Baca petikan di bawah dengan teliti.
Aadria telah mendapatkan rawatan lanjutan daripada pihak hospital. Doktor telah memantau pola pemakanan dan memberi sesi kaunseling secara berterusan kepadanya. Dengan sokongan daripada semua pihak, kini Aadria sudah kembali pulih. Sejak kejadian itu berlaku, ibu bapa Aadria turut membantunya dalam proses penyembuhan. Mereka akan memastikan Aadria makan mengikut kualiti nutrisi yang ditetapkan oleh pakar. Farah juga turut bersama-sama membantu dan memberikan nasihat tentang pemakanan serta diet kepada rakan sebiliknya. Hal ini membantu Aadria untuk memilih cara pemakanan yang lebih sihat.
Dipetik dan diubah suai daripada cerpen ‘Aku dan Obsesi’ oleh Nur Farzana Amali, *Dewan Siswa*, Bil. 8, 2019
Senaraikan **empat kata hubung**. Kemudian, anda dikehendaki membina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kek lapis Sarawak ialah sejenis pemanis mulut yang istimewa di negeri Sarawak. <u>Kek lapis ini selalu dihidangkan semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai Dayak, Tahun Baharu Cina, dan Krismas.</u> <u>Pembuat kek lapis Sarawak telah melakukan pelbagai inovasi dari segi rasa dan rupa agar kek ini terus mendapat sambutan daripada pelanggan</u>. <u>Bagi meningkatkan pengeluaran kek lapis Sarawak pihak Malaysian Agricultural Research and Development (MARDI) juga membantu para usahawan dengan menghasilkan mesin.</u>
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kek Lapis Sarawak’, *Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Kenal pasti **subjek** dan **predikat** bagi ayat-ayat bergaris yang berikut.
**Contoh**
Kek lapis Sarawak ialah sejenis pemanis mulut yang istimewa di negeri Sarawak.
Subjek : Kek lapis Sarawak
Predikat : ialah sejenis pemanis mulut yang istimewa di negeri Sarawak
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Terdapat pelbagai punca yang dikaitkan dengan penyakit *Dissociative Identity Disorder* (DID) ini. Antaranya termasuklah trauma teruk, yang tidak mudah lenyap dari ingatan yang pesakit alami ketika zaman kanak-kanak. Trauma tersebut seperti didera, kehilangan orang tersayang, kemalanggan, mangsa seksual dan sebagainya. Trauma seperti ini sekiranya tidak dirawat dari peringkat awal boleh menyebabkannya mengembang menjadi kecelaruan identiti. Kanak-kanak yang mengalami trauma akan kerap membayangkan masa lampau mereka dari semasa ke semasa. Lama kelamaan otak mereka mewujudkan personaliti baru dalam diri bagi mengelakkan mereka teringat kembali trauma yang pernah dilalui.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hindari Penyakit Kecelaruan Personaliti’ oleh Puteri Nurina Mohd Jasmani, *Dewan Siswa*, Bil. 08/2020
6 分
Bahan 2
Pesakit talasemia mempunyai jangka hayat yang pendek jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya. Pemindahan darah atau tranfusi darah sepanjang hayat menjadi rawatan utama pesakit talasemia. Proses ini dilakukan untuk mengekal kandungan darah dalam badan.
Walaubagaimanapun, proses pemindahan darah yang kerap boleh menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam badan. Perkara ini memberikan kesan pada organ dalaman seperti jantung, hati, masalah tairoid dan kencing manis. Oleh itu, ubat penyingkir zat besi juga perlu diambil sepanjang hidup.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Talasemia’ oleh Dr. Nurul Ashikin Azmi, *Dewan Pelajar*, Bil. 05/2023
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Setelah empat puluh dua tahun lamanya Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda yang bernama Raja Abdullah itulah menggantikan kerajaan ayahanda baginda, gelar baginda di atas kerajaan, Sultan Mansur Syah, umur baginda tatkala naik raja itu dua puluh tujuh tahun. Dan baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja yang bernama Tun Patih Nur Pualam; dan ada beranak dengan gundik baginda seorang perempuan bernama Puteri Bakal.
Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
**Aliya :** Kak Mira, bolehkah kakak berkongsi tentang pengalaman kakak ketika belajar di luar negara?
**Mira :** Boleh, Aliya. Ketika mula-mula sampai di Universiti di Melbourne, Australia, kakak \_\_\_\_\_\_(1)\_\_\_\_\_\_ kerana perbezaan budaya dan bahasa.
**Aliya :** Pasti banyak perkara baru yang dapat kakak pelajari.
**Mira :** Sudah tentu, Aliya. Sebagai anak dagang, kita hendaklah bijak menyesuaikan diri dengan keadaan di sana kerana \_\_\_\_\_\_(2)\_\_\_\_\_\_
**Aliya :** Seronoknya jika saya dapat menyambung pelajaran di sana.
**Mira :** Tentulah, Aliya. Namun begitu, menyambung pelajaran di dalam negara juga ada kelebihannya kerana \_\_\_\_\_\_(3)\_\_\_\_\_\_ .
