Selangor Trial 2023 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Selangor Trial 2023 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
Selangor 州试卷 Set 1 · 2023
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Mungkin tidak terfikir oleh kita bahawa teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai *artificial intelligence* (AI) akan berkembang dengan sebegitu pesat pada masa ini. Walaupun kekhuatiran kita tentang kemungkinan AI mengambil alih peranan guru dan pelbagai kerjaya penting pada masa depan masih belum berjawab, kita mestilah memastikan bahawa perkembangan teknologi wajib kita seimbangkan dengan pemantapan sahsiah dan nilai-nilai kemanusiaan demi pembentukan masyarakat madani.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Halusi Insani, Telusuri Madani’ oleh Alex Leong Jun Wei, *Dewan Siswa*, Bil.7/2023
Kenal pasti dan senaraikan **dua kata kerja transitif aktif** dan **dua kata kerja pasif**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap kata tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Daerah Yan yang terletak di Kedah ini turut kaya dengan pelbagai khazanah semula jadi.</u> Daerah Yan mampu menjadi satu daripada zon pembangunan pelancongan yang utama di Tanah Besar yang terletak di negeri ini. <u>Kawasan perkampungan, sawah padi dan petempatan nelayan pula berpotensi untuk diketengahkan sebagai aset pelancongan kampung</u>. Tempat-tempat ini sering dikunjungi oleh pelancong yang ingin menikmati keindahan alam dan merehatkan minda. <u>Pengiktirafan Daerah Yan sebagai kawasan warisan pelancongan semula jadi amat bertepatan sekali.</u>
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Daerah Yan Warisan Pelancongan Semula Jadi yang Indah’ *Dewan Siswa*, Bil.6/2023
Kenal pasti dan tulis **subjek** dan **predikat** yang lengkap bagi tiga ayat yang bergaris seperti yang berikut:
Subjek : ____________
Predikat : ____________
6 分
311 分
Bahan di bawah mempunyai **pelbagai kesalahan bahasa**.
**GARIS PANDUAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KESIHATAN KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2017**
**PENDAHULUAN**
Pertandingan Video Pendek Kesihatan Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah ini merupakan satu daripada aktiviti penganjuran Unit Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Pertandingan ini memberikan fokus kepada aspek mencari, mengumpul maklumat, menyusun bahan dan menyembahkannya menerusi pembikinan video pendek kesihatan.
**OBJEKTIF**
1. Mempergiat budaya berfikir secara kreativiti dan inovatif
2. Meningkat keberkesanan pelbagai kaedah dalam pengajaran kesihatan
3. Memperkukuh tahap pengajaran secara inkuiri supaya pembelajaran ahli Kelab Doktor Muda menjadi lebih berkesan khususnya di dalam pemahaman konsep kesihatan dan isu semasa kesihatan
**SYARAT KHAS VIDEO PENDEK KESIHATAN KELAB DOKTOR MUDA**
**Tajuk**
- Pemilihan tajuk hendaklah berdasarkan pada Modul Doktor Muda Sekolah Menengah yang terkini.
**Tempoh Pertandingan**
- Pertandingan akan bermula pada 1 Februari 2017 sehingga 28 April 2017.
- Setiap penyertaan perlulah dihantar ke jawatankuasa pertandingan sebelum atau pada 28 April 2017, sebelum pukul 1:00 tengah hari.
**Terma dan Syarat**
1. Penyertaan terdedah kepada semua ahli Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah.
2. Video mestilah berdurasi antara tiga dan lima minit.
3. Bahasa yang digunakan mestilah bahasa Melayu. Sekiranya menggunakan bahasa selain bahasa Melayu, cadangan sarikata dalam bahasa Melayu diperlukan.
4. Pihak sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengemelkan video para peserta menerusi alamat e-mel rasmi, <u>[email protected].</u>
**Hubungi Kami:**
**UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK**
Jalan Hospital (Ashby Road), 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Telefon: 05-5469355
Faksimile: 05-5456300
Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut.
11 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.”
Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan sepertinya.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kebiasaannya, <u>ibu bapa akan mula mendidik anak-anak mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik sejak kecil lagi.</u> Hal ini berlaku demikian kerana ibu bapa bimbang akan peluang anak mereka untuk mendapatkan pekerjaan kolar putih selepas menamatkan pengajian. Oleh sebab itu, <u>ibu bapa dan anak-anak perlu membuat persiapan awal bagi menghadapi cabaran pada masa depan.</u> Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memberikan penekanan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal bagi melahirkan murid yang berkemahiran. <u>Perubahan ini telah membuka peluang yang besar kepada murid teknikal supaya mereka dapat bersaing dengan murid-murid yang mengikuti pendidikan arus perdana.</u>
Kenal pasti dan nyatakan peribahasa yang sesuai bagi ayat-ayat yang bergaris dalam petikan.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Sekiranya kita bijak menilai sesuatu barang terbuang serta kreatif mengolahnya sehingga menjadi sesuatu barangan lain yang mempunyai fungsi baharu, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif. Bukan semua daripada kita mampu untuk menghasilkan produk yang kreatif daripada bahan kitar semula. Namun, janganlah kita menganggap bahawa semua barang yang lama dan rosak sebagai sampah dan dibuang begitu sahaja. Sebenarnya, kita boleh mengumpulkan bahan terbuang dan menjualnya di pusat kitar semula agar bahan tersebut dapat diproses untuk dijadikan produk baharu. Tindakan ini nescaya akan menguntungkan diri sendiri dan menjimatkan sumber alam.
