Baca petikan di bawah dengan teliti.
Industri pelancongan dapat menambah pendapatan negara dalam bentuk tukaran mata wang asing. Keindahan tempat pelancongan di Malaysia seperti Taman Negara Endau-Rompin dan bangunan yang tersergam indah di Kuala Lumpur telah menarik pelancong dari luar negara untuk berdarmawisata. Dengan pertambahan bilangan pelancong ke Malaysia, sudah tentu jawatan sebagai pemandu bas dan pekerja dalam industri perhotelan patut diperbanyak.
Walau bagaimanapun, industri pelancongan yang sedang berkembang pesat turut mengundang kesan negatif terhadap alam sekitar. Kegiatan pembangunan secara tidak terancang untuk pembinaan hotel, jalan raya, dan taman rekreasi akan mengakibatkan berlakunya hakisan tanah dan kemusnahan hutan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kesan Industri Pelancongan kepada Negara’ oleh Jared Liw Zhi Long, *Dewan Siswa*, Bil.06/2021
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata bantu**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata bantu** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Transformasi suasana pembelajaran dalam sistem pendidikan negara akibat penularan wabak COVID-19 memberikan impak yang sangat ketara dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Murid-murid tingkatan lima bagi tahun 2020 telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kebiasaan baharu. Salah seorang calon Murid Berkeperluan Khas (MBK) telah berjaya memperoleh 8A. “Saya telah mengatur jadual belajar berdasarkan kronologi terbalik,” demikianlah penjelasan Jason apabila diajukan soalan berkaitan resipi kejayaannya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Masalah Kesihatan dan PDPR Bukan Penghalang Kejayaan’ oleh Shakira Khairudin, *Dewan Siswa*, Bil 08/2021
Kenal pasti **tiga ayat aktif**, kemudian tukarkan kepada **ayat pasif** tanpa mengubah maksud asalnya. Anda perlu menulis jawapan mengikut contoh seperti di bawah.
Ayat aktif : ________________
Ayat pasif : ________________
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
**MAKLUMAT PENUTUPAN SEMENTARA PREMIS**
**Alamat :**
**F03, Jalan Cempaka Baharu,**
**Taman Kemilau Cahaya**
Pelanggan yang dihormati,
Dimaklumkan yang Kelinik Harmoni akan ditutup sementara waktu bermula 1 Februari 2022 bagi melancarkan proses mengubah suai premis.
Walau bagaimanapun, para pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan boleh ke cawangan yang lain kami di alamat :
**210, Jalan Dahlia Mekar,**
**Taman Intan Baiduri**
Premis ini akan dibuka semula pada 1 March 2022
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan,
sila hubungi pihak kami ditalian :
010-6663333
6 分
Bahan 2
Zawani : Zeti, pilihlah apa yang kamu suka. Hari lahir kamu sudah sebulan berlalu.
Zeti : Terima kasih Zawani atas ingatan dan hadiah yang diberikan oleh kamu ini. Saya amat menghargainya.
Zawani : Sama-sama Zeti. Selepas ini, kita hendak ke mana ya? Ada lain-lain barang yang kamu hendak beli?
Zeti : Baiklah sebelum kita menuntun filem Mat Kilau, saya nak belanja kamu makan ais kerim Baskin Robin.
Zawani : Wah, seronoknya! Kalau begitu, marilah kita segera ke sana. Kita hanya ada tiga puluh minit sebelum waktu tayangan filem dimula.
5 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa.
Menyedari betapa bahayanya merokok, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menzahirkan Hari Dunia Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun. Namun, kesedaran amat payah untuk disuntik dalam diri kebanyakan individu yang merokok lantaran hakikat banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Usaha ini akan menjadi sia-sia seperti hujan jatuh ke pasir sahaja sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada masyarakat. Perokok akan tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan amalan negatif ini tanpa menghiraukan keluarga dan orang sekeliling yang seperti duduk dalam duri apabila terkena asap rokok yang dibebaskan.
