Baca petikan di bawah dengan teliti.
Program kemasyarakatan berasaskan kesihatan di Kampung Orang Asli Broga satu platform untuk mengenal pasti permasalahan orang asli dalam meningkatkan taraf kesihatan mereka. Kesihatan dan pendidikan merupakan dua elemen utama bagi melahirkan masyarakat yang sihat ke arah mewujudkan negara maju. Kerjasama dalam penganjuran program kesihatan ini dapat memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dengan masyarakat orang asli. Masyarakat orang asli sebagai bumiputera tidak pernah ketinggalan dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka. Program sebegini memberikan implikasi yang baik dalam meningkatkan kesihatan yang menyeluruh dalam kalangan warganegara Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Program Kemasyarakatan Berasaskan Kesihatan’ oleh Siti Ainulfarisha Mohd Elias, *Dewan Siswa*, Februari 2017
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata majmuk**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Remaja yang berusia 18 tahun berperanan dalam mencorakkan sistem pemerintahan negara. <u>Remaja yang berumur 18 tahun</u> telah diberikan peluang dan tanggungjawab untuk terlibat dalam proses pilihan raya. Remaja dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam proses pilihan raya sebagai calon dan pengundi pilihan raya <u>pada Mac 2022</u>. Hal ini jelas menunjukkan kerajaan mengiktiraf peranan remaja dalam menentukan corak pemerintahan negara. Remaja yang telah lengkap ilmu pengetahuan asas berkaitan dengan negara dan mempunyai jati diri <u>dianggap mampu mencorakkan pemerintahan negara</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Remaja Mencorakkan Sistem Pemerintahan dan Hala Tuju Negara’ oleh Noor Azam Abdul Rahman, *Dewan Siswa*, Disember 2022
Kemudian bina **ayat tanya** yang lengkap bagi frasa bergaris.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini maju dan berpendapatan besar menjelang tahun 2020 sememangnya memerlukan modal insan yang menguasai bidang kemahiran dan teknologi. Transformasi pendidikan yang kerajaan lakukan dengan menaik taraf sekolah menengah vokasional kepada kolej vokasional dilihat sebagai salah satu usaha menambahbaik status pelajar di sekolah vokasional.
Dalam usaha untuk memperkasa bidang kemahiran ini, persepsi atau mentaliti masyarakat yang melabelkan bidang kemahiran dan vokasional sebagai penggajian pilihan kedua perlu diubah kerana bidang ini dapat mencipta peluang pekerjaan yang luas dan lumayan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ayuh Perkasakan Bidang Kemahiran!’ oleh Samat Buang, *Dewan Bahasa*, September 2018
6 分
Bahan 2
Sungai berperanan membantu mengairi kawasan pertanian. Air yang diperolehi dari sungai boleh digunakan oleh petani untuk menyiram tanaman mereka sebagai sayur-sayuran dan buah-buahan. Petani yang bercucuk tanam berhampiran dengan sungai akan membuat sistem peparitan untuk mengairi kawasan penanaman. Air yang diserap oleh tanah bertindak membekalkan nutrein kepada tumbuh-tumbuhan. Kesannya, tanaman yang diusahakan akan menjadi lebih bugar dan hasilnya lebih banyak. Sehubungan dengan itu, manusia sewajarnya menjaga kebersihan sungai yang merupakan nadi utama dalam pertanian.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Peranan Sungai’ oleh Mohd Adam Fazery Jeffry, *Dewan Siswa*, Februari 2017
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, “Mati engkau. Cau Pandan.”
Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Perpaduan membantu rakyat tanpa mengira bangsa untuk lebih mengenali dan mencintai tanah air melalui sifat patriotik yang ditanam dalam jiwa setiap anak Malaysia. Pendidikan sejak kanak-kanak di bangku sekolah memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan. Dalam perkembangan dunia digital, rakyat perlulah mewarnakan semangat perpaduan dengan bersama-sama berganding bahu membina negara yang aman dan harmoni. Rakyat perlu sedar bahawa perpaduan menjadi asas kepada negara cemerlang yang setanding dengan negara maju di dunia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perpaduan Asas Negara Cemerlang’ oleh Nurul Irdina Damia Mohd Sham, *Dewan Siswa*, Mac 2023
Kemudian nyatakan **tiga** peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Bank Negara Malaysia telah mula mengeluarkan lesen penggunaan e-dompet pada penghujung tahun 2018. Semenjak itu, orang ramai boleh menjalankan urusan jual beli tanpa menggunakan wang secara fizikal. Seterusnya, penggunaan e-dompet ini akan membawa Malaysia ke arah negara tanpa tunai.
