Pulau Pinang Trial 2022 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Pulau Pinang Trial 2022 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
Pulau Pinang 州试卷 Set 1 · 2022
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Berdasarkan bukti arkeologi, ayam domestik pertama yang berjaya dikesan di Asia Tenggara adalah daripada spesies ayam hutan atau *red junglefowl* kira-kira 10 ribu tahun lalu. Namun demikian, analisis *asid deoksibonukleik* (DNA) dan penyelesaian matematik mendapati bahawa spesies tersebut telah wujud di muka bumi sejak 58 ribu tahun lalu. Hal ini bermakna bahawa telur lebih dahulu wujud di dunia kerana telur telah wujud sejak 340 juta tahun lalu.
Dipetik dan diubah suai daripada Memanfaatkan Kulit Telur untuk Alam Sekitar, oleh Norimanah Seman, *Dewan Kosmik*, 18 Mei 2022.
Senaraikan **empat kata hubung**. Kemudian anda dikehendaki membina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Pada 21 Februari 2022 dalam Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2021, Fatihah Frozen Food Sdn. Bhd. menerima Anugerah Kecemerlangan Makanan dan Minuman Halal (PKS) daripada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.
Syarikat itu cuba mempelbagaikan idea dengan menghasilkan pastri sejuk beku buatan sendiri dengan melihat kepada trend semasa.
Pada masa ini, lebih 20 produk pastri untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dikeluarkan oleh syarikat tersebut.
Dipetik dan diubah suai daripada Royale Parata Fatihah, *Dewan Ekonomi*, 2021
Kenal pasti **subjek dan predikat** bagi ayat-ayat yang berikut.
Subjek : ...
Predikat : ...
6 分
311 分
Petikan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**.
Bagi mengekang amalan rasuah, setiap ketua Jabatan perlu membentuk sistem pemantauan dan kelulusan bertapis. Langkah ini bukan bertujuan mewujudkan karenah birokrasi tetapi mengurangkan keputusan terhadap sesuatu pembelian berpusat kepada seseorang sahaja. Selain itu, pemeriksaan mengejut di atas pelaksanaan projek wajar dilaksanakan bertepatan konsep padang turun. Prosedur operasi standard (SOP) sistem pengurusan kewangan, terutama dari segi membezakan kuasa bual bicara selalu disalahgunakan perlu diteliti semula. Oleh itu, semua prosedur hendaklah dipatuhi dan tiada dikecualikan. Di samping itu, kerajaan juga boleh merangka undang-undang untuk mengambil tindakan punitif terhadap pegawai hingga menyebabkan ketirisan, pemborosan atau pembaziran harta kerajaan. Dalam hal ini, kerjasama orang ramai juga penting bagi membolehkan SPRM bertindak elektif dan bebas. Justeru itu, lapor dan bongkar kegiatan rasuah dalam jabatan masing-masing. SPRM dilindungi pemberi maklumat secara profesional.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Usah takut lapor, bongkar rasuah dalam jabatan kerajaan’ oleh Datuk Seri Akbar Satar, Berita Harian Online, 8 April 2021
Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut semula.
11 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya; maka lalu berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya. Maka dilihat oleh Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala Sari pun masuk makan bersama-sama dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh malam, maka saudagar itu pun masuk tidur. Maka oleh Kertala Sari dicurinya segala harta saudagar itu sekuasa-kuasa ia membawa dan bini saudagar itu pun dicabulinya.
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam *Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul*, KPM
Tulis petikan tersebut semula dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
**ALIA** : Awak buat apa sementara menunggu tawaran kerja?
**RANIA** : Saya menolong ibu membuat kuih untuk jualan di warung dan di kantin sekolah. Saya membuat kerja sementara sahaja untuk mendapatkan wang saku. Sekarang bukan senang mendapat kerja.
**ALIA** : Memang sukar hendak dapat kerja sekarang tetapi jika kita tekun dalam melakukan sebarang pekerjaan, lama-lama akan mendapat hasil juga.
**RANIA** : Saya bersyukur kerana telah menamatkan pengajian. Sekurang-kurangnya saya ada ilmu untuk membantu saya meneruskan kehidupan pada hari depan.
**ALIA** : Saya tahu awak sangat rajin belajar, jika tidak masakan awak boleh berjaya menamatkan pengajian. Saya doakan awak akan mendapat kerja yang sesuai dengan cita-cita dan kelulusan awak.
