Terangkan kesan kepada sel tumbuhan jika komponen sel R tiada.
2 marks
26 marks
Rajah 2.1 menunjukkan pengelasan tisu tumbuhan.
a(i)
Namakan tisu P dan Q.
Tisu P: …
Tisu Q: …
2 marks
a(ii)
Namakan **satu** tisu yang membentuk tisu vaskular.
1 marks
Rajah 2.2 menunjukkan dua jenis tumbuhan yang berbeza kitar hidupnya.
b(i)
Namakan jenis tumbuhan R berdasarkan kitar hidupnya.
1 marks
b(ii)
Nyatakan **dua** perbezaan antara tumbuhan R dan tumbuhan S.
2 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan pemerhatian jalur sawi yang diletakkan dalam larutan sukrosa yang berlainan kepekatan selepas direndam selama 20 minit.
a(i)
Berdasarkan Rajah 3.1, nyatakan jenis larutan X dan Z.
Larutan X: …
Larutan Z: …
2 marks
a(ii)
Lukis dan label satu sel sawi yang direndam dalam larutan Z. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: keadaan dinding sel, membran plasma, sitoplasma dan vakuol, serta label yang anda tulis.)*
2 marks
b
Kimchi merupakan makanan tradisional masyarakat Korea dan menjadi ikon Korea di serata dunia.
Rajah 3.2 menunjukkan tiga langkah penyediaan kimchi daripada kubis.
Terangkan bagaimana langkah pertama berkesan dalam pengawetan kubis.
3 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk mengkaji kesan nutrien ke atas pertumbuhan anak benih jagung.
a(i)
Nyatakan **dua** unsur makronutrien yang terdapat di dalam larutan kultur Knop.
2 marks
a(ii)
Kekurangan makronutrien X menyebabkan pertumbuhan akar anak benih jagung yang tidak sihat.
Apakah makronutrien X?
1 marks
Rajah 4.2 menunjukkan satu graf penggunaan baja dunia dari tahun 1950 hingga tahun 2013.
Berdasarkan graf pada Rajah 4.2,
b(i)
Terangkan kesan penggunaan baja ke atas kualiti air.
2 marks
b(ii)
Cadangkan satu cara bagi mengatasi masalah dinyatakan di 4(b)(i). Terangkan jawapan anda.
2 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan perubahan yang berlaku dalam satu kitar haid.
a(i)
Namakan hormon P.
1 marks
a(ii)
Nyatakan peranan hormon P dalam kitar haid.
1 marks
b
Terangkan hubungan antara aras hormon Q dan perubahan dinding endometrium pada hari ke-14 hingga hari ke-21.
2 marks
c
Puan S mengambil pil perancang bagi mencegah kehamilan. Pil tersebut mengandungi hormon Q dan sedikit hormon P. Doktor menasihati beliau supaya mengambil pil tersebut pada hari pertama kedatangan haid dan berhenti pada hari ke-22.
Terangkan bagaimana pengambilan pil perancang dapat menghalang kehamilan.
2 marks
d
Selepas ovulasi, korpus luteum terbentuk. Keadaan korpus luteum dan ketebalan dinding endometrium bergantung kepada persenyawaan di antara ovum dan sperma.
Nyatakan perbezaan bagi keadaan korpus luteum dan dinding endometrium dalam situasi berikut:
| Situasi | Persenyawaan berlaku | Persenyawaan tidak berlaku |
|---|---|---|
| Keadaan korpus luteum | | |
| Keadaan dinding endometrium | | |
2 marks
68 marks
Rajah 6 menunjukkan salah satu peringkat dalam mekanisme pernafasan manusia.
a(i)
Namakan peringkat mekanisme pernafasan dalam Rajah 6.
1 marks
a(ii)
Terangkan tindakan otot X semasa peringkat mekanisme pernafasan tersebut.
2 marks
Mekanisme pernafasan tersebut diperlukan untuk penyingkiran gas Y dari peparu. Gas Y diangkut oleh sistem peredaran darah dalam tiga cara ke peparu.
b(i)
Nyatakan **satu** cara pengangkutan gas Y.
1 marks
b(ii)
Terangkan pengangkutan gas Y dari sel badan ke dalam kapilari darah.
2 marks
c
Penyakit asma dan bronkitis kronik merupakan penyakit yang berkaitan sistem respirasi manusia.
Beri **satu** persamaan dan **satu** perbezaan di antara kedua-dua penyakit tersebut.
2 marks
79 marks
Rajah 7 menunjukkan sistem pencernaan manusia.
a(i)
Nyatakan **satu** fungsi P.
1 marks
a(ii)
Namakan **satu** enzim yang terdapat di dalam jus yang dirembeskan oleh Q.
1 marks
b
Huraikan proses pencernaan lipid dalam P.
