Baca petikan di bawah dengan teliti.
Pada era komunikasi di hujung jari, kini perlumbaan penyampaian sesuatu maklumat merupakan suatu yang kritikal. Pengguna memilih media yang mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan pantas. Ciri ini ada pada media baharu seperti *Facebook* dan *WhatsApp* kerana sumbernya disalurkan oleh orang perseorangan dan bukannya agensi atau bahan tertentu seperti media konvensional. Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, menyatakan bahawa media sosial walaupun telah menjadi alat yang berkesan untuk berkongsi maklumat, tetapi ada antara penggunanya yang menjadikan media tersebut untuk menyebarkan fitnah dan maklumat yang tidak tepat. Bahkan wujud individu yang menyebarkan berita palsu untuk meraih perhatian agar hantaran mereka menjadi isu hangat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Media Konvensional dan Media Baharu, Kelebihan dan Kekurangan’ oleh Amirah Syazwani Baderol Sham, *Dewan Siswa* Bil. 2 2019
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata adjektif.** Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap kata adjektif untuk menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
**Malaysia terkenal dengan sektor pertanian sekitar awal abad ke-21.** Malangnya, tahap kebergantungan tinggi terhadap aktiviti import terutama sektor pertanian menyebabkan negara berhadapan krisis kekurangan bekalan makanan. **Pakar ekonomi mengaitkan krisis bekalan makanan dengan tiga P, iaitu pandemik COVID-19, perubahan iklim dan perang konflik di Ukraine.** Hubungan bilateral antara Malaysia dengan Ukraine terjalin sejak 1992 menjadikan kedua-dua negara saling bergantung dalam eksport dan import. **Konflik di negara itu mengganggu aliran aktiviti eksport bekalan makanan negara.**
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Gembleng Petani Muda, R&D Jayakan Transformasi Pertanian’ oleh Muhammad Zulhafiy Zol Bahari, *Berita Harian Online*.
Tukarkan **ayat susunan biasa yang berhuruf tebal** di bawah menjadi **ayat susunan songsang** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Dalam Bahan 1 terdapat **enam kesalahan** manakala dalam Bahan 2 terdapat **lima kesalahan**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Bagi setiap bahan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin semula bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Dunia teknologi hari ini memerlukan keupayaan mahasiswa yang bukan sahaja cermelang dalam bidang dipelajari sebaliknya mampu diterjemahkan secara praktikal dalam industri. Perkembangan pesat industri seiring dengan dunia semasa sekaligus memerlukan mereka sentiasa bersedia. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil insentif untuk menjalinkan kolaboratif bersama dengan pemain industri kepada memenuhi pasaran pekerjaan. Naib Canselor UniMAP, Profesor Dr. Zaliman Sauli berkata, UniMAP mengambil langkah proaktif dengan menjalin perjanjian dengan pemain industri.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Graduan Perlu Peka Perubahan Teknologi Industri’ oleh Muhammad Saufi Hassan, *Harian Metro* Julai 28, 2022
6 分
Bahan 2
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengalu-alukan sebarang usaha atau tindakan menghapuskan promosi dan penjualan rokok elektronik atau vape atas talian. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye, pihaknya pandang serius terhadap penjualan rokok elektronik serta cecair vape yang mengandungi nikotin dan mudah diakses, terutama gulungan bawah umur. Pembelian dan penjualan rokok elektronik telah beberapa buah negara haramkan kerana bahan tersebut mengakibatkan banyak kemudaratan terhadap masyarakat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Larangan Rokok Elektronik’ oleh Syaza Wardina Abd Khalik, *Dewan Masyarakat* Bil. 11 2019
5 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya; maka lalu berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya. Maka dilihat oleh Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala Sari pun masuk makan bersama-sama dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh malam, maka saudagar itu pun masuk tidur.
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam *Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Datuk Fazley Hakim seorang usahawan yang berjaya dan terkenal di seluruh negara. Kejayaan yang diperoleh kerana beliau sentiasa memantau para pekerja bawahan di syarikatnya. Sepanjang beliau menguruskan perniagaannya, pelbagai rintangan telah berjaya dihadapi oleh beliau bersama-sama kakitangannya. Datuk Fazley Hakim juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Namun beliau sentiasa bermuhasabah diri. Hal ini demikian kerana kita hendaklah sentiasa insaf dan berusaha untuk membetulkan kesalahan apabila kita menyedari kesalahan yang telah dilakukan.
