Negeri Sembilan Trial 2022 Biology Kertas 2 · MPSM
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Biology
Negeri Sembilan Trial 2022 Biology Kertas 2 · MPSM
Negeri Sembilan Trial MPSM · 2022
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
16 marks
Rajah 1 menunjukkan struktur suatu *Paramecium* sp.
a
Nyatakan peringkat organisasi sel bagi *Paramecium* sp.
1 marks
b
Padankan **P** kepada fungsi yang betul.
- Pemakanan
- Pergerakan
- Pengosmokawalaturan
1 marks
c
Terangkan mengapa kandungan air dalam P bertambah apabila *Paramecium* sp. itu berada dalam kolam air tawar.
2 marks
d
Dalam satu aktiviti, seorang pelajar meletakkan *Paramecium* sp. itu dalam air laut dan didapati *Paramecium* sp. itu mati.
Terangkan.
2 marks
26 marks
Rajah 2 menunjukkan permukaan dalam dinding perut dilapisi oleh sel epitelium yang mengalami pengubahsuaian struktur dan fungsi untuk membentuk kelenjar gaster.
a
Namakan sel P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
b(i)
Nyatakan bahan yang dirembeskan oleh sel parietal.
1 marks
b(ii)
Nyatakan satu fungsi bahan yang dirembeskan 2 (b)(i).
1 marks
c(i)
Nyatakan kelas makanan yang dicernakan di dalam perut.
1 marks
c(ii)
Tuliskan persamaan perkataan bagi proses pencernaan di 2(c)(i).
1 marks
37 marks
Rajah 3.1 menunjukkan pergerakan air dari dalam tanah ke salur xilem.
a(i)
Namakan proses yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.
1 marks
a(ii)
Terangkan proses di 3(a)(i).
2 marks
b
Suatu tumbuhan di beri baja berlebihan. Terangkan kesan baja berlebihan ke atas tumbuhan tersebut.
2 marks
c
Proses penyahgaraman adalah satu proses untuk menghasilkan air tawar dari air laut. Rajah 3.2 menunjukkan proses penyahgaraman untuk mendapatkan air tawar yang tulen dari air laut.
Berdasarkan Rajah 3.2, terangkan proses tersebut.
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan keratan rentas bonggol sinaps.
a
Namakan struktur berlabel X dan Y.
X: …
Y: …
2 marks
b
Mengapakah bonggol sinaps mengandungi banyak struktur X?
1 marks
c
Terangkan mengapa penghantaran impuls saraf adalah dalam satu arah sahaja.
3 marks
d
Barbiturat adalah ubat penenang yang digunakan di dalam bidang psikiatrik. Nyatakan satu kesan barbiturat kepada penghantaran impuls melalui sinaps.
1 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan satu peringkat pembahagian sel yang berlaku dalam organ pembiakan manusia.
Berdasarkan Rajah 5.1
a(i)
Namakan jenis pembahagian sel tersebut.
1 marks
a(ii)
Terangkan perlakuan kromosom yang berlaku.
2 marks
Rajah 5.2 menunjukkan kariotip bagi satu penyakit genetik.
b(i)
Namakan penyakit genetik tersebut.
1 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana struktur J dalam Rajah 5.1 menyebabkan penyakit genetik yang dinamakan dalam 5(b)(i).
4 marks
68 marks
Rajah 6 menunjukkan satu biji benih yang diletakkan secara mendatar dalam tanah.
a(i)
Dalam ruang yang disediakan di bawah, lukis keputusan yang dijangkakan bagi hujung akar dan hujung pucuk selepas beberapa hari. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: arah pertumbuhan hujung akar dan arah pertumbuhan hujung pucuk.)*
1 marks
a(ii)
Jelaskan apakah yang berlaku pada hujung akar.
3 marks
b
Namakan jenis gerak balas yang ditunjukkan oleh hujung akar.
1 marks
c
Seorang murid meletakkan buah mangga muda bersama-sama pisang yang ranum di dalam bekas tertutup pada suhu bilik.
Ramalkan perubahan yang berlaku pada buah mangga muda tersebut.
Terangkan jawapan anda.
3 marks
79 marks
Rajah 7.1 menunjukkan rajah genetik bagi kacukan antara pokok kacang pis tinggi, biji bulat dengan pokok kacang pis rendah, biji kedut.
a(i)
Lengkapkan Rajah 7.1 dengan melukis gamet yang dihasilkan. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan kromosom dalam setiap gamet dan alel yang dibawa oleh kromosom itu, bagi setiap induk.)*
2 marks
a(ii)
Apakah fenotip bagi tumbuhan di generasi F~1~?
1 marks
b(i)
Gamet dari generasi F~1~ dikacukkan dengan pokok kacang pis rendah dan biji kedut.
Tentukan genotip bagi generasi F~2~ dengan menggunakan Segiempat Punnett. *(Huraikan Segiempat Punnett anda dalam perkataan: tajuk baris dan lajur, gamet di setiap tajuk, dan genotip dalam setiap petak.)*
4 marks
b(ii)
Tentukan peratus tumbuhan homozigot resesif dalam generasi F~2~.
