Sarawak Trial 2023 Bahasa Melayu Kertas 2 · Limbang
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Sarawak Trial 2023 Bahasa Melayu Kertas 2 · Limbang
Sarawak 州试卷 Limbang · 2023
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan remaja banyak meluangkan masa melayari Internet seperti bermain permainan dalam talian, mencari maklumat, serta berinteraksi dengan rakan-rakan. Secara tidak langsung, mereka juga terpengaruh untuk membuat pembelian secara dalam talian kerana kekerapan mereka terdedah kepada iklan sewaktu melayari Internet. Pembelian dalam talian menjadi semakin popular kerana mereka tidak perlu membeli barang secara terburu-buru.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘5 Sebab Rakyat Malaysia Suka Beli Secara Online’, *Sinar Harian*, 19 Mac 2020
Senaraikan **empat kata kerja transitif**. Kemudian anda dikehendaki membina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Gerhana bulan terjadi apabila bumi berada di antara bulan dengan matahari, iaitu ketika fasa bulan purnama. Dengan kedudukan sedemikian, <u>bumi menghalang cahaya matahari dan menyebabkan bayang bumi mengunjur jauh ke angkasa</u>. <u>Kemuncak gerhana bulan ialah pada pukul 11:19 (waktu universal)</u>. Seluruh fasa gerhana dapat dilihat di seluruh dunia. <u>Tempoh gerhana bulan penuh paling lama hanyalah 14 minit, 28 saat.</u>
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Gerhana Bulan Penuh 2021’ oleh Kassim Bahali, *Dewan Kosmik* 05/2021
Nyatakan **pola ayat** bagi ayat-ayat yang bergaris dengan tepat. Anda perlu menulis jawapan mengikut contoh seperti di bawah.
Pola ayat:
FN: ______________________
FK: ______________________
6 分
311 分
Dalam petikan 1, terdapat **lima kesalahan bahasa** manakala petikan 2 terdapat **enam kesalahan bahasa**. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1
E-sukan ialah suatu bentuk permainan video yang dipertandingkan dan dimainkan dengan penuh semangat sukanan. E-sukan telah berkembang pada serata dunia dan menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Di Malaysia, e-sukan semakin tersoho dan negara kita telah pun melahirkan atlet e-sukan yang berdaya maju pada peringkat antara bangsa. Dalam sesi sembang santai atlet e-sukan dengan peminat, pelbagai cerita dan rahsia kejayaan mereka berjaya diperolehi.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jutawan Sukan’, buku teks *Bahasa Melayu Tingkatan 4*, Kementerian Pendidikan Malaysia
5 分
Petikan 2
Bidang agroteknologi merupakan bidang paling relevan dibangunkan daripada segi penciptaan teknologi dan produk berdasarkan potensi inovasi. Faedah yang diperoleh daripada bioteknologi di bidang pertanian termasuklah pengawalan serangan menggunakan mikrob, pembiakkan genetik tumbuhan dan pembentukan haiwan untuk meningkatkan tumbesaran. Sesuai dengan kedudukan Malaysia dalam kawasan tropica yang kaya dengan sumber tulen yang bernilai, cara terbaik untuk memanfaatkan sumber ini adalah dengan menggunakan kaedah bio-teknologi dan agroteknologi.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Inovasi Menunjangi Agroteknologi’ oleh Munirah Abdul Hamid, *Dewan Ekonomi*, Bil. 8/2020
6 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’, antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
**Ibu:** Apa nak jadi dengan adik ini? Belajar sekerat jalan, kerja tidak mahu. Sudah banyak kali nasihat diberikan, tetapi semua nasihat itu seperti mencurahkan air ke daun keladi. Sekarang melepak di dusun itulah kerjanya.
**Dahlia:** Adik tidak tahu bahawa segala perbuatannya akan memalukan diri dan keluarga. Perbuatan adik umpama menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.
**Ibu:** Walaupun hati mak sekarang ini bagai kaca retak seribu, tetapi mak percaya suatu hari nanti adik pasti berubah.
Kenal pasti dan senaraikan **dua peribahasa** yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, berikan peribahasa lain yang **sama maksud atau hampir sama maksud** dengan peribahasa tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Silat ditakrifkan sebagai pergerakan dua tangan, dua kaki dan akal yang waras untuk membela diri. Silat merupakan seni mempertahankan diri orang Melayu yang mencapai kegemilangannya ketika zaman kerajaan Melayu Melaka. Silat Melayu mula berkembang di persada dunia pada tahun 1989-an apabila beberapa orang telah membawa silat pada peringkat antarabangsa.
Seni bela diri ini menitikberatkan penggunaan keris yang menjadi lambang jati diri Melayu dan satu-satunya senjata khusus orang Melayu. Seni ini dicipta untuk mempertahankan akidah maruah dan pusaka bangsa daripada dijarah penceroboh. Oleh sebab itu, silat menerapkan ilmu spiritual atau keagamaan untuk memperkukuh aspek rohani pengamalnya. Selain itu, silat juga menekankan adab dan budaya Melayu yang menjadi teras kepada peradaban dan jati diri Melayu. Hingga kini, terdapat ribuan aliran dan di Tanah Melayu dan di serata dunia.
