Baca petikan di bawah dengan teliti.
Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini sudah memasuki tahun kedua diraikan dalam suasana pandemik. Masyarakat di negara kita berada dalam kegelisahan ekoran gejala COVID-19 yang masih menular. Sebelum ini, usaha-usaha untuk mencapai kemerdekaan telah menyebabkan rakyat melalui pelbagai keperitan dan kesengsaraan dalam perjuangan bagi menentang penjajah. Terdapat rakyat yang berjuang dengan mengangkat senjata dan ada yang menggunakan ketajaman mata pena kerana mahu membebaskan negara daripada penjajah. Oleh itu, kita harus mempertahankan kemerdekaan demi generasi masa depan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Warnai Kemerdekaan dengan Semangat Perjuangan’ oleh Shafry Salim, *Utusan Online* 27 Ogos 2021
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata bantu**. Kemudian **bina satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata bantu** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau kata nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah.
Perasmian Sukan Komanwel 2022 dilangsung <u>pada 28 Julai 2022</u> di kota Birmingham. Pencapaian kontinjen negara dalam Sukan Komanwel 2022 adalah <u>di kedudukan kesepuluh</u>. Kontinjen negara berjaya meraih <u>tujuh pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa</u>. Kejayaan ini telah melepasi sasaran <u>kerana Majlis Sukan Negara hanya menyasarkan enam pingat emas sahaja pada temasya kali ini</u>. Pada hari terakhir temasya tersebut, <u>beregu utama wanita negara Pearly Tan - M. Thinaah</u> berjaya menghadiahkan pingat emas ketujuh Malaysia. Australia berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan apabila meraih 67 pingat emas, 57 perak dan 54 gangsa. Upacara penutupan Sukan Komanwel 2022 diadakan dengan gilang-gemilang <u>di Stadium Alexander, Perry Barr</u> awal pagi tadi.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perjuangan Membanggakan di Birmingham, Malaysia Perbaiki Kedudukan Keseluruhan’, *Bernama* 9 Ogos 2022
Bina **ayat tanya** dengan menggunakan **kata tanya yang betul** berdasarkan frasa bergaris.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
BALING - Debaran lebih 100 calon ujian lesen memandu kereta dan motorsikal di sebuah pusat latihan memandu di sini hilang seketika selepas menyertai kempen Kibar Jalur Gemilang. Pengarah Urusan Pakatan Latihan Memandu Baling, Muhammad Mumtaz Zulkifli berkata, syarikat berkenaan mewujudkan kempen berkenaan lebih awal bertujuan memberi kesedaran tentang bulan kemerdekaan. Menurutnya, inisiatif ini diharapkan mampu menarik lebih ramai rakyat menunjukkan semangat kemerdekaan yang sama sekaligus memupuk rasa patriotik dan cinta akan negara. "Kita turut memasang Jalur Gemilang pada semua kenderaan pusat latihan memandu dan kawasan sekitar," katanya menjelaskan tentang kempen berkenaan.
5 分
Bahan 2
Setiap warga negara bertanggungjawab memelihara keutuhan negara ini sebagai negara yang menentang segala bentuk penjajahan, ekploitasi, diskriminasi serta pelanggaran hak asasi manusia. Ketika tanah air ini dijajah mulai tahun 1511 oleh Portugis sehingga merdeka dari penjajah British pada tahun 1957, pengertian merdeka dalam kalangan golongan tua sangat bermakna. Lantaran itu, generasi muda perlu dididik agar faham makna kemerdekaan yang hakiki. Minda dan pandangan hidup merdeka hanya dapat diselami apabila erti penjajahan dapat difahami oleh mereka. Dalam hal ini, generasi muda perlu menyemai dengan nilai-nilai patriotisme sejak kecil.
6 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah maksud dan bentuk asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Sudah berkali-kali Halimah menegur dan menasihati kawannya Rohaya. Segala nasihatnya tidak mendatangkan kesan, seperti ……… (i) ……… . Namun begitu, Halimah berpendirian ……… (ii) ……… , begitulah hati seorang perempuan, jika dipujuk tentu akan lembut juga. Halimah tidak mahu temannya itu berputus asa dalam mengejar cita-cita, biarpun sukar, jika sabar dan bersungguh-sungguh kerana ……… (iii) ……… , kelak pasti berjaya.
