Baca petikan di bawah dengan teliti.
Sejak bertemu dengan Syahid, Mellisa telah mula mesra dan akrab. Dengan gembira, Mellisa memenuhi permintaan Syahid untuk bertemu pada hari Sabtu itu. Malangnya, hubungan mereka terputus apabila Mellisa terpaksa meninggalkan Syahid untuk memenuhi keinginannya menjalankan tugas yang lebih penting kepada negara. Mellisa meninggalkan Syahid tanpa pesan. Keputusannya menyebabkan Syahid kecewa. Setelah mendapat jawapan hasil daripada kajian terhadap peristiwa rusuhan kaum, tugas untuk negara dilakukannya dengan penuh bangga. Mellisa ingin melihat rakyat hidup aman sebagai satu bangsa merdeka dan berjaya.
Dipetik daripada sinopsis cerpen Mellisa, *Ulasan dan Kajian KOMSAS*, Antologi Harga Remaja, Nusamas 2012.
Senaraikan **empat kata adjektif perasaan**. Kemudian anda dikehendaki membina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kaedah Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) sangat sesuai dengan jiwa generasi muda dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih interaktif. Kaedah Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) lebih berkesan dalam dunia pendidikan terkini kerana pelajar didedahkan dengan pembelajaran tanpa syarahan apabila sesi pembelajaran berlangsung. Antaranya menggunakan teknik penggabungan video, pembelajaran secara dalam talian dan pengajaran siber. Kaedah pembelajaran didik hibur bukan sahaja memudahkan murid memahami sesuatu yang dipelajari, malah dapat memberi pengalaman baharu kepada pelajar.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Belajar Lebih Menyeronokkan.’ My Metro Online, September 2019
Pisahkan **tiga ayat majmuk** yang anda pilih menjadi **enam ayat tunggal** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Dalam Bahan 1, terdapat **lima kesalahan bahasa** manakala Bahan 2 terdapat **enam kesalahan bahasa**. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1
“Membaca Jambatan Ilmu” begitulah ungkapan yang menggambarkan amalan membaca pastinya dapat membantu kita menambahkan ilmu pengetahuan. Usaha memupuk rasa kecintaan pada ilmu pengetahuan melalui budaya membaca sejak peringkat muda kanak-kanak akan melahirkan masyarakat yang sentiasa dahaga akan ilmu. Oleh itu, amalan membaca terus akan dipertingkatkan bagi memperkasakan ilmu pengetahuan dan sentiasa tahu dengan perubahan serta pekembangan semasa. Bagi peringkat sekolah, pendekatan untuk menggalakkan budaya membaca dapat disokong dengan penerapan beberapa elemen dalam konseps Sekolahku SEJAHTERA seperti Harmoni, Tekun, Eksporasi dan Artikulasi.”
Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Sekolahku SEJAHTERA Senjata Baharu Tangani Pelbagai Isu’, *Dewan Masyarakat*, Bil 05/2022.
5 分
Bahan 2
| | |
|---|---|
| Daripada: | [email protected] |
| Kepada: | [email protected] |
| Subjek: | Sekolahku Sejahtera |
Salam sejahtera sahabatku, Shaniey.
Apa khabar? Saya berharap saudari dan keluarga baik-baik sahaja. Saya ingin berkongsi sesuatu yang tertarik dengan saudari dalam emel saya pada kali ini.
Baru-baru ini saya telah baca tentang Pesta Songkran. Perkataan ‘songkran’ berasal dari istilah bahasa Siam yang membawa maksud pesta air atau pesta mandi-manda. Perayaan ini disambut oleh masharakat Siam di Malaysia, Thailand, Myanmar dan di seluruh dunia pada musim yang paling hangat, iaitu pada petengahan April setiap tahun. Mungkin saudari ada maklumat tentang perayaan ini. Segeralah bercerita maklumat dengan saya, ya!
Sekian, terima kasih.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Keunggulan Songkran, Kebanggaan Masyarakat Siam’, *Dewan Budaya*, Bil. 05/2022.
6 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan teliti.
Adapun perigi di Batu Pahat itu dibuat, orang Siamlah membuat dia. Maka diikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura. Maka bendahara pun kembali ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar Syah. Maka segala perihal ehwal itu sekaliannya dipersembahkan oleh bendahara kepada Duli Sultan. Maka baginda pun terlalu suka; maka baginda pun memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia, dengan segala hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda persalin masing-masing pada kadarnya.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam Antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Baca dialog di bawah dengan teliti.
**Cikgu Ali:** Sebagai rakyat negara yang sudah merdeka, kita berhak menentukan hala tuju negara, kita akan dianggap seperti ______(i)______ kerana hanya mengikut kehendak orang lain.
**Prof. Husin:** Ya cikgu, generasi muda perlu sedar akan tanggungjawab mereka mempertahankan negara dan sanggup berkorban sehingga titisan darah yang terakhir.
