Sarawak Trial 2022 Bahasa Melayu Kertas 2 · Limbang
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Sarawak Trial 2022 Bahasa Melayu Kertas 2 · Limbang
Sarawak 州试卷 Limbang · 2022
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Obesiti dapat ditakrifkan sebagai kegemukan yang disebabkan oleh lemak yang berlebihan. Masalah ini telah melanda rakyat Malaysia sejak sekian lama. Obesiti dijangka menjadi punca kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas penyakit jantung. Oleh itu, kita haruslah mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebahagian daripada masyarakat tidak cakna mengenai obesiti dan enggan menuruti segala saranan Kementerian Kesihatan mengenai gaya hidup sihat. Sesetengah masyarakat lebih selesa mengamalkan gaya hidup yang diwarisi oleh keluarga masing-masing.
(Dipetik dan diubah suai daripada *Obesiti, Di Manakah Silapnya?* oleh Ayu Indasari Razali, *Dewan Siswa*, Mei 2020)
Senaraikan **empat kata bilangan**. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Bidang keusahawanan wajar diterokai oleh golongan remaja</u>. Bidang ini dapat mendidik remaja menjadi lebih berdaya kreatif. Sesungguhnya amat luas ruang bagi golongan remaja menceburi bidang ini. <u>Remaja yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh menceburi bidang tersebut</u>. Oleh hal yang demikian para remaja yang berminat dalam bidang ini tidak mempunyai masalah untuk mengikuti kursus dan latihan keusahawanan. <u>Ibu bapa perlu memberikan sokongan kepada anak-anak yang berminat dalam bidang ini</u>.
(Dipetik dan diubah suai daripada *Ayuh, Jadilah Usahawan!* oleh Syed Mahadzir bin Syed Ibrahim, *Dewan Siswa*, Bil 7/2019)
Tukarkan **ayat bersusunan biasa** yang bergaris kepada **ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya**.
6 分
311 分
Petikan di bawah mengandungi **sebelas kesalahan bahasa**.
Harimau belang atau nama sainstifiknya *Panthera tigris jacksoni*, sinonim dengan sapaan “Harimau Malaya” atau “Pak Belang” di kalangan masyarakat di Malaysia. Harimau Malaya dikenal dengan rupanya yang garang, pesona warna, bentuk belang di badannya dan ngaumannya yang mengerunkan semua haiwan di seluruh pelusuk rimba. Harimau Malaya menjadi simbol rasmi kerajaan Malaysia yang diperlihatkan melalui Jata Negara Malaysia selain daripada digunakan sebagai lambang organisasi, institusi, penubuhan, dan sebagainya. Harimau Malaya ialah ikon yang berlambangkan keberanian, perpaduan dan integriti negara. Daripada sudut sains, Harimau Malaya merupakan puncak rantaian makanan dalam eko-sistem kita.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Harimau Malaya: Kemandiriannya di Tangan Kita’ oleh Hazril Rfnan Abdul Halim, *Dewan Kosmik*, 07/2021
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
11 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka fikir dalam hatinya. “Dialah gerangan hulubalang Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya. Sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam Antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai \_\_\_\_\_\_(i)\_\_\_\_\_\_.
Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana \_\_\_\_\_\_(ii)\_\_\_\_\_\_. Sebagaimana yang diketahui, resipi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana \_\_\_\_\_\_(iii)\_\_\_\_\_\_.
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Pendidikan sejarah berperanan sebagai alat penting bagi memupuk perpaduan pelbagai kaum dan membina masyarakat merdeka yang bersatu padu. Slogan negara bangsa merupakan usaha menjadikan diri sebagai rakyat yang berkongsi negara dan impian yang sama dalam mendukung agenda perpaduan serta membolehkan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana harmoni. Pada masa yang sama konsep negara bangsa juga mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing.