Senaraikan **dua** peribahasa sahaja, kemudian berikan **peribahasa sama maksud** bagi peribahasa yang disenaraikan.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Selain kefasihan bertutur bahasa Melayu, penampilan dan pembawaan diri masyarakat peranakan seperti Baba dan Nyonya juga seiras orang Melayu. Selain pengaruh persekitaran, hal ini terhasil daripada amalan perkahwinan campur yang lazim berlaku dengan masyarakat tempatan, terutamanya pada zaman dahulu. Persamaan ini menyemarakkan perasaan selesa dan keterbukaan antara masyarakat peranakan dengan masyarakat tempatan, terutamanya masyarakat Melayu. Malah, jika saling tidak mengenali, masyarakat umum yang berada di luar kawasan petempatan masyarakat peranakan mudah tersalah anggap bahawa orang peranakan sebagai orang Melayu.
Kefasihan dan kepetahan berbahasa Melayu dalam masyarakat peranakan cukup tinggi sehingga mereka sering disalah anggap sebagai Melayu. Insiden ini lebih mudah berlaku apabila masyarakat peranakan berpindah keluar dari negeri asal ke negeri lain untuk pekerjaan, pengajian, ataupun mendirikan kehidupan baharu. Dalam kalangan masyarakat peranakan, kedengaran cerita wanita peranakan ditegur kerana tidak menutup aurat, terutamanya rambut, manakala lelaki peranakan disoal kerana disyaki Muslim yang tidak berpuasa semasa bulan Ramadan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa Melayu dalam Jati Diri Masyarakat Peranakan’ oleh Pue Giok Hun, *Laman Dewan Budaya*
**Bahan 2**
Warga Bangladesh yang telah tinggal bekerja di negara Malaysia mampu berbahasa Melayu dengan baik walaupun terdapat jurang perbezaan antara bahasa Melayu dan bahasa Benggali. Usaha dalam mempelajari bahasa Melayu juga adalah disebabkan faktor kerja dan kelangsungan hidup di negara perantau. Kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan warganegara Bangladesh bukan menjadi suatu masalah bagi mereka. Selain faktor desakan kerja, perkara ini juga turut dibantu oleh faktor persekitaran mereka disebabkan oleh asimilasi budaya Malaysia.
Walaupun penggunaan bahasa Melayu yang digunakan tidak menepati ciri-ciri bahasa yang standard tetapi mereka menggunakan bahasa atau perkataan yang ringkas dan mudah difahami oleh warga tempatan khususnya. Meskipun warga Bangladesh menggunakan bahasa Melayu sebagai *medium komunikasi* utama, kecekapan membaca dan menulis juga diambil kira untuk memenuhi sebahagian keperluan hidup mereka di negara Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kajian Persepsi Kecekapan Berbahasa Melayu dalam Kalangan Warga Asing Bangladesh yang Terlibat dalam Sektor Perniagaan’ oleh Syed Abdul Razak Sayed Mahadi, Ain Shafiqah Mohd Nizan, Azhar Ab Wahab dalam *International Journal of Modern Language and Applied Linguistics*, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud *medium komunikasi*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, selain pengaruh persekitaran, nyatakan faktor bahasa Melayu mudah dikuasai oleh masyarakat yang bukan berbangsa Melayu.
3 分
iii
Kini, lebih 300 ribu orang pendatang asing dari Bangladesh telah memenuhi kuota pekerjaan di Malaysia dalam pelbagai sektor seperti perniagaan, perkilangan, perladangan, dan pembinaan.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya terhadap negara kita?
3 分
iv
Keunikan masyarakat Baba dan Nyonya adalah dari segi bahasa, makanan, dan budaya yang mirip dengan masyarakat Melayu walaupun mereka berasal daripada suku kaum Cina. Oleh hal yang demikian, Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda telah merancang untuk mengadakan lawatan ke Melaka yang terkenal dengan masyarakat Baba dan Nyonya.
