Baca petikan di bawah dengan teliti.
Cikgu Rizal, kaunselor di Sekolah Menengah Kebangsaan Permata telah menjelaskan tiga langkah menguruskan kewangan secara bijak, iaitu generasi muda perlu meningkatkan ilmu pengurusan kewangan, mempunyai penasihat kewangan, dan mengutamakan prinsip simpan dahulu belanja kemudian. Beliau turut menyentuh aspek pendidikan kewangan yang ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam mendidik generasi hemat berbelanja. Kegagalan seseorang individu itu membayar hutang kerana perancangan kewangan yang lemah.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kewangan Berhemat, Hidup Selamat: Fahami Celik Wang’ https://www.ikim.gov.my
Kenal pasti dan senaraikan **tiga kata adjektif**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata adjektif** tersebut untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
6 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang mula beroperasi pada tahun 2013 terletak di Chow Kit, Kuala Lumpur</u>. <u>Sekolah ini amat istimewa kerana mengambil murid daripada golongan yang kurang bernasib baik</u>. Antaranya, termasuklah gelandangan, golongan terpinggir, kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri, dan anak-anak yatim. <u>Mereka menggunakan modul pembelajaran khas bagi menguasai tahap kebolehan masing-masing.</u>
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih’ https://www.moe.gov.my/en/education/secondary
Tukarkan **ayat bersusunan biasa** yang bergaris kepada **ayat bersusunan songsang** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Petikan-petikan di bawah mengandungi **beberapa kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
Minda yang sihat membolehkan kita melakukan pelbagai tugas-tugas harian dengan jayanya. Sekiranya minda anda dibelenggu dengan tekanan dan pemikiran negetif, anda akan berasa letih dan tidak dapat menyelesaikan tugasan yang guru berikan. Minda yang sihat akan merangsang dan mengekal memori anda. Seterusnya, amat penting untuk kita menerima apa juga masalah atau cabaran sebagai satu perkara yang telah ditakdirkan. Dalam kontek ini, keyakinan diri amat diperlukan untuk mendepani tekanan atau cabaran.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Minda Positif, Amalkan Gaya Hidup Sihat’ oleh Hanis Mastura Yahya, *Dewan Siswa*, Bil. 11/2021
6 分
Bahan 2
Kekurangan bekalan makanan dan kenaikan harga barang menjadi isu hangat yang disebutkan dalam kalangan masyarakat kini. Salah satu jalan penyelesaian terhadap masalah ini adalah dengan menjalankan aktiviti bercucuk tanam. Kerajaan sentiasa menggalakan masyarakat bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah untuk menghasilkan bekalan makanan sendiri, sekaligus dapat menambahkan pendapatan keluarga. Jika sesebuah rumah terletak jauh daripada pasar atau kedai runcit, pasti kos perbelanjaan terpaksa di tambah kerana kos perjalanan perlu diambilkira.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Faedah Bercucuk Tanam’ oleh Nurfarahin Esa, *Dewan Siswa*, Julai 2010
5 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
56 分
Dialog di bawah mengandungi **tiga** peribahasa.
**Ayah** : Azim jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
**Azim** : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.
**Ayah** : Di luar negara nanti ayah berharap Azim belajarlah rajin-rajin dan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya kerana usaha tangga kejayaan.
**Azim** : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.
**Ayah** : Satu lagi pesanan ayah, setelah tamat belajar pulanglah berkhidmat di negara kita kerana berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.
Senaraikan peribahasa tersebut dan nyatakan **peribahasa lain** yang **sama maksud atau hampir sama maksud** dengan peribahasa tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Bahasa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat. Bahasa yang baik dan mudah difahami serta boleh dituturkan oleh masyarakat seperti bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan negara. Hal ini dapat dilihat sejak negara mencapai kemerdekaan dan hingga kini peranan ini telah dilaksanakan oleh bahasa Melayu dengan berkesan dan berjaya.