1 marks
b(iii)
Tentukan nisbah fenotip pokok kacang pis dalam generasi F~2~.
1 marks
89 marks
Rajah 8 menunjukkan keratan rentas sehelai daun tumbuhan.
a
Nyatakan **dua** perbezaan struktur antara sel B dan sel mesofil berspan dalam Rajah 8.
| Sel B | Sel mesofil berspan |
|---|---|
| 1. … | 1. … |
| 2. … | 2. … |
2 marks
b
Permukaan A dan C pada daun ditutupi lumpur selepas berlaku banjir. Terangkan kesannya terhadap kadar fotosintesis.
2 marks
c
Tindakan petani menanam tumbuhan di dalam rumah hijau dapat meningkatkan kadar fotosintesis.
Wajarkan tindakan tersebut.
3 marks
d
Pada titik pampasan, kadar fotosintesis dan kadar respirasi sel adalah sama.
Nyatakan kesannya terhadap pertumbuhan tumbuhan. Terangkan.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Hormon adalah bahan kimia yang mengawal atur fungsi khas dalam badan seperti kitar haid. Perubahan aras hormon ini memberi kesan kepada perkembangan folikel dan perubahan ketebalan endometrium sepanjang satu kitar haid.
Terangkan peranan hormon-hormon yang terlibat dalam kitar haid.
4 marks
b
Rajah 9.1 menunjukkan proses persenyawaan dan perkembangan zigot dalam sistem pembiakan perempuan.
Berdasarkan rajah di atas, terangkan proses persenyawaan dan perkembangan awal embrio sehingga penempelan berlaku di uterus.
6 marks
c
Pertumbuhan organisma merupakan proses kekal serta tidak berbalik yang melibatkan pertambahan bilangan sel, saiz, isi padu dan jisim badan organisma. Pertumbuhan ini dapat dilihat dengan memplotkan parameter pertumbuhan melawan masa. Terdapat enam fasa dalam lengkung sigmoid iaitu:
- Fasa permulaan
- Fasa pertumbuhan pesat
- Fasa pertumbuhan perlahan
- Fasa matang
- Fasa penuaan
- Fasa kematian
Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan enam fasa dalam lengkung pertumbuhan sigmoid.
10 marks
1020 marks
a
Rajah 10 menunjukkan keadaan sel darah merah bagi seorang individu yang menghidap suatu penyakit genetik disebabkan oleh mutasi.
Namakan penyakit genetik dan jenis mutasi yang dihidapi oleh individu tersebut. Terangkan bagaimana mutasi ini berlaku.
4 marks
b
> Variasi ialah perbezaan ciri dalam organisma daripada populasi atau spesies yang sama. Punca variasi antara organisma adalah faktor genetik dan faktor persekitaran.
Berdasarkan penyataan di atas, huraikan bagaimana faktor genetik menyumbang kepada variasi.
10 marks
c
Jisim badan dan kumpulan darah adalah dua jenis variasi.
Jadual 10.1 dan Jadual 10.2 menunjukkan data jisim badan dan kumpulan darah bagi pelajar Tingkatan 4 Melur.
| Jisim badan (kg) | Bilangan pelajar |
|---|---|
| 36-40 | 2 |
| 41-45 | 4 |
| 46-50 | 7 |
| 51-55 | 11 |
| 56-60 | 8 |
| 61-65 | 5 |
| 66-70 | 3 |
| Jumlah | 40 |
Jadual 10.1
| Jenis kumpulan darah | Bilangan pelajar |
|---|---|
| A | 8 |
| B | 10 |
| AB | 2 |
| O | 20 |
| Jumlah | 40 |
Jadual 10.2
Nyatakan perbandingan di antara dua jenis variasi tersebut.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11 menunjukkan tiga cara pencegahan penularan virus semasa pandemik COVID-19.
a(i)
Terangkan bagaimana cara pencegahan yang ditunjukkan dalam Rajah 11 dapat menghalang penularan COVID-19.
6 marks
a(ii)
> Malaysia telah memasuki fasa peralihan ke endemik Covid-19 bermula pada 1 April, 2022. Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa fasa peralihan ke endemik ini, pemakaian pelitup muka masih digalakkan kepada semua individu di dalam bangunan yang tertutup manakala penjarakan fizikal tidak lagi diperlukan.
Bincangkan pernyataan di atas.
4 marks
b
Maklumat di bawah adalah mengenai vaksinasi bagi mereka yang berhasrat untuk mengerjakan haji.
> Setiap tahun, jutaan orang dari serata dunia berhimpun di Mekah bagi mengerjakan haji. Di samping vaksinasi Covid-19, semua jemaah haji diwajibkan untuk mendapat vaksinasi terhadap penyakit meningokokal sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tiba di Arab Saudi. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria *Neisseria meningitidis* yang menyebabkan keradangan pada membran otak dan septisemia (keracunan darah). Ia boleh menyebabkan maut jika tidak dirawat. Vaksin ini membekalkan keimunan kepada badan selama dua tahun.
Berdasarkan maklumat di atas, wajarkan keperluan vaksinasi tersebut.
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open