Nyatakan **tiga peribahasa** yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **semua bahan** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Terdapat lebih 200 penyakit yang boleh diklasifikasikan sebagai penyakit mental termasuklah kemurungan. Kemurungan merupakan salah satu tanda kerisauan apabila emosi seseorang itu berubah, sama ada dirinya berasa tidak puas hati, sedih, bimbang, terasa kehilangan, tertekan dan sebagainya yang membolehkan emosinya terganggu. Dalam hal ini, semua manusia pernah dan akan mengalaminya. Apa-apa yang membezakannya ialah ketidakstabilan emosi yang dialami oleh penghidapnya sama ada untuk tempoh jangka pendek atau berlarutan hingga tempoh yang lebih lama, iaitu melebihi tempoh dua minggu.
Kemurungan merupakan penyakit psikologi serius yang boleh memberikan kesan terhadap fikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang. Keadaan ini turut mengganggu rutin harian sama ada di rumah atau di pejabat. Secara saintifiknya, kemurungan terjadi kerana ketidakseimbangan atau kekurangan neurotransmitter yang penting dalam fungsi otak dan saraf. Selain itu, hal ini juga berkait rapat dengan ketidakseimbangan regulasi hormon seperti hormon kortisol dan tiroid selain faktor genetik.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jangan Biarkan Mental Membunuh!’ oleh Asmat Fikri, *Dewan Masyarakat*, Bil. 06/2021
**Bahan 2**
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Gelombang Ketiga COVID-19, Apa Cerita Kesihatan Mental Pekerja, Majikan?’ oleh Erda Khursyiah Basir, *Bernama*, 14 Oktober 2020
**Bahan 3**
Di Malaysia, gelombang ketiga COVID-19 kini melanda negara dan pada 1 Jun lalu, kerajaan bertindak mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh bagi melindungi sistem kesihatan negara. Dalam kesibukan kita memikirkan aspek kesihatan fizikal, banyak pihak lupa tentang kesihatan mental yang turut terjejas akibat pandemik ini. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan setengah juta atau 2.3 peratus rakyat Malaysia mengalami simptom tekanan atau kemurungan.
Umum mengetahui bahawa banyak perniagaan yang dikategorikan sebagai tidak mustahak diarahkan untuk tidak beroperasi sepanjang PKP. Oleh itu, banyak pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja sekali gus mengakibatkan mereka hilang punca pendapatan. Dalam hal ini, orang yang menganggur akan rasa terbeban, sekali gus mendedahkan mereka kepada kemurungan atau kegelisahan. Kemurungan yang tidak terkawal menyebabkan mereka berasa tidak yakin dan tidak selamat. Selain itu, kemurungan yang berpanjangan akan menjejaskan kesihatan mental pesakit tersebut.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Apa Khabar Mental Kita?’ oleh Siti Rahayu Abd Samad, *Dewan Masyarakat*, Bil. 08/2021
i
Berdasarkan **Bahan 1 dan Bahan 2**, nyatakan **dua** persamaan emosi mereka yang sedang dilanda kemurungan.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 3**, apakah kesan yang terjadi kepada individu yang mengalami kemurungan?
3 分
iii
Setiap kali keputusan peperiksaan awam diumumkan, wajah murid-murid yang tidak cemerlang begitu sugul dan murung. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan untuk memulihkan semangat anak-anak.
Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak yang menghadapi situasi tersebut?
4 分
iv
Murid-murid di seluruh negara sangat gembira apabila mereka dibenarkan hadir ke sekolah secara bersemuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Namun begitu, rakan baik anda selalu ponteng kelas kerana dia berasa tertekan akibat ketinggalan dalam pelajaran semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Selain berjumpa dengan guru kelas, nyatakan tindakan-tindakan anda untuk membantu rakan anda tersebut.
4 分
712 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**ERTI HIDUP BERERTI**
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
*Antologi Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
**Bahan 2**
Meskipun bapa sudah tiada lagi menjadi kaki burung ketitir, bapa sudah agak tua dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Bapa hanya berada di rumah makan dan tidur saja. Sikit-sikit boleh juga jaga cucu dan picit-picit tubuh ibu, tetapi bapa sebenarnya *sudah dimakan tua* waktu itu.
Bapa tidak dapat ampu ibu lagi. Pasti juga tidak boleh angkat ibu ke tandas lagi. Mujurlah yang lumpuh, cuma ibu seorang. Kalau bapa juga lumpuh, entahlah. Aku tidak dapat membayangkan masalahnya.
Suatu hari, entah bagaimana, aku menjerit kuat sedikit sewaktu ibu sedang berak kerana lama sangat najisnya tidak terbit-terbit. Aku sudah naik kejang kaki tangan kerana lama ampu ibu. Dan aku lihat pipi ibu basah kerana air mata meleleh turun. Isteriku menerpa dan apabila melihat air mata ibu sedang mengalir melalui retak-retak di pipi ibu yang kendur hodoh itu, dia mengambil tempatku.