Sumber: http://www.relaksminda.com/2013
**Bahan 2**
Idea kreatif penggunaan barang terbuang yang dikitar semula akan menghasilkan satu barangan lain yang berbeza rupa dan fungsi. Barang terbuang dapat membantu pengurangan bahan terbuang dan mengurangkan pembaziran penggunaan sumber semula jadi. Idea kreatif boleh anda cuba sebagai sumbangan anda untuk memelihara alam sekitar. Idea kreatif ini dapat membuka minda ataupun memberikan ilham kepada kita untuk menggunakan bahan terbuang sebagai sesuatu yang lebih berguna. Malah, idea kreatif menggunakan bahan terbuang ini dapat *menjana pendapatan* kepada seseorang. Sebagai contohnya, penciptaan lampu yang eksklusif, pasu bunga, perabot dan lain-lain.
Sumber: https://bharian.com.my/2023
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *menjana pendapatan*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan kebaikan penggunaan bahan terbuang kepada masyarakat.
3 分
iii
Amalan kitar semula masih belum menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia.
Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan masyarakat pada hari ini tidak memanfaatkan penggunaan barangan terbuang dalam kehidupan seharian?
3 分
iv
Sekolah anda akan menganjurkan pertandingan inovasi daripada bahan terbuang. Namun, pertandingan ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakan-rakan sekelas anda.
Sebagai ketua kelas, cadangkan tindakan-tindakan yang boleh anda ambil untuk mengatasi masalah ini.
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**Syair Malaysiaku**
Dengarlah semua hamba berpesan
Dalam hidup jangan beralasan
Apabila berkata selitkan kiasan
Terimalah syair sebagai bingkisan.
Pelbagai bangsa hidup bersama
Berbeza budaya mahupun agama
Bertolak ansur saling menerima
Bersatu hati senjata utama.
Dari kota hingga ke desa
Hidup damai penuh selesa
Teguh bersama memacu nusa
Budaya dijulang ekonomi diperkasa.
Nikmat merdeka penuh berharga
Setiap kita perlu berbangga
Pertiwi ini perlu dijaga
Perkukuh perpaduan bersiap siaga.
Amirah Syazwani, *Dewan Siswa*, Bil. 9/2022, Dewan Bahasa dan Pustaka
**Bahan 2**
31 Ogos 1957 – ketika bulan merdeka sangat terang di langit, kami beriktikaf di surau. Sesuai dengan semangat warisan moyang-poyang sejak kampung itu dipugar, kami meraikan merdeka dengan dua matlamat: rezeki dan ibadat.
Surau penuh sesak – kami menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil, khusus untuk orang yang sangat kami cintai. Kami selalu mengenangkan kata-katanya: Perihal lurusnya hati Melayu, berbudi cara Melayu, bersahabat cara Melayu. Malah, segala debar cinta kepada bangsa dan negara. Kami sentiasa rindu akan kata-kata semangat anak muda itu: “Tanah Melayu pasti merdeka!”
Tuan Booth sekeluarga balik ke England seminggu selepas merdeka, tapi setahun kemudian – ketika kami bersiap-siap di surau meraikan setahun merdeka – gadis Inggeris berambut perang dan bermata biru lembut itu muncul semula.
Sejak itu, di banglo estet peninggalan Tuan Booth, anak-anak kampung kami bebas keluar masuk pada setiap hari.
Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’ oleh Zainal Rashid Ahmad, antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
**Bahan 3**
**Pantun Berkait Sayangi Malaysia**
Pohon kelapa di tepi selat,
Tempat tempua membuat sarangnya;
Negara Malaysia negara berdaulat,
Hendaklah kita mempertahankannya.
Tempat tempua membuat sarangnya,
Tampak halus seni tenunan;
Hendaklah kita mempertahankannya,
Supaya maju sejahtera dan aman.
Tampak halus seni tenunan,
Sungguh cantik bila dipandang;
Supaya maju sejahtera dan aman,
Pastikan berilmu pelbagai bidang.