**Cikgu Ali:** Saya bersetuju dengan Profesor, kita mengharapkan generasi muda di negara ini dapat meneruskan legasi negara supaya setanding dengan negara maju yang lain seperti peribahasa ______(ii)______
Nyatakan **dua** peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Malaysia merupakan antara destinasi pelancongan yang kerap dikunjungi saban tahun. Antara tarikan utama di Malaysia ialah ekopelancongan yang memukau dan menambat hati ramai pelancong luar negara. Faktor yang mendorong mereka datang ke negara kita adalah untuk melihat keindahan alam semula jadi di sini. Hutan di Malaysia masih dianggap hebat dan cantik. Pelancong luar suka *mengecapi keindahan* alam semula jadi, tinggal di kampung-kampung dan merasai suasana di luar bandar.
Malaysia sudah terkenal sebagai destinasi ekopelancongan utama dunia. Dari Pulau Langkawi di Kedah hingga Pulau Sipadan di Sabah, keindahan flora dan fauna yang dimiliki negara sukar ditandingi negara lain. Malaysia juga memiliki hutan tertua di dunia iaitu Hutan Belum di Perak yang berusia lebih daripada 130 juta tahun dan lebih tua daripada Hutan Amazon.
Dipetik dan diubah suai daripada *Sinar Harian*, 31 Mac 2019.
**Bahan 2**
Aktiviti pelancongan diakui sangat berpotensi tinggi, malah memainkan peranan cukup besar dalam membantu menjana pembangunan ekonomi negara. Namun, dalam melonjak potensi sektor ini, tumpuan tidak boleh terarah kepada pelancong luar negara semata-mata. Sebaliknya, kehadiran pelajar asing yang melanjutkan pengajian di negara ini turut membantu melonjakkan potensi sektor ini. Realitinya, kecenderungan pelajar asing ke sesebuah destinasi, termasuk Malaysia bukan hanya dipengaruhi kualiti Institusi Pengajian Tinggi (IPT) negara, sebaliknya turut didorong penawaran faktor budaya lokal kenegerian yang sememangnya memiliki kepelbagaian dan keunikan etnik serta budaya.
Hakikat perlu diterima, kehadiran pelajar asing bukan sekadar menuntut ilmu, namun pada masa sama mereka menggunakan peluang berada di negara ini untuk melancong dan meneroka keunikan budaya setempat.
Dipetik dan diubah suai daripada *Berita Harian*, 25 Mac 2021.
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *mengecapi keindahan*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan faktor-faktor yang mendorong pelancong asing datang ke negara kita.
3 分
iii
Pelbagai pihak memainkan peranan penting dalam meningkatkan industri pelancongan negara agar dapat bersaing dengan negara lain.
Pada pendapat anda, nyatakan peranan pelbagai pihak dalam usaha menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
3 分
iv
Abang anda mengusahakan industri pelancongan inap desa. Namun, inap desa yang diusahakan kurang mendapat sambutan daripada pelancong.
Sebagai adik yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu mempopularkan industri inap desa tersebut?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Lantas berkali-kali pesan bonda kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa ibunda jika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan bermaruah. “Bumi ini milik kita. Nenek moyang kitalah yang berjuang dengan akal kebijaksanaan serta semangat keperwiraan untuk membebaskan tanah air ini daripada belenggu penjajah. Lebih kurang lima ratus tahun lamanya tanah watan ini dijajah oleh kuasa asing, bangsa kita merempat dan menjadi rakyat kelas ketiga di tanah air sendiri. Hak dan maruah kita dicabul, Mel.”
Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan Jawi di dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya pandang mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar. Saya anak generasi baharu yang belum mengerti segala-galanya itu. Saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya. Semangat cinta akan bangsa sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-anak generasi material ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri sedikit, demi sedikit mula terhakis di atas tanah sendiri.
(Dipetik daripada cerpen 'Munsyi' antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia)
**Bahan 2**
**POKOK BANGSA ITU ADALAH KITA**
Anak merdeka alaf baharu
Antara bunga mimpi dan tragedi
Dalam membina generasi globalisasi
Bukanlah semudah mencipta
Cerita kosong di kedai kopi
Atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi.
Anak merdeka alaf baharu
Anak peribumi agar tumbuh menjulang tinggi
Mentafsir wawasan mumian jati diri
Meraih akar dalam tunjang diri
Menegak pepohon yang merendangkan
Dedaun semangat
Anak merdeka alaf baharu
Harapan jadi pejuang berani
Tegakkan bangsa di ibu pertiwi
Kerana pokok bangsa itu
Adalah kita yang merdeka
**Bahan 3**
**GURINDAM MELAYU BANGSAKU**
Melayu bangsaku penegak budaya
Berseri hidup diterangi cahaya
Melayu bangsaku penjunjung warisan
Kukuh walau hujan atau kepanasan
Melayu bangsaku pemelihara bahasa
Suara dipadu mantap perkasa
Melayu bangsaku pembina jati diri
Generasi mendatang ampuh berdiri
Melayu bangsaku pencetus damai
Pertahan nilai murni jadi harapan
Melayu bangsaku pembela bangsa
Tidak rela ketuanan binasa
i
Berdasarkan **Bahan 1**, bagaimanakah cara nenek moyang berjuang daripada belenggu penjajah?