Nyatakan **dua** peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan bandar bukanlah satu masalah baharu yang kita hadapi pada masa ini. Banyak kejadian banjir kilat berlaku tanpa sebarang amaran menyebabkan masyarakat terpaksa menanggung kerugian apabila tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka kerana kejadian tersebut berlaku dengan cepat.
Pensyarah Pengurusan Persekitaran, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Madya Dr. Haryati Shafii berkata, sejak belakangan ini, trend kejadian banjir kilat terutamanya di kawasan bandar semakin menunjukkan peningkatan. Menurutnya, hujan yang lebat, kawasan pembangunan padat, sistem saliran yang tidak diselenggara dengan baik serta masalah pencemaran longkang dan saliran dilihat menjadi penyumbang utama kepada masalah itu.
Walaupun banjir kilat biasanya cepat surut, namun kesannya mengakibatkan kerugian harta benda yang bukan sedikit. Bencana ini juga boleh *mengundang trauma* kepada mangsa terlibat.
Sumber: https://www.kosmo.com.my
**Bahan 2**
Tanah runtuh merupakan salah satu bencana alam yang sering berlaku sama ada secara semula jadi atau akibat aktiviti manusia. Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh aktiviti manusia ialah penarahan kawasan bukit untuk pembinaan lebuh raya, aktiviti perlombongan dan pembalakan haram. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah yang tidak stabil dan berlaku secara pantas oleh tarikan graviti. Pergerakannya adalah dari kawasan tinggi ke kawasan rendah, iaitu mengikuti cerun akibat tindak balas terhadap graviti.
Terdapat beberapa tanda sebelum berlakunya tanah runtuh seperti munculnya mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terjadi, retakan baru atau pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima, kebocoran paip air dan pintu atau tingkap rumah yang tidak dapat ditutup dengan rapat. Sekiranya terdapat tanda-tanda yang mencurigakan, penduduk di kawasan berbukit haruslah mengambil tindakan berjaga-jaga.
Sumber: http://www.ukm.my
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan maksud rangkai kata *mengundang trauma*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh?
3 分
iii
Kejadian bencana alam seperti banjir sering kali berlaku di negara kita.
Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan pihak berkuasa untuk menghadapi fenomena tersebut?
3 分
iv
Rakan anda telah terlibat dengan kejadian banjir di Selangor baru-baru ini. Banyak kelengkapan rumahnya telah musnah. Seorang adiknya telah meninggal dunia dalam kejadian tersebut menyebabkan dia trauma.
Sebagai rakan yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan untuk membantunya mengatasi trauma yang dialami?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**JIWA HAMBA**
Menung seketika sunyi sejenak
kosong di jiwa tak berpenghuni
hidup terasa diperbudak-budak
hanya suara melambung tinggi
Berpusing roda, beralih masa
berbagai neka, hidup di bumi
selagi hidup berjiwa hamba
pasti tetap *terjajah abadi*
Kalau hidup ingin merdeka
takkan tercapai hanya berkata
tetapi cuba maju ke muka
melempar jauh jiwa hamba
Ingatan kembali sepatah kata
dari ucapan seorang pemuka
di atas robohan Kota Melaka
kita dirikan jiwa merdeka
*Tongkat Warrant*
*1948*
**Bahan 2**
Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan parti meruntun waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.
Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan.
“Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka, katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.
“Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis semua tabiat buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita....”
Akhirnya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu hari, pecahlah berita tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan masyhur disebut orang di sana sini, Tuan Booth mahu meraikan kejayaannya itu.
Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’ oleh Zainal Rashid Ahmad, antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *terjajah abadi*.
2 分
ii
Dalam **semua bahan,** pengarang ada menyatakan bahawa kemerdekaan hanya boleh dinikmati melalui beberapa perubahan yang perlu dilakukan dalam diri.
Nyatakan perubahan-perubahan tersebut.
3 分
iii
Patriotisme memainkan peranan yang sangat penting dalam diri setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama ini.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku kepada negara sekiranya semangat patriotisme tidak dipupuk dalam kalangan masyarakat?
