Selangor Trial 2022 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Selangor Trial 2022 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
Selangor 州试卷 Set 1 · 2022
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
16 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Ruang bagi golongan remaja menceburi bidang keusahawanan ini amat luas. Bidang keusahawanan ialah bidang yang perlu diterokai oleh kebanyakan remaja. Remaja yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi juga boleh menceburi bidang keusahawanan walaupun masih bergelar pelajar. Dunia sekarang yang semakin moden dan sangat mencabar menuntut para remaja supaya berdikari dan berdaya kreatif. Keusahawanan dan perniagaan harus dijadikan satu daripada kerjaya pilihan dalam kalangan remaja supaya kebergantungan terhadap pasaran kerjaya makan gaji dapat dikurangkan dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran dalam masyarakat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ayuh, Jadilah Usahawan!’ oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim, *Dewan Siswa*, Bil. 7/2019
Senaraikan **kata penguat, kata bantu dan kata bilangan**. Kemudian anda dikehendaki membina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
6 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
**Koronavirus (Covid-19)** ialah penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus korona yang baru ditemui. <u>Kes pertama yang dilaporkan pada Disember 2019 di Wuhan, China.</u> <u>Warga emas, kanak-kanak dan penghidap penyakit kritikal seperti masalah jantung, diabetes, masalah pernafasan yang kronik berisiko tinggi untuk terkena jangkitan.</u> <u>Covid-19 berjangkit melalui transmisi zarah pernafasan manusia dan sentuhan.</u> Apabila berada dalam jarak yang dekat dengan pesakit yang mempunyai simptom, transmisi zarah akan mudah berlaku apabila mulut dan hidung mereka terdedah. Oleh hal yang demikian, kita perlu mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kebersihan diri untuk mengelakkan diri daripada jangkitan Covid-19.
Dipetik dan diubah suai daripada *Covid-19: Apa itu Covid-19*, https://sgs.upm.edu.my/artikel/
Tukarkan ayat yang bergaris kepada **ayat susunan songsang** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Iklan dan petikan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Bahan 1
5 分
Bahan 2
Kerjaya doktor merupakan kerjaya professional dan menjadi pilihan kebanyakan kanak-kanak di negara kita. Untuk melayakan anda menjadi seorang doktor, anda perlu mengikuti latihan khusus dan mendapatkan sijil atau pentauliahan perubatan, seperti contohnya Majlis Perubatan Malaysia, di samping sijil kedoktoran daripada mana-mana universiti yang disahkan oleh kerajaan. Doktor di bahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya doktor am, doktor pakar, doktor bedah dan doktor gigi. Kemahiran yang perlu ada kepada seorang doktor ialah mereka perlu mahir mendiagnosis dan membuat keputusan yang tepat terhadap penyakit seseorang. Oleh hal yang demikian, doktor perlulah peka dan mengambil berat terhadap keadaan pesakit.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Info dan Laluan Kerjaya Doktor’ daripada https://careercube.com.my/
6 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.”
Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai, maka Seri Nara Diraja berkisar ke tengah.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam *Antologi Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
6 分
56 分
Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa.
**Fandi:** Semalam, saya ternampak seekor ular berhampiran dengan bangunan terbengkalai itu.
**Mun Chew:** Bahaya tu Fandi.
**Devi:** Takutnya saya.
**Fandi:** Kita perlu laporkan hal ini kepada Tuk Ketua Nazri. Bolehlah beliau menghubungi pihak yang berkenaan untuk bertindak sebelum ada penduduk kampung yang menjadi mangsa kerana \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_.
**Mun Chew:** Saya setuju. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Pemilik bangunan terbengkalai itu juga mesti diberitahu hal ini. Dalam situasi ini, semua pihak perlu bekerjasama bagai \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_ untuk menyelesaikan masalah ini.
**Devi:** Kita mesti mengambil tindakan secepat mungkin, jangan pula \_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_ nanti pasti kita akan menyesal.
Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Betik atau *Caprica papaya* tergolong dalam herba gergasi yang boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter. Di Malaysia, pengamal perubatan tradisional Melayu menggunakan buah betik yang telah dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk untuk merawat masalah buasir, manakala buah betik yang muda dijadikan jus untuk mengawal masalah tekanan darah tinggi. Petua lain seperti jus kisaran daun betik berupaya melegakan sakit kepala, meredakan demam panas dan merawat asma. Daun betik juga dijadikan satu daripada ramuan herba untuk merawat kecacingan, penyakit kulit, mengurangkan sakit gastrik dan digunakan sebagai bahan mandian wanita selepas bersalin.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Betik Kontraseptif Semula Jadi’ oleh Chee Beng Jin, *Dewan Kosmik*, Bil. 5/2020
**Bahan 2**
Nama saintifik bagi pokok kerdas ialah *Archidendron bubalinum*. Pokok ini tergolong dalam keluarga Fabaceae, dan berkongsi keluarga yang sama dengan pokok jering (*Archidendron jiringa*). Pokok kerdas ialah pokok saka, iaitu pokok yang hidup lebih daripada semusim atau setahun dan malar hijau pada sepanjang tahun. Batang pokok kerdas dapat dijadikan sebagai kayu api serta papan lantai rumah dan bot. Dalam perubatan tradisional, buah kerdas dikatakan mampu merawat peringkat awal sakit jantung dan *mengurangkan paras* glukosa di dalam darah bagi penyakit kencing manis. Penggunaan buah kerdas sebagai ulam perlu dikawal. Buah ini tidak boleh diambil secara berlebihan atau kerap kerana dapat menyebabkan kegagalan buah pinggang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pokok Kerdas Rawat Keracunan Makanan’ oleh Mohd Nasir Mat Nor, *Dewan Kosmik*, Bil. 3/2019
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *mengurangkan paras*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, berikan kepentingan kedua-dua tumbuhan tersebut kepada masyarakat.
3 分
iii
Malaysia kaya dengan pelbagai pokok herba yang mempunyai pelbagai khasiat sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden.
Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh diambil oleh semua pihak bagi mempopularkan penggunaan ubat-ubatan berasaskan herba ini?
4 分
iv
Rakan anda terlalu mempercayai perubatan tradisional sehingga menolak perubatan moden, sedangkan penyakit yang dideritainya memerlukan rakan anda mendapatkan rawatan di klinik atau di hospital.
Sebagai rakan yang prihatin, nyatakan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meyakinkannya tentang perubatan moden.
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Setelah lima hari, Jeevan mengalami demam panas selepas berkelah di Hutan Lipur Pelangi. Dia hilang selera makan. Ibu Jeevan telah membawa Jeevan ke hospital. Dia selalu berasa loya dan muntah-muntah. Keadaan Jeevan membuatkan ibunya bimbang. Matanya berubah menjadi kekuning-kuningan. Jeevan terlantar di hospital dan diberikan rawatan rapi. Doktor mendapati Jeevan telah menghidap penyakit leptospirosis.
Setelah seminggu, Jeevan pun dibenarkan pulang. Dia berehat di rumah. Dua orang sahabatnya, Hilmi dan Hok Gie telah datang melawatnya. Jeevan sudah boleh berbual-bual dengan mereka. Sebelum ini, Jeevan tidak boleh terlalu banyak bercakap. Kalau banyak bercakap, dia akan terbatuk-batuk. Tekaknya pula akan terasa perit semasa menelan air liur.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahana Tikus’, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4
**Bahan 2**
**KEBERSIHAN**
Rakyat disaran jaga kebersihan,
untuk kebaikan dalam kehidupan.
Jaga kebersihan tanggungjawab bersama,
tanda muafakat mengikut agama.
Sekitar bersih senang dipandang,
senang beriadah setiap petang.
Mencintai kebersihan tidak rugi,
termasuk sekali penjagaan gigi.
Bersama jiran bersihkan halaman,
nanti selesa buat senaman.
Sampah banyak hati risau,
mata sakit *minda kacau*.
Kita jayakan kempen kebersihan,
matlamat utama menjaga kebersihan.
Amalan gotong-royong sangat mulia,
dapat menyatupadukan pelbagai manusia.
Tempat kotor lalat membiak,
penyakit bahaya pun semakin banyak.
Kebersihan cegah penyakit,
berjaga-jaga sebelum sakit.
Utamakan kebersihan setiap masa,
barulah pelancong pandang selesa.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kumpulan Gurindam: Budi Secantik Hati’ oleh Pena Mutiara
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *minda kacau*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan kesan sekiranya seseorang mengabaikan kebersihan, sama ada kebersihan diri ataupun persekitaran.
3 分
iii
Kebersihan amatlah dititikberatkan dalam kehidupan seseorang dan wajar diberikan keutamaan. Namun, kita acap kali tersentak oleh pelbagai masalah kesihatan dan penyakit berjangkit yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat domestik dan antarabangsa.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca pengabaian kebersihan diri dan persekitaran oleh masyarakat pada hari ini?
4 分
iv
Rakan sekelas anda sering mengabaikan aspek kebersihan dengan membuang sampah di merata-rata tempat di dalam kelas sehingga menimbulkan rasa kurang selesa untuk belajar.
Sebagai ketua kelas, nyatakan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk memastikan tabiat rakan anda tidak berterusan.
3 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Apabila terdengar bunyi kenderaan semakin hampir dengan rumah, Nurul Hafsa segera meninggalkan pembacaannya tentang Skala Langit Gelap Bortle. Dia mengintai dari celah tingkap. Dia sangkakan abangnya akan menaiki teksi untuk pulang setelah tiga hari berkhemah di Taman Rimba Templer. Namun, dilihatnya Budiman keluar dari perut pacuan empat roda jenis hibrid jenama Proton Pria berwarna putih yang menjadi idamannya.
