Terengganu Trial 2023 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Terengganu Trial 2023 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
Terengganu 州试卷 Set 1 · 2023
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
DARO: Ibu bapa diseru agar menggalakkan anak-anak berdikari dan membenarkan mereka terlibat secara aktif dalam bidang sukan. Menurut Wakil Rakyat Daro, Safiee Ahmad, para ibu bapa tidak perlu menghalang anak-anak mereka tanpa mengira jantina terlibat dengan aktiviti sukan. “Secara purata, kanak-kanak berusia dalam lingkungan tujuh hingga 12 tahun lebih mudah dibentuk untuk menjadi atlet yang berjaya,” katanya semasa merasmikan Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Kampung Nangar Daro berhampiran dengan tadika di Kampung Nangar pada Rabu lalu. Dalam ucapan yang sama, Safiee telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150,000.00 untuk menaik taraf dewan gimrama bagi sekolah itu. Majlis perasmian turut diserikan dengan persembahan sebuah kugiran yang terkenal di Sarawak.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Galak Anak Terlibat Secara Aktif Dalam Sukan’, https://ukas.sarawak.gov.my/, *Ukas Portal 03* November 2022
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata nama akronim.** Kemudian **bina satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata nama akronim** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan dan menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau kata nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
**Shida** : Ara, <u>apakah yang kamu fikirkan?</u> Saya lihat dari tadi dahi kamu berkerut-kerut.
**Ara** : <u>Nah, cuba kamu baca berita ni!</u> Geram betul saya.
**Shida** : Kes penipuan cinta siber dalam talian. <u>Saya pun ada terbaca juga semalam dalam akhbar.</u>
**Ara** : <u>Semakin ramai kaum wanita yang terpedaya dan mengalami kerugian hampir puluhan ribu ringgit.</u> Mereka tidak sedar ditipu kerana terleka dengan janji-janji manis si penipu.
**Shida** : Benar sama sekali. Oleh itu, <u>kita harus berhati-hati dan perlu siasat terlebih dahulu latar belakang seseorang yang baru dikenali.</u>
**Ara** : <u>Usah mudah terpedaya dengan apa-apa yang dijanjikan oleh orang yang baru dikenali ini.</u>
**Shida** : Betul tu, Ara. Sekarang ini pun bermacam-macam lagi kes penipuan dalam talian yang timbul.
Kenal pasti dan nyatakan jenis ayat yang bergaris, sama ada **Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Seruan** atau **Ayat Perintah**. Anda perlu **menyalin ayat itu semula** dan menyatakan jenisnya.
6 分
311 分
Petikan berita di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**.
KUCHING - Kes-kes jangkitan rabies yang berlaku di kalangan haiwan dan manusia mencatatkan peningkatan di Sarawak. Kampung Narum di Marudi diishtiharkan sebagai kawasan terbaharu jangkitan rabies selepas seekor anjing liar disahkan positif rabies pada 2 Febuari lepas.
Sehubungan itu, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom mengingatkan orang awam supaya berwaspada dan menggesa agar siapa yang digigit haiwan segera mendapatkan perubatan di klinik.
“Berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Sarawak pada tahun ini merekod 13 kematian daripada 15 kes rabies. Sejak 2017, jumlah kumulatif rabies yang menjangkiti manusia adalah sebanyak 70 kes dengan 63 kematian,” katanya kepada pemberita.
Ekoran peningkatan jangkitan rabies, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak telah mempergiatkan program vaksinasi anti-rabies di seluruh Sarawak. Menurut Dr Stephen lagi, satu program vaksinasi besar besaran akan diadakan di Taman Awam Miri pada 19 dan 20 Ogos 2023.
Pemilik anjing perlu mempastikan suntikan pelalian telah diberikan kepada haiwan ternakan mereka bagi mengelakkan masyarakat dijangkiti virus rabies.
