Baca petikan di bawah dengan teliti.
Apabila disebut tentang Teluk Intan, ramai dalam kalangan kita membayangkan Menara Condong Teluk Intan yang berdiri megah di tengah-tengah pekan Teluk Intan umpama Menara Condong Pisa di Itali. Inilah sebuah permata yang bernilai dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri sejak sekian lama. Teluk Intan telah mengalami perubahan dari segi pembangunan prasarana pelancongan bagi menarik minat pelancong luar untuk berkunjung ke Teluk Intan.
Menurut portal Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), kedudukan Teluk Intan berada di sebelah pantai Barat Semenanjung Malaysia dan berperanan sebagai pusat pentadbiran di Hilir Perak. Teluk Intan menduduki tangga ke-17 kedudukan bandar utama di Malaysia dan menduduki tangga ketiga bandar utama di Perak. Menyoroti kembali asal usul nama Teluk Intan, terdapat pelbagai versi berbeza dan yang sering didengar daripada mulut penduduk tempatan. Antara asal usul nama Teluk Intan termasuklah diambil bersempena nama seorang janda yang bernama Mak Intan dan memiliki rupa paras yang cantik. Beliau yang berasal dari Mandahiling, Sumatera merupakan peneroka terawal yang membuka Teluk Intan pada sekitar abad ke-19.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Teluk Intan Permata Bersinar di Negeri Perak’ oleh Ahmad Syahmi Jalaluddin, *Dewan Budaya*, November 2022
Senaraikan **dua kata arah** dan **dua kata sendi nama**. Kemudian, anda dikehendaki membina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Pulang dari bandar, Tuk Ketua Nasmi terus ke surau untuk solat asar berjemaah. Selain di rumah, anak buah boleh berjumpa dengan Tuk Ketua Nasmi di surau. Tuk Ketua Nasmi sebenarnya boleh dibawa berbincang di mana-mana sahaja. Setibanya di tangga surau, Zali memberikan salam dan menyapa Tuk Ketua Nasmi.
<u>“Tadi Lebai Alang terbang, Tuk Ketua” kata Zali.</u>
<u>“Hah, Lebai Alang terbang ke mana?” Tuk Ketua Nasmi terkejut.</u>
“Tidak lama tadi, lebai tertidur kerana keletihan. Tiba-tiba, dia tersedar dan menyangka telah masuk waktu asar. Lebai pun bangun ambil wuduk lalu bang. Lebai Alang terbang. Sebenarnya, waktu asar belum masuk lagi.”
<u>“Ish... kamu ini Zali, saya ingatkan betul-betul Lebai Alang terbang” kata Tuk Ketua Nasmi lantas tertawa.</u>
Dipetik daripada ‘Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4’, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tukarkan ayat **cakap ajuk** yang bergaris kepada **cakap pindah** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
313 分
Petikan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**.
Bagi membentuk perpaduan, bahasa memainkan peranan penting, iaitu dalam bidang pendidikan, komunikasi, dan pengamalan budaya. Apa juga kegiatan yang dilakukan dalam kebudayaan masyarakat mestilah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa komunikasi. Oleh sebab itu, peranan bahasa paling sangat penting dalam mengeratkan pepaduan kaum. Sehubungan dengan itu, bahasa Melayu sebenarnya sudah lama mampu dan berfungsi dengan peranannya dalam menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini. Yang paling penting, para pengguna bahasa tidak mencampuradukkan kedua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam penulisan dan percakapan. Hal ini diibaratkan seperti sekerat ular dan sekerat belut yang boleh merosakan bahasa terutamanya bahasa Melayu. Antara ciri-ciri utama pengenalan identiti kaum pula ialah bahasa pertuturan, pakaian, adat resam dan agama yang diamalkan dalam kehidupan mereka. Perlu juga difahami bahawa sosial budaya menerangkan tentang hal yang berkaitan dengan masyarakat. Pemahaman ini juga perlu diterapkan sejak dari peringkat pra-sekolah lagi. Kepelbagaian dalam budaya perlu diraikan tetapi mestilah berpaksikan ketaatan dan kecintaan terhadap negara dan bahasa dengan berlandaskan kefahaman, keadilan, keharmonian dan saling hormat-menghormati. Kepelbagaian juga mestilah berpaksikan semangat perlembagaan yang telah dipersetujui bersama. Oleh yang demikian, cabaran yang dihadapi oleh masyarakat majmuk amat banyak dan perlu di depani dan diatasi. Oleh kerana itu, sifat bertolak ansur antara kaum sangatlah dituntut.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa dan Budaya Mengeratkan Perpaduan Masyarakat’ oleh Aminuddin Mansor, *Dewan Bahasa*, Februari 2022
Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
13 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka bendahara pun kembali ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar Syah. Maka segala perihal ehwal itu sekaliannya dipersembahkan oleh bendahara Ke Bawah Duli Sultan. Maka baginda terlalu suka; maka baginda pun memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia, dengan segala hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda persalin masing-masing pada kadarnya.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
54 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Ketua kampung kesal akan sikap penduduk yang hanya berdiam diri ketika mesyuarat diadakan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama ________**(i)**________. Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang akan menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ________**(ii)**________. Walau bagaimanapun, sebagai ketua kampung, beliau akan berusaha untuk menyelesaikan masalah dalam kalangan anak buahnya itu agar semua pihak berpuas hati.