Kemudian kemukakan **tiga peribahasa** yang menggambarkan situasi dalam petikan di bawah.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Doktor merupakan satu kerjaya yang menawarkan perkhidmatan merawat orang yang sakit. Dalam sektor awam, kerjaya sebagai doktor terdapat di hospital-hospital dan klinik kerajaan serta swasta. Keadaan hospital dan klinik kerajaan yang sentiasa penuh dengan pesakit menyebabkan para doktor terpaksa berhadapan dengan beberapa perkara seperti terdedah dengan cabaran untuk disaman melalui undang-undang daripada pihak keluarga pesakit. Doktor mempunyai pengkhususan kepakaran dalam satu bidang perubatan. Contohnya, dalam bidang kardiologi, endokrinologi, nefrologi dan lain-lain. Kerjaya doktor berisiko ditempatkan di bahagian atau jabatan yang kurang diminati demi mengisi kekosongan. Antara tugas seorang doktor ialah memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit, menjalankan pemeriksaan perubatan, dan menentukan ubat serta rawatan yang sesuai bagi penyakit yang telah didiagnosis. Tugas mereka menjadi lebih sukar dan bertambah berat pada era negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Doktor’ oleh Nur Atikawate Erny Md Aris, *Dewan Siswa*, Bil.3/2021
**Bahan 2**
Jururawat merupakan tenaga kerja penting dan tulang belakang dalam sesebuah fasiliti kesihatan, khususnya di hospital, klinik kesihatan dan pusat kesihatan sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Tanpa penglibatan jururawat, fasiliti kesihatan mungkin tidak dapat beroperasi dengan efisien dan mengalami kesukaran untuk memberikan perawatan yang terbaik kepada pesakit. Ketika negara dilanda dengan pandemik COVID-19, jururawat terpaksa memakai *Personal Protective Equipment* (PPE) berjam-jam untuk memberikan bantuan perawatan kepada pesakit yang dijangkiti COVID-19. Seiring dengan peredaran masa dan arus pemodenan, kerja jururawat telah banyak melalui *fasa perubahan* yang begitu signifikan dan membuka mata masyarakat tentang betapa pentingnya peranan mereka. Jururawat juga terpaksa berhadapan dengan pesakit dan pihak keluarga pesakit yang beraneka ragam. Tugas merawat sememangnya satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jururawat Wira Bakti’ oleh Ahmad Syahmi Jalaluddin, *Dewan Siswa*, Bil.06/2021
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud rangkai kata *fasa perubahan*.
2 分
ii
Merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan cabaran-cabaran tugas yang terpaksa dihadapi oleh seorang doktor dan jururawat.
3 分
iii
> Dalam situasi pandemik, tugas seorang jururawat dilihat sebagai suatu tugas yang sangat murni dan dipandang tinggi dalam masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang yang ingin menjadi jururawat?
3 分
iv
Anda mempunyai seorang sahabat yang bercita-cita menjadi seorang doktor. Namun demikian, sahabat anda bukanlah seorang murid yang cemerlang di sekolah dan tahap pencapaiannya juga tidak memberangsangkan dalam setiap peperiksaan yang dijalankan.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah tindakan-tindakan anda untuk membantu sahabat anda menyelesaikan masalah yang dihadapinya?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Selain citra merdeka, dalam ceramah pada malam itu, dengan nada penuh kesal, Ahmad Mutawakkil turut mengkritik orang Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Walaupun, siang tadi Penghulu Ibrahim Sigap berulang kali menasihatinya agar tidak menyentuh perihal komunis, Ahmad Mutawakkil tetap *lantang membidas*.
“Mereka bukan pejuang, tapi orang yang sanggup menjual agama dan bangsa kepada komunis.”
Apa-apa pun, kami lega. Tiada sebarang gangguan komunis dan keadaan di sekitar surau tenang, aman.
Sekalipun majlis ceramah sudah usai, kami orang lelaki, masih bersantai di surau. Kira-kira pukul 11.00 malam, seorang budak lelaki mendekati Ahmad Mutawakkil yang sedang berbual-bual dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap.
Dipetik daripada cerpen ‘Ahmad Mutawakkil’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
**Bahan 2**
**ONN:** Cuba tuan tanya setiap orang yang berbangsa Melayu. Mahukah kamu merdeka? Tentu mereka tidak mahu. Merdeka ertinya berjuang, itu yang mereka tidak bersetuju. Lebih baik tangkap ikan, duduk di warung kopi, lepas itu mengelamun tak menentu. Itulah yang harus kita pecahkan. Kebuntuan pemikiran Melayu harus kita selesaikan. Yang duduk di kedai kopi harus kita sedarkan. Yang bodoh tidak belajar, harus kita sekolahkan. Barulah kemunduran dapat diatasi. Orang Melayu bekerja penuh dedikasi. Tidak lagi dilamun mimpi dan kemiskinan dapat dibasmi.
