Baca petikan di bawah dengan teliti.
Industri perfileman tempatan dalam pelbagai genre cukup meriah sepanjang 2018. Purata kutipan tayangan filem-filem itu melebihi RM150 juta. Industri ini dijangka semakin meriah dengan kemunculan filem adaptasi bukan sahaja daripada novel tetapi juga daripada cerpen. Contohnya karya penulis Jepun, Haruki Murakami telah membuktikan filem adaptasi dari genre ini berjaya memenangi lima Anugerah Oskar. Filem tersebut ditayangkan di seluruh pawagam di negaranya. Cerpen Bagai Sarang Burung di Ranting karya Sasterawan Negara Arena Wati yang bertemakan hidup bermuafakat telah diiktiraf oleh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) sebagai antara nukilan terbaik. Kita yakin, matlamat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam memperjuangkan hak asasi manusia akan tercapai jika karya ini diadaptasi kepada filem. Oleh itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu bertanggungjawab dalam mengangkat karya penulis tempatan ke peringkat global.
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata akronim.** Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata akronim** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Secara umum ramai menyedari kepentingan sarapan. <u>Sebelum pergi ke sekolah sarapan perlu diambil oleh setiap murid.</u> Mereka boleh bersarapan sama ada di rumah, di kantin sekolah atau di premis makanan berhampiran dengan rumah. Setiap murid digalakkan mengambil sarapan untuk mengalas perut agar dapat memberikan tenaga sebelum memulakan pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana <u>makanan diperlukan oleh otak untuk merangsang pemikiran dan mencerdaskan minda.</u> Impaknya, murid dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dengan baik. Oleh itu, <u>anak-anak perlu dipastikan oleh ibu bapa bersarapan dengan memilih menu yang disukai mereka</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Faedah Mengambil Sarapan Pagi’ oleh Poh Jing Min, *Dewan Siswa*, Bil. 09/2017
Tukarkan **ayat pasif** yang bergaris kepada **ayat aktif** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Petikan-petikan di bawah mengandungi **beberapa kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut semula.
Petikan 1
**Fahmi:** Cikgu, mengapa banyak ikan yang berapungan di sungai ini?
**Cikgu Adib:** Ikan itu berapungan disebabkan air sungai sangat kotor. Kamu lihatlah di permukaannya, penuh dengan sampah-sarap.
**Fahmi:** Cikgu, puncanya apa?
**Cikgu Adib:** Pencemaran air sungai disebabkan kerana tangan manusia itu sendiri. Pada kebiasaannya, manusia seringkali melakukan pencemaran ini secara sedar atau tidak. Pencemaran sungai telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan pada masa kini. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai untuk menjadikan kelestariannya.
**Fahmi:** Terima kasih cikgu di atas penjelasan tentang pencemaran sungai. Saya berazam untuk memelihara sungai dengan sebaik-baiknya.
**Cikgu Adib:** Sama-sama.
6 分
Petikan 2
Isu yang sering menghambat dada akhbar arus perdana di negara ini ialah isu berkaitan dengan amalan kitar semula. Hal ini dikatakan demikian lantaran takat kesedaran masyarakat kita tentang amalan kitar semula dikatakan masih rendah jika berbanding dengan negara maju. Situasi ini berlaku memandangkan sikap tidak mengambil berat aspek kitar semula barangan dibuang dalam masyarakat kita. Sebagai contoh, setiap rakyat Malaysia secara puratanya membuang 0.8 kilogram sampah setiap hari dan jumlah ini cukup untuk memenuhi Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) dalam jangka masa sembilan setengah hari. Menyedari hakikat tersebut, pelbagai usaha boleh dilakukan bagi menggalakkan orang ramai mempraktikan amalan kitar semula.
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”
Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.”
Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca dialog di bawah dengan teliti.
**Ibu:** Aziz, jagalah diri dan tingkah laku ketika berada di sana. Pandai-pandailah menyesuaikan diri dengan cara hidup mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu \_\_\_\_\_\_(i)\_\_\_\_\_\_.
**Aziz:** Saya akan ingat nasihat ibu ini.
**Ibu:** Ibu berharap Aziz belajarlah dengan tekun untuk memenuhi cita-cita. Setelah tamat belajar dan berjaya dalam hidup, jangan lupakan mereka yang pernah berjasa. Sikap buruk ini adalah seperti \_\_\_\_\_\_(ii)\_\_\_\_\_\_.
**Aziz:** Baiklah ibu.
**Ibu:** Jika sudah bekerja, jadilah seorang yang rajin dan tetap berusaha menyiapkan tugasan dengan baik walaupun menghadapi pelbagai rintangan kerana \_\_\_\_\_\_(iii)\_\_\_\_\_\_.
Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi **mengisi tempat kosong** dalam dialog tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Usaha untuk melahirkan lebih banyak pekerja berkemahiran tinggi sebagai pendorong transformasi ekonomi negara bukanlah mudah. Oleh itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.6 bilion dalam Belanjawan 2022 bagi memperkasakan bidang TVET. Bajet ini bertepatan dengan Lonjakan Keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu melahirkan graduan TVET yang berkualiti. Justeru, *pelbagai inisiatif* telah diambil oleh institusi yang terlibat untuk menjadikan laluan TVET ini dinilai sama rata dengan laluan akademik.
Perkembangan pendidikan dalam aliran TVET amat menggalakkan. Hal ini demikian kerana lebih lima dekad yang lalu, hanya terdapat dua institusi TVET awam. Kini, terdapat lebih daripada 1200 institusi penyedia TVET awam dan swasta yang menawarkan program kemahiran TVET. Antara institusi tersebut termasuk politeknik yang menawarkan kursus TVET di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Selain itu, kolej komuniti juga merupakan institusi awam yang turut menawarkan program TVET. Kolej ini berada di bawah pengurusan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Hakikatnya, TVET diwujudkan bukan sahaja untuk memberikan kemahiran dan mengembangkan bakat, namun peserta juga mampu menjana pendapatan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kolej Komuniti Peneraju Institusi TVET yang Unggul’ oleh Sharifah Nozi Syed Hamid, *Dewan Siswa* Bil. 04/2022
**Bahan 2**
Untuk menyemarakkan lagi suasana keilmuan pada peringkat tinggi di negara ini, kerajaan telah menyediakan pelbagai institusi pendidikan. Selain institusi pengajian tinggi awam yang sedia ada, pihak kerajaan juga telah mengambil langkah pragmatik dengan mewujudkan kolej-kolej universiti dan pusat-pusat matrikulasi di setiap negeri. Selain itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai salah sebuah agensi kerajaan turut mempertingkatkan usaha menyediakan institusi pendidikan dengan menjalinkan usaha sama dengan beberapa buah negara luar.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kemudahan Pendidikan di Malaysia’ oleh Harizal Wahab, *Dewan Siswa*. Bil. 9/2020
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *pelbagai inisiatif*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan beberapa institusi pendidikan yang disediakan di Malaysia.
3 分
iii
Sistem pendidikan bukan sekadar memindahkan ilmu pengetahuan, sebaliknya bertanggungjawab untuk melahirkan generasi yang mempunyai adab dan sahsiah yang baik.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan jika generasi muda mendapat pendidikan yang sempurna?
3 分
iv
Semasa anda mengikuti satu program amal, anda telah bertemu dengan sekumpulan kanak-kanak sedang bekerja pada usia yang masih muda. Mereka terpaksa melupakan hasrat untuk bersekolah kerana perlu membantu menyara keluarga disebabkan kemiskinan.
Sekiranya anda adalah ketua komuniti di tempat tersebut, cadangkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk memastikan golongan kanak-kanak yang tercicir itu dapat bersekolah semula.
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**KEMILAU BAHASA**
Suatu masa bernama dahulu
engkau dinobatkan di atas singgahsana harapan
menjadi sumber perjuangan
meniup obor semangat anak peribumi
untuk bangkit bersatu hati.
Kini keperkasaanmu kian menggugah
sinarmu semakin suram
dihambat larian zaman
terjepit di celah waktu
dalam samar-samar meraba haluan
arah tujuan yang belum kepastian
entah bila nanti
cahaya kemilaumu akan kembali
memancar.
Yang pasti
dirimu tetap dijunjung
kerana
dirimu adalah warisan ibunda
bertali arus zuriat pewaris
mendatang.
**Izani H.D**
*Pelita Bahasa*, April 2020
**Bahan 2**
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki dan perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk *menunjukkan kemodenan.* Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu, malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.
Dipetik daripada cerpen Munsyi oleh Husna Nazri dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud *menunjukkan kemodenan*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1 dan Bahan 2,** nyatakan nasib yang dialami oleh bahasa Melayu pada masa sekarang.
3 分
iii
Masyarakat moden lebih selesa mencampuradukkan bahasa semasa berkomunikasi. Malahan penggunaan bahasa yang dikenali sebagai bahasa rojak sudah menjadi kelaziman dalam pelbagai situasi formal dan tidak formal.
Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan masalah ini berlaku?