2 marks
c
Encik X disahkan mengalami batu hempedu yang menyebabkan kesakitan yang teruk. Doktor menasihatkan agar pembedahan dilakukan dengan segera.
Terangkan bagaimana pencernaan lipid terjejas jika pundi hempedu dibuang.
3 marks
d
Cadangkan cara penyediaan makanan yang sesuai bagi Encik X. Terangkan jawapan anda.
2 marks
89 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sistem peredaran darah dalam satu organisma.
a(i)
Namakan struktur J.
1 marks
a(ii)
Terangkan jenis sistem peredaran darah organisma tersebut.
2 marks
a(iii)
Terangkan **satu** perbezaan di antara sistem peredaran organisma tersebut berbanding sistem peredaran manusia.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan mekanisme pembekuan darah yang berlaku apabila terdapat kecederaan pada salur darah.
b(i)
Terangkan bagaimana enzim K bertindak membentuk jaringan L pada permukaan luka yang memerangkap eritrosit dan menutup luka tersebut.
2 marks
b(ii)
Terangkan akibat jika mekanisme tersebut gagal berfungsi.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 dan Rajah 9.2 menunjukkan dua jenis variasi yang dikaji oleh murid tingkatan 5.
Jadual 1 menunjukkan hasil kajian tersebut.
| Julat panjang jengkal / cm | 15 – 16 | 17 – 18 | 19 – 20 | 21 – 22 | 23 – 24 |
|---|---|---|---|---|---|
| Bilangan murid | 3 | 10 | 12 | 4 | 1 |
| Ciri | Kebolehan menggulung lidah | |
|---|---|---|
| Trait | Boleh | Tidak boleh |
| Bilangan murid | 20 | 10 |
Jadual 1
a(i)
Nyatakan jenis variasi bagi Rajah 9.1 dan Rajah 9.2.
2 marks
a(ii)
Terangkan perbezaan jenis graf yang diperoleh berdasarkan Jadual 1.
2 marks
a(iii)
Kebolehan menggulung lidah adalah ciri yang boleh diwariskan dari induk kepada anak.
Berdasarkan Hukum Mendel Pertama, lukis rajah skema untuk menunjukkan pewarisan kebolehan menggulung lidah jika ayah dan ibu adalah heterozigot. *(Huraikan rajah skema anda dalam perkataan: induk, fenotip dan genotip induk, meiosis dan gamet, persenyawaan, genotip dan fenotip anak, serta nisbah.)*
6 marks
b
Rajah 9.3 menunjukkan suatu penyakit yang disebabkan oleh mutasi dalam manusia.
Bincangkan tentang faktor yang menyebabkan penyakit tersebut dan kesannya kepada kesihatan individu.
10 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan penghantaran impuls saraf merentasi celah L.
a(i)
Nyatakan bahan M dan **satu** contoh bahan M.
2 marks
a(ii)
Terangkan penghantaran impuls merentasi celah L.
2 marks
b
Rajah 10.2(a) dan Rajah 10.2(b) menunjukkan dua jenis dadah yang berbeza kategori.
Huraikan bagaimana dua jenis dadah ini mempengaruhi penghantaran impuls saraf merentasi celah L.
6 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan dua situasi berbeza yang dialami oleh individu P dan individu Q.
Banding dan bezakan mekanisme homeostasis yang berlaku dalam badan individu P dan individu Q untuk mengawal atur suhu badan mereka.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Rajah 11.1 menunjukkan keadaan yang dialami oleh seorang wanita yang hamil. Wanita tersebut mendapatkan nasihat doktor berkaitan simptom yang dialami seperti kaki yang bengkak.
Berdasarkan Rajah 11.1, bincangkan bagaimana kehamilan menyebabkan simptom kaki yang bengkak.
5 marks
Rajah 11.2 menunjukkan perkembangan pembentukan plak pada dinding dalam arteri.
b(i)
Namakan penyakit yang berlaku kepada salur darah tersebut dan bahan yang membentuk plak tersebut.
2 marks
b(ii)
Jika penyakit yang berlaku dalam Rajah 11.2 melibatkan arteri koronari, bincangkan kesan keadaan tersebut kepada sistem kardiovaskular.
3 marks
Rajah 11.3 menunjukkan keadaan yang dialami oleh ibu dan fetus semasa kehamilan. Ibu mempunyai kumpulan darah Rhesus negatif manakala fetus mewarisi kumpulan darah bapa iaitu Rhesus positif.
c(i)
Bincangkan mengapa fetus pada kehamilan seterusnya mengalami komplikasi yang teruk berbanding fetus pada kehamilan pertama.
6 marks
c(ii)
Cadangkan rawatan yang perlu diambil oleh ibu bagi mengatasi masalah berkaitan faktor Rhesus semasa kehamilan akibat kumpulan darah ibu dan anak yang berbeza.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open