Nyatakan **dua peribahasa** yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Cabaran dan realiti yang harus ditempuhi pendidik pada hari ini, antaranya ialah isu adab pelajar yang semakin tipis. Golongan pendidik diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri demi menerangi kehidupan orang lain. Peribahasa Melayu ini menggambarkan kesungguhan dan keikhlasan seorang pendidik yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya dalam kehidupan. Hakikatnya, ibu bapa memainkan peranan sebagai pendidik di rumah, manakala rakan dan persekitaran juga ibarat pendidik sosialisasi yang seharusnya membentuk adab seseorang. Namun begitu, kegagalan berbuat demikian akhirnya menyebabkan tanggungjawab utama mengajar dan membentuk akhlak disandarkan kepada pendidik di sekolah.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Adab Berguru Kian Pupus’ oleh Dr. Abdul Rashid bin Abdul Aziz, *My Metro*, 7 April 2021
**Bahan 2**
Amat menyedihkan dan *sangat membimbangkan* apabila kita melihat kebanyakan anak muda zaman sekarang semakin hilang adab dan budaya hormat-menghormati. Tidak dinafikan ramai anak muda sekarang yang tinggi ilmunya berbanding dengan orang zaman dulu. Namun, mengapakah seseorang yang makin tinggi tahap intelektualnya, makin rendah pula budi bahasa dan adabnya? Adab dan ilmu seharusnya berjalan seiring. Dua elemen ini sangat dititikberatkan dalam agama, malah untuk menjadi sebuah masyarakat bertamadun pun memerlukan adab dan ilmu. Kalau beradab tetapi tidak berilmu, mundur masyarakat. Kalau berilmu tetapi biadab, pincang masyarakat. Dalam hal ini, ibu bapa perlu lebih cakna tentang tanggungjawab mereka mendidik anak-anak dengan adab sejak anak-anak kecil. Pada masa yang sama, guru-guru juga perlu mengoptimumkan peranan mereka dalam menyuburkan adab pelajar.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kenapa generasi muda semakin hilang adab?’ *Agenda Daily*, 14 Februari 2023
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *sangat membimbangkan*.
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, kemukakan langkah-langkah membentuk akhlak pelajar.
3 分
iii
Ramai anak muda kini bercakap kasar dan biadab dalam media sosial tanpa rasa malu. Mereka juga menunjukkan sikap yang biadab secara terbuka tanpa rasa bersalah.
Pada pendapat anda, apakah kesan sikap negatif terhadap diri seseorang individu dan negara?
4 分
iv
Rakan anda suka bercakap kasar dan biadab sesuka hatinya.
Jelaskan langkah-langkah yang dapat anda lakukan bagi membantu rakan anda menangani masalah tersebut.
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
**Pantun untuk Pemimpin**
Kalau hendak mencuci kain,
Sudah dicuci lalu dijemur;
Kalau hendak jadi pemimpin,
Rendahkan hati berlaku jujur.
Kalau kain sudah bersih,
Jangan biarkan campak ke tanah;
Kalau pemimpin sudah dipilih,
Jangan biarkan merosak amanah.
Kalau menyalin dengan sempurna,
Suratnya bersih halamannya terang;
Kalau memimpin dengan bijaksana,
Rakyatnya kasih Tuhan pun sayang.