Mohd Kassim Mahmud, *Dewan Siswa* Bil 8/2022, Dewan Bahasa dan Pustaka
i
Berdasarkan **Bahan 2**, apakah matlamat meraikan sambutan kemerdekaan bagi penduduk kampung?
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan kemajuan yang telah dicapai oleh negara selepas kemerdekaan.
4 分
iii
Pelbagai aktiviti dan program dijalankan oleh pihak sekolah bersempena dengan sambutan hari kebangsaan saban tahun.
Pada pandangan anda, apakah tujuan aktiviti dan program ini diadakan?
3 分
iv
Anda terpilih untuk menghadiri satu program kepimpinan pengawas bagi mewakili sekolah anda. Ketika menjalani aktiviti dalam kumpulan, anda telah dilantik sebagai ketua kumpulan. Pada malam penutupan program, anda dan ahli kumpulan diwajibkan untuk membuat persembahan kebudayaan yang bertemakan perpaduan kaum.
Sebagai ketua kumpulan, apakah tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk menjayakan persembahan tersebut?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Saya tahu saya belum fasih bercakap Inggeris. Kawan-kawan memandang rendah kepada saya. Jadi, saya nak buktikan bahawa saya boleh menandingi mereka,” kata Adnan.
>
> “Semangat itulah yang ayah suka. Ayah doakan kamu berjaya. Berlatihlah bersungguh-sungguh,” kata Pak Saidi sambil tersenyum.
>
> “Mak, ayah, dan adik-adik kamu akan hadir masa pertandingan itu nanti,” kata ibunya pula.
>
> Bertambah semangat Adnan mendengarnya. Dia berazam akan berlatih bersungguh-sungguh supaya dapat membuat persembahan yang terbaik. Adnan pun memulakan latihan. Pada mulanya, dia berasa agak sukar juga hendak menyebut perkataan-perkataan Inggeris itu. Namun, dia tidak berputus asa. Adnan terus berlatih dan berlatih tanpa berasa jemu. Kemudian dia berlatih di depan ayah, ibu dan adik-adiknya.
>
> Dipetik daripada novel *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia
Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Adnan semakin bersemangat?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang dapat menimbulkan perasaan simpati.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan sejak 18 Mac 2020 yang lalu bertujuan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 di Malaysia. Pelaksanaan ini turut memberikan kesan kepada pelbagai sektor ekonomi negara. Antara sektor yang terjejas teruk termasuklah sektor pelancongan, perniagaan, perkhidmatan dan pengeluaran makanan seperti pertanian, perikanan dan akuakultur.
Pengarah Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr. Sitti Raehanah Muhamad Shaleh berkata, beberapa cabaran terhadap sektor akuakultur telah digariskan bersama-sama pengusaha akuakultur dan rakan akademik. Antara cabaran tersebut termasuklah kesukaran pengusaha untuk memasarkan hasil ternakan mereka di kawasan berhampiran kerana sekatan jalan raya yang dilaksanakan sepanjang PKP. Senario ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah turut terkesan di negara Indonesia dan Amerika Syarikat.
Selain itu, peningkatan kos operasi dalam tempoh PKP turut membebankan pengusaha akuakultur. Di samping itu, kurangnya permintaan daripada pengusaha perhotelan dan restoran menyebabkan hasil akuakultur tidak dapat dipasarkan. Pengusaha juga terpaksa menanggung kos tambahan makanan ternakan, buruh dan tenaga elektrik yang tinggi kerana terpaksa memanjangkan tempoh penjagaan ternakan mereka.
Namun begitu, dari sudut lain, PKP turut mempermudah usaha penduduk setempat untuk mendapatkan produk akuakultur seperti udang dan ikan segar. Senario positif ini meningkatkan permintaan ikan air tawar dan pengurangan campur tangan orang tengah. Menerusi sesi perbincangan, para peserta khususnya pengusaha akuakultur berharap agar kerajaan dapat memberikan kelonggaran kepada sektor-sektor pengeluaran makanan untuk beroperasi dengan lebih baik pada masa hadapan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cabaran Industri Akuakultur Sepanjang PKP’ *Utusan Borneo Online*, 2020
**Bahan 2**
**Ikan Hiasan Menjanakan Pulangan RM340 Juta**
Putrajaya, 17 September – Sektor ikan hiasan merupakan industri penting negara kerana berjaya meningkatkan pengeluaran sebanyak 325 juta ekor ikan hiasan pada tahun 2017. Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir bin Mohd Nawi berkata bahawa perkara itu sekali gus menjanakan pulangan yang lumayan bernilai RM340 juta kepada pendapatan negara. Industri akuakultur ini menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan orang. Sebanyak 548 orang pengusaha dan 1 433 orang pekerja terlibat dalam industri ini.
Sumber: *Utusan Malaysia*, 18 September 2019
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.