Sebagai pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, apakah tindakan anda untuk memastikan program yang dirancang ini berjaya dilaksanakan?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**Beberapa Petua Hidup**
**Fikir dan kata**
Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.
*Fikir dahulu sebelum berkata,*
*Supaya terelak silang sengketa.*
Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas
Dipetik daripada gurindam Beberapa Petua Hidup, *Kalung Bunga Za’ba*, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008
**Bahan 2**
NEK SINAH : Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.
AIMAN : Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat.
NEK SINAH : Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting.
AIMAN : Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau saya lapar, saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya buat. Saya bukannya budak kecil lagi.
(NEK SINAH meninggalkan AIMAN dengan rasa kesal. Kesal dengan sikap AIMAN yang tidak menghormatinya dan ahli keluarga tersebut hanya mementingkan wang ringgit).
AIMAN : Bosan betul aku dengan Nek Sinah. Semua perkara nak diberitahu kepada aku. Suruh aku buat macam ini, macam itu. Hish, rimas aku dengan orang tua tu! Daripada aku fikir fasal Nek Sinah, baik aku tidur.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’ oleh Affix Zulkarnaen Adam dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 3**
“Emak tak ada, siapa nak jaga adik?” tanya Melati malam semalam sewaktu dia membimbing adiknya membuat latihan Matematik. Dia lemas menghadapi saat ini.
“Keruntuhan moral muda-mudi bukan sahaja kerana faktor media massa, tetapi kurangnya perhatian orang tua. Hal ini kerana dalam arus perkembangan yang pesat, masyarakat berlumba-lumba memburu kekayaan material. Oleh itu, mereka mengabaikan kekayaan batiniah ...”
Kata-kata Cikgu Hisyam yang mengajarkan Pengajian Am selalunya disambut dengan perdebatan tetapi tidak kali ini. Semuanya kosong. Hanya mata membuang pandangan ke depan tetapi perasaan menjalar jauh di kampung halamannya.
Dipetik daripada novel *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud
*Fikir dahulu sebelum berkata,*
*Supaya terelak silang sengketa.*
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan punca anak-anak zaman ini mengalami keruntuhan adab dan tatasusila.
4 分
iii
Statistik pembabitan kanak-kanak dalam jenayah seperti lumba haram, dadah, berjudi, dan memiliki bahan lucah dari Januari hingga Disember 2003 yang dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah seramai 5342 orang.
Pada pendapat anda, apakah peranan pelbagai pihak untuk mengatasi isu yang serius ini?
3 分
iv
Semasa pulang dari sekolah, anda bertemu dengan dua rakan sekelas anda yang ponteng sekolah. Mereka sedang melepak di sebuah pondok usang bersama beberapa orang remaja lelaki yang sedang menghidu gam.
Sebagai rakan sekelas yang prihatin, apakah tindakan sewajarnya yang perlu anda ambil?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikut dengan menggunakan ayat sendiri.
> Nordin bingkas bangun. Adnan segera membuka pencak silatnya bagi mempertahankan diri kerana menyangka Nordin mahu menyerangnya.
>
> “Sekarang baru bertemu buku dengan ruas. Apa tunggu lagi? Lawanlah,” cabar Mamat.
>
> Nordin memandang ke arah kawan-kawannya seolah-olah meminta bantuan. Tetapi masing-masing buat muka selamba sahaja. Tidak ada yang berani masuk campur.
>
> “Aku tahu kau pandai bersilat. Tapi aku tak takut!” bentak Nordin.
>
> Dengan pantas dia meluru ke arah Adnan lalu melepaskan beberapa tumbukan tetapi dapat ditepis oleh Adnan sehingga tidak satu pun yang mengena sasaran. Nordin bertambah berang. Dia mengumpul kekuatan lalu menerkam ke arah Adnan. Dengan pantas Adnan mengelak. Nordin terbabas lalu terjatuh ke dalam parit. Kawan-kawannya segera mendapatkan Nordin.