Dipetik daripada cerpen *Ibu dan Ceper*, antologi *Harga Remaja*, Dewan Bahasa dan Pustaka
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *sudah dimakan tua*.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan sikap negatif anak-anak terhadap ibu bapa.
3 分
iii
Ibu bapa merupakan insan yang banyak berkorban untuk membesarkan anak-anak.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk membalas jasa ibu bapa?
3 分
iv
Ketika anda berjalan bersama-sama kawan-kawan di kota, anda terlihat seorang gelandangan warga emas yang sedang meminta sedekah. Anda berasa kasihan melihat keadaan warga emas tersebut.
Sebagai warga yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang dapat anda lakukan untuk membantu warga emas tersebut.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Akan tetapi, nenek berkata dengan mulutnya yang bising, adalah tidak selamat untuk aku berjumpa dengan mana-mana manusia kampung ini, tidak buat masa ini. Kata nenek perkara yang patut aku lakukan; menyiram pokok bunga atau menyudahkan kerja-kerja di bangsal di belakang rumah yakni memindahkan susunan kayu api yang pada mata nenek telah salah disusun oleh Abang Rashid atau duduk di pangkin kayu menikmati pagi yang indah; melihat burung-burung terbang, ayam-ayam memagut cacing, kucing-kucing berkejaran atau membantu nenek dengan cara memerhatikannya.
>
> Akan tetapi, aku ingin keluar.
>
> “Nek, ada dua jenis manusia. Pertama, yang duduk di rumah dan hidup dengan dirinya sendiri dan kedua yang hidup dengan manusia lain supaya dia tak menjadi gila kerana bercakap seorang diri.”
Dipetik daripada novel *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nyatakan tindakan-tindakan yang patut **aku** lakukan seperti yang disuruh oleh nenek.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Noor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan sikap keprihatinan masyarakat dalam novel-novel tersebut.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Sistem e-pembayaran merupakan kaedah melakukan transaksi barangan dan perkhidmatan melalui sistem pembayaran elektronik atau transaksi secara dalam talian. Sistem pembayaran elektronik telah berkembang sejak sedekad yang lalu disebabkan oleh kepesatan dalam sektor perbankan dan peningkatan pembelian melalui Internet. Kaedah pembayaran tanpa tunai dilihat semakin popular sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dalam negara. Hal ini sejajar dengan hasrat kerajaan menggalakkan penggunaan transaksi tanpa sentuhan kerana kaedah ini lebih menjimatkan masa pengguna. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan program e-PENJANA bagi menggalakkan masyarakat menggunakan e-pembayaran. Menurut Menteri Kewangan, inisiatif dengan peruntukan bernilai RM750 juta itu memberi manfaat kepada kira-kira 15 juta rakyat. Sementara itu, kempen Pembayaran Tanpa Tunai turut diperkenalkan di beberapa agensi kerajaan bagi membiasakan pelanggan berurusan menggunakan kemudahan teknologi terkini.
Rata-rata pengguna berpuas hati dan selesa dengan kaedah pembayaran tanpa tunai. Tambahan pula, hampir semua institusi perbankan telah menyediakan perkhidmatan e-pembayaran untuk semua urusan perbankan. Kaedah ini membolehkan pengguna memantau rekod pembayaran dan kewangan mereka secara sistematik. Selain itu, pengguna tidak perlu menanggung risiko membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak kerana pembayaran dapat dilakukan terus menerusi platform perbankan pilihan pelanggan. Transaksi boleh dibuat melalui Internet atau perbankan mudah alih menggunakan wang daripada akaun simpanan, akaun semasa atau kad kredit daripada 42 buah bank di Malaysia. Lebih menarik, pengguna juga boleh mendapatkan ganjaran untuk setiap transaksi dengan berpeluang untuk membawa pulang hadiah bulanan lumayan menerusi pelbagai peraduan yang dianjurkan oleh setiap syarikat.
Pendigitalan ekonomi dan transformasi teknologi yang pesat terus akan menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara dan sudah pasti Malaysia juga tidak terkecuali daripada perkembangan itu. Menuju ke arah itu, kerajaan berusaha untuk menyediakan capaian teknologi 5G bagi menggalakkan rakyat membudayakan sistem e-pembayaran supaya menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bayaran Tanpa Tunai’ oleh Norzamira Che Noh, *Metro Online*, 9 Jun 2022
**Bahan 2**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.