Dipetik dan diubah suai daripada “Rabies di Sarawak Meningkat.” 15 Ogos 2023, *Astro Awani*
Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut.
11 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka Laksamana pun berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari datang itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah maksud dan bentuk asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti.
**Zamri** : Kini masyarakat sangat gemar menggunakan bahasa rojak ketika berkomunikasi.
**Norzi** : Ya betul tu. Media massa pun tidak cakna dalam penggunaan bahasa yang betul.
**Zamri** : Pada pendapat saya, orang yang sayang akan bahasanya, pasti akan menggunakannya dengan betul pada setiap masa kerana \_\_\_\_\_\_\_\_ **(i)** \_\_\_\_\_\_\_\_
**Norzi** : Saya amat setuju dengan pendapat awak. Media massa mestilah bersungguh-sungguh untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan tanpa banyak alasan, bak peribahasa \_\_\_\_\_\_\_\_ **(ii)** \_\_\_\_\_\_\_\_
**Zamri** : Selain itu, surat khabar dan majalah turut memainkan peranan sebagai saluran penyampaian idea dan kritikan dengan lebih berkesan kerana \_\_\_\_\_\_\_\_ **(iii)** \_\_\_\_\_\_\_\_
Isikan tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai mengikut situasi.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Perkembangan sukan elektronik (e-sukan) memasuki fasa baharu apabila bidang berkenaan bakal menjadi acara pingat sempena penganjuran Sukan SEA Filipina 2019. Malaysia tidak seharusnya ketinggalan *mencungkil bakat* muda dalam e-sukan. Sukan ini akan memacu industri baharu yang luas pada masa depan. Oleh itu, penganjuran e-sukan secara berperingkat di universiti tempatan seharusnya mendapat dorongan daripada pihak berkaitan supaya usaha tersebut berterusan dan tidak sia-sia.
Sedekad lalu, kita melihat e-sukan ini hanya berkembang sebagai sebahagian daripada hobi. Namun begitu, landskap itu sebenarnya sudah berubah pada masa ini. Hal ini dikatakan demikian kerana sudah ramai anak muda yang bergelar jutawan. Universiti ialah tempat yang paling sesuai untuk melahirkan pemain yang berbakat besar. Mereka dapat mengharumkan nama negara apabila memenangi kejohanan dunia dalam e-sukan. Dalam hal ini, kita mahukan pemain profesional e-sukan yang hebat, di samping individu itu juga berjaya dalam akademiknya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sukan Masa Depan’ oleh Muhammad Saufi Hassan, *MyMetro*, 14 Mac 2019.
**Bahan 2**
Di Malaysia, perkembangan e-sukan agak lambat berbanding dengan negara maju yang lain. Malaysia mencatatkan sejarah tersendiri apabila membuka pusat e-sukan yang dikenali sebagai The Pantheon yang terletak di The Square, One City USJ. Pusat e-sukan ini bertaraf lima bintang yang dilengkapi dengan 116 buah komputer berserta komponen tinggi zon realiti maya (VR), zon konsol Sony Playstation 4 (PS4) dan Sony Playstation 5 (PS5) serta simulator kereta.
Terdapat banyak penggiat e-sukan di Malaysia yang telah berjaya. Antara penggiat e-sukan yang terkenal ialah Soloz atau dikenali sebagai Maharaja Soloz dalam kalangan pengikut permainan strim langsung beliau. Nama sebenar beliau ialah Mohd Faris Zakaria, berusia 27 tahun. Gelaran Maharaja Soloz diberikan kerana populariti beliau sebagai pemain strim langsung yang mempunyai lebih 2.0 juta pengikut menerusi aplikasi Facebook Gaming. Insan hebat ini telah meletakkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila memenangi kejohanan e-sukan di peringkat antarabangsa. Soloz juga mempunyai lebih sejuta orang pengikut di Instagram dan juga YouTube miliknya, iaitu Soloz Club. Dari sudut positif permainan video ini tidak membuang masa kerana memberikan keuntungan jika dilakukan dengan cara yang betul.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Potensi e-Sukan di Malaysia’ oleh Mudiana Mokhsin, *Dewan Masyarakat*, 25 Ogos 2021.