Pembangunan dan kemajuan yang sempurna dalam kehidupan masyarakat semuanya bermula daripada penggunaan bahasa Melayu di negara ini. Paduan antara pembangunan dengan kemajuan kerohanian dan kebendaan mestilah bermula dengan penggunaan bahasa yang betul, tepat dan berkesan. Sesungguhnya bahasa merupakan satu daripada pencapaian terawal dalam tamadun manusia.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting dan berkesan untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu yang berdaulat telah berjaya memupuk perpaduan murid di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Semua hal itu telah dilaksanakan *secara berperingkat* oleh bahasa Melayu sejak tahun 1957.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa dan Budaya Mengeratkan Perpaduan Kaum’ oleh Aminudin Mansor, *Dewan bahasa*, 11 Februari 2022
**Bahan 2**
Bahasa Melayu dalam era moden perlu dimajukan dan diperkemas untuk menjadikannya lebih relevan dalam pelbagai bidang saintifik agar mampu diterima oleh orang ramai. Penerbitan bahan dan buku yang berkaitan dengan teknologi maklumat terbaharu dan bahan saintifik terkini juga perlu diperbanyakkan.
Selain itu, hasil usaha perancangan taraf dan korpus bahasa Melayu telah berkembang pesat dan kini telah menjalankan fungsinya sebagai bahasa ilmu yang menggalakkan perkongsian idea sama ada secara bersemuka mahupun di ruang maya. Dalam hal ini, kecintaan dalam kalangan penutur bahasa Melayu yang terdidik sejak di sekolah rendah, menengah dan universiti terhadap bahasa Melayu perlu diperhebat dari masa ke masa. Keadaan ini mampu menjadikan bahasa Melayu bahasa pertuturan pada setiap hari dalam pelbagai acara dan juga sebagai alat komunikasi yang berkesan dalam mengamalkan perpaduan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cabaran Terkini Bahasa Melayu Moden’ oleh Aminuddin Mansor, *Dewan Bahasa*, 14 Jun 2021
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *secara berperingkat*.
2 分
ii
Dalam **kedua-dua bahan**, penulis telah menyatakan beberapa fungsi bahasa Melayu.
Apakah fungsi tersebut?
3 分
iii
Terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa bagi memastikan rasa cinta terhadap bahasa Melayu terbentuk dalam diri anak-anak.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan oleh ibu bapa?
3 分
iv
Salah seorang sahabat anda sering menggunakan bahasa rojak. Sebagai seorang pencinta bahasa Melayu, anda ingin menggalakkannya bertutur dalam bahasa Melayu yang betul.
Nyatakan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan.
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**Gelanggang**
Inilah gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan.
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan *maruah gelanggang* keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
Onn Malini Pohon Tradisi, Gapeniaga Sdn. Bhd., antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012
**Bahan 2**
"Akmal sedar akan tanggungjawab itu, tok. Pensyarah Akmal di universiti sentiasa mengingatkan Akmal dan kawan-kawan supaya tidak leka dan terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak. Negara akan mudah runtuh dan tergadai apabila anak-anak muda yang menjadi harapan gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab kerana terjebak dengan kegiatan yang membawa kepada kemudaratan dan kehancuran kepada diri sendiri," aku berkata dengan penuh panjang lebar. Datuk sebaliknya tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala apabila mendengar kata-kataku itu.
"Tok berasa gembira sekali. Akmal mempunyai semangat begitu. Tok yakin. Dengan semangat dan kesetiaan tinggi Akmal dan kawan-kawan, negara ini akan aman dan damai selamanya," ucapnya pula.
"Kalau generasi tok sanggup menghabiskan masa muda dengan berkorban dan berjuang demi keamanan dan kedamaian tanah air kenapa tidak Akmal dan rakan-rakan yang hidup sebagai generasi selepas merdeka berbuat demikian," kataku dengan penuh bersemangat.
Dipetik daripada cerpen ‘*Pesan Datuk Padaku*’, oleh Azaika SR, *Saudari.com* 2020
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *maruah gelanggang*.
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan beberapa pesanan penulis kepada pembaca tentang cara untuk mempertahankan kedaulatan negara.
