Baca petikan di bawah dengan teliti.
JERTIH - Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenal pakej teknologi pengeluaran padi berpenghasilan tinggi menerusi pertanian menggunakan teknologi dron. Teknologi ini membolehkan pantauan udara terhadap tanaman itu dilakukan. Projek rintis dijalankan di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara, Besut dan membabitkan 200 petani dengan kawasan tanaman seluas 200 hektar. Dron berupaya untuk merakam imej kawasan seluas 140 hingga 950 hektar di dalam tempoh satu jam penerbangan bergantung kepada keadaan cuaca dan ketinggian penerbangan dron.
Dipetik daripada Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009.
Senaraikan **dua kata nama dan dua kata kerja**. Kemudian anda dikehendaki **membina satu ayat** anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Ramai orang kecewa apabila mereka difitnah, dikeji dan dimalukan menerusi media sosial. Kejadian ini dinamakan sebagai buli siber. <u>Buli siber merupakan perbuatan membuli melalui teknologi digital.</u> <u>Masyarakat mengejar populariti dan pendapatan di alam maya.</u> Kesan buli menyebabkan seseorang mengalami gangguan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. <u>Mangsa buli perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa.</u> Setiap masyarakat berhak untuk dihormati meskipun secara dalam talian.
Dipetik dan diubah suai daripada *Hentikan Buli Siber* oleh Fadli Ali, Dewan Siswa, Bil 11/2020
Tukarkan **ayat bersusunan biasa** yang bergaris di bawah kepada **ayat susunan songsang**.
6 分
311 分
Taktik pertanian moden seperti teknologi hidroponic mengurangkan pengguna tenaga buruh dan ruang yang minima. Oleh sebab itu, banyak petani-petani cenderung menggunakan peralatan moden kerana menjimatkan masa. Sampai bilakah pertanian harus dimonopoli golongan berusia. Penggunaan dron untuk menguruskan ladang mampu mengantikan penggunaan tenaga buruh. Kepesatan teknoloji sebagai daya penarik untuk para belia menceburi aspek pertanian. Masyarakat perlu mengikis persepsi positif berkaitan sektor ini walaupun kemahiran dan kelulusan menjadi kayu ukur demi untuk melonjakkan pertanian negara.
Dalam petikan, terdapat **sebelas kesalahan tatabahasa**. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
11 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka didengarnya bunyi orang berkawal dan bunyi lembing perisai gemeretak. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu ia berjalan pada tengah orang banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahara. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas lalu dibawanya kembali.
Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian.
Dipetik daripada *Kepimpinan Melalui Teladan* dalam *Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa.
**Nazirah:** Saya sangat sedih apabila memperoleh keputusan peperiksaan yang lepas. Saya gagal dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Prinsip Perakaunan. Sudah pasti perasaan ibu bapa saya bagai kaca terhempas ke batu apabila mengetahui keputusan ini.
**Izzati:** Janganlah terlalu sedih kerana awak masih ada peluang untuk memperbaiki kesilapan yang lalu. Awak perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
**Nazirah:** Terima kasih Izzati atas nasihat ini. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh kerana belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Saya yakin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang. Kegagalan yang lepas akan saya jadikan pengajaran agar pisang tidak berbuah dua kali.
Senaraikan **tiga peribahasa** sahaja, kemudian berikan **maksud** peribahasa tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Pada era globalisasi ini, kesedaran masyarakat tentang pentingnya masyarakat penyayang semakin meningkat. Buktinya, apabila ada berita tentang masyarakat yang mengalami kesusahan, ada sahaja pihak dengan pantas menghulurkan bantuan. Namun demikian, pembinaan masyarakat penyayang ini harus disuburkan demi memastikan budaya ini terus bertahan.
Sesungguhnya, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk memupuk masyarakat penyayang. Peranan ibu bapa sangat dominan kerana mereka ialah suri teladan terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka sejak kecil dengan amalan masyarakat penyayang.
