Baca petikan di bawah dengan telitinya.
Penyalahgunaan dadah telah terbukti memusnahkan kehidupan individu dan membawa kesengsaraan kepada seluruh sistem keluarga, masyarakat dan negara. Kemusnahan ini berlaku dalam bentuk terancang dan perancangan ini dilakukan oleh mereka yang ingin mengaut keuntungan semata-mata daripada dagangan dadah dengan menjadikan remaja sebagai kumpulan sasaran.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dadah Membunuh Masa Hadapan Negara’ oleh Muhammad Helmi Ibrahim, *Dewan Siswa*, Bil 11/2017
Senaraikan **dua kata kerja aktif transitif dan dua kata berimbuhan apitan**. Kemudian anda dikehendaki membina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis ayat yang lengkap semula bagi **tiga jenis ayat** yang anda pilih seperti yang berikut:
> Semasa kami sedang beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua menghampiriku. “Black market, black market?” Lelaki tua itu begitu berani. Dia tidak berbisik-bisik seperti remaja tadi dan meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di atas lengannya.
>
> “Eh, lawanya jaket itu! Macam <u>yang kita tengok kat Grand Bazaar semalam. Murah ke?</u>” tanya Shahmeem berminat.
>
> “Jangan peduli….”
>
> Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’ oleh Maskiah Haji Masrom dalam *Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*
6 分
311 分
Dalam petikan di bawah terdapat **sebelas kesalahan bahasa**.
Dunia sastera tenggelam timbul mengikut musim, sekalipun ada masanya khazanah warisan bangsa ini menghadapi zaman gerhana. Untuk mendekatkan dunia sastera ini kepada masyarakat tanpa membiarkannya terpinggir begitu sahaja, para-para penggiat sastera sepatutnya bekerja dengan lebih keras lagi. Hal ini disebabkan sastera merupakan wahana pembangunan salasilah umat manusia kerana manfaatnya menjadi milik seloroh sarwajagat.
Sastera merupakan pembina moral dan pengasuh kesusilaan jiwa tanpa batasan yang berupaya untuk mengukuh akar tamadun bangsa. Kami harus yakin bahawa sastera mampu membentuk jiwa yang kental untuk menghadapi cabaran hidup. Daripada sudut yang tidak terungkap, nilai sastera diterima sebagai suatu komponen keseluruhan kehidupan manusia oleh kerana sumbangannya dalam berbagai disiplin hidup. Kita harus memupuk minat generasi muda agar supaya terus memperjuangkan keperluan sastera di dalam kehidupan masyarakat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sastera Melayu Mengimpikan Dunia Lebih Luas’ *http://klikweb.dbp.my/*
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
11 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipihkan Lada’ dalam *Antologi Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud.
6 分
54 分
Petikan di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa.
Isu dan gesaan pelbagai pihak supaya aktiviti menebang hutan dan menggondol bukit dihentikan seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tindakan segelintir pihak yang merosakkan alam sekitar telah menyebabkan pihak yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas memulihara alam sekitar turut dipersalahkan ibarat seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Tindakan yang diambil sesudah mendapat teguran itu tidak ubah seperti sudah terantuk baru tengadah kerana tindakan tersebut sudah tentu tidak bermakna lagi.
Senaraikan **dua** peribahasa sahaja, kemudian berikan **peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud** dengan peribahasa tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang Cikgu Shohaimi bin Abu Bakar, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini Tuan Haji Syed Ibrahim bin Syed Mokhtar, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada pagi yang indah ini saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi saya peluang menyampaikan ceramah sempena sambutan Minggu Alam Sekitar yang sedang berlangsung di sekolah ini. “Kita Sihat Tanpa Pencemaran” menjadi tema kempen sambutan Minggu Alam Sekitar pada tahun ini.
> Kualiti udara semakin tercemar,
> pembakaran terbuka menjadi punca,
> mata pedih pandangan samar,
> ambil tindakan atasi segera
**Bahan 2**
Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya pencemaran udara? Pencemaran udara disebabkan oleh faktor semula jadi dan aktiviti-aktiviti manusia. Letusan gunung berapi dan El Nino ialah faktor semula jadi. Manakala, kegiatan manusia pula termasuklah kegiatan pembakaran terbuka, kebakaran hutan, pelepasan asap kenderaan dan asap kilang serta aktiviti kuari. Malah asap rokok juga menjadi punca kepada tercemarnya udara di sekeliling kita. Namun demikian faktor semula jadi pencemaran udara *tidak kerap berlaku*. Mari kita lihat peratusan aktiviti yang kita lakukan yang menyumbang kepada pencemaran udara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pencemaran Udara’, *Open Universiti*, Fakulti Pendidikan dan Bahasa
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *tidak kerap berlaku*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan punca pencemaran udara.
3 分
iii
Kemajuan dunia alaf baharu memberi impak kepada alam sekitar iaitu pencemaran.
Pada pendapat anda, apakah impak negatif yang terpaksa ditanggung oleh manusia akibat pencemaran?
3 分
iv
Kerajaan telah melarang rakyat melakukan pembakaran terbuka namun ada juga pihak yang mementingkan diri sendiri tidak akur kepada larangan itu.
Apakah tindakan yang akan anda lakukan apabila mendapati pembakaran terbuka berlaku di tempat tinggal anda?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahannya pada anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kedep tembung laku. Syahdan negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.”