Dipetik dan diubah suai daripada "Silat di Persada Dunia" oleh Tengku Nara Paduka, *Dewan Budaya*, Bil. 04/2021
**Bahan 2**
Tarian inai atau dikenali juga sebagai terinai, merupakan sejenis tarian unik dan popular dalam kalangan masyarakat di Kelantan, khususnya penduduk di daerah Pasir Mas. Kampung Kubang Binjal merupakan satu daripada kampung yang amat popular dengan tarian inai dalam kalangan masyarakatnya, berbanding dengan persembahan tarian tradisional lain. Tarian ini telah wujud kira-kira abad ke-18, terutamanya dalam persembahan tarian makyung. Penggunaan inai dalam tarian ini penting sebagai simbolik untuk meraikan anak gadis dalam majlis perkahwinan dan majlis berkhatan. Berdasarkan catatan sejarah, tarian inai wujud pada awal tahun 1940-an yang dibawa dan diperkenalkan oleh Tuan Sulong. Tarian inai ini menggabungkan gerak seni silat, makyung dan sendo, dengan gerakan perlahan dan terkawal. Tarian inai merupakan *karya unik* yang seharusnya dipertahankan oleh generasi akan datang.
Dipetik dan diubah suai daripada "Tari Inai: Tradisi Unik yang Hampir Pupus" oleh Muhammad Safwan Subaidin, *Dewan Budaya*, Bil. 07 2021
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud *karya unik*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan ciri-ciri yang terdapat dalam seni mempertahankan diri silat dan tarian inai.
3 分
iii
Arus kemajuan dan perubahan zaman telah menyebabkan warisan bangsa semakin lenyap.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan masyarakat Malaysia mengekalkan warisan bangsa?
3 分
iv
Sekolah anda telah mengadakan Hari Kokurikulum peringkat sekolah. Persembahan kebudayaan setiap kaum diadakan pada hari tersebut. Semasa kumpulan tarian membuat persembahan, terdapat beberapa orang pelajar mentertawakan pelajar-pelajar yang membuat persembahan dengan melakukan aksi yang kurang sopan.
Selaku ketua pengawas sekolah, nyatakan tindakan-tindakan yang dapat anda lakukan untuk memastikan situasi tersebut tidak berulang.
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**SEBATANG KARA**
yang ada di sini
hanyalah sebuah pondok- kecil dan terpencil
tanpa halaman
tersandar di kaki bukit
di antara kali sepi
dan tanah merekah
yang ada di sini
hanyalah seorang nenek
tua dan kerdil
tanpa suara
mencari cucunya yang hilang
di lingkaran mimpi yang
berkabut
yang ada di sini
hanyalah sebuah pelita
tersangkut di paku
tanpa cahaya
hanyalah sebuku kemenyan
terbakar
di malam-malam hitam sayu
T. Alias Taib
*Pemburu Kota*
**Bahan 2**
*Semua mata tertumpu kepada JIMAH. JIMAH menahan sebak. Terketar-ketar bibirnya menahan kedukaannya. Setelah dia dapat mengawal diri, baru JIMAH bercakap.*
JIMAH: Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu *ditimpa musibah*, menggembirakan hati aku. Bantu semangat aku yang sudah luntur. Bantu ringankan beban derita yang aku tanggung. Tapi meleset sekali sangkaan aku. Kamu cuma fikirkan kerja, fikir duit, fikir kerugian, fikir suami, ingat isteri. Berapa duit kamu habis berbelanja? Ratus ribu? Huh, tiada belas kasihan langsung! Kamu ingat duit ringgit yang kamu beri tiap-tiap bulan itu sudah cukup untuk gembirakan kami! Duit ringgit bukan ukuran untuk membalas budi orang tua. Kami tidak perlu duit kamu. *(Berhenti seketika, menahan sebak di dada)* Kamu tidak malu pada Sani itu? Dia tu anak pungut. Anak pungut. Bukan anak aku, tetapi dia lebih dekat dengan aku, dengan bapa kamu, daripada kamu semua ini. Wan bukan anak aku. Dia menantu aku, tetapi dia hambakan dirinya untuk aku.
Dipetik daripada "Tiang Cengal Dinding Sayung" oleh Suriani Mohd. Yusof, *Antologi Dirgahayu Bahasaku*, Dewan Bahasa dan Pustaka
**Bahan 3**
**Pantun Perantau**
Dari ladang pergi ke gurun,
Buluh duri melingkar kota,
Hari petang hujan pun turun;
Dagang berurai air mata.
Kajang tuan kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu,
Dagang tuan dagang bertempat;
Dagang saya tidak menentu.
Tudung saji hanyut terapung,
Disulam mari dengan benang,
Hajat hati pulang ke kampung;
Lautan lebar tidak terenang.
Bengis sungguh orang pangkalan,
Lalu-lalang perahu dilarang,
Menangis dagang sepanjang jalan;
Mengenang nasib di negeri orang.
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *ditimpa musibah*.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan cabaran atau dugaan yang dialami oleh seseorang dalam kehidupan.