Salah satu kelebihan penggunaan e-dompet ialah e-dompet dapat mengurangkan jumlah wang tunai yang perlu dibawa. Hal ini lantaran pada era siber ini, kes jenayah yang semakin meningkat menyebabkan banyak orang tidak suka membawa beg tetapi hanya membawa beberapa wang tunai bersama-sama kad pengenalan dengan telefon bimbit sahaja. Jadi, e-dompet amat memudahkan mereka. Selain itu, kita mempunyai banyak peluang untuk *mendapat ganjaran* wang dan diskaun memandangkan aplikasi e-dompet pastinya akan menawarkan ganjaran wang dan diskaun untuk menarik pengguna sekali gus kita boleh menjimatkan wang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dompet Maya’, *Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
Zaman beralih musim berubah, kini dunia amat bergantung kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Dunia digital telah dikuasai oleh masyarakat dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan. Kini, kita banyak bergantung kepada teknologi digital untuk memperoleh informasi secara pantas, dan melaksanakan sesuatu urusan dengan lebih cepat. Boleh dikatakan masyarakat kini menggunakan kemudahan teknologi untuk urusan seharian. Salah satu manfaat penggunaan e-dompet ialah kebanyakan e-dompet menawarkan pelbagai bentuk diskaun dengan tawaran pulangan tunai dan baucar daripada pelbagai syarikat pedagang serta menjimatkan wang apabila perbelanjaan diminimumkan. Selain itu, e-dompet boleh menjejak sejarah perbelanjaan dan transaksi yang dilakukan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Penggunaan dan Manfaat E-dompet’, *www.prihatinspanco.com.my*
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *mendapat ganjaran*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan manfaat e-dompet.
3 分
iii
Penggunaan e-dompet di semua premis perniagaan semakin mendapat sambutan masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk menggalakkan masyarakat menggunakan e-dompet?
3 分
iv
Ibu anda menggunakan e-dompet untuk membuat pembayaran bagi barangan yang dibeli di pasar raya. Pada suatu hari, ibu anda merungut kerana wang dalam aplikasinya hilang secara tiba-tiba.
Sebagai seorang anak yang prihatin, apakah cara yang boleh dilakukan untuk membantu menyelesaikan masalah ibu anda?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Seingat aku, guru Geografi aku pernah mengajar aku bahawa jumlah pelancong sebulan di sini hampir mencecah 30 000 hingga 50 000 orang sebulan. Jadi, tidak hairanlah Pulau Tioman ini dikunjungi ramai pelancong kerana keindahan gugusan pulaunya. Sesungguhnya, aku sangat gembira bercuti di sini. Terima kasih abah. Terima kasih umi.
“Umi, abah, Iman rasa lepas SPM nanti, Iman nak ambil bidang pengurusan dan perniagaan. Apa pendapat umi dan abah?” Tanya Iman spontan. Sebenarnya, aku sudah mula tertarik dengan keindahan pulau ini yang sangat memukau. Hembusan bayu di pulau ini sungguh menenangkan hati dan fikiran. Kiranya, apabila aku sudah dewasa kelak, aku bertekad ingin mengusahakan sebuah resort di pulau-pulau seperti ini.
Dipetik daripada Cerpen Indah Iman, http://pelanconganmenarik.blogspot.com/p/cerpen-indah-iman.html?m=1
**Bahan 2**
**Perindu Mutiara**
Aku seperti perindu mutiaraku
sentiasa dibayangi keindahan
sentiasa dikhayalkan nostalgia lalu
menyusuri jalan dan lorong
sarat menyimpan sejarah negara bangsa
antara timur dengan barat
antara moden dengan tradisi
kurangkul dalam rindu tak bertepi,
Aku seperti perindu mutiaraku
mengunjungimu buat sekian kali
menyantuni keindahan lahir batin
menjiwai denyutan jantungmu
membelai kemewahan
mengagumi pembangunan
mendakapi akal budi
walau tetap di tempat yang sama
walau masa berubah rasa tetap sama,
Akan tetapkah aku menjadi perindu?
ingin mengunjungimu buat sekian kali
akan kembalikah aku?
atau
akan menoktah di sinikah rinduku?