Senaraikan **dua** peribahasa yang berkaitan dengan situasi tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Peranan jurusolek kesan khas ini jauh berbeza daripada jurusolek biasa. Hal ini dikatakan demikian kerana jurusolek kesan khas mengambil masa yang panjang untuk melukis wajah atau membentuk tubuh pelakon agar kesan yang diinginkan *tampak semula jadi*. Jurusolek kesan khas memerlukan semua kemahiran dan kebolehan yang sama seperti jurusolek biasa. Contohnya latar belakang pendidikan dalam bidang kosmetologi sama ada pada peringkat sijil ataupun diploma daripada institusi pendidikan seperti kolej vokasional, kolej komuniti ataupun institusi pendidikan swasta yang menawarkan bidang tersebut. Kerjaya ini juga memerlukan pendidikan dalam penghasilan bahan seperti getah dan darah palsu yang akan digunakan untuk membuat prostetik. Oleh itu, jurusolek kesan khas perlu meningkatkan kepakaran mereka di samping cakna akan perkembangan terkini dunia persolekan. Kualiti perkhidmatan jurusolek kesan khas juga harus ditingkatkan selaras dengan trend dan perkembangan semasa.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Solekan Ubah Wajah’, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 KPM
**Bahan 2**
Kerjaya jurusolek mungkin nampak mudah bagi seseorang. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui selain bakat seni, seseorang jurusolek perlu mendalami bidang ini dengan ilmu. Presiden Persatuan Jurusolek Bumiputera Malaysia (MBMUAA) Rosnawati Salleh berkata, perkhidmatan jurusolek belakangan ini menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan. Jurusolek perlu mengikuti beberapa langkah bagi memastikan kerjaya mereka berkembang ke arah yang lebih baik. Dalam menguruskan perniagaan, seseorang jurusolek perlu memiliki sistem pengiraan yang teratur membabitkan harga perkhidmatan ditolak dengan kos operasi. Jurusolek boleh memperoleh pendapatan yang lumayan jika mereka bijak untuk menguruskan perniagaan termasuk memasarkan perkhidmatan mereka. Seseorang yang mahu berjaya dalam bidang solekan ini juga perlu sentiasa mengemas kini kemahiran merias wajah. Rosnawati berkata, gaya dan juga aliran solekan sentiasa berubah selari dengan perkembangan fesyen semasa. Terdapat juga jurusolek yang menyertai pertandingan yang diadakan untuk mendapatkan pengiktirafan bakatnya.
Dipetik dan diubah suai daripada Tiga tip untuk berjaya sebagai jurusolek oleh Amman Hibrahim, http://www.xtra.com.my Disember 2020
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *tampak semula jadi*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, kemukakan langkah-langkah untuk menjadi jurusolek yang berjaya.
3 分
iii
Kerjaya jurusolek kesan khas sangat diperlukan dalam industri perfileman ketika ini.
Pada pendapat anda, mengapakah jurusolek kesan khas amat diperlukan dalam menghasilkan filem seram dan filem aksi?
3 分
iv
Setelah tamat alam persekolahan, rakan anda ingin menjadi jurusolek profesional. Namun ibu bapa rakan anda tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Sebagai sahabat, cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk membuktikan kepada ibu bapanya bahawa kerjaya tersebut mempunyai masa hadapan yang cerah.
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**Syair Jong Pecah**
Kita dijajah empat kurun,
ditambah empat puluh enam tahun,
Budaya dan ilmu setandus gurun,
Harga diri semakin turun.
Bangkit pahlawan demi pahlawan,
Berjuang merebut kemerdekaan,
Bunga bangsa gugur terkorban,
Harumnya lesap ditelan zaman.
Sampailah waktu rakyat jelata,
Berpadu erat seia sekata,
Tahan bahaya tahan derita,
Mendaulatkan kembali negara kita.
Tiga puluh tiga tahun sejak bergema,
Kita merdeka dilaung bersama,
Negara dan bangsa menempa nama,
Banyak impian telah terjelma.
Aduh mengapa kita berbalah,
Sama sendiri berpecah-pecah,
Kenyanglah yu bila jong pecah,
Hitamlah tanda dalam sejarah.
Dipetik dan diubah suai daripada rangkap 4 hingga rangkap 8 Syair Langit di Tangan, Adibah Amin, Dewan Bahasa dan Pustaka.
**Bahan 2**
**Warisan**
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai kuterbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan cinta ini
Betapa
Di bumi ini kumelangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Kujejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menguna senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Kuingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Kuingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Andai kuterbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan cinta ini
Betapa
Di bumi ini kumelangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Kujejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Kuingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Kuingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Nyanyian : Sudirman Hj Arshad, Lirik : Syed Haron Syed Ahmad
**Bahan 3**
“Bebaskan Tanah Melayu!” Itulah kata-kata penutup pidato Ahmad Mutawakkil pada malam itu. Kami juga diingatkan untuk terus berjuang mendesak Inggeris berundur, sesuai dengan perjanjian pada 1 Februari 1948.
“Persekutuan Tanah Melayu mesti jadi kenyataan” katanya dengan penuh semangat. Kami juga diberitahu oleh Ahmad Mutawakkil, dua tahun dari sekarang, yakni tahun 1955, satu pilihan raya di peringkat Kuala Lumpur akan diadakan.
“Jadi, kita perlu bekerja dengan lebih kuat, bahang kemerdekaan semakin dekat.” Walaupun pidato pada malam itu sangat menarik dan semua mata terpaku kepada Ahmad Mutawakkil, setiap mata kami yang hadir tetap liar menyelinap, tercari-cari di mana duduknya Sandra, anak gadis Tuan Booth.
