur Y berbeza.
3 marks
c(ii)
Rajah 9.4 menunjukkan nasihat yang diberikan oleh seorang doktor kepada pesakitnya yang menderita penyakit batu karang.
> "Anda perlu mengurangkan pengambilan daging merah dan makanan laut."
Wajarkan nasihat yang diberikan oleh doktor tersebut.
3 marks
d
Rajah 9.5 menunjukkan proses kawal atur tekanan darah pada dua orang individu berbeza iaitu Individu R dan Individu S.
Bezakan proses kawal atur tekanan darah yang berlaku pada Individu R dan Individu S.
5 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan dua varieti pokok jagung P dan Q.
Seorang petani telah menanam biji benih daripada pokok jagung P. Dia berharap semua anak pokok yang dihasilkan akan mempunyai saiz tongkol jagung yang sama seperti pokok P.
Selepas dua bulan, petani tersebut mendapati saiz tongkol jagung yang terhasil adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.2.
a(i)
Berdasarkan Rajah 10.2, tentukan nisbah fenotip bagi saiz tongkol jagung yang terhasil.
1 marks
a(ii)
Nyatakan trait dominan bagi saiz tongkol jagung itu.
Terangkan.
2 marks
a(iii)
Rajah 10.3 menunjukkan satu contoh lain sebahagian rajah skema kacukan antara pokok kacang pea berbiji bulat dan kuning dengan pokok kacang pea berbiji kedut dan hijau.
| | |
|---|---|
| Induk | Pokok kacang pea yang berbiji bulat dan warna kuning **X** Pokok kacang pea yang berbiji kedut dan warna hijau |
| | ↓ |
| Generasi filial pertama F1 | Semua pokok kacang pea berbiji bulat dan kuning |
Rajah 10.3
Bandingkan kacukan Rajah 10.1 dengan kacukan Rajah 10.3.
10 marks
c
Rajah 10.4 menunjukkan sebahagian langkah-langkah dalam teknik kejuruteraan genetik untuk menghasilkan ubi kentang transgenik. Ubi kentang transgenik merupakan satu contoh makanan terubahsuai genetik (GMF) yang dihasilkan supaya ubi kentang rintang pada suhu yang rendah.
Huraikan teknik kejuruteraan genetik dalam penghasilan ubi kentang transgenik.
7 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Rajah 11.1 menunjukkan kitaran penularan patogen X oleh nyamuk Y yang menyebabkan individu dijangkiti mengalami demam pada waktu malam dan jaundis.
Berdasarkan Rajah 11.1, terangkan penyakit yang disebabkan oleh patogen X.
3 marks
b
Organisma dikelaskan kepada enam alam.
Rajah 11.2 menunjukkan organisma dalam alam yang berbeza.
Berdasarkan Rajah 11.2, bina satu kekunci dikotomi menggunakan bentuk kekunci labah-labah. *(Huraikan kekunci dikotomi anda dalam perkataan: setiap pecahan dua cabang dari atas ke bawah — ciri yang membezakan kedua-dua cabang — dan organisma yang terletak di hujung setiap cabang.)*
7 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan carta pai keluasan tanah pertanian di negeri Z yang telah dibangunkan menjadi kawasan perindustrian dan penempatan dari tahun 2000 hingga tahun 2020.
Bincangkan kebaikan dan keburukan akibat pembangunan ini terhadap ekonomi dan persekitaran.
6 marks
d
> **TANAH PERTANIAN BERTUKAR HUTAN BATU**
>
> Prof Madya Dr. Normaz Wana binti Ismail dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, kekurangan tanah pertanian semakin serius berikutan proses urbanisasi.
>
> Masalah tanah pertanian yang semakin berkurangan di negara ini boleh memberi kesan kepada keselamatan makanan negara.
>
> (Sumber: Harian Metro)
Berdasarkan petikan artikel di atas, cadangkan **dua** kaedah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memenuhi satu komponen sekuriti makanan iaitu ketersediaan makanan kepada penduduk.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open