Dipetik daripada cerpen ‘Prosa Kepimpinan Melalui Teladan’ oleh Zurinah Hassan antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
**Bahan 2**
Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka. Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak *tiada terpermanai* banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.
Dipetik daripada Prosa Tradisional, ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ Antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 3**
> **Fikir dan Kata**
>
> Kurang fikir, kurang siasat
> Tentu dirimu kelak tersesat.
>
> Fikir dahulu sebelum berkata,
> Supaya terelak silang sengketa.
>
> Perkataan tajam jika dilepas,
> Ibarat beringin, racun dan upas.
>
> Kalau mulut tajam dan kasar,
> Boleh ditimpa bahaya besar.
> **Silang Sengketa**
>
> Siapa menggemari silang sengketa,
> Kelaknya pasti berdukacita.
>
> Silang selisih jangan dicari,
> Jika tersua janganlah lari.
Dipetik daripada ‘Gurindam 12’, *Beberapa Petua Hidup*: Za’ba, Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *tiada terpermanai*.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan kaitan dengan mulut dan nafsu.
4 分
iii
Jika kita melakukan sesuatu tindakan mengikut hawa nafsu maka kita akan mendapat kesan negatif.
Pada pendapat anda, apakah kesan negatif tersebut?
3 分
iv
Kejadian pergaduhan berlaku di sekolah anda kerana mengikut hawa nafsu remaja atas sebab tidak puas hati sesama rakan.
Anda sebagai pengawas, apakah cara yang sesuai untuk mendamaikan mereka semula?
4 分
810 分
i
Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Kini, Raiha hanya mampu mengeluh resah di kondominium mewahnya itu. Agak lama dia terseret dalam menungannya. Dia memikirkan kepentingan para pesakit yang datang dengan harapan yang tinggi menggunung di pusat rawatan itu. Tentang sikap Doktor Uwang daripada seorang yang mesra telah berubah dingin kepadanya. Tentang layanan kasar Felicia terhadap ibu tua Unong Siron tempoh hari. Kemudian, tentang beberapa aduan atau rungutan yang diterima daripada keluarga para pesakit yang terdiri daripada golongan masyarakat kelas menengah bawah itu. Aduan dan rungutan yang kerap menusuk jiwanya, belakangan ini.
>
> Dipetik daripada novel *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan perkara-perkara yang difikirkan oleh Raiha sehingga dia mengeluh resah di kondominium mewahnya itu.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latif Talib
(b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terdapat unsur saspens yang membuatkan pembaca berdebar. Jelaskan dua sebab pembaca berasa saspens.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1 – Petikan**
Angka kecederaan dan kematian yang tertinggi akibat kemalangan jalan raya di Malaysia adalah membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. Persoalannya, mengapakah bilangan pengguna motosikal di negara ini semakin bertambah? Faktor utamanya adalah kerana motosikal merupakan kenderaan mampu milik. Di kampung, kebanyakan keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana menggunakan motosikal untuk ke sekolah atau ke tempat kerja. Realitinya, golongan kanak-kanak di kawasan luar bandar, di desa dan di kampung sudah biasa menunggang motosikal. Budaya ini telah sebati dengan masyarakat kita. Hal ini berlanjutan hingga peringkat pengajian tinggi apabila rata-rata pelajar menggunakan motosikal sepanjang pengajian mereka.
Motosikal lebih digemari para pengguna jalan raya kerana kos penyelenggaraannya lebih murah. Bagi individu yang tempat kerjanya jauh dari tempat tinggal, motosikal menjadi pilihan kerana kos minyak yang rendah dan mereka tidak perlu membayar tol. Selain itu, bilangan penghantar makanan yang bermotosikal semakin bertambah lebih-lebih lagi sepanjang pandemik COVID-19 ini. Bagi golongan yang berpendapatan tinggi pula, motosikal berkuasa besar menjadi pilihan mereka. Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan profesional yang menjadikan aktiviti menunggang motosikal sebagai hobi dan aktiviti riadah.
Peningkatan kes kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal amat membimbangkan. Antara puncanya termasuklah sikap penunggang motosikal itu sendiri yang menunggang motosikal secara selamat atau sebaliknya. Selain itu, laluan motosikal yang sedia ada agak sempit dan tidak sesuai untuk kegunaan motosikal berkuasa besar. Laluan ini kerap dinaiki air dan hanya selamat digunakan pada kelajuan sehingga 70 kilometer sejam jika menggunakan motosikal ‘kapcai’. Risiko yang lain termasuklah laluan motosikal tidak diselenggara dengan baiknya serta keadaan di sepanjang laluan motosikal yang gelap. Papan tanda keselamatan yang tidak dipasang dengan baik turut mengelirukan pengguna. Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah perlu diambil untuk meningkatkan kemahiran dan kesedaran dalam kalangan penunggang motosikal seperti menyelenggara motosikal sebelum memulakan perjalanan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sikap Pengaruhi Keselamatan Penunggang Motosikal’ oleh Prof. Dr Sharifa Ezat, *Berita Harian*, 22 April 2021
**Bahan 2**
**Bahan 3 – Pantun**
> **Pantun Keselamatan Penunggang Motosikal**
>
> Kuih dadar kuih limas,
> Menjamu sahabat dan samnak saudara;
> Topi keledar dipakai kemas,
> Kepala selamat dari cedera.
>
> Mawar merah di luar pagar,
> Daun semalu tumbuh di taman;
> Lampu merah usah dilanggar,
> Waspada selalu elak kecederaan.
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.