4 分
iv
Anda merupakan pengawas pusat sumber di sekolah anda. Anda ingin memastikan pusat sumber sekolah anda menjadi tempat yang mampu meningkatkan semangat cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Untuk tujuan itu, beberapa perubahan perlu dibuat.
Cadangkan perubahan-perubahan yang akan anda lakukan.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Agak lama pula dia digelut gejolak dalam dirinya. Dia terus teringat-ingat akan peristiwa malang yang mengakibatkan kematian anak kesayangannya itu. Ingatan tentang peristiwa itu, bagaikan sejenis pohon berduri yang sentiasa segar menusuk hati nuraninya. Sejurus, filem sinar-X milik Unong Siron itu sekali lagi ditatap oleh Raiha. Imej pada filem sinar-X itu menghantui benaknya, biarpun sebelum itu dia telah berbincang dengan Doktor Uwang tentang filem sinar-X tersebut. Kemudian, dia menggeleng-gelengkan kepalanya berulang kali. Telinganya seperti dapat menangkap bunyi Unong Siron mengerang kesakitan semasa dibawa ke bilik bedah tadi. Dia seperti dapat melihat kembali wajah Unong Siron yang pernah gebu suatu ketika dahulu, sekarang sudah berubah menjadi kurus cengkung dan sepucat mayat.
>
> Raiha mengerutkan dahinya, mengeluh resah kerana diburu kerisauan yang tidak keruan.
>
> Dipetik daripada novel *Pantai Kasih* oleh Azmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia
Berdasarkan petikan di atas, apakah perkara-perkara yang mengganggu fikiran Doktor Raiha?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, jelaskan **satu** peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat dijadikan motivasi oleh pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih. Tragedi ngeri ini berlaku di jalan raya atau pun lebuh raya. Paling membimbangkan, negara kita merupakan negara ketiga di Asia yang merekodkan kes kemalangan maut terbanyak. Jumlah kes kemalangan termasuk kemalangan maut akan terus meningkat jika pengguna jalan raya bersikap mementingkan diri sendiri. Hal ini demikian kerana mereka menganggap jalan raya sebagai hak milik peribadi. Mereka bertindak sesuka hati dan tiada toleransi dengan pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu, cadangan Penyelidik Bersekutu Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia iaitu masyarakat mesti membudayakan amalan pemanduan selamat di jalan raya jangan dikesampingkan. Secara tidak langsung, amalan murni ini akan menghapuskan kewujudan samseng jalan raya.
Isu kemalangan jalan raya ini semakin diperkatakan apabila menjelang musim perayaan. Perantau yang memandu dalam keletihan mendorong berlakunya kemalangan. Mereka sanggup mengharungi jarak perjalanan yang jauh semata-mata untuk menyambut hari istimewa bersama-sama orang tersayang di kampung halaman. Dalam hal ini, perantau sepatutnya menggunakan kemudahan perhentian rehat dan rawat jika mereka berasa mengantuk atau letih. Selain itu, peningkatan bilangan pengguna jalan raya pada musim perayaan menyebabkan kes kemalangan bertambah dengan mendadak. Keadaan ini terbukti melalui kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa tumpuan pengguna jalan raya akan terjejas ketika banyak kenderaan. MIROS mencadangkan agar orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung pada musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan dan mengurangkan kadar kemalangan.
Penyelesaian kepada masalah kemalangan jalan raya ini tidak akan ada pengakhirannya tanpa kesedaran daripada orang ramai. Justeru, pihak berkuasa mesti mengadakan kempen kesedaran yang efektif secara meluas. Kempen ini akan sentiasa mengingatkan orang ramai agar menjadi pengguna jalan raya yang berhemah. Akhirnya, hasrat menjadikan jalan raya di negara kita antara jalan raya paling selamat di rantau ini akan menjadi kenyataan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Lebihan Sifar dalam Data Bilangan Kemalangan Jalan Raya: Mengapa?’ oleh Dr. Zamira Hasanah Zamzuri, *Majalah Sains*, September 2019
**Bahan 3**
**PANTUN KEMALANGAN JALAN RAYA**
Seluang berkejaran di tepi kuala,
Ketika melompat nyata galak;
Selenggara kenderaan mesti berkala,
Kemalangan dapat kita elak.
Mari menyemat peniti di tepian,
Bunga karangan pedada cendana;
Perjalanan selamat jadi impian,
Tiada kemalangan tiada bencana.
Sekaki cemara pintalan sesak,
Dahan bersilangan meradak siku;
Dibaiki segera jalan rosak,
Agar kemalangan tidak berlaku.
**Muhammad Aakif Hilman**
Putrajaya
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.