Selain itu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dapat memupuk masyarakat penyayang. NGO patut menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Bantuan tersebut harus dilakukan sepanjang masa demi meringankan beban golongan susah. Malahan, NGO harus *merekrut ahli-ahli* baharu terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Langkah-langkah untuk Memupuk Masyarakat Penyayang’, *wwwisumasyarakat.my*
**Bahan 2**
Pada alaf baharu ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Justeru, pembinaan masyarakat penyayang harus bermula dari rumah sebagai institusi pendidikan terawal bagi anak-anak.
Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Kasih sayang tersebut merupakan ramuan terbaik untuk melahirkan masyarakat penyayang. Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana kasih sayang akan menyebarkan perasaan kasih sayang tersebut kepada orang lain. Justeru, tanpa disuruh, apabila mereka nampak orang susah, mereka secara spontan membantu golongan tersebut.
Selain itu, ibu bapa haruslah menjadi idola dan contoh teladan kepada anak-anak dalam membudayakan masyarakat penyayang. Ibu bapa mungkin tidak perlu menjadi seperti ‘Uncle Kentang’, cukuplah dengan membantu jiran tetangga yang dalam kesusahan. Sikap begini akan mudah menjadi ikutan anak-anak, bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud **merekrut ahli-ahli**.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan persamaan dan perbezaan cara-cara pembentukan masyarakat penyayang.
3 分
iii
Ada pihak yang berpendapat bahawa usaha membantu golongan susah hanya menjadikan golongan tersebut malas dan menunggu bantuan sahaja.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara terbaik untuk membantu golongan susah ini agar tidak dilabelkan sebagai golongan malas?
3 分
iv
Seorang rakan sekelas anda baru sahaja kematian ibu bapanya akibat wabak Covid-19. Dia merupakan anak sulung dan mempunyai tiga orang adik. Kematian ibu bapanya benar-benar melemahkan semangatnya.
Sebagai rakan, anda mahu memulihkan semangat rakan anda itu. Jelaskan usaha-usaha yang akan anda lakukan bagi memenuhi tugas tersebut?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**Posmen:** Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?
**Aiman:** Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?
**Posmen:** Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu. Kalau umur abang macam adik, pasti abang tidak akan lepaskan peluang ini.
**Aiman:** Abang buang sahaja surat ini. Saya tidak berminat langsung. Buat apa nak bersusah payah sertai program macam ni. Ayah saya ada banyak duit. Apa yang saya nak, semua boleh dapat. Buang masa dan tenaga sahaja program macam ini. Untuk orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam kali sehari, tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi...ha...ha...ha.
**Posmen:** Tak baik cakap macam itu, banyak kebaikannya program seperti ini. Cuba jangan fikir tentang duit dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan pengalaman yang akan diperoleh nanti.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’ oleh Affix Zulkarnaen Adam, Antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Dewan Bahasa dan Pustaka
**Bahan 2**
**Syair Remaja Bersukan**
Dengarkanlah remaja pesanan bestari,
Mari bersukan setiap hari,
Usah malas merajai diri,
Tubuh mengembang penyakit mencari.
Ramai remaja leka di rumah,
Bermain peranti mulut tak ramah,
Aktif bersukan *menyimpan hikmah*,
Tidak berdaya badan pun lemah.
Badan berpeluh bersukan sentiasa,
Berbau busuk tidak biasa,
Orang memandang tidak selesa,
Penampilan diri rosak binasa.
Remaja kini tidak bersukan,
Kurang kesedaran juga didikan,
Keluarga menghalang pelajaran diutamakan,
Tiada motivasi galakan rakan.
*Roslan Daud, Taman Melawati.*
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud **menyimpan hikmah**.
2 分
ii
Berdasarkan semua bahan, nyatakan punca-punca remaja kini tidak berminat dengan aktiviti luar.
4 分
iii
Aktiviti luar seperti bersukan dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada remaja. Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat aktiviti luar yang disertai oleh remaja?
3 分
iv
Seorang rakan anda amat meminati bidang sukan. Dia telah menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum dan pertandingan sukan pada peringkat sekolah, daerah dan negeri. Dia juga bercita-cita menjadi seorang atlet sukan yang berjaya. Dengan itu, dia boleh menjadi salah seorang daripada jutawan sukan seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David.