Dipetik daripada cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil” oleh Zainal Rashid Ahmad, Antologi Sejadah Rindu, hlm.53, Dewan Bahasa dan Pustaka
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah seruan penyair dalam rangkap kedua?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 2** dan **Bahan 3**, nyatakan bukti-bukti semangat cinta akan negara.
3 分
iii
Menjaga keamanan negara merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh segenap lapisan rakyat untuk kekal harmoni.
Pada pandangan anda, apakah peranan-peranan masyarakat dalam memastikan keamanan negara?
4 分
iv
Lagu Warisan nyanyian Sudirman Haji Arshad dalam **Bahan 2**, sering kali berkumandang apabila tibanya bulan kemerdekaan setiap tahun. Persatuan Penduduk di tempat tinggal anda telah menganjurkan pelbagai program sempena sambutan bulan kemerdekaan. Namun demikian, program tersebut tidak mendapat sambutan golongan muda di situ.
Anda dan beberapa rakan diminta untuk mencadangkan aktiviti yang boleh menarik minat golongan muda menyertainya.
Tuliskan cadangan anda.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan Bahagian B, soalan 8 berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Berapa lama Haiqal di sini?”
>
> “Err...tak pasti lagi, pak cik. Mungkin sehingga keputusan STPM diumumkan. Saya ni hendak berehat-rehat di sini. Tukar angin,” jawab Haiqal. “Baguslah kalau begitu, Haiqal. Kampung ini kampung Haiqal juga. Pak cik harap Haiqal akan berasa selesa tinggal di sini. Lagipun banyak perkara yang akan Haiqal uruskan di sini. Segala-galanya akan pak cik serahkan kembali kepada Haiqal,” ujar Tauke Ong.
>
> “Apa perkaranya, pak cik?”
>
> “Selama ini pak ciklah yang diamanahkan oleh arwah ayah kamu mengerjakan semua tanahnya di baruh dan di belakang rumah yang telah ditanami pokok kelapa sawit. Cuma tanah yang pak cik duduki sekarang sahaja yang masih kekal dengan pokok-pokok getah. Pak cik juga usahakan tanaman getah ini. Semua ni hak kamu. Nanti pak cik serahkan buku bank yang dibuka oleh arwah ayah Haiqal atas nama kamu,”
>
> Tidak diduga sama sekali, rupa-rupanya arwah ayahnya ada meninggalkan sesuatu untuknya. Betapa seharusnya dia mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong yang telah menjaga amanahnya.
>
> Dipetik daripada novel *Silir Daksina*, Karya Nizar Parman, Novel Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah yang diamanahkan oleh arwah ayah Haiqal kepada Tauke Ong?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Nor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan situasi berani.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Saban hari, ribuan graduan yang berjaya dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Namun begitu, ramai antara mereka gagal untuk mendapatkan kerja lalu terpaksa memilih bidang kerjaya yang berbeza atau menganggur sambil menunggu peluang tiba. Kelulusan yang tidak bersesuaian dengan keperluan industri menjadi antara salah satu punca utama graduan menganggur. Strategi mengatasi masalah graduan menganggur ialah universiti atau kolej perlu melahirkan graduan dengan kelulusan yang menepati keperluan industri di Malaysia. Selain itu, graduan tidak berusaha memantapkan kemahiran kemahiran diri secara berkala dari semasa ke semasa menjadi punca graduan tidak mendapat pekerjaan. Hal ini demikian kerana sikap suka meningkatkan kemahiran diri memastikan seseorang itu terus dihargai oleh syarikat.
Pengangguran dalam kalangan graduan akan terus berpanjangan sekiranya mereka tidak mempunyai usaha dalam mencari alternatif baharu. Para graduan tidak berminat menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti bidang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dapat memberikan peluang pekerjaan. Oleh itu, kerajaan seharusnya memberikan pakej rangsangan kepada industri PKS seperti pengecualian cukai dan bimbingan kemahiran untuk melahirkan usahawan PKS dalam kalangan graduan. Selain itu, kerajaan telah mengadakan program pemantapan bahasa Inggeris kerana siswazah tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris semasa temu duga oleh syarikat swasta dan industri menyebabkan mereka gagal memperoleh pekerjaan.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Faktor Utama Pengangguran di Malaysia’ dalam blog dailyrakyat.com
**Bahan 2**
Kerajaan sentiasa komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengekang peningkatan isu pengangguran ekoran penularan pandemik COVID-19 melalui pelaksanaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pemain industri di bawah Majlis Pekerjaan Negara (NEC). Kerajaan juga menyediakan insentif kewangan kepada majikan bagi menyediakan peluang pekerjaan baharu melalui program Penjana Kerjaya oleh PERKESO. Tuntasnya, kerajaan komited dalam memastikan peratusan kadar pengangguran dapat dikurangkan kerana pengangguran bukan sahaja memberikan impak yang besar kepada masalah sosial bahkan ekonomi negara juga turut terjejas.
Dipetik dan diubah suai daripada: *Harakah Daily*, 2021.
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.