Usaha ini dapat merealisasikan hasrat rakyat yang komited dalam memahami falsafah kesederhanaan dan penerimaan masyarakat majmuk. Rakyat perlu menghormati kepelbagaian agama sebagai asas perpaduan kaum. Selain itu, sikap perkauman dan ketaasuban agama, sama sekali tidak boleh diterima dalam negara berbilang bangsa. Kerajaan perlu mengambil lebih banyak usaha untuk membendung isu perkauman daripada tidak dapat dikawal pada masa depan. Antaranya, memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional atau Akta Perhubungan Kaum.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Rencana Perpaduan’ oleh Lim Kok Weng, *Utusan Malaysia*, 29 Ogos 2020
**Bahan 2**
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa, bahasa, budaya dan agama. Sejak merdeka, kita telah hidup bersama-sama dan bersaudara sebagai rakyat Malaysia. Oleh itu, perpaduan dalam kalangan rakyat sangat penting dan menjadi kunci kejayaan Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus melaksanakan tanggungjawab untuk mempertahankan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Di samping itu, keharmonian kaum dan toleransi beragama pada setiap peringkat harus terus diperkukuh.
Sikap perkauman dan apa-apa juga bentuk polarisasi yang lain merupakan halangan terbesar kepada perpaduan negara. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan *pelbagai dasar* dan program pembangunan demi kesejahteraan rakyat. Dengan kata lain, perpaduan kaum menjadi tonggak utama untuk Malaysia mencapai status negara maju, selain memacu kepesatan pembangunan ekonomi dan membina tamadun yang gemilang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Saya Sayang Malaysia’ oleh Samat Buang, *Dewan Siswa*, bil 8 2020
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud *pelbagai dasar*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan cara-cara yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk memastikan perpaduan dapat dikekalkan?
3 分
iii
Media berperanan melahirkan rakyat Malaysia yang mengamalkan budaya positif dalam bermasyarakat seperti hidup bersama-sama, bantu-membantu dan menghormati antara satu sama lain.
Pada pendapat anda bagaimanakah pihak media dapat memainkan peranan dalam memupuk amalan tersebut?
3 分
iv
Jawatankuasa Persatuan Penduduk di tempat tinggal anda kerap kali mengadakan aktiviti kejiranan, namun orang ramai tidak berminat untuk turut serta dalam aktiviti tersebut. Orang ramai yang hadir juga sukar memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan.
Andaikan anda ahli jawatankuasa persatuan penduduk, nyatakan pendekatan-pendekatan yang dapat dilakukan oleh persatuan anda untuk memastikan orang ramai memberikan sambutan terhadap setiap aktiviti yang dijalankan.
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**ALAMKU MUSNAH**
Demi masa yang berubah lalu,
Deru anginku musnah berdebu,
Alunan ombakku berwarna seluas segara,
Hanyut kotoran serata pantai teluk nusa,
Kuala dan sungai dicemari kumbahan,
Najis sampah sarap di celah segala tumpahan.
Akulah belantara itu di hulu negeri,
Dibakar terbakar sepi,
Lagu gurindam alamku berirama ngeri,
Nyanyi burung gembira sekampung telah hilang pergi,
Ditelan hanyir udara yang dihidu,
Debu racun terapai-apai di ruang berjerebu
Dingin malam panasnya sampai ke siang,
Gurindam alamku musnah,
Di tangan diri yang kononnya khalifah.
Dipetik dan disunting daripada Gurindam *Alamku Musnah* oleh A. Aziz Deraman, Dewan Bahasa dan Pustaka
**Bahan 2**
Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Kini, hutan itu telanjang polos, sedangkan selama ini busana hijau yang menutupinya. Segala-galanya sirna dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah serpihan kayu dan tunggul-tunggul mati. Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya berkaca-kaca. Beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta iklim alam mengambil masa menenun busana hijau untuk bumi. Tetapi dalam sekelip mata jentolak yang dipandu oleh Pak Tua telah merobek dan mengoyak habis busana rimba. Sesal Pak Tua semakin melebat. Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis dua air mengalir di sudut kelopak matanya. “Aku ingin hutan ini *kembali rimbun*” kata Pak Tua memejam mata.
Dipetik daripada ‘Hutan Rimba’ oleh Sasjira, Antologi *Dirgahayu Bahasaku*, Dewan Bahasa dan Pustaka
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud *kembali rimbun*.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan kesan-kesan kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti yang dilakukan oleh manusia.
4 分
iii
Aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan telah menyebabkan berlakunya kejadian banjir lumpur, tanah runtuh dan fenomena kepala air.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah tersebut?
