Baca petikan di bawah dengan teliti.
Perpaduan menjadi warna-warni dan merupakan asas kepada pembinaan negara bangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana perpaduan menyumbang kepada keamanan dan situasi huru-hara dapat dielakkan. Sekiranya kepelbagaian kaum menjadi punca kacau-bilau, suasana keharmonian yang diimpikan dilihat sukar untuk dikekalkan. Sejarah hubungan kaum di Malaysia yang masyarakatnya rama-tamah mempunyai trend yang boleh dibahagikan kepada tiga tempoh masa. Ketiga-tiga fasa tersebut mencerminkan senario hubungan kaum di Malaysia dan menjelaskan bahawa perpaduan kaum dalam konteks kesepaduan sosial perlu dikekalkan agar negara tidak akan punah-ranah yang akan merugikan kita.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memahami Kontrak Sosial dan Rukun Negara’ oleh Shamsiah Abd.Kadir, *Dewan Budaya*, Bil. 9/2018)
Senaraikan **empat kata ganda berentak**. Kemudian, anda dikehendaki membina **satu ayat** anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Undang-undang mesti diperketat oleh kerajaan terhadap pesalah alam sekitar.</u> Tindakan mesti diambil oleh pihak Kerajaan ke atas mereka yang didapati bersalah dalam hal ini. Pada masa ini, kes-kes pencemaran alam sekitar menjadi topik perbincangan orang ramai. <u>Pihak yang bertanggungjawab digesa oleh orang ramai agar lebih prihatin terhadap masalah ini</u>. Pencemaran alam sekitar bukan sahaja merosakkan ekosistem perairan negara malah menjejaskan sumber pendapatan para nelayan. Justeru, <u>undang-undang sedia ada sekarang dipandang tidak serius oleh para pesalah</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Penjara Mandatori kepada Pesalah Alam Sekitar’ oleh Nadia Hashim, *Utusan Malaysia*, 20 Oktober 2020
Tukarkan **ayat pasif** yang bergaris kepada **ayat aktif** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Petikan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
| Daripada : | Alexius \<alex.lompugat @gmail.com.my\> |
|---|---|
| Tarikh : | 19 September 2023, Selasa, 12.00 tengah hari |
| Perkara : | Pemeriksaan ke atas Murid-murid yang Bermotosikal ke Sekolah |
| Pada : | Soo Yong Huat \< [email protected]\> |
Selamat Sejahtera dan salam Malaysia Madani,
Tuan,
Berhubung perkara di atas, untuk makluman pihak tuan, pihak kami akan mengadakan pemeriksaan ke atas murid-murid yang memandu motosikal di sekolah. Tindakan ini ekor daripada permintaan pihak tuan yang meminta pihak kami mengadakan pemeriksaan tersebut. Pemeriksaan itu akan diadakan seperti berikut:
> Tarikh : 13 Oktober 2023
> Hari : Jumaat
> Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
> Tempat : Tempat Simpan Motosikal, Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang.
2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap pihak tuan dapat memberikan komitment untuk memastikan pemeriksaaan berjalan dengan lancar.
3. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
…………………………………
(**DATUK ALEXIUS SAGUN**)
Ketua Polis,
Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud,
Sabah.
6 分
Bahan 2
**Karnival Kilang Harga**
- Tawaran harga murah untuk peti sejuk, mesin basuh, televisyen, penghawa dingin dan peralatan audio.
- Syarikat kita sudah masyur dengan barang-barang elektronik dan diyakini ramai.
- Pengguna berpeluang menyertai cabutan bertuah jika berbelanja minima RM150 dalam satu resit.
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.”
Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja itu di seri balai itu, maka Seri Diraja berkisar ke tengah.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
**Vivian :** Peralatan sukan di stor sudah lama tidak digunakan akhirnya diketepikan sebaik sahaja mendapat peralatan baharu ibarat ……… (i) ……….
**Meltivence :** Hal ini dapat dikaitkan dengan peribahasa ……… (ii) ……… kerana peralatan sukan itu bukan sahaja lama malah memerlukan kos baik pulih yang tinggi pula.