4 分
iv
Anda mempunyai seorang rakan karib yang dilihat cenderung mengamalkan gaya hidup bebas atas alasan modenisasi sehingga mengikis jati diri rakyat Malaysia dalam dirinya. Keadaan tersebut bertambah rumit apabila rakan anda sudah mula meremehkan jasa dan bakti tokoh-tokoh nasionalis.
Sebagai seorang rakan, bagaimanakah anda boleh menimbulkan kesedaran tentang pentingnya semangat cinta akan negara dalam diri rakan anda itu?
4 分
810 分
i
Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Taufik!” Budiman melaung cemas dan merangkul rakannya itu. Muhammad Taufik bergerak sedikit dan membuka mata.
>
> “Budiman. Kau datang juga,” Muhammad Taufik berkata perlahan. Budiman mengetap bibirnya. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan menanggalkan baju sejuk yang dipakainya. Baju sejuk itu digunakan Budiman untuk menekan luka Muhammad Taufik.
>
> “Siapa buat engkau begini?”
>
> “Tak tahu. Tiga orang, uh .... ” ucap Muhammad Taufik dengan sukar.
>
> “Sabarlah, Taufik. Tak teruk sangat ni,” Budiman memberi kata-kata semangat seperti dia berkata kepada anak muridnya yang mengalami kecederaan ketika mereka bermain futsal, padahal wajah Budiman sendiri pucat lesi melihat kecederaan yang dialami sahabatnya itu.
Dipetik daripada novel *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah tindakan-tindakan Nurul Hafsa dan Budiman apabila menemui Muhammad Taufik?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:
a. *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
b. *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
c. *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
d. *Jendela Menghadap Jalan* karya Rohani Matdarin
e. *Tirani* karya Beb Sabariah
f. *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
g. *Silir Daksina* karya Nizar Parman
h. *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
Berdasarkan **sebuah** novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menunjukkan sikap keberanian dalam kehidupan.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Selama ini, ulam hanya sinonim dengan penduduk di luar bandar, namun senario ini telah berubah kerana ulam juga telah menjadi santapan biasa bagi warga di bandar dan juga semakin mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa. Ulam bukan lagi makanan kampung seperti mana tanggapan sebelum ini kerana ulam kini menjadi sebahagian menu di kebanyakan restoran mahupun hotel-hotel yang bertaraf lima bintang.
Pemilihan ulam-ulaman dalam diet harian kita adalah tepat kerana khasiat yang terkandung dalam ulam tidak dapat dinafikan kelebihannya malah turut mendapat perhatian pakar-pakar pemakanan antarabangsa yang turut mengakui keistimewaan tumbuhan semula jadi tersebut. Ulam membekalkan fiber yang diperlukan dalam sistem penghadaman, merendahkan lemak dan kolesterol. Ulam juga merupakan sumber utama vitamin A, vitamin C, asid folik dan juga zat galian yang lain. Terdapat pelbagai kajian yang mendapati bahawa memakan ulam dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, kanser dan lain-lain.
Namun, masyarakat Malaysia masih kurang mengambil ulam-ulaman dalam diet harian mereka. Hal ini demikian kerana kita hidup dalam zaman yang serba ringkas dan sering mencari jalan yang singkat untuk mendapatkan sesuatu dengan mudah. Begitu juga dengan aspek pemakanan yang turut mendapat tempiasnya. Masyarakat kita masih lagi terbelenggu dengan kebanjiran makanan segera yang berada di pasaran kini sehingga terlupa bahawa kita memiliki rahsia keistimewaan alam semula jadi yang boleh dijadikan hidangan seharian iaitu ulam-ulaman. Kadang-kadang, kita sendiri pun masih belum mengetahui kebaikan ulam-ulaman tersebut walaupun hanya boleh dipetik di belakang rumah sahaja.
Sudah sampai masanya kita berubah dengan mengambil langkah pencegahan daripada mengambil langkah mengubati iaitu dengan memakan ulam-ulaman. Pastinya, kita akan mampu memiliki kesihatan yang membanggakan kita. Lihatlah golongan tua yang masih kuat dan sihat walaupun berumur lanjut berbanding golongan yang lebih muda kerana warga emas ini membudayakan memakan ulam-ulaman semula jadi sejak awal lagi sehingga mereka sukar mendapat penyakit.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Meneroka Dunia Pemakanan Sihat dengan Ulam-Ulaman’ oleh Norkumala binti Awang, IKIM, 2007
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.