>
> “Sudahlah Nordin. Adnan itu bukan lawan kau!” kata Lepat.
>
> Dipetik daripada novel *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip bin Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nordin menjadikan Adnan sebagai musuh ketatnya. Apakah tindakan Nordin untuk melepaskan geram kepada Adnan?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip bin Talib
(b) *Tirani* karya Beb Sabariah
Berdasarkan **sebuah** novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat memberikan inspirasi kepada anda.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Pandemik Covid-19 telah melebarkan saiz pasaran dalam talian dan memberikan peluang kepada usahawan muda untuk terlibat dalam keusahawanan. Bagi golongan ini, penerapan teknologi dalam kehidupan seharian menjadi lumrah malah dapat diaplikasikan dengan mudah, cepat dan selesa. Walaupun langkah bergelar usahawan dalam talian dimulakan tanpa modal perniagaan yang besar, namun perniagaan ini tetap memerlukan minda keusahawanan yang kuat. Sehubungan dengan itu, individu yang ingin berjaya dalam menjalankan perniagaan secara dalam talian perlu mahir mengurus dengan cekap hal ehwal pengurusan perniagaan.
Usahawan secara dalam talian seharusnya berhati-hati dengan rakan lain yang berniaga dalam medan yang sama. Usaha ini akan membantu mereka daripada dimanipulasikan oleh jenayah komersial. Di samping itu, usahawan dalam talian yang berjaya akan bijak dalam meminimumkan risiko dan sentiasa mencipta peluang untuk meraih pulangan yang tinggi. Bagi menyokong pembangunan usahawan, pelbagai agensi seperti SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membangunkan program dengan kriteria khusus. Pembangunan usahawan di institusi pengajian tinggi turut meningkatkan penyertaan pelajar untuk menjadi usahawan siswazah. Hal ini merangkumi modul latihan keusahawanan, peluang perniagaan dalam kampus dan pertandingan inovasi keusahawanan.
Usahawan dalam talian yang ingin berjaya juga mesti mempunyai sikap proaktif dalam mengenal pasti peluang yang wujud. Individu seperti ini akan mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan paparan objek mewah oleh sesetengah individu di laman sosial. Sebagai tanda sokongan kepada pembangunan usahawan, kerajaan turut mengambil langkah meningkatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti keusahawanan di institusi pengajian tinggi dengan menyediakan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi. Strategi ini berupaya membina Malaysia sebagai negara yang menjadikan keusahawanan sebagai teras penting transformasi ekonomi dan sosial.
Perniagaan secara dalam talian merupakan satu pilihan untuk langkah awal sebagai usahawan. Usahawan muda yang memilih platform secara dalam talian turut berpotensi menjadi ejen transformasi sosial yang berkesan. Pelibatan dalam bidang keusahawanan walaupun pada skala yang kecil namun dilihat sebagai tunas penting dalam melahirkan minda usahawan yang berjaya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Meneroka Peluang sebagai Usahawan Muda’ oleh Zulnaidi Yaacob, *Dewan Siswa*, Bil 5/2022
**Bahan 2**
**Bahan 3**
**Seloka Usahawan Jaya**
Jika ingin kekal berjaya
Prinsip yang teras harus dilaksana
Patuh akan undang-undang negara
Tidak diplagiat yang bukan haknya
Walau untung berjuta-juta
Jujur amanah tetap terjaga.
Kerajaan beri bimbingan dan latihan
Harap usahawan maya seiring sejalan
Jangan gah hanya wayangan
Namun ilmu kering dan kontang
Dana pinjaman turut tersedia
Harap dilabur dengan terancang
Jika tidak pasti menyesal
Kaya diharap muflis yang datang.
Nukilan
Umi RA
Seremban, 2022
Baca dengan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.