>
> Semenjak mula bekerja lagi Nurul Hafsa ada mengimpikan untuk menjadi pemilik sebuah kereta hibrid. Kereta yang berenjin petrol dan bermotor elektrik itu mengurangkan kebergantungan terhadap minyak petrol. Enjin yang bersaiz kecil mengurangkan kehilangan tenaga dalaman dan mengurangkan berat keseluruhan kereta. Bentuk kereta yang aerodinamik juga mengurangkan beban enjin dan hasilnya ialah penjimatan tenaga. “Ah, suatu hari nanti, suatu hari nanti!” kata Nurul Hafsa senyap-senyap.
>
> Dipetik daripada novel *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia
Berikan alasan-alasan Nurul Hafsa memilih kereta pacuan empat roda jenis hibrid berjenama Proton Pria menjadi idamannya.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Nor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan **dua** peristiwa yang mampu memberikan teladan kepada para pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Bersempena dengan bulan menyambut Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Bapa, ucapkanlah “selamat” dan “terima kasih” kepada ketiga-tiga individu yang penting dan banyak berjasa dalam hidup anda ini. Kepada ibu bapa atau guru-guru, andalah penyebab sama ada menaikkan atau membunuh imej dan semangat seseorang individu remaja. Mengapakah anda sebagai ibu bapa atau guru, sibuk memfokuskan kegagalan anak atau pelajar dalam peperiksaan? Mengapakah anda tidak fokus kepada kelebihan lain seperti kebaikan peribadinya, kerajinannya dan kejujurannya dalam pergaulan, sama ada dengan keluarga atau sahabat handai?
Kepada ibu bapa, walaupun keputusan peperiksaan anak anda tidak cemerlang, jangan melabelkan anak anda tidak ada masa hadapan. Sebenarnya, ibu bapa merupakan insan yang dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang agar reda dan bersyukur dengan segala yang Tuhan berikan. Terimalah hakikat kegagalan dan kejayaan itu sebagai rezeki ketentuan Yang Maha Berkuasa. Selain itu, usah membandingkan kejayaan anak-anak lain yang lebih cemerlang. Hal ini berlaku kerana, itulah hasil daripada usaha dan kemampuan anak-anak yang kemungkinan mempunyai kebolehan lain yang boleh dibina untuk anak-anak melakar ‘Peta Kehidupan’ yang baharu yang bersesuai dengan kemampuan mereka. Sehubungan dengan itu, bantu dan pandulah mereka untuk membina masa hadapan dengan lebih positif.
Sebagai seorang anak yang ingin melakar ‘Peta Kehidupan’ yang cemerlang perlulah mempunyai kriteria yang ampuh agar dapat mendepani cabaran dengan baik. Fokus ketika pengajaran guru di sekolah merupakan tuntutan penting diberikan penekanan kepada anak-anak. Dari aspek kerohanian, anak-anak mempunyai kekuatan akidah dan tahu menjaga diri sebaiknya. Hanya dengan kekuatan akidah berupaya menjaga akhlak dan ibadah sehingga hujung perjalanan mereka. Seorang anak yang cemerlang juga, berupaya meningkatkan silaturahim sesama manusia. Untuk menjamin kecemerlangan yang utuh, anak-anak perlu tidur dan rehat yang secukupnya untuk menjamin kesihatan. Apalah gunanya mengulang kaji pelajaran hingga dinihari dan esoknya anda bangun lewat untuk ke sekolah, bersiap dalam keadaan kelam-kabut, dan melangkah ke sekolah dalam keadaan tidak bermaya kerana tidak cukup tidur.
Selain itu, anak-anak berupaya mencari rezeki dan membina kekayaan. Biarlah anak-anak hidup dengan rezeki yang sedikit tetapi berkat. Oleh itu, sebagai anak balaslah jasa ibu bapa anda selagi mereka hidup dan berilah mereka kasih sayang dan kebahagiaan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bimbing Remaja Melakarkan Peta Kehidupan’ oleh Datuk Profesor Dr. Muhaya Mohamad, *Dewan Bahasa*, Bil. 05/2020
**Bahan 2**
**PANTUN NASIHAT**
Kanak-kanak bermain di taman,
Bersorak-sorai kelihatan riang,
Anak dibesar penuh kemesraan,
Agar menjadi insan cemerlang.
Pergi berehat di tasik Lantun,
Terlihat sekawan anak rusa,
Didiklah anak sopan dan santun,
Menjadi lambang sesuatu bangsa.
Kalau hendak melentur buluh,
Jangan dipilih yang sudah tua,
Tangani anak bersungguh-sungguh,
Agar anak beroleh jaya.
https://slidetodoc.com/ Koleksi pantun
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.