**Vivian :** Namun, bukankah peralatan ini masih boleh digunakan untuk melatih atlet pelapis? Kita janganlah suka membazir. Kita perlu berpegang pada prinsip ……… (iii) ……… atlet pelapis tidak perlu membeli peralatan sekali gus beban kewangan untuk membeli peralatan baharu juga dapat dielakkan.
**Meltivence :** Betul tu. Cadangan ini akan saya bawa kepada pengetahuan pengetua.
Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam petikan tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Penyakit kemurungan merupakan penyakit lumrah yang menyerang penduduk di negara-negara maju dan membangun. Biasanya mereka yang kemurungan dapat dikesan melalui tingkah laku mereka yang gemar termenung hampir setiap hari. Jika keadaan ini tidak diberikan perhatian yang serius, penyakit ini akan bertambah parah, termasuklah peningkatan kes bunuh diri. Selain itu, mereka yang mempunyai penyakit kemurungan juga turut menghadapi kekeliruan dalam membuat keputusan. Sesungguhnya kemurungan akan mempengaruhi sistem imun seseorang terhadap penyakit. Justeru, kebarangkalian orang yang menghidap kemurungan terkena penyakit jantung ialah dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan orang yang normal. Menurut penyelidik psikologi, seseorang yang pernah menghidap penyakit depresi major mungkin mengalami kesukaran untuk kembali pulih sepenuhnya.
Dipetik dan diubah suai daripada "Bahaya Tekanan yang Melampau" oleh Tam Chai Lian, *Dewan Masyarakat*, Mac 2020
**Bahan 2**
Penyakit kemurungan merupakan gangguan perasaan yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa sedih berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga. Malahan, mereka akan menjadi seorang yang cepat marah dan hilang minat dalam aktiviti seharian. Penyakit kemurungan ini perlu *dipandang serius* dan masyarakat perlu membantu pesakit kemurungan dengan langkah-langkah yang sepatutnya.
Segelintir ahli bijak pandai sering merungut bahawa tanggapan ibu bapa yang terlalu mengutamakan pencapaian akademik hanya akan melahirkan generasi yang tidak seimbang. Ibu bapa berkenaan tidak menyedari bahawa harapan tinggi yang diletakkan terhadap anak-anak akan menyebabkan anak-anak mereka mengalami masalah sukar untuk tidur atau tidak dapat tidur langsung dan seterusnya menghidap kemurungan.
(Dipetik dan diubah suai daripada buku kecil "Kemurungan", Kementerian Kesihatan Malaysia)
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *dipandang serius*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, tanda-tanda penyakit kemurungan.
3 分
iii
> Stres menyebabkan penyakit kemurungan dalam diri seseorang. Jika tidak dikawal akan menyebabkan kualiti kehidupan akan terjejas.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami stres?
4 分
iv
Anda mengesyaki sahabat baik anda mempunyai simptom-simptom kemurungan.
Sebagai seorang sahabat, bagaimanakah anda membantu sahabat baik anda untuk menyelesaikan masalah tersebut?
4 分
712 分
**Petikan Sastera**
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Wajah Suri bergantian dengan wajah Umi. Umi masih kekal saya hormati tanpa usak walau sezarah. Setiap kali hati terbelit kecewa dengan kedinginan Umi, saya akan memperingatkan diri, dia ibu yang melahirkan saya, dia syurga saya dan tiada hakikat lain lagi.
“Umi tahu umi tak patut membebankan kamu. Tapi kamu Syed Nasullah, anak umi yang boleh harapkan bantuan. Umi tak ada sesiapa lagi yang boleh diharapkan. Adik kamu juga tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Tapi kami tahu kami boleh bergantung harap pada kamu!”
Umi akhirnya datang kepada saya, anak yang mendapat tempat kedua di hatinya selepas anak pilihan pertamanya meninggalkannya dengan beban hutang dan risiko muflis yang akan memalukan seluruh keturunan umi.
Dipetik daripada cerpen “Wajah Seribu Luka” oleh Nor Azida Ishak, *Pelita Bahasa*, Bil.5/2015
**Bahan 2**
**Erti Hidup Bererti**
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta Atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
**Teo Wei Sing**
Antologi *Sejadah Rindu*
Kementerian Pendidikan Malaysia
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan sebab Umi memerlukan bantuan Syed Nasullah.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, apakah nasib yang menimpa ibu?