4 分
iii
Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan, para pemimpin negara sentiasa menekankan isu perpaduan kaum dalam ucapan mereka.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan perpaduan kaum terhadap negara?
3 分
iv
Anda mendapati tiada kibaran Jalur Gemilang semasa sambutan bulan kemerdekaan di kawasan kampung anda.
Sebagai ketua kampung, apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk menggalakkan masyarakat di kawasan anda mengibarkan Jalur Gemilang?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Lama Raidah termenung di tubir katilnya memikirkan, mengenangkan peristiwa yang dirasakan sebagai mimpi. Terasa baru semalam perkahwinan Waheeda dengan Zahid. Bagaikan perkahwinan tuan puteri meriahnya; Puteri Cinderella dan Putera Charming, *marriage of the year* menurut mat salih pelanggan Tajau Emas yang turut hadir.
>
> Kini, menantu semakin menjauhkan diri. Sirna kemesraan. Dua tahun lalu tidak pernah terlintas di dalam kepalanya bahawa dia bakal menjadi besan ahli korporat yang sangat berpengaruh di Bandar Raya Kuching. Dengan bermenantukan seorang peguam yang bijak bercakap merangkap pengurus kewangan syarikat abahnya seakan-akan melengkapkan kehidupan anak gadis kesayangan. Namun betullah, manusia tidak tahu apa-apa yang akan terjadi esok, fikirnya. Tidak semua dirancang berlaku seperti yang dirangka. Manusia boleh merancang, namun Allah yang menentukan.
>
> Dipetik daripada Novel *Tirani*, karya Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan perkara-perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran Raidah mengenai bakal menantunya.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:
a) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
b) *Lefternan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
c) *Pantai kasih* karya Azman Nordin
d) *Di sebalik Dinara* karya Dayang Nor
e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani* karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan sebuah novel yang dipelajari, huraikan **dua** peristiwa yang dapat anda jadikan panduan dalam hidup.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Sejarah mencatatkan bahawa bangsa yang berjaya dicirikan oleh masyarakatnya sebagai bangsa yang memiliki budaya membaca. Budaya membaca seharusnya dijadikan sebagai rutin dalam kehidupan kerana amalan membaca merupakan wahana bagi mencari ilmu pengetahuan. Antara bahan yang boleh dijadikan sumber bacaan seperti jurnal, ensiklopedia dan majalah ilmiah.
Menurut laporan *Ending Learning Poverty* yang dikeluarkan oleh World Bank, kemiskinan pembelajaran di seluruh dunia bermaksud seseorang kanak-kanak itu masih tidak dapat membaca dan memahami teks mudah pada usia 10 tahun. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu menambah jumlah perpustakaan awam di kawasan bandar dan luar bandar bagi menyuburkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk memupuk amalan membaca dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca wajar digalakkan penyuburannya dalam kalangan masyarakat kerana mampu melahirkan masyarakat yang tinggi tahap pemikirannya. Oleh itu, bagi memupuk amalan membaca, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen galakan membaca dengan memberikan bahan-bahan bacaan percuma kepada orang ramai.
Sikap masyarakat yang selama ini memandang sepi terhadap bahan bacaan akan terhakis dengan perlahan-lahan apabila mereka membiasakan diri dengan budaya membaca. Ekoran daripada perkembangan ini, sudah tentu kita akan dapat membentuk masyarakat Malaysia yang cinta akan ilmu. Dalam mendepani era dunia serba maju ini sudah tentulah masyarakat berbudaya ilmu pengetahuan diperlukan untuk menjana pembangunan negara. Ringkasnya amalan membaca memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya’ oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim, *Dewan Siswa*, Januari 2018.
**Bahan 2**
**Bahan 3**
**SAJAK AMALAN MEMBACA**
Semaikan di jiwa budaya membaca
Pasti bertambah ilmu yang di dada
Bangsa dan usia bukan ukuran
Yang membezakan kebijaksanaan
Bacalah bacalah mari membaca
Mudah dilakukan di mana sahaja
Bacalah dengan mata dan hati
Dunia luas kita terokai
Baca dan teliti **setiap bahan** yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.