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *mencungkil bakat*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan kebaikan-kebaikan e-sukan kepada masyarakat dan negara.
3 分
iii
Golongan remaja kini masih kurang berminat untuk memilih bidang e-sukan sebagai kerjaya.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca situasi ini berlaku?
3 分
iv
Rakan anda merupakan seorang yang sangat berbakat dalam permainan video dan bercita-cita untuk terlibat dengan lebih serius dalam bidang e-sukan. Namun begitu, beliau menghadapi masalah kerana tidak mampu menyediakan peralatan yang terkini untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
Apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh rakan anda untuk mengatasi masalah tersebut?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Alias tergamam. Sambil tersedu-sedu sebak dia duduk bercangkung perlahan-lahan melihat perut Chot yang terpengap-pengap dengan darah membuak-buak. Alias merenung pelupuk mata Chot yang masih terbuka, sangat bening renungnya, dan air mata yang tergenang mula mengalir perlahan ke bulu-bulunya.
Alias bukan seorang doktor. Dia mengubati dengan menangis dan memeluk Chot. Sayangnya Chot tidak sembuh. Chot dengan lemah memegang tangan Alias tetapi terlepas. Chot memuncung mulutnya tetapi tidak dapat mencium pipi Alias. Chot merapatkan pelupuk matanya, memberitahu dia sangat sakit tetapi Alias tidak sedar.
Dipetik daripada novel *Chot* karya Azizi bin Haji Abdullah, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
“Ke manakah engkau pergi, Oren?” soalnya sambil mengusap-usap belakang kucingnya itu, dia kehairanan kerana bulu Oren terjaga bersih walaupun telah beberapa hari kucingnya itu tidak pulang ke rumah seolah-olah ada orang yang membersihkannya.
Kemudian, dia membawa Oren ke dapur. Dia mengambil susu dari peti dan disuanya kepada Oren, namun Oren hanya membiarkan susu itu. Dengan manjanya Oren kembali kepadanya sambil menggeselkan badan di kakinya. Selepas itu, dia kembali mendukung Oren. Oren memandangnya dengan lembut. Lantas dia mencium pipi Oren. Perbuatannya itu tidak pernah dilakukannya sebelum ini walaupun kepada Kelabu.
Dipetik daripada cerpen ‘Oren’ oleh Saifullizan Yahaya, antologi *Kuingin Berterima Kasih*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 3**
**Kijang yang Lelah**
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak langkah di tanah menghijau
Saat ini
Sebak menyentap dahan kalbu
Dedaun rendah resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarnya menguncup di perdu harap
Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga
**Wan Marzuki Wan Ramli**
i
Berdasarkan rangkap 1 **Bahan 3**, bagaimanakah keadaan kijang seperti digambarkan dalam sajak di atas?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, berikan tindakan tuannya terhadap haiwan yang dipeliharanya.
3 分
iii
Kebelakangan ini, banyak kucing jalanan terbiar di sekitar kawasan perumahan dan pasar sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk menangani masalah ini?
4 分
iv
Anda sedang berehat di kantin sekolah dan terpandang beberapa orang murid sedang memukul seekor kucing terbiar di bawah sepohon pokok.
Sebagai murid yang prihatin, kemukakan tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan bagi menyelamatkan kucing yang malang itu.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Nurul Hafsa mula memarahi dirinya kerana tidak dapat mengesyaki kaitan antara dua beranak itu. Nurul Hafsa memerhatikan yang rambut hitam pekat Muhammad Taufik diwarisi daripada bapanya.