3 分
iv
Kawasan tempat tinggal anda telah dicemari dengan sampah yang dibuang merata-rata sehingga ada yang membuang sampah ke dalam longkang berhampiran kawasan perumahan. Keadaan ini bertambah rumit kerana syarikat pembersihan juga tidak dapat menguruskan pengambilan sampah mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap minggu.
Sebagai ketua masyarakat yang prihatin, nyatakan tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.
4 分
810 分
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Kemudian katanya lagi, "Semenjak itulah bermulanya penentangan orang Melayu terhadap Inggeris. Maka muncul pahlawan Melayu yang terbilang seperti Dol Said di Naning, Mat Kilau dan Datuk Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Si Bongkok Tanjung Puteri di Johor, Datuk Siamang Gagap di Negeri Sembilan dan ramai lagi."
>
> "Kenapa sekarang ini orang Melayu tidak berani lagi menentang Inggeris?" tanya Adnan pula.
>
> "Bukan tak berani, penentangan tetap diteruskan cuma caranya yang berbeza.
Dipetik daripada novel *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib, Dewan Bahasa dan Pustaka
i
Siapakah yang menentang penjajahan Inggeris di Tanah Melayu?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani, karya Beb Sabariah
(g) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) Silir Daksina, karya Nizar Parman
Berdasarkan **sebuah novel** yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang menzahirkan rasa sedih pembaca terhadap watak-watak yang terlibat.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Depresi atau kemurungan merupakan sejenis penyakit kesihatan mental. Kemurungan telah dikenal pasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai penyakit keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global ketika ini.
Faktor yang mencetuskan kemurungan lazimnya berkaitan dengan isu harga diri, buli, prestasi akademik yang rendah, dan pernah menjadi mangsa penderaan fizikal atau seksual. Disebabkan kemurungan sering membabitkan genetik, maka individu yang mempunyai keluarga yang menghidap penyakit ini berisiko mengalami masalah yang sama. Perubahan dalam keseimbangan hormon badan juga mungkin menjadi antara penyebab berlakunya kemurungan.
Sehubungan dengan itu, kita tidak boleh membiarkan penyakit kesihatan mental ini terus melanda anggota masyarakat terutama golongan muda yang masih panjang jalan hidup mereka. Individu mengalami masalah depresi sebenarnya masih berupaya mengatasi masalah tersebut. Antaranya termasuklah melakukan senaman ringan, beriadah, beramah mesra dengan orang yang dipercayai, serta melakukan aktiviti yang dapat menyenangkan hati. Kebanyakan remaja perempuan berisiko untuk mengalami depresi serta perubahan emosi yang ketara seperti berasa sedih, tidak bersemangat dan suka memendam perasaan. Dalam situasi sedemikian, anggota keluarga perlu lebih peka, memberikan kasih sayang dan membuka minda remaja yang menghadapi masalah ini.
Penghidap depresi pula usah berserah diri dan berasa terlalu sedih, sebaliknya mereka harus tabah dan cekal hati. Mereka hendaklah mencari jalan untuk menyelamatkan diri dengan meminta bantuan daripada ibu bapa, saudara-mara, sahabat handai, kaunselor, atau pakar psikiatri. Mereka juga perlu meluahkan perasaan kepada rakan karib atau insan terdekat untuk mendapatkan sokongan moral. Dalam hal ini, ibu lebih memahami masalah emosi yang dihadapi oleh anak mereka. Oleh itu, interaksi antara anak dengan ibu adalah jauh lebih baik daripada interaksi antara ibu dengan bapa kerana anak-anak lazimnya amat bersimpati terhadap ibu mereka dan mencuba untuk menyelami kepedihan yang dialami oleh ibu mereka. Selain itu, melatih keupayaan untuk bertolak ansur dan menerima perkara buruk yang berlaku melalui tingkah laku yang sihat juga merupakan antara cara untuk mengatasi kemurungan.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Mengapakah Seseorang Individu Mudah Mendapat Depresi?' oleh Hakeem Harun, *Dewan Siswa*, Bil. 11/2019
**Bahan 2**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat **satu rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.