3 分
iii
Seseorang akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang gagal untuk menghadapi cabaran dan dugaan tersebut?
4 分
iv
Sekolah anda terletak di kawasan pedalaman yang serba kekurangan dan terdapat ramai pelajar yang kurang berkemampuan. Sekolah anda telah mengadakan kegiatan amal untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Anda berhasrat untuk membantu pihak sekolah menjayakan aktiviti tersebut.
Selaku ketua tingkatan di sekolah, nyatakan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu pihak sekolah anda menjayakan aktiviti tersebut.
4 分
810 分
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Walaupun ada sedikit perasaan gemuruh dalam dirinya tetapi Haiqal dapat mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik sekali. Setiap kali dia mengambil tempat di hadapan pentas itu, tepukan yang gemuruh bergema malah ada beberapa orang tua yang menyaksikan Haiqal menari ini dengan linangan air mata.
Lazim turut hadir pada malam itu walaupun terpaksa dipapah oleh rakan-rakannya. Dia juga sentiasa bersorak memberikan kata-kata perangsang kepada Haiqal dan See Hwa. Ketika lagu *Anak Ayam* dimainkan, Haiqal dan See Hwa sekali lagi menari berpasangan atas permintaan YB Datuk Saiful Azizi sendiri. Beliau begitu terpesona melihat kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal.
Ketika asyik menari, mata Haiqal terpandang tiga susuk manusia yang cukup dikenalinya. Mereka berdiri di bahagian belakang balai tempat duduk penonton sambil tersenyum. Kehadiran tetamu istimewa itu langsung tidak pernah diduganya.
Dipetik daripada novel *Silir Daksina* oleh Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Nyatakan reaksi penonton yang menyaksikan persembahan tarian zapin secara berpasangan oleh Haiqal dan See Hwa.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
(g) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
(h) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua** novel yang anda kaji, jelaskan **satu** peristiwa yang menimbulkan rasa empati pembaca daripada dua novel tersebut.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1 - Petikan**
Perniagaan dalam talian dianggap amat menguntungkan, murah dan mudah dijalankan. Sebaliknya, jika peniaga mengurus peluang tersebut dengan kesilapan besar, peluang yang ada tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Antara kesilapan tersebut termasuklah tidak menentukan kategori atau target pelanggan. Jika peniaga tidak mengkhususkan pelanggan, mereka akan terlepas peluang untuk mengiklankan produk secara terus kepada pelanggan. Kesilapan lainnya, memulakan perniagaan yang bukan minat sehingga proses pembelajaran dan selok-belok bisnes dirasakan amat terbeban. Tidak mempunyai komitmen yang tinggi juga salah satu kesilapan besar yang sering dilakukan oleh peniaga. Walaupun ada masa keuntungan yang diperoleh agak sedikit, mereka perlu bersabar. Semakin lama di dalam industri, semakin mereka sedar tentang kesukaran berniaga. Bagi usahawan yang berjaya, semua pahit getir ketika mula-mula menjalankan perniagaan dalam talian itu merupakan pengajaran untuk lebih maju ke hadapan. Tidak kurang juga usahawan menjangkakan akan mendapat keuntungan dengan banyak dalam masa yang singkat sedangkan perniagaan sebegini mendapat untung yang sedikit atau tidak ada untung untuk tahun pertama.
Namun begitu, tidak dapat disangkal bahawa perniagaan dalam talian banyak kelebihannya. Segala urusan perniagaan dapat dilakukan tanpa memerlukan ruang atau tempat seperti perniagaan konvensional yang memerlukan premis untuk menjalankan proses jual beli. Perniagaan dalam talian juga mudah dijalankan dengan modal yang lebih rendah. Hal ini disebabkan peniaga tidak perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli aset seperti bangunan, alatan dan kelengkapan. Risikonya juga lebih rendah dan peniaga dapat mengendalikan sendiri perniagaan mereka tanpa perlu mengupah pekerja. Perniagaan dalam talian turut memberi peluang kepada peniaga beroperasi selama 24 jam pada setiap hari. Teknologi yang canggih kini membolehkan pengguna Internet membeli-belah dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Di samping itu, peniaga tidak perlu memantau urusan tempahan sepanjang hari. Mereka cuma perlu menyediakan sistem tempahan automatik seterusnya mengurus urusan penghantaran tempahan. Selain itu, perniagaan dalam talian mampu meluaskan pasaran produk ke pasaran global. Kemudahan kepada pengguna pula, mereka tidak perlu meninggalkan rumah atau pejabat sekali gus menjimatkan minyak, masa dan tenaga. Majoriti orang ramai lebih gemar membuat pembelian secara dalam talian tanpa perlu mengunjungi pusat beli-belah. Apatah lagi ketika wabak COVID-19 melanda seluruh dunia. Seterusnya, aplikasi perniagaan secara dalam talian membolehkan pihak pengguna memilih pelbagai pilihan produk yang ditawarkan oleh pihak peniaga.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Internet dan Masa Depan Perniagaan dalam Talian', *Sinar Harian*, 21 Februari 2022
Baca dan teliti **setiap bahan**, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.