Kalau hendak memilih cincin,
Pilihlah cincin seukuran jari;
Kalau awak memilih pemimpin,
Pilih pemimpin tahukan diri.
*Khazanah Pantun Melayu Riau*, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007
**Bahan 2**
Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan parti meruntun waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.
Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan.
Tulisannya banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan. “Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka, katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.
“Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis semua tabiat buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita.”
Akhirnya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu hari, pecahlah berita tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan masyhur disebut orang di sana sini, Tuan Booth mahu meraikan kejayaannya itu.
Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’ oleh Zainal Rashid Ahmad dalam antologi *Sejadah Rindu*, Dewan Bahasa dan Pustaka
i
Dalam **Bahan 2**, apakah tindakan yang perlu kita lakukan untuk mengisi kemerdekaan?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan ciri-ciri pemimpin yang baik.
3 分
iii
Pemimpin di negara kita sering melaungkan kalimat “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” dalam ucapan mereka sebagai usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan perpaduan kaum untuk mengekalkan keharmonian masyarakat di negara kita?
3 分
iv
Sudah seminggu, dua orang rakan sekelas anda yang sebelum ini sangat akrab telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa antara satu sama lain. Sikap mereka ini telah memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutama ketika aktiviti berkumpulan dilaksanakan.
Sebagai ketua kelas, apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk membantu mereka agar berbaik dan bertegur sapa semula?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Raiha tersenyum lebar melihat gelagat anak dan anak-anak buahnya. Dalam hati berbunga rasa syukur yang teramat sangat melihat perubahan yang begitu ketara. Eda sudah tidak sugul lagi. Eda sudah melupakan segala ejekan dan kata-kata orang tentang wajahnya; hidung peseklah, mata kuyulah, keropoklah! Eda sekarang, Eda yang sudah matang. Empat tahun di universiti seakan-akan telah mengubah pendirian tentang konsep kecantikan pada diri Eda. Raidah menebak. Dia memang sangat bersyukur dan terharu.
>
> Dipetik daripada novel ‘Tirani’ oleh Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia
Mengapakah Raiha berasa bersyukur dan terharu?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani* karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Jelaskan **dua** peristiwa yang menunjukkan sikap tanggungjawab masyarakat dalam sebuah novel yang anda baca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Kesihatan mental seseorang merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian. Di Malaysia, penyakit mental merupakan masalah kesihatan kedua yang mencetuskan kebimbangan masyarakat selepas penyakit jantung. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), kini, setiap tiga daripada 10 orang dalam kalangan remaja berusia 16 tahun dan ke atas mengalami tekanan emosi yang melampau.
Ramai yang terlepas pandang bahawa usia remaja berisiko diserang penyakit mental disebabkan emosi remaja mudah terdedah dengan pelbagai masalah. Desakan sekeliling menjadikan mereka tidak mampu mengawal diri dengan baik. Keadaan menjadi lebih parah apabila remaja berhadapan dengan konflik keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana keluarga mempunyai pengaruh yang besar terhadap seseorang remaja. Kita juga sedia maklum bahawa remaja begitu cenderung untuk jatuh cinta. Apabila cinta mereka berhadapan dengan masalah, mereka akan berasa sangat tertekan sehingga menjejaskan kesihatan mental mereka.
Tahap kesihatan mental yang kronik mampu mendorong seseorang melakukan sesuatu di luar jangkaan seperti membunuh diri. Paling mengecewakan, apabila terjadinya kes sebegini, masyarakat mula campur tangan dengan melemparkan kecaman dan tohmahan kepada mangsa. Sikap mengeji sebegini perlu dibuang agar negara mampu mengurangkan angka kenaikan kes penyakit mental ini.
Oleh itu, masyarakat perlu membuka mata dan memainkan peranan penting sebagai individu yang bertanggungjawab. Tanpa kerjasama masyarakat, negara kita akan menerima lebih banyak kes penyakit mental yang melibatkan para pelajar. Tindakan masyarakat mengamalkan sikap mengambil peduli dan bertanya khabar merupakan langkah yang berkesan bagi meminimumkan masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar, Perlu Diberi Perhatian’ oleh Siti Nurul Shawati Mohammed Razali, *Sinar Bestari*, 8 Jun 2021
**Bahan 2**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.