**SYED HUSSIEN:** Tepat sekali, tetapi kita harus ada tempat untuk menyuarakan segala pendapat. Sebagai nelayan suara kita tersekat. Perjuangan tak sampai ke matlamat.
**ONN:** Hanya ada satu cara untuk menyuarakan pendapat. Dalam surat khabar kita boleh menulis dengan tepat. Masa sudah tiba untuk mengubah pemikiran rakyat, supaya hidup tidak merempat.
**SYED HUSSIEN:** Benar, kerana itulah saya datang berjumpa dengan Encik Onn ini. Kita harus tubuhkan akhbar kita sendiri. Di sana suara kita menjadi sakti. Rakyat harus dibangunkan dari segala segi.
Dipetik daripada ‘Dato Onn’ dalam antologi *Dirgahayu Bahasaku*, Dewan Bahasa dan Pustaka
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *lantang membidas*.
2 分
ii
Berdasarkan **setiap bahan**, nyatakan sikap-sikap negatif yang digambarkan oleh masyarakat dalam menuntut kemerdekaan.
3 分
iii
Keselamatan dan kesejahteraan negara merupakan asas keharmonian sesebuah negara.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara?
4 分
iv
Sekolah anda akan mengadakan sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah. Persatuan Sejarah telah diberi tanggungjawab untuk merancang aktiviti-aktiviti Hari Kebangsaan tersebut.
Sebagai pengerusi Persatuan Sejarah, apakah cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk memeriahkan sambutan tersebut?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Oh, kita boleh pancarkan display ke situ?” soal Farisha, agak kagum. “Ya, ini dinding dwifungsi! Dinding ini boleh digunakan sebagai touch screen. Saya akan tunjukkan beberapa fail di sini,” jawab Alia lalu bangun menuju ke dinding. Dia menyentuh beberapa ikon dan gambar rajah seni bina yang pertama terpapar. Farisha melopong mendengar pembentangan Alia. Dia begitu lancar, tenang dan betul-betul fasih tentang teknologi yang sedang diterangkan. Kata-katanya seperti sudah tertulis dalam skrip. Farisha berasa kagum berselang-seli dan kehairanan kerana sejak tadi dia tidak nampak pun Alia mengerdipkan mata.
>
> Dipetik daripada novel *Silir Daksina* oleh Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan kelebihan-kelebihan Alia yang dapat dilihat oleh Farisha ketika menyampaikan pembentangannya.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda kaji, huraikan **satu** peristiwa yang memaparkan ketabahan dalam novel.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Buli siber ialah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks, *chatting*, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan Internet. Buli boleh mendatangkan kesan yang berpanjangan kepada mangsa dan boleh mempengaruhi seseorang dengan pelbagai cara, iaitu secara emosi dan secara fizikal.
Kita juga sering mendengar ramai individu yang difitnah, dikeji dan dimalukan menerusi media sosial tidak kira sama ada mereka rakyat biasa, selebriti, pemimpin atau pempengaruh mega media sosial. Perbuatan pembuli siber yang menyebarkan perkara-perkara memalukan boleh menyebabkan mangsa rasa dimalukan, dipandang hina dan menjatuhkan maruah mereka serta keluarga.
Selain itu, buli siber juga boleh menyebabkan mangsa mengalami tekanan atau kemurungan. Mangsa akan sentiasa teringat-ingat akan kejadian buli siber tersebut dan sentiasa merasa resah sehingga boleh mendatangkan kemurungan yang serius. Jenayah ini juga boleh mewujudkan unsur kebencian dan merenggangkan silaturahim. Mangsa akan berdendam dengan si pembuli siber dan berkemungkinan akan membalasnya kembali. Seharusnya, mangsa buli yang merasakan mereka berada dalam keadaan bahaya, atau terancam mengambil langkah melaporkannya atau menghubungi pihak polis.
Kejadian buli siber juga menyebabkan seseorang hilang punca pendapatan dan menjatuhkan karier seseorang. Pembuli siber akan menaburkan fitnah kepada mangsa di media sosial sehingga pihak majikan terpaksa memecat mangsa demi menjaga nama baik syarikat. Dalam situasi yang lebih mendesak, buli juga menyebabkan seseorang akan melakukan tindakan membunuh diri.
Sekiranya seseorang itu dibuli, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membantu mengelakkan diri dari terus dibuli. Langkah paling mudah adalah dengan meminta pertolongan daripada orang yang dipercayai seperti ibu bapa, ahli keluarga terdekat atau orang dewasa yang dipercayai. Mangsa buli yang berasa terancam perlu mengambil langkah dengan melaporkan kepada pihak polis.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hentikan Buli Siber’, *Dewan Siswa*, Bil.11/2020
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.