Zuhaa Zayyan,
Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
*Buku Teks Tingkatan 5*, 2020
i
Berdasarkan **Bahan 1**, nyatakan hasrat Iman setelah tamat SPM.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan sebab pulau-pulau tersebut menjadi tarikan pelancong.
3 分
iii
Kerajaan mengadakan Kempen Cuti-cuti Malaysia untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara ini.
Pada pendapat anda, apakah kesan kempen tersebut?
4 分
iv
Anda mendapati tempat pelancongan anda semakin kurang dilawati oleh pelancong.
Sebagai pengusaha tempat pelancongan, apakah tindakan anda untuk menarik pelancong berkunjung ke tempat pelancongan tersebut?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Seperti selalu habis solat jemaah, datuk masih duduk di atas sejadah, berzikir, cuma sekali ini tanpa tasbihnya. Kuhampiri datuk melalui mataku yang terhala ke tubuhnya. Dia membetulkan serban di kepala, kemudian tubuhnya membongkok di sudut kanan bilik, mengambil kitab kecil.
>
> Aku perhatikan datuk tidak tenteram. Dia menyudahkan bacaan dengan cepat cuma dua halaman, kemudian dia menutup kitab kecil itu dan meletakkannya di dada. Matanya dipejam, aku melihat ombak nafas melalui dadanya yang bergetar kencang, seperti nafas orang diserang asma. Kuhampiri lagi dia, tapi bukan melalui mataku. Aku berengsot, mendekatinya. Hingga aku dapat mendengar deru nafasnya yang satu-satu dilepaskan.
>
> Dipetik daripada novel *Jendela Menghadap Jalan* oleh Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan keadaan datuk apabila dia berasa tidak tenteram.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(b) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(c) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(d) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
(h) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, jelaskan **satu** peristiwa yang menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Permainan tradisional seperti congkak, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng, tarik upih dan konda konde diamalkan oleh masyarakat dahulu sebagai pengisi masa lapang. Sayangnya permainan tradisional yang menunjukkan kebudayaan sesuatu tempat itu mula sedikit demi sedikit terpinggir apabila kebanyakan daripada permainan tradisional berkenaan kurang diketahui oleh golongan muda.
Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi menjadi faktor utama permainan ini semakin dipinggirkan. Selain itu, penambahan pelbagai aplikasi permainan secara maya seperti Mobile Legend, War Craft, Counter Strike dan Candy Crush menjadikan permainan dalam talian semakin popular bagi masyarakat di dunia. Dalam usaha mengekalkan tradisi rakyat ini, kempen permainan tradisional terutamanya melalui media sosial dapat memberikan pendedahan kepada generasi muda. Permainan ini akan lenyap ditelan arus kemodenan jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya kepada khalayak ramai khususnya generasi muda pada masa ini.
Di samping itu, pengetahuan tentang kemahiran bermain permainan tradisional kurang diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak di rumah dan kemunculan media sosial dengan pengaruh hiburan yang kuat menyebabkan mereka menganggap permainan tradisional sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Laman Facebook, Instagram dan Tik Tok telah mengurangkan minat generasi muda terhadap warisan ini. Perubahan sikap dan nilai menghargai warisan budaya juga menjadi punca kurangnya minat dan perhatian mereka terhadap permainan tradisional ini.
Keunikan dan kewujudan permainan warisan ini perlu disebarkan melalui pelbagai medium untuk memberikan pengetahuan tentang kehebatan warisan negara kita. Permainan digital perlulah seiring dengan arus kemodenan dunia. Masyarakat perlu mengembalikan nostalgia silam kita dengan bermain permainan tradisi ini pada masa lapang. Semoga dengan cara ini permainan-permainan tersebut akan sentiasa segar sepanjang zaman.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Lupakan Gajet Buat Seketika’ oleh Zaitie Satibi, *Harian Metro*, 2019
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.