2 分
ii
Merujuk **semua bahan**, nyatakan harapan-harapan yang disampaikan oleh penulis untuk memartabatkan bangsa.
3 分
iii
Remaja sekarang mudah terpengaruh oleh gaya hidup Barat sehingga mengetepikan nilai-nilai patriotik dalam diri.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan remaja hilang nilai patriotik dalam diri masing-masing?
4 分
iv
Anda bertugas sebagai pengawas sekolah. Anda dapati terdapat segelintir murid yang tidak menghormati lagu Negaraku seperti berbual-bual semasa lagu tersebut dinyanyikan.
Sebagai pengawas yang bertanggungjawab, cadangkan usaha-usaha untuk memastikan murid-murid menghormati lagu Negaraku.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Warung kecil itu mula didatangi pelanggan Wak Min. Ada yang memakai pakaian untuk pergi ke kebun dan ada pula yang berpakaian biasa. Semuanya berjabat tangan dengannya sebelum duduk dan memesan makanan dan minuman. Tidak kurang juga ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Ada juga yang memandangnya beberapa kali. Haiqal terus menantikan kehadiran lelaki yang bernama Tauke Ong itu.
>
> Tidak lama kemudian, sebuah lori kecil berkepala merah berhenti di tepi jalan berdekatan dengan warung Wak Min. Seorang lelaki Cina, memakai kemeja kotak-kotak dan berseluar pendek labuh separuh lutut turun dari ruang pemandu lori itu. Mungkin inikah Tauke Ong? Bisik hatinya. Tauke Ong kelihatan sangat mesra menegur pelanggan-pelanggan lain di warung Wak Min. Dia duduk di sebuah bangku kosong di warung itu, semeja dengan pelanggan-pelanggan yang ditegurnya tadi, lat satu meja daripada tempat duduk Haiqal. Entah apa-apalah yang dikatakan oleh seorang rakannya itu hingga lelaki cina itu ketawa terbahak-bahak.
>
> Kemudian Wak Min mendekati dan menepuk bahunya. Dia memandang pula ke arah Haiqal. Ketawanya lenyap. Gelisah juga Haiqal apabila diperhatikan begitu, apatah lagi rakan-rakan semejanya juga turut berkongsi mata memandang ke arahnya.
>
> Dipetik daripada novel *Silir Daksina* karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia
Huraikan watak dan perwatakan Tauke Ong sebagaimana yang digambarkan dalam petikan di atas?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(c) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(d) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(e) *Tirani* karya Beb Sabariah
(f) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda kaji, huraikan **dua** peristiwa yang memaparkan nilai ketabahan.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1: Petikan**
Perkataan ‘masyarakat’ merujuk kepada pinjaman kata dalam bahasa Arab iaitu musyarakah yang memberi makna kerjasama, sumbangan dan penyertaan individu secara positif dalam melakukan sesuatu aktiviti. Mengapakah kita perlu hidup bermasyarakat? Persoalan ini dapat dirungkai dengan mudahnya berdasarkan definisi kata musyarakah di atas. Dengan mengamalkan hidup bermasyarakat, kita dapat menjalinkan kerjasama antara satu sama lain. Kita juga mampu menepis sikap individualistik dalam diri kita apabila hidup bermasyarakat, apa-apa tindakan yang kita lakukan berdasarkan kepentingan bersama.
Selain itu, kita juga mampu menumpahkan bakti dan memanfaatkan kepakaran kerana hidup bermasyarakat membuka peluang kepada kita untuk sentiasa memberikan sumbangan atau penyertaan kepada anggota masyarakat yang lain pada saat sumbangan kita diperlukan. Anggota masyarakat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan masyarakat lain mempunyai perbezaan pegangan hidup, budaya dan bahasa ibunda. Mereka mengetepikan perbezaan untuk menikmati hidup yang harmoni. Semangat kekitaan juga akan bercambah. Anggota masyarakat tidak mementingkan diri semata-mata sebaliknya sentiasa memikirkan jiran-jiran dan ahli komuniti yang lain juga. Tambahan pula, pemahaman terhadap perbezaan budaya dan adat resam penduduk pelbagai kaum akan bertambah.
Tahukah anda apakah itu rukun tetangga? Rukun Tetangga ialah penduduk setempat diberi kuasa melakukan rondaan dan memastikan keamanan dan keselamatan komuniti setempat. Melalui aktiviti ini, penduduk dapat bergilir-gilir dan secara sukarela melaksanakan tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan secara bersama-sama. Pelaksanaan Rukun Tetangga juga secara tidak langsung menggalakkan kehidupan bermasyarakat. Di samping itu, hidup bermasyarakat hendaklah dipupuk melalui aktiviti gotong royong membersihkan kawasan taman kediaman. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa amalan hidup bermasyarakat menjadi medium utama dalam usaha melahirkan sebuah negara bangsa yang harmoni dan sehati sejiwa. Ayuh hidupkan semangat seikat bak sirih, serumpun bak serai demi kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hidup Bermasyarakat Amalan Mulia’, https://www.jpnin.gov.my
**Bahan 2: Grafik**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.