>
> Sedang, ikal rambut lelaki itu diwarisi daripada ibunya yang berambut coklat beralun. Iris Muhammad Taufik masih berwarna coklat pekat seperti bapanya. Kulitnya cerah seperti kulit Puan Wickham, namun kelihatan subur dan sihat seperti kulit orang Melayu-Jawa. Namun, akibat selalu berjemur kerana menyiapkan projek rumah mesra alamnya, wajah Muhammad Taufik ada kesan terpanggang dek sinar mentari. Hidungnya mancung sederhana dan tubuhnya tegap serta tinggi lampai.
>
> Kombinasi ciri-ciri fizikal ibu dan ayahnya. Yang terbaik dari dua dunia, getus hati kecil Nurul Hafsa.
>
> Dipetik daripada novel *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nyatakan ciri-ciri fizikal Muhammad Taufik seperti yang digambarkan oleh Nurul Hafsa.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Noor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, jelaskan **satu** peristiwa yang menimbulkan kemarahan kepada pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Ekopelancongan ialah aktiviti yang melibatkan lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan alam semula jadi seperti hutan, pantai, tasik, sungai dan sebagainya. Kegiatan ekopelancongan akan meningkatkan kepekaan dan pemahaman penduduk tempatan terhadap alam sekitar. Kehadiran pelancong menimbulkan kesedaran penduduk tentang kepentingan menjaga alam sekitar yang sebelum ini dianggap tidak penting. Mereka juga perlu memulihara alam sekitar dan budaya asal mereka agar kehadiran pelancong berterusan. Ekopelancongan membolehkan penduduk tempatan mendapat peluang untuk menjalankan aktiviti ekonomi. Mereka mendapat peluang secara langsung atau tidak langsung melalui penyediaan keperluan ekopelancongan dan perkhidmatan seperti pemandu pelancong.
Jabatan Perhutanan Negeri perlu memainkan peranan untuk memelihara dan memulihara habitat flora dan fauna bagi memajukan ekopelancongan. Hutan yang diteroka perlu ditanam semula untuk mengekalkan jumlah keluasan kawasan hutan di negara ini. Pihak berkuasa hendaklah mewartakan lebih banyak kawasan hutan simpan kekal seperti Taman Negara dan Hutan Simpan Belum. Pengekalan hutan membolehkan flora dan fauna terus wujud dan kegiatan ekopelancongan dapat dikekalkan. Oleh itu, kelestarian hutan simpan kekal dapat memajukan kegiatan ekopelancongan.
Ekopelancongan juga memberikan sumbangan dalam pertumbuhan ekonomi negara kerana aktiviti ini mampu menjanakan kepelbagaian aktiviti ekonomi dan meningkatkan pendapatan negara. Oleh itu, penyelidikan dan pembangunan perlu dilakukan untuk memajukan ekopelancongan. Sebagai contoh, penyelidikan tentang hidupan liar dan kayu-kayan dapat memastikan elemen ekopelancongan berjaya menarik minat pelancong. Penguatkuasaan undang-undang juga perlu bagi memastikan medium ekopelancongan tidak diganggu. Akta dan peraturan yang ada perlu dikuatkuasakan untuk membanteras kegiatan pemburuan haram dan pembalakan haram. Penguatkuasaan secara tegas dapat memastikan aktiviti yang memberi kesan negatif kepada flora dan fauna dapat dikurangkan.
Dipetik dan diubah suai daripada Ekopelancongan, *http://perigibakti.blogspot.com*.
**Bahan 2**
**PANTUN EKOPELANCONGAN**
Mentari serlah ceria sinaran,
Kicauan burung riang bersama;
Cuti sekolah ambil kesempatan,
Berehat di rimba bersama keluarga.
Nyanyi burung riang bersama,
Merdu suara burung kenari;
Bantu tingkat imej negara,
Pantai menarik serata negeri.
Merdu suara burung kenari,
Murai riuh mencari pasangan
Prasarana dijaga indah terperi
Danau dan lembah jadi kunjungan.
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.