3 分
iii
Ibu merupakan insan yang sangat berjasa dalam kehidupan anak-anak. Namun begitu, segelintir anak mengabaikan tanggungjawab terhadap mereka.
Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak bersikap sedemikian?
3 分
iv
Ibu anda merupakan seorang ibu tunggal. Anda mengajaknya tinggal bersama di bandar tetapi menolak dengan alasan lebih selesa tinggal di kampung.
Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda memastikan ibu anda tidak berasa sunyi di kampung?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Akhirnya Embong dibenarkan pulang. Tidak sampai seminggu dia ditahan. Sebenarnya, jika boleh dia ingin pulang lebih awal sebab mahu bekerja, mahu melihat rumah, mahu menjaga anak-anaknya. Tetapi doktor ada alasan tersendiri. Patukan ular boleh membawa maut dan perlu diawasi betul-betul. Kata-kata doktor semacam mengancamnya. Mahu atau tidak, terlantarlah dia di wad.
>
> Kini, keinginannya ke kebun meluap-luap. Tetapi badannya begitu lemah. Seluruh kekuatannya semacam disedut oleh tedung petualang itu. Mungkin juga bukan kerana tedung tetapi suntikan yang bertalu-talu di punggung. Cuma tinggal semangat, mampukah dia seperti dulu?
>
> Dipetik daripada novel *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan sebab-sebab Embong mahu segera pulang ke rumah.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Nor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1 – Petikan**
Akhir-akhir ini, perkataan inovasi semakin dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat inovasi membawa maksud sesuatu yang baharu diperkenalkan seperti kaedah, sistem dan alat. Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia sebenarnya telah banyak mencipta dan membuat inovasi? Antaranya termasuklah ‘Loom Band’ ciptaan Ng Cheong Choon, ‘Pena Pemacu’ ciptaan Phua Khein Seng dan Zul Design Autotronic yang menghasilkan pelbagai mesin dan robot. Hasil inovasi daripada Zul Design Autotronic telah berjaya membantu pengusaha Industri Kecil dan Sederhana menjana pendapatan. Dalam membudayakan penciptaan inovasi dalam kalangan murid, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan mata pelajaran yang berteraskan inovasi seperti mata pelajaran Asas Sains Komputer dan Reka Cipta dan Teknologi. Matlamat mata pelajaran ini diperkenalkan adalah untuk melatih murid berfikir dan mencapai tahap kemahiran yang telah ditetapkan.
Pada peringkat sekolah, guru boleh mencetuskan budaya inovasi ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa sesi pembelajaran, murid diberi pendedahan tentang kaedah saintifik bagi menguji dan menghasilkan sesuatu produk. Sebagai contoh, jika ada inovasi tentang baja, maka sampel baja tersebut dapat dihantar ke makmal bagi mendapatkan kandungan nitrogen, fosforus dan kalium. Budaya inovasi dapat mendedahkan kemahiran asas sains kepada murid yang terlibat dengan inovasi tersebut. Selain itu, guru boleh mengadakan pertandingan inovasi pada peringkat sekolah untuk mencungkil bakat murid. Antara pertandingan inovasi pada ialah reka cipta bahan kitar semula dan pertandingan reka bentuk inovasi kapal terbang. Justeru, untuk merealisasikan budaya inovasi, penggunaan Internet di sekolah harus ditingkatkan bagi membolehkan guru dan murid melayari laman web seperti Youtube, Insider Science, Tik Tok dan Today Innovation. Impaknya, murid mendapat idea baharu untuk melakukan penggubahsuaian sesuatu produk. Oleh itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga hendaklah menyediakan dana khas untuk memberikan galakan dan ruang kepada murid bagi merealisasikan idea inovasi mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memupuk Budaya Inovasi Pelajar Sekolah’ oleh Arif Zakwan Ash’ari, *Dewan Siswa*, April 2017
**Bahan 2**
**GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA**
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan produktiviti terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan guru inovatif
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan bidang pendidikan
Guru inovatif melonjakkan
Transformasi pendidikan negara
Malaysia tercinta
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)
**Bahan 3**
**Objektif:**
1. Inovasi membantu memandaikan murid
2. Membantu guru melaksanakan PdP berkesan
3. Menyuburkan budaya inovasi dalam kalangan guru
Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.