Sebagai rakan yang prihatin, berikan cadangan kepada rakan anda tentang cara-cara yang boleh rakan anda lakukan untuk mencapai cita-citanya menjadi atlet sukan yang berjaya?
4 分
810 分
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan **menggunakan ayat anda sendiri**.
> “Ya, baru balik. Belum sempat mandi pun lagi. Abang dapat tahu Isha ke JB, abang terus pasang retinal scanner kat rumah ni ye?” kata Farisha dengan separuh menuduh.
>
> Azraai terus meletakkan Kindle di atas meja sisi dan duduk tegak. Wajahnya kian berubah menjadi lebih serius.
>
> “Abang risau akan Isha. Minggu lepas ada kes pembunuhan tak jauh dari apartmen tempat Isha tinggal. Lelaki itu kerja macam Isha juga, jurutera keselamatan sistem.” Abang Azraai menyuarakan sebab kebimbangannya.
>
> “Itu kebetulan saja bang, Lelaki itu banyak berhutang dengan Ah Long. Dia bukan kena bunuh sebab kerja macam Isha. Farisha cuba meyakinkan Azraai. Kadang-kadang Azraai mudah risau tidak keruan. Dia kerap mencurigai orang tanpa usul periksa.
>
> Dipetik daripada novel *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia.
i
Nyatakan alasan Azraai bimbang dengan keselamatan Farisha dan tindakan yang dilakukannya?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a. *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b. *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Noor
c. *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d. *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e. *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f. *Tirani*, karya Beb Sabariah
g. *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
h. *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **sebuah novel** yang anda pelajari, jelaskan faedah-faedah yang dapat anda teladani setelah membaca novel tersebut.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1 – Petikan**
Aktiviti sukan, khususnya sukan air, merupakan suatu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Saya percaya anda juga gemar berkelah dan bersantai di badan air seperti di tepi pantai, jeram dan taman tema air, bukan? Namun, selain menghirup udara segar dan berenang di tepi pantai, pernahkah anda mengambil bahagian dalam aktiviti sukan air, antaranya termasuklah luncur jet, luncur air, luncur angin, layar-layang, luncur udara, bersnorkel, mahupun selam skuba? Saya yakin bilangan yang pernah mencubanya boleh dikira dengan jari. Oleh itu, marilah sama-sama kita telusuri kepentingan sukan air kepada kita.
Kebanyakan sukan air memerlukan stamina, kecergasan fizikal, dan kecerdasan mental selain kepentingan khusus tentang sukan tersebut. Kita ambil contoh aktiviti berkayak. Pengalaman menyusuri jeram yang deras mampu mempercepat pengeluaran adrenalina. Jantung juga akan berdegup kencang bagi menghantar oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Proses ini menyebabkan pembakaran lemak dalam badan berlaku. Hal ini menyebabkan peminat sukan air ini bukan sahaja kekal sihat, malahan memiliki berat badan yang ideal. Bagi mereka yang suka berenang pula, kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Universiti South Carolina, Amerika Syarikat mendapati bahawa jangka hayat perenang berkemungkinan lebih panjang berbanding dengan atlet lain seperti atlet olahraga. Bagi sukan air secara berkumpulan, berada di dasar laut dalam aktiviti selam skuba misalnya, sudah pasti akan memupuk sikap saling mempercayai, persefahaman, dan perpaduan yang erat.
Oleh sebab kebanyakan sukan air ini melibatkan kemahiran menggunakan peralatan, peserta mestilah mematuhi peraturan dan arahan yang diberikan. Pihak memantau keselamatan anak-anak ketika melakukan aktiviti sukan air. Pendedahan yang berterusan kepada sukan air ini berupaya untuk meningkatkan kualiti hidup. Jelaslah, bahawa aktiviti sukan air banyak manfaatnya. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk memajukan sukan air demi faedah bersama.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Sukan Air’, Buku Teks Tingkatan 4 halaman 4-5 (2019).
**Bahan 2 : Grafik**
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah dengan teliti dan kemudian buat **satu rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.